Anda di halaman 1dari 2

SAJAK SENJA DI PALANG BESI ( MAKSUD )

Rangkap 1
Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh
penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar
yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan penuh kekesalan di hati.
Rangkap 2
Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala
menjelang malam kerana penyajak terpaksa hidup di dalam sel penjara yang menyakitkan,
terbuang, dan terasing dari dunia luar.
Rangkap 3
Dalam sel penjara yang bersambung antara palang besi, penyajak resah berteleku dalam
suasana hening akibat dipenjarakan tanpa ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang
semakin menghampiri malam, penyajak merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan
itulah hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu ditempuhinya.

TEMA & PERSOALAN


TEMA
Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan yang hidup di dalam sel penjara.

PERSOALAN
(a)   Penyesalan hidup yang tiada berpenghujung.
(b)   Kehidupan di dalam sel penjara yang amat memilukan.
(c)   Penderitaan hidup yang terpaksa ditempuhi sendirian.
(d)   Harga kebebasan bagi sebuah kehidupan.

BENTUK & NADA


BENTUK
(a)   Terdiri daripada tiga rangkap.
(b)   Rangkap pertama dan kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai
lapan baris.
(c)   Bilangan katanya tiga hingga sembilan patah kata.
(d)   Terdiri daripada tujuh hingga lapan belas suku kata.
(e)   Berbentuk bebas.
NADA
Melankolik

GAYA BAHASA
(a)   Anafora. Contohnya,
dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam
(b)   Responsi. Contohnya,
dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam
(c)   Metafora. Contohnya, jemari malam, samudera jiwa.
(d)   Personifikasi. Contohnya, Senja mula menangis.
(e)   Kata ganda. Contohnya, kuntum-kuntum, dedawai.
(f)    Inversi. Contohnya, Pilu wajahmu sang senja.
(g)   Asonansi. Contohnya, hukuman terhebat hikayat kemanusiaan (perulangan vokal a).
(h)   Aliterasi. Contohnya: Tanpa pasir pantai atau silir angin (perulangan konsonan p).
(i)    Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcdef, rima akhir bagi rangkap kedua
ialah aabcbb, dan rima akhir bagi rangkap ketiga ialah abcddedd.

NILAI & PENGAJARAN


NILAI
(a)   Ketabahan.
(b)   Kebebasan.
(c)   Keredaan.

PENGAJARAN
(a)   Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang boleh
menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara.
(b)   Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniakan oleh Tuhan.
(c)   Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang negara.
(d)   Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan agar tidak
tersilap langkah melakukan perkara yang negatif.

Anda mungkin juga menyukai