Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIA SESUDAH DERITA

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan
kehidupan.

PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN


PERSOALAN NILAI PENGAJARAN CONTOH
Ketabahan dalam Ketabahan Kita hendaklah tabah dalam Si Miskin dan isterinya sabar apabila mereka
menempuhi dugaan menempuhi dugaan hidup dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan
hidup dengan batu serta kayu oleh pembesar istana
serta penduduk kampung semasa mereka
hendak meminta makanan

Kasih sayang Kasih sayang Setiap ahli keluarga mestilah Si Miskin amat sayang akan isterinya dan
seorang suami memupuk amalan kasih sayang sanggup memenuhi segala permintaan isterinya.
terhadap isterinya

Kemuliaan hati Baik hati Kita hendaklah membantu orang Maharaja InderaDewa sangat baik hati dan telah
seorang raja yang dalam keadaan susah memperkenankan permintaan Si Miskin yang
inginkan mempelam dan nangka.

Tanggungjawab Bertanggungjawab Seorang suami hendaklah menjaga Si Miskin bertanggungjawab menyediakan


suami terhadap ahli kebajikan ahli keluarga dengan tempat tinggal untuk isterinya.
keluarga. menyediakan keperluan hidup
kepada isteri dan anak-anak.

Sikap tidak Prihatin Kita hendaklah prihatin dan Orang di pasar telah membaling dan memukul
berperikemanusiaan membantu golongan yang susah Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian
compang-camping.

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT


Latar Masa Contoh
1. Tiga bulan Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
2. Petang Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah
3. Empat puluh hari empat puluh malam Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma
4. Malam Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
Latar Tempat Contoh
1. Negeri Anta Beranta Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
2. Hutan Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
3. Di Pasar Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu
4. Tempat pembuangan sampah Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.
Latar Masyarakat Contoh
Masyarakat yang penyayang
Masyarakat istana
Masyarakat yang bertanggungjawab
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
Masyarakat yang tabah dalam menempuhi dugaan hidup

GAYA BAHASA
1. Diksi · Baginda,titah,patik
· Bahasa Istana
· Bahasa klasik · Hatta
· Bahasa Arab · Allah subhanahu taala
2. Sinkope · Kehendakmu?
· Jangan anakku bercerai
3. Kata ganda · Berdarah-darah dan bengkak-bengkak
4. Simile · Laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
· Suaminya melihatkan laku bininya seperti orang
hendak mati rupanya.
5. Repetisi · “ Jikalau ada belas kasihan tuan hamba akan orang daif
lagi miskin telah terbuang itu, hamba hendak akan buah
yang seburuk-buruknya….
6. Anafora Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7. Responsi Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8. Hiperbola Hancurlah segala anggotaku
SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana
Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda
telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan
pasangan suami isteri itu bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri
ke dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk
kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat


pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu.
Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah
seroang raja kayangan yang disumpah Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke
bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam
dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii
berjumpa Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa
bimbang mendapat layanan yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya buah
mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga
memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya
pun bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali
tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas.
Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi
orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu
dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin
menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan
Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama kemudian,
isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama
Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama
empat puluh hari empat puluh malam.

Anda mungkin juga menyukai