Anda di halaman 1dari 15

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

MODUL 6: TENAGA NUKLEAR


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
6.1 Memahami bahan radioaktif
6.2 Memahami penghasilan tenaga nuklear dan kegunaannya
6.3 Menyedari keperluan mengendalikan bahan radioaktif dengan cara yang betul
6.1 BAHAN RADIOAKTIF
1. Bahan radioaktif terdiri daripada atom yang mengandungi nukleus yang tidak
stabil.
Contoh bahan radioaktif :
i.
Karbon-14
v. Uranium-234
ii.
kalium-40
vi. Uranium-235
iii.
Kobalt-60
vii. Uranium-238
iv.
Iodin-131
2. Nukleus yang tidak stabil akan mereput dan memancarkan sinaran radioktif.
3. Pereputan radioakif ialah penguraian nukleus yang tidak stabil kepada
nukleus yang lebih stabil.
4. Semasa proses pereputan berlaku bahan radioaktif akan memancarkan:
a. zarah alfa
b. zarah beta
c. zarah gama
5. Proses pereputan ditunjukkan seperti rajah 6.11 di bawah:
Tenaga

Radiasi
Atom radioaktif
Partikel
Rajah 6.1
6. Sinaran radioaktif sangat berbahaya kerana ia boleh membunuh sel badan,
menyebabkan kanser dan kecacatan fetus.
7. Sinaran radioaktif boleh dikesan menggunakan Pembilang Geiger-Muller.

Gambar rajah simbol bahan radioaktif

159

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Sinaran Radioaktif
1. Kuasa penembusan tiga jenis sinaran radioaktif ditunjukkan pada rajah 6.12

Sinaran alfa
Sinaran beta
Sinaran Gamma
Kepingan
kertas

Kepingan
aluminium

Kepingan
plumbum

Rajah 6.2
2. Perbandingan antara tiga jenis sinaran radioaktif:
Zarah Alfa
1.Nukleus helium

Zarah Beta
1. Elektron bertenaga tinggi.

2. Cas positif

2. Cas negatif

Zarah Gama
1. Gelombang elektromagnet
bertenaga tinggi
2. Neutral

3. Bergerak perlahan

3. Laju

3. Bergerak sangat laju.

4. Kuasa
penembusan
rendah. Dihalang
oleh sehelai kertas.

4.Kuasa penembusan tinggi.


Dihalang oleh kepingan
aluminium nipis.

4. Kuasa penembusan yang


sangat tinggi. Hanya dapat
dihalang oleh konkrit
tebal plumbum .

5. Terpesong ke arah
5. Terpesong ke arah plat
5. Tidak dipesongkan oleh
plat negatif.
positif.
medan elektrik.
6. Kesan pengionan
6. Kesan pengionan lemah.
6. Kesan pengionan sangat
kuat.
lemah.
Jadual 6.1 Perbandingan sinaran radioaktif
Radioisotop
1. Isotop adalah atom-atom dari unsur yang sama, bilangan proton yang sama tetapi
nombor nukleon yang berbeza.
2. Radioisotop adalah isotop yang tidak stabil membebaskan sinaran radioaktif.
3. Contoh-contoh radioisotop
Bukan radioisotop
Radioisotop
Karbon-12
Karbon-14
Karbon-13
Kalium-39
Kalium-40
Kalium-41
Uranium-234
Uranium-235
Uranium-238
Jadual 6.2 Contoh bukan radioisotop dan radioisotop
160

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Kegunaan Bahan Radioaktif


1. Kegunaan bahan radioaktif bergantung kepada jenis dan dos sinaran radioaktif
yang dipancarkan.
2. Ia digunakan dengan meluas dalam bidang pertanian, perubatan, arkeologi
pengawetan makanan dan perindustrian.
Pertanian: i) Sinar gamma digunakan untuk memandulkan serangga
perosak.
ii) Menghasikan baka baru tumbuhan yang lebih bermutu.
iii) Pengesan untuk mengkaji penyerapan dan penggunan fosfat,
karbon dan nitrogen oleh tumbuhan menggunakan fosforus32, Karbon-14 dan Nitrogen-15.
iv) Karbon-14 digunakan untuk mengkaji lintasan karbon dalam
proses fotosintesis.

Perubatan: i) Sinaran gamma dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel


kanser (radioterapi).
ii) Sinaran gamma juga digunakan untuk mensteril alat
pembedahan dan peralatan perubatan.
iii) Mengesan pertumbuhan tumor di dalam otak.
iv) Iodin-131 disuntik ke dalam badan untuk mengesan kerosakan
kelenjar tiroid.
v) Bahan radiofarmaseutikal digunakan untuk mendiognosis atau
menyembuhkan sesetengah penyakit.

Arkeologi:- Karbon-14 digunakan untuk mengkaji usia artifak purba


melalui kaedah pentarikhan karbon.

Pengawetan
Makanan : i) Sinaran gamma digunakan untuk pensterilkan makanan untuk
membunuh bakteria, kulat atau serangga selepas dibungkus
atau ditinkan.
ii) Mencegah percambahan ubi kentang dan bawang.

Perindustrian: i) Sinar alfa dan beta digunakan untuk mengawal ketebalan


kertas,plastik dan kepingan logam.
ii) Mengesan kebocoran paip bawah tanah dan kadar
kehausan omboh dalam enjin kereta dengan menggunakan
sinaran gamma.

161

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

LATIHAN 6.1
1. Namakan bahan radioaktif yang digunakan dalam bidang berikut.
BIDANG

KEGUNAAN

BAHAN RADIOAKTIF

Perindustrian Mengesan kebocoran paip bawah tanah


Pertanian
Perubatan
Arkeologi

Mengkaji kesan resapan nutrien oleh


tumbuhan
Membunuh sel barah
Menentukan umur bahan purba
("Pentarikhan Karbon")

2. Rajah 1 menunjukkan sinaran radioaktif melalui satu medan elektrik.


plat
plat negatif
negatif

P
Radioactive
sumber
source
radioaktif

Q
R

plat
positif
Positive
plate
Rajah 1
(a)

Namakan sinaran yang berlabel P, Q, dan R


P : _______________________________
Q : _______________________________
R : ________________________________

(b) (i) Sinaran yang mana:


(a) Bercas positif : _______________________________________________
(b) Bercas negatif: _______________________________________________

(ii) Terangkan jawapan anda dalam (b) (i)


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(c)

Kenapa Q tidak dipesongkan oleh medan elektrik?


__________________________________________________________________
162

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

(d) Sinaran yang mana terdiri dari


(i) Elektron

: _____________________________________________

(ii) Nukleus helium : _____________________________________________

(e) Nyatakan kaedah yang terbaik untuk mencegah sinar Q dari terdedah pada
persekitaran.
_____________________________________________________________

2. Rajah 2 menunjukkan bagaimana sinar radioakif menembusi beberapa bahan.


kertas

aluminium

plumbum

bahan radioaktif
Rajah 2
(a)

Namakan sinaran radioaktif X, Y dan Z.


X: ____________________
Y: ____________________
Z: ____________________

(b) Susun daya penembusan X, Y, dan Z mengikut keupayaan menurun


__________________________________________________________

(c) (i) Sinaran manakah yang paling berbahaya?


_______________________________________________________
(ii) Berikan inferens anda.
_______________________________________________________
(d) Sinaran yang mana paling laju?
_________________________________________________________
163

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

(e) Nyatakan satu kegunaan sinar alfa dalam bidang perindustrian.


__________________________________________________________
(f)

Namakan peralatan yang digunakan untuk mengesan sinaran radioaktif.


__________________________________________________________

6.2

PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR DAN KEGUNAANNYA


1. Tenaga nuklear dapat dihasilkan melalui dua cara:
Pembelahan nukleus
Pelakuran nukleus
Pembelahan Nukleus
a) Proses hentaman nukleus atom uranium dengan neutron bertenaga tinggi.
b) Nukleus yang tidak stabil dipecahkan kepada dua (atau lebih) nukleus yang
lebih ringan dengan membebaskan dua atau tiga neutron dan tenaga yang
banyak.
c) Proses ini berterusan menghasilkan rantai pembelahan nukleus.
d) Proses dilakukan dalam reaktor nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Rajah 6.3 : Pembelahan nukleus yang tidak stabil oleh neutron

Pelakuran Nukleus
a) Proses perlanggaran dan penggabungan dua nukleus yang ringan untuk
membentuk satu nukleus yang lebih berat dan stabil.
b) Tenaga yang dihasilkan selamat digunakan kerana tiada sinaran radioaktif
dihasilkan.
c) Hanya berlaku secara semula jadi di dalam teras matahari.
164

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Rajah 6.4 : Pelakuran nukleus


Proses Penjanaan Tenaga Elektrik Daripada Tenaga Nuklear
1. Tenaga nuklear dihasilkan dalam reaktor nuklear di stesen janakuasa nuklear.

Rajah 6.5 : Keratan rentas stesen reaktor nuklear


2. Pembelahan nukleus yang berterusan dapat menghasilkan tenaga nuklear yang
besar.
3. Proses ini berlaku secara berperingkat:
Tenaga nuklear dihasilkan melalui pembelahan nukleus uranium dalam
reaktor nuklear.
Tenaga nuklear memanaskan air hingga mendidih untuk menghasilkan stim
Stim (wap) yang bertekanan tinggi memutarkan turbin dan menjanakan
tenaga elektrik di penjana elektrik.
Perubahan tenaga yang berlaku ialah
Tenaga nuklear Tenaga haba Tenaga kinetik Tenaga elektrik
165

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Kesan Sinaran Radioaktif Terhadap Hidupan


1. Radioaktif boleh memberi kesan positif dan juga kesan negatif kepada hidupan
Kesan positif
1. Satu sumber bahan yang
boleh diperbaharui semula.
2. Tidak mencemarkan alam.
3. Dapat memenuhi
permintaan penduduk dunia.
4. Banyak kegunaan dalam
kehidupan harian.

Kesan negatif
1. Pengendalian bahan radioaktif yang tidak betul
(kebocoran atau pembuangan sisa yang tidak
terkawal) boleh menyebabkan pencemaran.
2.Mutasi
3. Membunuh sel badan
4. Kecacatan pada fetus
5. Kanser
6. Merencatkan tumbesaran.
7. Memerlukan jangka masa lama untuk stabil
dan selamat kepada hidupan.
Jadual 6.3 Kesan positif dan negatif bahan radioaktif kepada hidupan

6.3 PENGENDALIAN BAHAN RADIOAKTIF DENGAN CARA YANG BETUL


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Bahan radioaktif dikendalikan dengan betul untuk mengelakkan pencemaran


radioaktif.
Disimpan dalam bekas plumbum atau konkrit tebal bertutup serta tidak mudah
pecah.
Pekerja-pekerja di stesen janakuasa memakai pakaian perlindungan khas dan
dosimeter atau lencana filem.
Undang-undang diketatkan untuk memastikan sisa bahan radioaktif dilupuskan
dengan cara yang betul dan tidak mengancam hidupan di muka bumi.
Menggunakan alat kawalan jauh untuk mengalihkan bahan radioaktif.
Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Latihan 6.2
1. Isi tempat kosong dengan perkataan yang telah disedikan di bawah.
pembelahan nukleus

perlanggaran

turbin stim

penggabungan

pelakuran nukleus

tenaga elektrik

a.Tenaga nuklear dapat dihasilkan melalui ________________ dan _______________


b. Dalam pelakuran nukleus, __________________ dan _______________ dua
nukleus yang ringan akan membentuk satu nukleus yang lebih berat dan stabil
dengan membebaskan tenaga yang banyak.
c. Tenaga nuklear digunakan untuk menjanakan _______________________
d. Tenaga elektrik dijanakan apabila stim yang bertekanan tinggi memutarkan_______
166

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

2. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah.
a. Sinaran radioaktif boleh menyebabkan mutasi pada manusia.

3.

b. Pendedahan kepada sinaran radioaktif pada dos yang rendah untuk tempoh
yang singkat menyebabkan kematian.
(

c. Bahan radioaktif biasanya disimpan dalam bekas plumbum yang tebal.

d. Sisa bahan radioaktif juga memancarkan sinaran radioaktif yang merbahaya. (

Rajah 3 menunjukkan proses pembelahan nukleus bahan radioaktif.


Tenaga R:__________________

Neutron

Neukleus radioaktif

Sinaran Q:__________________
Rajah 3
(a)

Namakan tenaga R dan Sinaran Q dalam kotak yang disediakan dalam


Rajah 3.

(b)

Nyatakan satu kegunaan bagi:


(i) Tenaga R
________________________________________________________
(ii) Sinaran Q dalam bidang perubatan:
________________________________________________________

(c)

Nyatakan satu cara untuk mengesan kehadiran sinaran Q


__________________________________________________________

(d)

Apakah kesan kepada manusia jika terdedah kepada sinaran Q?


__________________________________________________________
167

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

4. Rajah 4.1 menunjukkan dua sinaran radioaktif.

Sinaran alfa

Sumber radioaktif

Sinaran beta

Rajah 4.1
a) Berdasarkan Rajah 4.1,lukiskan sinaran radioaktif bagi sinaran gama.
b) Dalam Jadual 4, namakan satu sinaran radioaktif yang bercas positif dan satu
sinaran radioaktif neutral dalam Jadual 4.
Kesan medan elektrik

Jenis cas

Sumber radioaktif

Sumber radioaktif

Sumber radioaktif

Jadual 4
168

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

c) Lengkapkan simbol sinaran radioaktif pada Rajah 4.2.

Rajah 4.2
(a) (i) Rajah 4.3 menunjukkan struktur bagi tiga atom.
Atom yang manakah adalah isotop?
Tandakan () bagi jawapan anda dalam kotak yang disediakan
di Rajah 4.3.
8

Proton

Proton

Proton

Rajah 4.3
(ii)

Berdasarkan Rajah 4.3, lengkapkan ayat di bawah.


Isotop adalah atom-atom bagi suatu unsur yang mempunyai
bilangan proton yang sama tetapi berlainan bilangan
______________________________________________________

169

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

SOALAN OBJEKTIF
Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih
jawapan yang terbaik.
1

Antara yang berikut, yang manakah bahan radioaktif?


A
B
C
D

Kebocoran radioaktif menyebabkan


A
B
C
B

Sinar alfa
Negatif
Positif
Positif
Neutral

Sinar beta
Negatif
Positif
Negatif
Negatif

Sinar gama
Positif
Negatif
Neutral
Neutral

Unsur yang manakah digunakan untuk menjana menjana tenaga elektrik di stesen
janakuasa nuklear?
A
B
C
D

hujan asid
kesan rumah hijau
mutasi pada manusia
penipisan lapisan ozon

Antara berikut, yang manakah menunjukkan cas bagi sinar alfa, sinar beta dan sinar
gama?

A
B
C
D

Iodin-131
Klorin-35
Bromin-80
Karbon-12

Uranium
Iodin-131
Kobalt-60
Karbon-14

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan dengan betul urutan perubahan
tenaga yang berlaku di dalam reaktor nuklear?
A
B
C
D

Tenaga nuklear tenaga haba tenaga kinetik tenaga elektrik


Tenaga haba tenaga nuklear tenaga kinetik tenaga elektrik
Tenaga nuklear tenaga kinetik tenaga haba tenaga elektrik
Tenaga elektrik tenaga haba tenaga kinetik tenaga nuklear

170

Modul 6
6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Rajah 1 menunjukkan satu sinar radioaktif terpesong ke arah plat negatif apabila
bergerak melalui suatu medan elektrik.
Sumber radioaktif

Rajah 1
Antara yang berikut, yang manakah jenis sinaran itu?
A
B
C
D

Sinar-X
Sinar alfa
Sinar beta
Sinar gama

Bahan radioaktif disimpan di dalam bekas plumbum tebal yang dikelilingi konkrit
tebal untuk
A
B
C
D

Menghasilkan pembelahan nukleus


Menghalang sinaran terbebas ke persekitaran
Membolehkan bahan radioaktif mengeluarkan sinaran
Menghasilkan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik

Dalam bidang arkeologi, radioisotop yang digunakan dalam penganggaran umur


bahan purba ialah
A
kobalt-60
B
karbon-14
C
Iodine-123
D
technetium-99

10

Rajah 2 menunjukkan satu simbol yang terlekat pada suatu pintu bilik dalam
hospital.

Rajah 2
Antara yang berikut, yang manakah yang disimpan dalam bilik itu?
A
Asid pekat
B
Bahan radioaktif
C
Larutan mengakis
D
Bahan mudah meletup
171

Modul 6
11

Pernyataan manakah yang betul mengenai bahan radioaktif?


A
B
C
D

12

Reaktif terhadap oksigen


Mempunyai nukleus yang tidak stabil
Mempunyai nombor proton yang kecil
Boleh menghasilkan suatu tindak balas berbalik

Apakah kesan sinaran radioaktif terhadap kesihatan manusia?


A
B
C
D

13

Sains Tingkatan Empat

Strok
Kanser
Anoreksia
Arteriosklerosis

Rajah 3 menunjukkan proses pembelahan nukleus.

Rajah 3
A
B
C
D

14

Iodin-131
Kobalt-60
Karbon-14
Uranium-235

Kaedah manakah yang paling sesuai untuk menyimpan bahan radioaktif?


A
B
C
D

botol gelap
bekas vakum
minyak parafin
kotak plumbum yang tebal

172

GCBP

Modul 6

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Lengkapkan silang kata berikut:


1

10

11

Melintang :

Ke bawah

Sinaran radioaktif dapat dikesan oleh pembilang


...........
2

Bahan ............adalah nukleus atom yang tidak


stabil yang mengalami pereputan radioaktif
untuk memancarkan sinaran radioaktif.

.......... dapat digunakan untuk


mengesan kebocoran paip air bawah
tanah.

Neutral dari segi cas elektrik.

Sinaran beta dapat dihalang dengan sekeping


........ nipis.

Sinar yang terdiri daripada zarah-zarah


bercas positif.

Karbon-14 digunakan dalam bidang ..........


untuk mengkaji usia artifak purba seperti fosil.

Penggunaan tenaga nuklear ialah untuk


menghasilkan tenaga ..........

Sinaran gama hanya dapat dihalang dengan


konkrit ..........

Terdiri daripada elektron-elektron bercas


negatif yang bertenaga tinggi.

10

Contoh bahan radioaktif

11

Sinaran alfa dapat dihalang dengan sekeping ..........

173

Anda mungkin juga menyukai