Anda di halaman 1dari 2

Contoh Soalan dan Jawapan KOMSAS T1 (Sejambak Bakti)

1) Huraikan tema novel yang anda pelajari beserta contoh yang sesuai
daripada novel tersebut.

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Sejambak Bakti karya Rejab
F.I. mengetengahkan tema kegigihan sekumpulan murid dan guru untuk
memajukan koperasi sekolah mereka. Sebagai contoh, Razali, Ramlah, Saridevi
dan ahli Lembaga pengarah koperasi yang lain berusaha dengan gigih
membangunkan koperasi dengan menternak ayam telur dan mewujudkan bilik
bacaan. Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru koperasi iaitu
Cikgu Zulkifli dan Puan Robeah sehingga Berjaya memenangi pertandingan
anjuran ANGKASA.

2) Nyatakan tiga peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tanggungjawab


yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Saya telah mengkaji novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. dan mendapati
persoalan tanggungjawab banyak diutarakan dalam novel tersebut. Antaranya
adalah peristiwa Razali yang menjalankan tugas sebagai penolong setiausaha
koperasi sekolah dengan penuh dedikasi dan komited. Selain itu, ibu Rzali turut
menunjukkan tanggungjawabnyaapabila menghalang Razali daripada  dihalau
oleh suaminya yang malu dengan fitnah yang diterima oleh Razali. Akhir sekali,
peristiwa di mana Cikgu Zulkifli yang Berjaya menangkap penceroboh koperasi
sekolah telah menjalan tanggungjawab yang baik sebagai guru kepada
muridnya.

3) Jelaskan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel yang anda
telah pelajari.

Berikan tiga perwatakan positif yang wajar menjadi contoh kepada pelajar lain
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.,
perwatakan yang ditunjukkan oleh watak utama iaitu Razali kebanyakannya
adalah positif. Antaranya adalah watak kerajinannya yang suka membantu
orang sekeliling. Sebagai contoh, Razali membantu Ramlah dan Saridevi dalam
pelajaran mereka. Selain itu, watak pemaaf yang ditunjukkan juga wajar
dicontohi apabila Razali memaafkan Munir yang banyak melakukan kesalahan
pada dirinya. Akhir sekali, Razali juga seorang yang tabah menghadapi dugaan
dalam kehidupan. Walaupun dia difitnah menceroboh koperasi sekolah, tetapi
dia tenang dan berani kerana benar.
© Sumber Asal Informasi
Dari : https://www.irujukan.my/novel-sejambak-bakti/#contoh-soalan-dan-
jawapan

Anda mungkin juga menyukai