Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Melayu T1 Sekolah Menengah Sains Kuching PKPP (17.7.

2020)
Novel Sejambak Bakti

Pengajaran

NILAI MURNI :         


1. Kasih sayang
Contohnya dapat dilihat menerusi sikap penyayang Razali terhadap ibunya apabila dia
segera memeluk Mak Sopiah ketika ibunya itu menangis setelah didesak menceritakan
tentang ayahnya.
2. Kerjasama
Contohnya Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah bersama-sama mengemas dan
mencantikkan kedai koperasi untuk memastikan kedai koperasi mereka berjaya meraih
kejuaraan dalam pertandingan koperasi terbaik peringkat kebangsaan.
3. Baik hati
Contohnya Razali tidak berdendam terhadap Munir, walaupun Munir telah menfitnahnya
menceroboh kedai koperasi, sebaliknya dia sanggup membantu Munir meningkatkan
prestasi dalam pelajaran sepanjang Munir digantung persekolahan selama seminggu.
4. Rasional
Contohnya pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai
koperasi sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan
seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang
sebenarnya.

Pengajaran
1. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya
mendapat kejayaan.
Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti
Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan
kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.   Akhirnya sekolah mereka telah
berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran
ANGKASA.
 2. Kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan orang lain kerana sikap pemaaf
merupakan sikap yang mulia.
Contohnya, Razali sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya
mencuri duit koperasi sekolah.  Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam
pelajarannya untuk menghadapi SPM.
 3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa bahagia dan
gembira
Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup
merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan
meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut
Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
 4. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai
kejayaan
Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama
memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah
berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
5. Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan
Contohnya, Munir insaf akan kesalahannya memfitnah Razali menceroboh dan mencuri
wang koperasi sekolah.  Munir telah memohon maaf daripada Razali
 6. Kita hendaklah menolong kawan-kawan yang dalam kesusahan.
Contohnya, Razali  sanggup menolong Munir yang ketinggalan  dalam pelajaran  bagi
menghadapi SPM
 7. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan kepada kita.

1
Bahasa Melayu T1 Sekolah Menengah Sains Kuching PKPP (17.7.2020)
Contohnya, Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri
Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab
untuk memajukan koperasi sekolah mereka.

8. Kita janganlah melakukan jenayah mencuri kerana akan merosakkan masa depan
kita.
Contohnya, Munir telah dihukum gantung sekolah selama seminggu dan dirotan di
hadapan murid-murid lain di tapak perhimpunan kerana menceroboh dan mencuri wang
koperasi sekolah sebanyak RM200.00
9. Kita janganlah menyimpan dendam terhadap orang lain
Contohnya, Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik menjadi
Setiausaha Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan terutama Ramlah
10. Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang dalam kehidupan
Contohnya, Razali tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran yang dicipta oleh
Munir dan kawan-kawannya yang cemburu akan kejayaan Razali serta hubungan
mesranya dengan Ramlah.

Anda mungkin juga menyukai