Anda di halaman 1dari 1

NOVEL SEJAMBAK BAKTI (TINGKATAN 1)

Pengajaran dan contoh/huraian


Pengajaran Contoh/Huraian
1) Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup. Razali tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup apabila dia sering dimarahi dan dihina
oleh ayah tirinya.Dia juga sering difitnah dan diejek oleh Munir yang berdendam dengannya.
2) Kita mestilah bijak bertindak untuk menyelesaikan sesuatu Cikgu Zulkifli bertindak dengan bijak untuk memerangkap penceroboh kedai koperasi
masalah. dengan menandakan huruf ‘K’ pada wang kertas di koperasi sekolah.
3) Kita perlulah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas Semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menjalankan tugas dengan penuh
yang telah diamanahkan kepada kita. tanggungjawab. Contohnya, Ramlah, Harun dan Saridevi melayani pembeli di kedai koperasi
dengan baik.
4) Kita mestilah bekerjasama untuk memajukan sesebuah Semua ahli lembaga koperasi sekolah bekerjasama untuk memajukan koperasi sekolah
organisasi. sehingga koperasi sekolah mereka telah mendapat johan dalam pertandingan koperasi-
koperasi sekolah seluruh Malaysia.
5. Kita hendaklah menginsafi kesalahan yang telah dilakukan. Munir berasa insaf akan kesalahan yang dilakukannya terhadap Razali seperti menumbuk dan
memfitnah Razali.
6. Kita perlulah memafkan kesalahan orang lain demi kebaikan Razali memafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh Munir terhadapnya dan sanggup
bersama. membantu Munir dalam pembelajaran.

Watak dan Perwatakan


Watak Perwatakan Huraian
1) Razali - Seorang yang baik hati - Razali seorang yang baik hati kerana dia sedia membantu rakan-rakannya dalam pelajaran
- Seorang yang pemaaf - Razali memafkan kesalahan Munir meskipun Munir banyak melakukan kesalahan kepadanya.
- Seorang yang tabah menghadapi - Razali seorang yang tabah menghadapi cabaran dalam hidup. Dia bukan sahaja diperli, dihina
cabaran malah dipukul oleh Munir dan rakan-rakannya tetapi dia masih tabah mengharungi dugaan tersebut.
2) Munir - Seorang yang pendendam - Munir berdendam terhadap Razaliyang telah menewaskannya dalam pemilihan jawatan Penolong
Setiausaha Koperasi Sekolah.
- Seorang yang suka menimbulkan - Sebagai seorang ahli lembaga koperasi sekolah, Munir sering menimbulkan masalah seperti cuai
masalah dan tidak menjalankan tugasnya.
3) Cikgu - Seorang yang bertanggungjawab - Cikgu Zulkifli bertanggungjawab menasihati Munir yang mengabaikan tugasnya sebagai ahli
Zulkifli lembaga koperasi.
- Seorang yang bijak bertindak - Cikgu Zulkifli bertindak bijak dengan menulis huruf “K” pada wang kertas koperasi sekolah bagi
memerangkap penceroboh koperasi.
4) Mak Sopiah - Seorang yang penyayang - Mak Sopiah sangat menyayangi Razali. Beliau sentiasa mempertahankan Razali daripada
cemuhan suaminya, Pak Zakaria, iaitu ayah tiri Razali.
- Seorang yang taat akan perintah - Mak Sopiah sentiasa solat pada awal waktu. Dia akan terus solat apabila masuk sahaja waktu solat
agama

Anda mungkin juga menyukai