Anda di halaman 1dari 2

Novel Sejambak Bakti

Contoh jawapan:

Soalan 1 : Usaha membangunkan koperasi sekolah merupakan tema dalam novel ini. Berikan tiga contoh
peristiwa yang menunjukkan usaha yang dilakukan untuk memajukan koperasi. (10m)

Berdasarkan novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I yang saya kaji sewaktu di tingkatan 1,
memaparkan beberapa peristiwa yang menunjukkan usaha untuk memajukan koperasi.
Antara usaha untuk memajukan koperasi ialah memelihara atau mmenternak ayam telur (1m).
Peristiwa ini dapat dibuktikan melalui tindakan ahli lembaga pengarah yang membersihkan tempat
ternakan ayam telur yang berjumlah 250 ekor dan menghasilkan 200 biji telur sehari serta
mendatangkan pendapatan hitung panjang berjumlah RM 25.00 sehari. (1m)
Selain itu, usaha memajukan koperasi ialah menjual barang-barang makanan dan keperluan
(1m). Contoh peristwa berdasarkan novel ini ialah ahli lembaga pengarah yang bertugas pada setiap
hari akan memastikan tiada berlaku kecurian semasa jual beli. (1m)
Akhir sekali, usaha yang dilakukan untuk memajukan koperasi ialah menubuhkan sebuah bilik
bacaan (1m). Contohnya , ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengawas bilik bacaan . Sebelum
dijadikan bilik bacaan, ahli lembaga pengarah perlu mengemas dan membersihkan bilik bacaan,
membersihkan habuk-habuk, menceriakan bilik bacaan dengan meletakkan pasu bunga supaya bilik
tersebut teratur, kemas dan bersih (1m).
Usaha-usaha yang djalankan ini adalah untuk meningkatkan keuntungan Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan.

Soalan 2 : Persoalan bertanggungjawab menjalankan tugas begitu menonjol dalam novel ini. Kemukakan tiga
peristiwa yang menunjukkan wujudnya persoalan ini dalam novel. (10m)

Berdasarkan novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I yang saya kaji sewaktu di tingkatan 1,
memaparkan beberapa persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Antara persoalan bertanggungjawab menjalankan tugas dalam novel ini ialah persoalan
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai penolong setiausaha koperasi (1m). Buktinya,
Razali menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai penolong setiausaha. Dia memastikan pintu
koperasi dibuka pada setiap hari kerana dia sahaja yang memegang kedai kunci koperasi (1m).
Seterusnya, persoalan tentang tanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang ibu kepada
anak (1m). Buktinya, Mak Sopiah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu apabila menghalang
anaknya, Razali daripada dihalau oleh suaminya. Hal ini kerana, dia amat menyayangi Razali yang
merupakan satu-satunya anaknya (1m).
Akhir sekali, persoalan tentang tanggungjawab guru kepada murid (1m). Contohnya, Cikgu
Zulkifli yakin bahawa Razali tidak bersalah dalam kes pencerobohan koperasi. Cikgu Zulkifli bekerjasama
dengan beberapa orang guru untuk menangkap penceroboh itu. Dengan kebijaksanaan Cikgu Razali
yang menulis huruf K pada duit RM 10.00 di dalam laci mejanya di koperasi, maka dia dapat
menangkap penceroboh tersebut sekali gus membersihkan nama Razali (1m).
(Markah isi dan huraian 6m , Bahasa 4m)
Terdapat 16 nilai murni yang diterapkan dalam pengajaran Komsas (Komponen Sastera).

1. Baik hati
(Belas kasihan,Bertimbang rasa, Murah hati, Saling faham-memahami, Sedia memaafkan

2. Berdikari
(Bertanggungjawab, Berupaya bertindak sendiri,Jaya diri,Yakin pada diri sendiri)

3. Hemah tinggi
(Kesopanan, Mengakui kesalahan sendiri, Ramah mesra)

4. Hormat-menghormati
(Hormat dan taat kepada ibu bapa, Hormat kepada orang yang lebih tua guru, rakan, jiran tetangga dan
pemimpin, Hormat kepada raja dan Negara Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai
keturunan, Hormat kepada keperibadian individu Patuh kepada undang-undang, Patuh kepada
ketetapan masa, Hormat kepada hak asasi (orang lain), Menghargai kebijaksaan, pengalaman dan jasa,
Menghargai tenaga pekerja, Menghargai maruah diri)

5. Kasih sayang
(Sayang kepada nyawa, Sayang kepada alam sekeliling, Cinta kepada Negara, Cinta kepada keamanan
dan keharmonian)

6. Keadilan Adil (Saksama)

7. Kebebasan (Kebebasan di sisi undang-undang,Kebebasan dalam sistem demokrasi)

8. Keberanian (Berani dengan tidak membuta tuli, Berani kerana benar, Berani kerana
mempertahankan pendirian, Berani bertanggungjawab)

9. Kebersihan fizikal (Kebersihan diri dan mental, Kebersihan persekitaran ,Pertuturan dan kelakuan
yang sopan, Pemikiran yang sihat dan membina)

10. Kejujuran (Amanah, Bercakap benar, Ikhlas)

11. Kerajinan Cekal (Daya usaha, Dedikasi, Gigih, Tekun)

12. Kerjasama (Persaudaranaan, Tanggungjawab bersama, Gotong-royong, Toleransi, Kebaikan


bersama, Perpaduan)

13. Kesederhanaan (Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan pertuturan


serta tingkah laku)

14. Kesyukuran (Berterima kasih, Mengenang budi, Penghargaan)

15. Rasional (Boleh membuat pertimbangan, Boleh membuat penaakulan ,Berfikiran logik dan terbuka

16. Semangat masyarakat (Bermuafakat, Kejiranan, Peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat)

Anda mungkin juga menyukai