Anda di halaman 1dari 6

Masa

9.00 pagi

SKRIP PENGACARA MAJLIS MOHON RESTU


MRSM BETONG, SARAWAK (18 SEPTEMBER 2015)
Skrip Ucapan
Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia,
EN WILSON @ WALSIN ENTABANG ,
Yang Dipertua Muafakat MRSM Betong
______________________________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, semua hadirin
berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu NEGARAKU dan
lagu AMANAH RAKYAT.
______________________________________________________

Catatan

Hadirin Dipersilakan Duduk


KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,
SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH,
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA,
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH.
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Yang Berbahagia,
EN WILSON @ WALSIN ENTABANG ,
Yang Dipertua Muafakat MRSM Betong
Yang Berusaha
En. MOHD ZAKI BIN ABD RASHID
Pengetua MRSM Betong.
Yang Dihormati
ENCIK WAN MUSTAFFA BIN WAN NAWANG
Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar
ENCIK ABANG AIDIL BIN ABANG ABAI
Kounselor MRSM BETONG
ENCIK ANDREW BUGIE ANAK IPANG
Naib Yang Dipertua Muafakat MRSM BETONG
Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT MRSM Betong.
Ketua ketua Jabatan .
Guru-guru Cemerlang.
Guru Guru.
Para Ibu Bapa,
Calon-calon peperiksaan PT3 dan SPM MRSM Betong,
Dan seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.
Selamat datang ke MAJLIS MOHON RESTU PT3 DAN SPM,
MRSM BETONG 2015.

Hadirin Sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnianya ,
dapatlah kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang berhagia ini,
bagi menjayakan, MAJLIS MOHON RESTU PT3 DAN SPM 2015.
Untuk makluman hadirin, objektif MAJLIS MOHON RESTU ini
adalah untuk :

Melahirkan rasa keinsafan dan kesedaran dalam diri pelajar.

Memberi semangat dan motivasi kepada pelajar.

Sebagai persiapan kepada pelajar untuk menghadapi


peperiksaan dengan lebih tenang.
DAN

Mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara guru, ibu


bapa dan pelajar.
TETAK BULUH KAJANG SEPULUH,
LAKSANA DITITING KIAS IBARAT,
ANGKAT TANGAN JEMARI SEPULUH,
DOA DIPOHON BIAR SELAMAT.
Bagi memberkati perjalanan majlis yang bermakna ini, dijemput
ENCIK MUHAMMAD FADLILAH BIN MUKHLAS untuk bacaan
doa.
______________________________________________________
Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada ENCIK
MOHD FADLILAH atas bacaan doa tadi.
Kalau dibentang seluas alam,
Kalau dilipat sebesar kuku,
Sejambak kata seuntai salam,
Pembuka bicara terungkap dikalbu.
Bagi membuka tirai agenda, pihak majlis mempersilakan, Saudara
HAZIQ ABRAR BIN JUSTI @ SAINI, Sebagai wakil pelajar untuk
memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
(UCAPAN HAZIQ)
______________________________________________________

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA


HAZIQ atas ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya,
Majlis menjemput ENCIK ABANG AIDIL BIN ABANG ABAI , untuk
menyampaikan ucapan mewakili barisan warga pendidik MRSM
BETONG.
Majlis mempersilakan.
(UCAPAN EN ABANG AIDIL)
______________________________________________________
Terima kasih Diucapkan kepada ENCIK ABANG AIDIL atas ucapan
beliau sebentar tadi.
TERBANG DI AWAN BURUNG JENTAYU,
KERANA PENAT GUGUR KE BUMI,
TAMPILLAH TUAN KAMI MERAYU,
BERSAMA AMANAT BEKALAN KAMI.
Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, Majlis dengan segala
hormatnya menjemput Pengetua MRSM BETONG, EN. MOHD
ZAKI BIN ABD RASHID untuk menyampaikan sepatah dua bicara.
Majlis dengan sagala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN PENGETUA)
______________________________________________________
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua atas
ucapanya sebentar tadi.
DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,
BATANG JERAMI REBAH KE BUMI,
MADAH DIHULUR SEMBAH DIBERI,
KATA PERASMI HAJATNYA KAMI.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Yang Dipertua
Muafakat MRSM BETONG,
EN WILSON @ WALSIN
ENTABANG , dan Seterusnya merasmikan MAJLIS MOHON
RESTU MRSM BETONG 2015.
Pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN YDP MUAFAKAT)

Maka dengan ini, rasmilah sudah majlis MOHON RESTU PT3 DAN
SPM 2015. Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
EN WILSON @ WALSIN ENTABANG atas ucapan beliau sebentar
tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata.
Bagi menyempurnakan majlis, Dijemput ENCIK WAN MUSTAFFA
BIN WAN NAWANG mengiringi Tuan Pengetua, EN. MOHD ZAKI
BIN ABD RASHID
untuk penyempurnaan penyampaikan
cenderamata .
Dipersilakan
EN WILSON @ WALSIN ENTABANG
Yang Dipertua Muafakat MRSM Betong
______________________________________________________
Terima Kasih diucapkan kepada Tn. Pengetua atas penyampaian
cenderamata itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian..
Marilah kita sama-sama mendengar Ikrar yang akan dilafazkan oleh
para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM
tidak lama lagi.
Untuk Pengetahuan hadirin, Bacaan Ikrar ini akan diketuai oleh
Saudara MUHD ANIQ NURIZZUDDIN BIN ISKANDARIA
Dipersilakan.
______________________________________________________

Moga dengan ikrar yang dibacakan tadi menjadi pembakar


semangat untuk lebih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam PT3
dan SPM.
Hadirin sekalian kita telah sampai ke kemuncak majlis. Selepas ini
adalah mohon restu.
Mohon kerjasama pelajar untuk mengalihkan kerusi ke tepid dewan.
Dan dipersilakan para tetamu dan guru untuk membentuk bulatan
bagi penyempurnaan MOhon Restu.
Dengan ini, pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam
menjayakan MAJLIS pada kali ini.
Semoga berjumpa lagi..
Sekian terima kasih
ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Anda mungkin juga menyukai