Anda di halaman 1dari 8

Skrip Pengacaraan MAKEM SK Kokol 2015

Acara: MAKEM 2015


Tarikh: 19 November 2015
Tempat: Dewan SK Kokol

Pengumuman majlis akan bermula


Para hadirin yang dihormati, sebentar lagi acara kita akan bermula, oleh yang demikian
para hadirin dimohon supaya berada di tempat duduk yang telah disediakan di dalam
dewan. Terima kasih.

Ketibaan YDP PIBG SK Kokol


Ketibaan, Yang Berbahagia __________________________________ Yang Dipertua
PIBG SK Kokol Menggatal. Hadirin di mohon berdiri.

Nyanyian Lagu
Hadirin sekalian dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah
Tanah Airku.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Pembuka Majlis
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke Majlis
Anugerah Kecermelangan Murid SK Kokol 2015. Terlebih dahulu majlis mengalu-alukan
Yang Berusaha Encik Abdul Rahman Zainon, Guru Besar SK Kokol,
Yang Berbahagia Puan Mariana Goisin, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha Puan Lily Kian, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Encik Khairil Ashraf, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,


Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru, Ibu Bapa
Seterusnya murid-murid dan siding hadirin yang dikasihi sekalian
Setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan ke Majlis
Kecermelangan Murid SK Kokol 2015

Ucapan alu-aluan
Masak ranum si buah rambutan,
Dimakan sebiji menjadi rinduan,
Hadir puan dengan jemputan,
Mohon diungkap kata aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Abdul Rahman
Zainon, Guru Besar SK Kokol untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan alualuan sebentar tadi.

Ucapan perasmian
Marilah mari menyorong papan,
Papan disorong ke pohon kuini,
Marilah tuan mari ke depan,
Melafazkan rasmi majlis ini.
Para hadirin yang dihormati, seterusnya majlis dengan bangga dan takzimnya
mempersilakan Yang Berbahagia _____________________________ YDP PIBG SK
Kokol untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan lafaz perasmian
Majlis Anugerah Kecermelangan Murid SK Kokol 2015.
Majlis mempersilakan


Hadirin sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggitinggi penghargaan di atas kesudian Yang Berbahagia ____________________ YDP
PIBG SK Kokol menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Cendera Kenangan


Hadirin sekalian,
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis menjemput Yang Berusaha
___________________, ________________________________, diiringi oleh Yang
Dihormati
____________________________,
_________________________________ untuk menyampaikan cendera kenangan
kepada perasmi. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih

Ucapan Wakil Murid


Sidang hadirin sekalian, acara diteruskan lagi dengan ucapan wakil murid. Untuk itu
majlis menjemput adik ___________________________________ untu menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

Persembahan 1 Persembahan daripada Murid-murid Pra Sekolah


Tuan-tuan dan puan-puan,
Seterusnya, majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan yang akan disampaikan
oleh
murid-murid
Pra
Sekolah
yang
dipimpin
oleh
__________________________________________________. Selamat menonton dan
moga terhibur. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Penyampaian Sijil
Para hadirin sekalian,
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
Seterusnya majlis ini akan beralih ke majlis penyampaian Sijil Anugerah Nilam, Sijil
Melepasi Kelas Pemulihan dan penyampaian Penabung Terbanyak Pra Sekolah. Bagi
menyempurnakan
acara,
dijemput
Yang
Berusaha
________________________________ untuk menyampaikan anugerah.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Sijil Anugerah Nilam

Seterusnya penyampaian Sijil Melepasi Kelas Pemulihan. Bagi kategori Berjaya


menguasai semua Konstrak, dijemput adik
2
Bagi kategori Berjaya melepasi Konstruk 1 dan Konstruk 2, dijemput adik
Seterusnya penyampaian Penabung Terbanyak Pra Sekolah, dijemput adik

Majlis
merakamkan
ucapan
setinggi-tinggi
penghargaan
kepada
_________________________________ atas kesudian menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

Persembahan 2 Koir daripada Muri-murid Tahun 5


Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Koir yang akan disampaikan oleh Muridmurid Tahun 5. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada Guru Pelatih, Cik Joina
Joanes. Majlis dengan penuh bangganya mempersilakan.

Terima kasih di atas persembahan yang amat menghiburkan sebentar tadi.

Penyampaian Sijil
Hadirin sekalian
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Tamat Pra Sekolah, penyampaian
Sijil Penglibatan Ko-Kurikulum Tahun 6 dan penyampaian Sijil Pengawas Tahun 6.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati _______________________________
untuk menyempurnakan upacara penyampaian sijil. Majlis mempersilakan.
Penyampaian Sijil Tamat Pra Sekolah dimulakan dengan menjemput adik

Seterusnya penyampaian Sijil Penglibatan Ko-Kurikulum Tahun 6. Dijemput adik 5


Seterusnya penyampaian Sijil Pengawas Tahun 6. Dijemput Ketua Murid, adik

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________ di atas


kesudian beliau menyempurnakan acara sebentar tadi.

Persembahan 3 Coral Speaking daripada Murid-murid Tahun 4


Sidang hadirin yang dihormati,
Seterusnya majlis ini akan menyaksikan persembahan Coral Speaking daripada Muridmurid Tahun 4. Persembahan ini adalah dibawah bimbingan Guru Pelatih Encik Wong
Ka Wah dan Cik Effymieavi. Majlis mengucapkan selamat menonton dan moga terhibur.
Majlis dengan penuh bangganya menjemput.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Murid-murid Tahun 4 di atas


persembahan mereka yang amat menghiburkan.

Penyampaian Sijil dan Hadiah


Tuan puan sidang hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Kehadiran Penuh ke Sekolah,
penyampaian Sijil Cemerlang Mata Pelajaran dan penyampaian Hadiah Akademik dari
Pra Sekolah hingga Tahun 6. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Dihormati
______________________________________________
bagi menyempurnakan
upacara penyampaian Sijil. Majlis mempersilakan

Upacara dimulakan dengan penyampaian Sijil Kehadiran Penuh ke Sekolah. Dijemput


adik
7
Seterusnya, penyampaian Sijil Cemerlang Mata Pelajaran. Bagi Tahun 1, dijemput
adik
8
Seterusnya penyampaian Hadiah Akademik. Bagi Pra Sekolah, di tempat ketiga,
dijemput adik
9
Terima kasih kepada ________________________________________
penyempurnaan penyampaian Sijil dan Hadiah sebentar tadi.

di

atas

Persembahan 4 Tarian Sumazau daripada Murid-murid Tahun 3


Sidang hadirin yang dimuliakan
Acara seterusnya ialah persembahan Tarian Sumazau daripada Murid-murid Tahun 3.
Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Puan Mariana Goisin. Majlis dengan
bangganya mempersilakan.

Terima kasih dan marilah sekali lagi kita berikan tepukan yang gemuruh di atas
persembahan yang menghiburkan tadi.

Penyampaian Anugerah
Hadirin sekalian
Tibalah masa kita ke acara kemuncak pada hari ini iaitu upacara penyampaian Hadiah
Murid Cemerlang Tahun 6, penyampaian Anugerah Tokoh Ko-Kurikulum 2015 dan
penyampaian Anugerah Tokoh Murid 2015. Untuk itu majlis mempersilakan Yang
Berusaha _______________________________ untuk menjemput Yang Berbahagia
________________________ _____bagi menyempurnakan penyampaian tersebut.
Majlis dengan bangganya menjemput.
Bagi penyampaian Hadiah Murid
_____________________________

Cemerlang

Tahun

6,

dijemput

adik

Tokoh ko-kurikulum diberikan kepada murid yang menunjukkan bakat dan komitmen
yang tinggi dalam bidang Ko-Kurikulum. Bagi tahun ini, Anugerah ini disandang oleh
adik __________________________

Seterusnya, penyampaian Anugerah


___________________________

Tokoh

Murid

2015,

dijemput

adik

Majlis
merakamkan
setinggi-tinggi
penghargaan
terima
kasih
kepada
_________________________ dan ______________________ atas penyempurnaan
upacara sebentar tadi.

Persembahan 5 Angklung Tahun 6


Sidang hadirin yang dimuliakan
Sebelum tirai majlis ini dilabuhkan, marilah kita nikmati persembahan istimewa daripada
Murid-murid Tahun 6. Mereka akan mempersembahkan sebuah lagu dengan
menggunakan alat muzik yang dikenali sebgai Angklung. Untuk makluman sidang
hadirin, persembahan ini adalah di bawah bimbingan Pn Suzzane Kula dibantu oleh
guru pelatih Cik Effymieaevi. Majlis dengan bangganya mempersilakan.

Terima kasih dan marilah sekali lagi kita berikan tepukan yang gemuruh di atas
persembahan yang menghiburkan tadi. Terima kasih

Penutup
Hadirin yang dihormati, sebentar lagi tirai majlis acara akan dilabuhkan.
Dengarkanlah 2 buah pantun dari kami.

Mari dipetik sirih puan,


Sirih dipetik di tepi perigi,
Terima kasih tuan dan puan,
Di lain masa berjumpa lagi.

Merdu bertelingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja MAKEM SK Kokol 2015, para ibu bapa dan
mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan para jemputan untuk menjamu selera di
ruang yang telah disediakan. Majlis melabuhkan tirai dan berakhir di sini.
Hingga berjumpa lagi
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai