Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS HEM, KOKURIKULUM DAN PSS 2018


SMK ALAM MEGAH
Nadzirah :

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera. Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-
alukan kehadiran;

Yang Berbahagia Encik Isham bin Ismail,


Yang Dipertua PIBG SMK Alam Megah

Yang Berusaha Tuan Haji Kamali bin Murid


Pengetua SMK Alam Megah

Yang dihormati Puan Hafdzah binti Abd Hamid


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Alam Megah

Puan Siti Maheran binti Jamil@Ramlan


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Alam Megah

Encik Tanavalu a/l Munian


Penolong kanan Kokurikulum SMK Alam Megah
Barisan guru kanan mata pelajaran, seterusnya guru-guru dan pelajar SMK Alam
Megah sekalian.
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi
kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi menjayakan Majlis Anugerah Hal
Ehwal Murid, Kokurikulum dan Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2018.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan


_______________________________________________ dari kelas __________
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*BACAAN DOA

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung ini diberkati hendaknya.
Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan silat daripada
________________________________________. Dipersilakan

*PERSEMBAHAN SILAT
Kavitha :

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________ atas


persembahan silat itu tadi.
Menjaring ikan di Tasik Gedangsa,
Melekat sialang di dahan delima;
Dunia pendidikan membina bangsa,
Peribadi cemerlang matlamat utama.

Hadirin sekalian, pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini, warga SMK Alam
Megah berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Anugerah Hal Ehwal
Murid, Kokurikulum dan Pusat Sumber Sekolah 2018. Majlis ini amat bersesuaian
dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segala
aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan
majlis yang melibatkan tiga unit serentak. Hasil idea bersama, maka terbentuklah
satu kerjasama antara unit Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Pusat Sumber
Sekolah dalam pengelolaan Majlis Penyampaian Anugerah seumpama ini. Murid-
murid SMK Alam Megah yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang
mencakupi kepemimpinan, keperibadian dan kokurikulum akan diberikan
anugerah sebagai bukti penghargaan daripada pihak sekolah. Bukan itu sahaja,
jasa guru-guru yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.

Hadirin yang dihormati,


Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi maka majlis dengan
bangganya menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Kamali bin Murid, Pengetua SMK
Alam Megah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*UCAPAN PENGETUA

Nadzirah :

Demikianlah ucapan Yang Berusaha Tuan Haji Kamali bin Murid, Pengetua SMK
Alam Megah sebentar tadi. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis


Anugerah Kecemerlangan HEM, Kokurikulum dan PSS SMK Alam Megah bagi
tahun 2018. Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia Encik
Isham bin Ismail, Yang Dipertua PIBG SMK Alam Megah untuk menyampaikan
ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM,
Kokurikulum dan PSS 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*UCAPAN YDP

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik


Isham bin Ismail kerana sudi menyampaikan ucapannya yang penuh bermakna
dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dipersilakan Encik Isham bin
Ismail Untuk menyempurnakan acara simbolik perasmian Majlis.

*SIMBOLIK

Kavitha :

Sekali lagi majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Isham bin Ismail
atas penyempurnaan majlis perasmian sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan HEM, kokurikulum dan PSS SMK Alam Megah bagi Tahun 2018.
Bagi menyempurnakannya, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput Yang
Berusaha Tuan Haji Kamali bin Murid, Pengetua SMK Alam Megah diiringi Puan
Siti Maheran binti Jamil untuk naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah.
Dipersilakan.

(Tunggu pengetua naik ke pentas terlebih dahulu)

Majlis penyampaian anugerah dimulai dengan Anugerah Hal Ehwal Murid

PENYAMPAIAN ANUGERAH (HEM,KOKO,PSS)

1) HAL EHWAL MURID – Rujuk Lampiran

Nadzirah :
Majlis mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah. Terima kasih
kepada Yang berusaha Tuan Haji Kamali bin Murid dan Puan Siti Maheran atas
penyampaian Anugerah bagi unit Hal Ehwal Murid itu tadi. (tunggu turun..)

Hadirin sekalian, kecemerlangan yang dicipta, adalah hasil daripada, usaha gigih
yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu, pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Justeru, setiap individu yang berjaya, sepatutnya
diberi penghargaan. Dengan adanya penghargaan, ia akan menjadi pencetus
semangat seseorang untuk terus berjaya.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kokurikulum. Oleh itu,


majlis dengan berbesar hati menjemput Yang berbahagia Encik Isham bin Ismail,
Yang dipertua PIBG SMK Alam Megah diiringi Encik Tanavalu a/l Munian,
Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

2) KOKURIKULUM – Rujuk Lampiran

Begitulah tadi penyampaian anugerah kokurikulum pada tahun ini.


Terima kasih diucapkan kepada Encik Isham bin Ismail dan Encik Tanavalu atas
kesudian menyampaikan anugerah.

Hadirin sekalian, Memang tidak dapat disangkal lagi Pusat Sumber Sekolah
memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk masyarakat yang
berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Oleh itu, Unit Pusat Sumber Sekolah juga turut serta dalam Majlis Anugerah ini.
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput Yang dihormati Puan
Hafdzah binti Abd Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran diiringi Puan Siti Maheran
untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

3) PUSAT SUMBER SEKOLAH – Rujuk Lampiran

Dengan berakhirnya anugerah itu tadi, maka Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid,
Kokurikulum dan Pusat Sumber Sekolah hampir sampai ke penghujungnya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga
kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga penghargaan yang diterima pada hari ini menjadi dorongan dan
sokongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengejar, meningkatkan,
serta mengekalkan prestasi yang cemerlang. Oleh itu, Bagi pihak ahli
jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SMK Alam Megah, saya memohon
kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Tetamu kehormat dan pentadbir dipersilakan ke kantin bagi menikmati hidangan


yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai