Anda di halaman 1dari 5

Teks MC Jamuan Makan Malam Tahunan SMK Temin 2018

Catatan
1. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Dijemput semua hadirin sekalian mengambil tempat duduk.

2. Bismillahirrahmanirahim

Indah nian malam ini,


Warga SMK Temin berseri-seri,
Jamuan akhir tahun sama dirai,
Kita mulakan dengan ceria di hati.

Putih, hitam dan emas menawan sekali


Tema majlis malam ini
Jamuan akhir tahun dan jamuan perpisahan kita mulai
Mencipta kenangan tersemat di hati.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…


Selamat datang ke Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Guru dan Staf SMK Temin tahun 2018.

3. Yang Berbahagia En. Mohd Aziman Bin Abu Samah, Pengetua SMK Temin

Yang Dihormati Encik Othman bin Yahaya, Yang Dipertua PIBG

Tn. Haji Azahari bin Awang, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

1
Tn. Haji Ahmad Nizam bin Mohd Hassan, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Tn. Haji Brohan bin Abd Ghani, Guru penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, staf sokongan dan serta hadirin sekalian.

4. Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana dimalam yg berbahagia dan penuh indah ini, kita
dapat bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan majlis makan malam tahunan dan hari keluarga
SMK Temin tahun 2018 di eRYAbySURIA Hot Spring Bentong.

5. Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum kita menjamu selera, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Zamani untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

********************************DOA***********************************************
Terima kasih Al-Fadzil Ustaz.

Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Dipersilakan semua tetamu, para guru dan staf sokongan untuk menjamu selera.

*************************************MAKAN***************************************
6. Hadirin yang dimuliakan,

2
Selepas kita menjamu selera dengan hidangan yang enak dan menyelerakan, kita ke acara
selanjutnya.

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd Syazwan
bin Azmi selaku Naib Pengerusi Kelab Guru dan Staf SMK Temin 2018 untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Dipersilakan.

************************************UCAPAN***************************************
Terima kasih diucapkan Pn. Faziah Bt Jaafar, Pengerusi KGS SMK Temin 2018 kerana telah sudi
menyampaikan ucapan.

7. Berikutnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan yang Berbahagia En.
Mohamad Aziman bin Abu Samah, Pengetua SMK Temin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************************************UCAPAN***************************************
***********
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan pengetua di atas ucapan itu tadi.

8. Baiklah, kini tiba kita ke acara yang ditungu-tunggu, iaitu cabutan bertuah pusingan pertama.
Dijemput _______________________________ utk mencabut undi dan seterusnya menyampaikan
hadiah cabutan bertuah kepada yang berjaya . Dipersilakan.

9. Terima kasih diucapkan kepada ____________________.


Kita akan meneruskan acara dengan aktiviti selingan yang pertama. Dijemput Pn Faziah untuk
mengendalikan aktiviti.

10 Kita akan meneruskan acara cabutan bertuah pusingan ke 2.

3
. Dijemput________________________________ untuk mencabut undi dan seterusnya
menyampaikan hadiah cabutan bertuah. Dipersilakan.

11 Aktiviti Selingan
. Dijemput En. Kamaruddin untuk mengendalikan aktiviti selingan yang kedua.

12 Hadirin sekalian.
. Kita akan meneruskan acara cabutan bertuah pusingan terakhir.
Dijemput________________________________ untuk mencabut undi dan seterusnya
menyampaikan hadiah cabutan bertuah. Dipersilakan.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya jangan bersedih. Ada rezeki di tahun
hadapan.

13 Majlis akan diteruskan dengan aktiviti selingan yang terakhir. Dijemput Pn Faziah Jaafar untuk
. mengendalikan aktiviti.

14 Hadirin sekalian, kini tibalah ke acara kemuncak pada malam ini. Majlis diteruskan dengan acara
. pengumuman hadiah-hadiah khas sempena Majlis Makan Malam pada malam ini. Sebanyak 5 hadiah
khas disediakan pada kali ini.

Dipersilakan Tuan Pengetua diiringi Pengerusi KGS naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah
bagi anugerah-anugerah tersebut. Dipersilakan.....

Anugerah Most Glamorous kategori kanak-kanak lelaki, dipersilakan ___________________________

Anugerah Most Glamorous kategori kanak-kanak lelaki perempuan jatuh kepada _________________

4
Anugerah Most Glamorous Lelaki dimenangi oleh __________________________________

Anugerah Most Glamorous Perempuan dimenangi oleh _____________________________

Anugerah Most Glamorous Family jatuh kepada keluarga __________________________________

Terima kasih kepada Tn Pengetua diatas kesudian menyampaikan hadiah.


Tahniah dan syabas kepada pemenang.

15 Hadirin yang dimuliakan,


.
Majlis kita sampai di penghujungnya. Sekalung terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak
yang memastikan majlis malam ini berlangsung dengan jayanya. Akhir kata, saya memohon maaf jika
terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Kepada rakan-rakan yang akan
pulang pada malam ini, hati-hati dalam perjalanan di jalan raya. Pandu elok-elok, jangan mengantuk;
semoga anda semua selamat sampai ke rumah masing-masing, insya-Allah.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai