Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA HARI ANUGERAH DAN KEMUNCAK KOKURIKULUM

SMK TAMAN PUTRI 2019

KATA-KATA ALUAN MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG DIHORMATI


_____________________________
DENGAN DIIRINGI OLEH PN. HAJAH LILY BU BINTI
ABDULLAH, PENGETUA CEMERLANG SMK TAMAN PUTRI
MASUK KE PENTAS UTAMA.

SEMUA HADIRIN DIMINTA BERDIRI.

NYANYIAN LAGU NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH.

ALUAN VIP HADIRIN DIPERSILAKAN MENGAMBIL TEMPAT.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Tetamu sudah melangkah datang,
Lafaz bismillah pembuka bicara.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA DAN


SALAM KULAI GEMILANG.

YANG BERHORMAT

YANG BERUSAHA
PN. HJH LILY BU BINTI ABDULLAH
PENGETUA CEMERLANG SMK TAMAN PUTRI

YANG DIHORMATI
EN. JAMAL BIN SAIAN
YG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK TMN PUTRI

EN. KAMALULLAIL BIN TOHA


GURU PEN. KANAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK

PN. SARIPAH FARIDAH BINTI SAYED MOHAMAD


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

EN. ABU SAMAH BIN OSMAN


GURU PEN. KANAN KOKURIKULUM

EN. SULAIMAN BIN AMDI


GURU PENOLONG KANAN PETANG

BARISAN GURU KANAN MATAPELAJARAN. KAUNSELOR -


KAUNSELOR, RAKAN-RAKAN GURU SERTA HADIRIN
HADIRAT PARA IBU BAPA DAN ANAK-ANAK DIDIK YG
DIKASIHI SEKALIAN.
Terlebih dahulu SAYA bagi pihak SMK TAMAN PUTRI ingin
mengucapkan Selamat Datang ke MESYUARAT AGUNG PIBG
DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK TAMAN PUTRI
KALI KE 18. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua
pihak TERUTAMANYA PARA IBU BAPA yang sudi meluangkan
masa bagi menghadiri majlis kita pada hari ini,

BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Sebelum majlis menghampar pengisian,


Sebelum acara menyingkap helaian,
Molek rasanya doa dipanjatkan,
Semoga majlis beroleh keberkatan.

Bagi memberkati agenda majlis kita pada hari ini, majlis


mempersilakan al-fadhil _____________________________
Untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Amin… amin….
Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz
_________________________________________________
Di atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG Kini tanpa membuang masa majlis diteruskan lagi, dengan
ucapan alu-aluan dan amanat yang akan disampaikan oleh En.
Jamal Bin Saian, Yg Dipertua PIBG SMK Taman Putri.
Dipersilakan..

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA en. Jamal bin saian


DI ATAS UCAPAN BELIAU ITU TADI.

Majlis seterusnya diserahkan kepada Yg Dipertua PIBG bagi


meneruskan agenda mesyuarat pada pagi ini.

 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat


 Perkara-perkara berbangkit
 Membentang dan menerima laporanaktiviti tahunan
2019
 Membentang,menerima dan meluluskan penyata
kewangan 2019
 Membahaskan usul.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Dengan berakhirnya mesyuarat agung pibg kali ke-18 sebentar
tadi. Majlis mohon untuk berehat seketika kerana majlis
Anugerah Cemerlang akan dimulakan sebentar lagi.
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan ______________________________
dengan diiringi oleh Pn. HJH Lily Bu binti Abdullah, Pengetua
cemerlang SMK Taman Putri masuk ke pentas utama.

Persembahan Band Hadirin sekalian,


Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taman Putri kali ke-18 akan
dimulakan dengan persembahan Band yang akan
dipersembahkan oleh ________________________________
Yang diketuai oleh _________________________________.
Mari kita saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan


____________________________________ di atas
persembahan yang menghiburkan sebentar tadi.

Ucapan VIP Hadirin sekalian,


Tanpa membuang masa majlis dengan ini mempersilakan

Untuk memberikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis


Anugerah Cemerlang SMK Taman Putri kali ke -18 pada hari ini.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kepada

di atas kesudian merasmikan majlis kita pada hari ini.

PENYAMPAIAN ANUGERAH
Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2019
Murid cemerlang kita hargai

AGENDA MAJLIS PADA PAGI INI AKAN DITERUSKAN LAGI


DENGAN SESI PENYAMPAIAN ANUGERAH BAGI KATEGORI
ANUGERAH AKADEMIK, ANUGERAH SAHSIAH
CEMERLANG dan ANUGERAH MURID CEMERLANG PT3.

UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN


Yang Dihormati
DENGAN DIIRINGI OLEH PN. HAJAH LILY BU BINTI
ABDULLAH UNTUK MENYEMPURNAKAN SESI
PENYAMPAIAN ANUGERAH PADA HARI INI..
DIPERSILAKAN.
ANUGERAH Akademik
UPACARA PENYAMPAIAN ANUGERAH PADA PAGI INI
DIMULAKAN DENGAN ANUGERAH BAGI KATEGORI
Akademik...Penerima anugerah bagi kategori akademik adalah
terdiri daripada murid-murid yang mendapat keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun 2019.

MENDAHULUI SENARAI DIPERSILAKAN..........


PENYAMPAIAN ANUGERAH YANG SETERUSNYA ADALAH
ANUGERAH Sahsiah BAGI KATEGORI ANUGERAH Sahsiah cemerlang...
Cemerlang
MENDAHULUI SENARAI DIPERSILAKAN......

ANUGERAH pt3 UPACARA PENYAMPAIAN ANUGERAH YANG TERAKHIR


ADALAH BAGI KATEGORI ANUGERAH PENCAPAIAN
TERBAIK PT3..

MENDAHULUI SENARAI DIPERSILAKAN........DENGAN


PENCAPAIAN

PENYAMPAIAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA


CENDERAMATA YANG DIHORMATI
DI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN sijil dan hadiah kepada
penerima-penerima anugerah sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

PENUTUP Dengan berakhirnya sesi PENYAMPAIAN ANUGERAH DAN


SIJIL sebentar tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada
hari ini.
Pihak majlis mengucapkan Jutaan terima kasih, syabas dan
tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Hadirin sekalian

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan

UNTUK ITU SEMUA HADIRIN DIMINTA BERDIRI BAGI


LAGU NEGARAKU
SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

SEKIAN WABILLAHITAUFIK WAL HIDAYAH


ASSALAMUALAIKUM WRB.

Anda mungkin juga menyukai