Anda di halaman 1dari 5

APC KAFA KG Bukit Sakong 1

Teks Pengacara Majlis

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat


masing-masing di dalam kerana majlis kita akan bermula
sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada


hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat


mematikan nada deringan telefon bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir
dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan
terlebih dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu
yang akan datang seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat
berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan


kerjasama hadirin sekalian.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia EN. MUNDING HJ


JUMAADIL ,C.D.O N 54. Bugaya , diiringi oleh Yang
Berusaha EN. LEKSING SALLEH BIN ISMAIL, Pengurusi
KAFA KG. Bukit Sakong 1, serta barisan Ahli Jawatankuasa
UCAPAN
KAFA Kg. Bukit Sakong 1
ALUAN
PENGERUSI
**** Selawat Syifa****
MAJLIS
Hadirin dipersilakan duduk

Bismillah….

Assalamualaikum w.b.t. salam Salam sejahtera

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;

beb 2019 Page 1


APC KAFA KG Bukit Sakong 1

Assalammualaikum mulanya kata,


Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,
EN. MUNDING HJ JUMAADIL
C.D.O N54 BUGAYA

Yang Berusaha, EN. LEKSING SALLEH BIN ISMAIL


Pengursi KAFA Kg. Bukit Sakong 1

Yang Dihormati, barisan Ahli Jawatankuasa KAFA Kg Bukit


Sakong 1

Barisan Ibu Bapa dan Guru Kg. Bukit Sakong 1

Guru-guru penjana modal insan gemilang,

Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.

Selamat datang ke Hari Anugerah Pencapaian Cemerlang KAFA


Bukit Sakong 1.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di
dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang
pendidikan.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat


memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi yang damai ini, di
samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan serta
jalinan kerjasama di antara guru-guru dan ibu bapa dan penjaga
serta murid-murid sekalian.

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat dating

Acara Hari ini DiMulakan Dengan Khatam Beramai-ramai


Oleh pelajar KAFA Bukit Sakong 1 seramai 60 orang.

Buluh ditarik panjang sepuluh,


Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

Hadirin dihormati,

beb 2019 Page 2


APC KAFA KG Bukit Sakong 1

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh BACAAN DOA
TUAN HJ SAKKUL BIN HJ HASANUL Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan


doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan
untuk melaksanakan majlis hari anugerah cemerlang pada tahun
ini dengan jayanya.

Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha EN.
LEKSING SALLEH BIN ISMAIL , Pengursi KAFA UCAPAN
Bukit Sakong 1 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis Pengerusi
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

------ Ucapan Pengerusi KAFA ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Tuan Pengerusi KAFA atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia EN. MUNDING HJ JUMAADIL ,C.D.O N 54.
Bugaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya UCAPAN
merasmikan majlis Hari Anugerah Pencapaian Cemerlang 2019. PERASMI
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan Perasmian ****

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia EN. MUNDING HJ JUMAADIL di
atas ucapan perasmian itu tadi.

beb 2019 Page 3


APC KAFA KG Bukit Sakong 1

Hadirin yang dimuliakan,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian
Anugerah Pencapaian Cemerlang.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia EN.
MUNDING HJ JUMAADIL diiringi oleh Yang Berusaha EN.
LEKSING SALLEH BIN ISMAIL untuk menyampaikan
hadiah.

Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah dan sijil

-Penyampaian cenderakenangan perasmi


-Penyampaian sijil khatam Al-Quran
-Persembahan nasyid (Islam Agamaku)
-Penyampaian sijil UPKK 2018
-Penyampaian sijil Khatam Al-Quran
{Anjuran ASPIRASI Semporna 2018} HADIAH

-Penyampaian sijil khatam Al-Quran 2018


{Anjuran APAQS dan IPAQ}
-Penyampaian sijil johan pertandingan
{Anjuran ASPIRASI 2019}
-Penyampaian sijil naib johan pertandingan
nasyid
{Anjuran ASPIRASI 2019}
-Penyampaian sijil tempat ketiga nasyid
{Anjuran ASPIRASI 2019}
-Penyampaian sijil khatam Al-Quran perdana
{Inspirasi CQ_MAS Anjuran YAPEIM 2019}

beb 2019 Page 4


APC KAFA KG Bukit Sakong 1

-Penyampaian sijil APC tahun 2018


-Penyampaian sijil APC tahun 2019
-Persembahan nasyid murid kelas KAFA Kg.
bukit sakong 1
{Kaedah ABAHATA}
-Penyampaian sijil “Jasamu dikenang”

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia EN. MUNDING HJ JUMAADIL diiringi oleh
Yang Berusaha EN. LEKSING SALLEH BIN ISMAIL
atas penyampaian hadiah itu tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Hari Anugerah Pencapaian Cemerlang KAFA Bukit Sakong 1


pada tahun 2019

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga


KAFA serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak
akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari
Alah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari
kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam
manis untuk dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

beb 2019 Page 5

Anda mungkin juga menyukai