Anda di halaman 1dari 6

MIKRO EKONOMI BAB 1

Ilmu ekonomi : satu ilmu yang mengkaji bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad dengan menggunakan
sumber ekonomi yang terhad.

Sumber –sumber ekonomi.

Tanah
• Anugerah alam semula jadi yang terdapat dalam tanah atau atas tanah .
• Contoh – bahan-bahan galian, minyak, tumbuh-tumbuhan.
• Penawaranya adalah terhad.
• Tidak mempunyai mobiliti tempat mempunyai mobiliti kegunaan.

Buruh
• Tenaga kerja secara mental dan fizikal yang digunakan dalam proses pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan .
• Contoh – pekerja kilang, guru, doktor dan lain-lain.
• Menerima upah
• Buruh dalam lingkungan umur 16-64 tahun .
• Buruh disebut tenaga buruh dan tenaga kerja.
• Tenaga buruh yang tidak digunakan disebut penganguran.
• Buruh mempunyai mobiliti tempat dan kegunaan

Modal
• Barang modal yang digunakan oleh pengeluaran untuk mengeluarkan brangan bagi menghasilkan pulangan.
• Dapat meningkatkan daya pengeluran.
• Menerima faedah
• Jenis pulangan modal
i. Modal tetap – tidak berubah bentuk dan fizikalnya setelah digunakan contoh,mesin.
ii. Modal kerja – berubah bentuk fizikalnya setelah digunakan, contoh bahan pembekar.
iii. Modal social – melicinkan proses pengeluaran contoh , jalan raya, sekolah, hospital

Usahawan
• Orang yang mengabungkan semasa input untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhimatan.
• Menangung risiko perniagaan
• Menerima untung.

KEPERLUAAN DAN KEHENDAK MANUSIA

Keperluan
• Keperluan ialah keiginan terhadap barang asas untuk hidup.
• Contoh ; makanan, pakaian, tempat tinggal .
• Keperluan adalah terhad mesti dipenuhi dan bersifat sejagat

Kehendak
• Keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan untuk keselesaan.
• Contoh:kipas angin, penghawa dingin.
• Tidak perlu dipenuhi untuk terus hidup.
• Kehendak adalah mengikut cita rasa contoh, golongan berpendpatan tinggi berkehedakan barangan mewah.

PENGELASAN BARANG
Barang percuma
• Penawarannya tidak terhad.
• Tidak dikeluarakan oleh manusia , ia merupakan anugerah alam semula jadi.
• Tiada kos pengeluaran, kos lepasnya
• Tidak perlu membayar harga contoh udara

Barang ekonomi
• Semua barang selain barang percuma dikenali sebagai barang ekonomi.
• Penawarannya melibatkan kos pengeluaran ia perlu dibayar
• Mempunyai kos lepas contoh : barang persendirian, barang awam, barang pengguna, Barang pengeluar dan barang
perantaraan.

Barang perantaraan
• Sesuatu barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang yang lain.
• Permintaan terhadap barang perantaraan disebut pemindahan berkait.
• Barang ini hilang bentuk asalnya.

Barang pengeluar
• Di kenali sebagai barang modal.
• Tidak hilang bentuk asalnya setelah digunakan.
• Contohnya modal tetap, mesin, Jentera.

Barang pengguna.
• Dikenali sebagai barang akhir atau barang siap
• Satu barang yang boleh digunakan terus tanpa perlu diproses lagi.
• Contohnya baju.

Barang awam
• Dikenali sebagai barang social
• Tidak mempunyai sifat kekecualian.
• Semua orang boleh menggunakannya, sama ada mampu bayar atau pun tidak.
• Ditawarkan kepada semua golongan masyarakat sama ada golongan kaya atau miskin .
• Disedikan oleh kerajaan bertujuaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat sama ada golongan miskin atau kaya. Bukan
untuk memaksimumkan keuntungan
• Jika barang ini dikenakan harga, harganya murah dan mampu dibayar oleh semua golongan masyarakat.
• Contohnya sekolah ,hospital

Barang persendiriaan
• Mempunyai sifat-sifat kekecualian
• Bukan semasa orang boleh mengunakannya.
• Orang yang mampu boleh mengunakannya.
• Yang tidak mampu di kecualikan
• Dikenali sebagai barang swata.

MASALAH KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS.


• Masalah kekurangan merujuk kepada kekurangan barang dan perkhidmatan yang dapat dihasilkan berbanding dengan kehendak
manusia yang tidak terhad.
• Wujud kerana faktor pengeluaran yang terbatas.
• Akhirnya menimbulkan masalah pilihan.
• Masalah pilihan menyebabkan kos lepas.
• Kos lepas ialah barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan terbaik.
• Masalah ini dapat dilihat dengan mengunakan keluk kemungkinan pengeluaran.

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)


Definisi : Satu keluk yang menunjukkan kombinasi maksimum dua barang yang dapat dikeluarkan apabila semua input digunakan
dengan cekap.

Adaian:
1. faktor-faktor pengeluaran tetap
2. teknologi adalah tetap.
3. hanya dua jenis barang dikeluarkan
4. ekonomi mencapai guna tenaga penuh.

• Boleh digunakan untuk menerangkan konsep kos lepas dan konsep pertumbuhan ekonomi.
• Kos lepas malar digambarkan oleh KKP yang berbentuk satu garis lurus.
• Kos lepas menaik digambarkan oleh KKP yang berbentuk cembung.
MASALAH ASAS EKONOMI
• Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber-sumber ekonomi terhad sedangkan kehendak adalah tidak terhad.
• Masalah asas ekonomi adalah sama di semua negara
• Terdapat tiga masalah ekonomi.
i. Apa dan berapa banyak barang hendak di keluarkan
ii. Bagaimana hendak di keluarkan
iii. Untuk siapa dikeluarkan

Apa dan berapa banyak barang dikeluarkan


• Sumber-sumber ekonomi adalah terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
• Manusia perlu membuat pilihan tentang barangan yang hendak dikeluarkan.
• Barang atau perkhimatan yang dikeluarkan perlulah merupakan kehendak dan dapat memberi kepuasan kepada manusia.
• Manusia akan megeluarkan barang yang mempunyai permntaan supaya dapat memaksimumkan keuntungan
• Pengeluar perlu melihat Jumlah perkhimatan.
• Jika sambutan meningkat pengeluran akan ditingkatkan dan sebaliknya.
• Pengeluar harus membuat keputusan yang tepat tentang pengeluaran barang supaya tidak wujud lebihan atau pengurangan.
• Jumlah sesuatu barang atau perkhimatan yang hendak dikelukan bergantung kepada faktor-faktor pengeluran yang
diperuntukan untuk mengelurkan .

Bagaimana hendak dikelurakan


• Masalah merujuk kepada teknik-teknik pengeluaran
• Pengeluaran harus melibatkan faktor-faktor pengeluaran iaitu buruh, modal, tanah, dan usahawan supaya dapat
meminimumkan kos dan mendaptkan keuntungan yang paling maksimum.
• Terdapat dua teknik pegeluran
i. Kaedah pengeluran berintensifkan buruh
ii. Kaedah keluran berintensifkan modal.

• Jika harga buruh lebih murah, maka pegeluran akan memilih kaedah berintensifkan modal, sebaliknya jika harga buruh lebih
murah maka pengeluaran akan memilih kaedah berintensifkan buruh.

Untuk siapa hendak dikeluarkan


• Merujuk kepada pengagihan barang dan perkhimatan
• Bergantung kepada agihan pendapatan kuasa beli
• Golongan berpendapatan rendah akan menimati jumlah barang yang lebih banyak manakala golongan berpendapatan rendah
akan menikmati jumlah barang yang sedikit.

SISTEM EKONOMI
Masalah Sistem Perancangan
Sistem Kapitalis Puast Sistem Campuran
Diselesaikan oleh
Diselesaikan oleh
kerajaan.
mekanisma harga. Diselesaiakan oleh
mekanisme harga dan
Barang dikeluarkan untuk
kerajaan.
Apa dan meningkat kebajikan
berapa pengguna.
barang dan
hendak Pengeluar mengeluarkan Barang-barang yang
dikeluarkan barang yang ada tidak di keluarkan oleh
permintaan tinggi kerana Jumlah yang dikeluarkan pihak swasta akn di
bermotif keuntungan. berdasarkan keperluan keluarkan oleh kerajaan
masyarakat. contohnya barang awam.
Diselesaikan oleh
Diselesaikan oleh
kerajaan.
mekanisma harga.
Teknik yang dipilih
mengutamakan
kebajiakan pekerja dan
bukna semata-mata
meminimukan kos atau Diselesaiakan oleh
memaksimukan mekanisme harga dan
keuntungan. kerajaan.

Pihak swata memilih


teknik yang
meminimumkan kos
manakala kerajaan akan
Bagaimana Menggunakan tekni
memihak kepada teknik
barang pengeluaran yang paling
yang dapat
hendak di murah untuk
mengurangkan masalah
keluarakan. meminimumkan kos.
pengangguran dan
meningkatkan kebajikan
pekerja.

Faktor pengeluaran
dimiliki oleh kerajaan.

Kerajaan yang memilih


teknik intensif buruh
modal demi kepentingan
ekonomi.
Diselesaikan oleh
kerajaan.
Diselesaikan oleh Diselesaiakan oleh
mekanisma harga melalui mekanisme harga dan
Barang dikeluarkan untuk
agihan pendapat. kerajaan.
semua golongan
masyarakat.

Untuk Pihak swasta akan


siapa agihkan barang
barang Agihan barang Jika berlaku kekurangan berdasarkan agihan
hendak di berdasarkan kemampuan catuan atau perubahan pendapatan.
keluarakan. individu (kuasa beli) harga dilakuakan.

Lebih banyak pendatan, Walaubagaimanapun


lebih banyak barang kerajaan campur tangan
dapat dinikmati. dengan memastikan
barang awam dan barang
perlu sampai kepada
golongan berpendapatan
rendah.

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS


• Tindak balas yang cepat melalui mekanisme harga
• Insentif untuk bekerja
• Kecekapan pengeluaran
• Faedah persaingan
• Bebas membuat pilihan
KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
• Kebajikan masyarakat diabaikan
• Harga tidak stabil
• Keburukan monopoli
• Jurang agihan pendapatan yang meluas
• Eksternaliti negatif
• Tidak menjamin guna tenaga penuh
• Salah peruntukkan sumber
• Barang sosial kurang dikeluarkan

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT


• Kebajikan masyarakat diutamakan
• Harga stabil
• Merapatkan jurang agihan pendapatan
• Kecekapan peruntukkan sumber
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT


• Pentadbiran kurang cekap
• Kebebasan terhad
• Tidak wujud kesetaraan ekonomi
• Pembaziran sumber

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN

KONSEP PELAKU KEGIATAN EKONOMI


• Isi rumah – pembekal faktor- faktor pengeluarandan pengguna barang dan perkhidmatan
• Firma – pembekal barang dan pengguna faktor pengeluaran
• Kerajaan – mengutip cukai dan membuat perbelanjaan.

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN

PASARAN FAKTOR

CUKAI CUKAI
FIRMA KERAJAAN ISIRUMAH

SUBSIDI SUBSIDI

PASARAN BARANG
• Aliran fizikal – aliran input tanah, buruh, modal dan usahawan dari sektor isi rumah ke sektor firma dan aliran barang- barang
dan perkhidmatan dari sektor firma ke sektor isi rumah
• Aliran wang – aliran perbelanjaan pengguna dan hasil dari sektor isi rumah ke sektor firma, dan aliran kos dan pendapatan dari
sektor firma ke sektor isi rumah