Anda di halaman 1dari 6

CIKGU JEYA (jeyastars@gmail.

com) 2018

MIKRO EKONOMI BAB 1

Ilmu ekonomi : Satu ilmu yang mengkaji bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak
terhad dengan menggunakan sumber ekonomi yang terhad.

Sumber –sumber ekonomi.

Tanah
 Anugerah alam semula jadi yang terdapat dalam tanah atau atas tanah .
 Contoh – bahan-bahan galian, minyak, tumbuh-tumbuhan.
 Penawaranya adalah terhad.
 Tidak mempunyai mobiliti tempat – tidak dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain
 mempunyai mobiliti kegunaan. – tanah digunakan untuk pelbagai kegunaan sama ada
membina perumahan atau pertanian
 Pulangan kepada tanah adalah sewa

Buruh
 Individu yang menyumbangkan tenaga fizikal & mental dalam proses pengeluaran barang dan
perkhidmatan .
 Terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir
 .Tidak menanggung risiko
 Tidak memikirkan inovasi
 Penawaran buruh tidak tetap
 Buruh mempunyai mobiliti tempat
 Buruh mempunyai mobiliti kegunaan
 Pulangan kepada buruh adalah upah

Modal
 Barang ciptaan manusia yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan bagi meningkatkan pendapatan
 Terdiri daripada modal fizikal (jentera, computer) dan modal wang dan modal social
 Penawaran modal tidak tetap
 Modal mudah ditambah atau dikurangkan
 Modal mempunyai mobiliti kegunaan
 Pulangan kepada modal adalah faedah/kadar bunga

Usahawan

 Individu yang menggabungkan semua faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang-barang


dan perkhimatan.
 Berperanan sebagai pemimpin, perancang dan penyelaras dalam proses pengeluaran
 Menangung risiko
 Memikirkan inovasi
 Pulangan kepada usahawan adalah untung
CIKGU JEYA (jeyastars@gmail.com) 2018

BUKAN SUMBER EKONOMI

TEKNOLOGI
- Ciptaan manusia yang meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran firma

KONSEP KEPERLUAAN DAN KEHENDAK MANUSIA

Keperluan
 Keperluan ialah keiginan terhadap barang asas untuk hidup.
 Contoh ; makanan, pakaian, tempat tinggal .
 Keperluan adalah terhad mesti dipenuhi dan bersifat sejagat

Kehendak
 Keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan untuk keselesaan.
 Contoh:kipas angin, penghawa dingin.
 Tidak perlu dipenuhi untuk terus hidup.
 Kehendak adalah mengikut cita rasa contoh, golongan berpendpatan tinggi berkehedakan
barangan mewah.

PENGELASAN BARANG

Barang percuma
 Tidak dikeluarkan oleh manusia
 Merupakan anugerah alam semula jadi.
 Penawarannya tidak terhad.
 Tiada sifat kekecualian
 Tiada kos pengeluaran
 Tidak melibatkan harga untuk digunakan
 Tidak bersifat kekurangan
 CTh: Udara, cahaya matahari

Barang ekonomi
 Dikeluarkan oleh manusia
 Semua barang selain barang percuma dikenali sebagai barang ekonomi.
 Melibatkan kos pengeluaran
 Terdapat sifat kekecualian
 Penawaran adalah terhad
 Bersifat kekurangan
 Mempunyai kos lepas
 Melibatkan harga untuk digunakan
 Terdiri daripada barang persendirian, barang awam, barang pengguna, Barang pengeluar dan
barang perantaraan.
 CTH : pakaian, makanan, computer
CIKGU JEYA (jeyastars@gmail.com) 2018

Barang awam
 Dikenali sebagai barang sosial
 Disediakan oleh kerajaan
 Penawaran terhad
 Melibatkan kos pengeluaran
 Mempunyai kos lepas
 Tidak mempunyai sifat kekecualian - Semua orang boleh menggunakannya, sama ada
mampu bayar atau pun tidak.
 Ditawarkan kepada semua golongan masyarakat sama ada golongan kaya atau miskin .
 Bertujuaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
 Bukan untuk memaksimumkan keuntungan
 Jika barang ini dikenakan harga, harganya murah dan mampu dibayar oleh semua golongan
masyarakat.
 Contohnya sekolah , hospital, tandas awam

Barang persendiriaan
 Barang yang dimiliki seseorang sama ada pengguna atau pengeluar
 Penawaran Terhad
 Melibatkan kos lepas
 Mempunyai sifat-sifat kekecualian
 Orang yang mampu boleh mengunakannya.
 Yang tidak mampu di kecualikan
 Dikenali sebagai barang swasta.
 Bertujuan memaksimumkan kepuasan kepada pengguna dan keuntungan kepada pengeluar
 Terdiri daripada barang pengguna dan barang modal
 CTH : Baju, buku

Barang perantaraan
 Sesuatu barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang yang lain.
 Permintaan terhadap barang perantaraan disebut permintaan berkait.
 Barang ini hilang bentuk asalnya.
 CTH: tepung untuk menghasilkan kuih, gula untuk menghasilkan jus buah - buahan

Barang Modal
 Adalah barang siap yang digunakan untuk menghasilkan barang lain
 Tidak hilang bentuk asalnya setelah digunakan.
 Contohnya modal tetap, mesin, Jentera.
 Berbeza dengan barang pengguna, misalnya sebuah kereta dikenali barang pengguna, jika
dibeli untuk kegunaan sendiri maka ia dikenali barang persendirian senaliknya dijadikan teksi
maka dikenali sebagai barang modal.

Barang pengguna.
 Dikenali sebagai barang akhir atau barang siap
 Satu barang yang boleh digunakan terus tanpa perlu diproses lagi.
 Terdiri daripada barang tahan lama (televisyen), barang tak tahan lama (sayur) dan
perkhidmatan (pengangkutan)
CIKGU JEYA (jeyastars@gmail.com) 2018

MASALAH ASAS EKONOMI

 Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber-sumber ekonomi terhad sedangkan


kehendak adalah tidak terhad.
 Masalah asas ekonomi adalah sama di semua negara
 Terdapat tiga masalah ekonomi.
i. Apa dan berapa banyak barang hendak di keluarkan
ii. Bagaimana hendak di keluarkan
iii. Untuk siapa dikeluarkan

Apa dan berapa banyak barang dikeluarkan


 Sumber-sumber ekonomi adalah terhad berbanding dengan kehendak manusia yang
tidak terhad
 Manusia perlu membuat pilihan tentang barangan yang hendak dikeluarkan.
 Barang atau perkhimatan yang dikeluarkan perlulah merupakan kehendak dan
dapat memberi kepuasan kepada manusia.
 Manusia akan megeluarkan barang yang mempunyai permntaan supaya dapat
memaksimumkan keuntungan
 Pengeluar perlu melihat Jumlah perkhimatan.
 Jika sambutan meningkat pengeluran akan ditingkatkan dan sebaliknya.
 Pengeluar harus membuat keputusan yang tepat tentang pengeluaran barang
supaya tidak wujud lebihan atau pengurangan.
 Jumlah sesuatu barang atau perkhimatan yang hendak dikelukan bergantung
kepada faktor-faktor pengeluran yang diperuntukan untuk mengelurkan .

Bagaimana hendak dikelurakan


 Masalah merujuk kepada teknik-teknik pengeluaran
 Pengeluaran harus melibatkan faktor-faktor pengeluaran iaitu buruh, modal, tanah,
dan usahawan supaya dapat meminimumkan kos dan mendaptkan keuntungan
yang paling maksimum.
 Terdapat dua teknik pegeluran
i. Kaedah pengeluran berintensifkan buruh
ii. Kaedah keluran berintensifkan modal.

 Jika harga buruh lebih murah, maka pegeluran akan memilih kaedah
berintensifkan modal, sebaliknya jika harga buruh lebih murah maka pengeluaran
akan memilih kaedah berintensifkan buruh.

Untuk siapa hendak dikeluarkan


 Merujuk kepada pengagihan barang dan perkhimatan
 Bergantung kepada agihan pendapatan kuasa beli
 Golongan berpendapatan rendah akan menimati jumlah barang yang lebih banyak
manakala golongan berpendapatan rendah akan menikmati jumlah barang yang
sedikit.
CIKGU JEYA (jeyastars@gmail.com) 2018

SISTEM EKONOMI
Masalah Sistem Perancangan
Sistem Kapitalis Puast Sistem Campuran
Diselesaikan oleh
Diselesaikan oleh Diselesaiakan oleh
kerajaan.
mekanisma harga. mekanisme harga dan
kerajaan.
Apa dan Barang dikeluarkan
Pengeluar
berapa untuk meningkat
mengeluarkan
barang dan kebajikan pengguna.
barang yang ada Barang-barang yang
hendak
permintaan tinggi tidak di keluarkan oleh
dikeluarkan Jumlah yang
kerana bermotif pihak swasta akn di
dikeluarkan
keuntungan. keluarkan oleh kerajaan
berdasarkan keperluan
contohnya barang awam.
masyarakat.
Diselesaikan oleh Diselesaikan oleh Diselesaiakan oleh
Bagaimana mekanisma harga. kerajaan. mekanisme harga dan
barang kerajaan.
hendak di Menggunakan tekni Teknik yang dipilih
keluarakan. pengeluaran yang mengutamakan Pihak swata memilih
paling murah untuk kebajiakan pekerja dan teknik yang
meminimumkan bukna semata-mata meminimumkan kos
kos. meminimukan kos atau manakala kerajaan akan
memaksimukan memihak kepada teknik
keuntungan. yang dapat
mengurangkan masalah
Faktor pengeluaran pengangguran dan
dimiliki oleh kerajaan. meningkatkan kebajikan
pekerja.
Kerajaan yang memilih
teknik intensif buruh
modal demi
kepentingan ekonomi.
Untuk siapa Diselesaikan oleh Diselesaikan oleh Diselesaiakan oleh
barang mekanisma harga kerajaan. mekanisme harga dan
hendak di melalui agihan kerajaan.
keluarkan pendapat. Barang dikeluarkan
untuk semua golongan Pihak swasta akan
Agihan barang masyarakat. agihkan barang
berdasarkan berdasarkan agihan
kemampuan Jika berlaku pendapatan.
individu (kuasa beli) kekurangan catuan
atau perubahan harga Walaubagaimanapun
Lebih banyak dilakuakan. kerajaan campur tangan
pendatan, lebih dengan memastikan
banyak barang barang awam dan barang
dapat dinikmati. perlu sampai kepada
golongan berpendapatan
rendah.
CIKGU JEYA (jeyastars@gmail.com) 2018

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS

 Tindak balas yang cepat melalui mekanisme harga


 Insentif untuk bekerja
 Kecekapan pengeluaran
 Faedah persaingan
 Bebas membuat pilihan

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS

 Kebajikan masyarakat diabaikan


 Harga tidak stabil
 Keburukan monopoli
 Jurang agihan pendapatan yang meluas
 Eksternaliti negatif
 Tidak menjamin guna tenaga penuh
 Salah peruntukkan sumber
 Barang sosial kurang dikeluarkan

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

 Kebajikan masyarakat diutamakan


 Harga stabil
 Merapatkan jurang agihan pendapatan
 Kecekapan peruntukkan sumber
 Pertumbuhan ekonomi yang pesat

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

 Pentadbiran kurang cekap


 Kebebasan terhad
 Tidak wujud kesetaraan ekonomi
 Pembaziran sumber

Anda mungkin juga menyukai