Anda di halaman 1dari 12

BAB 1 PENGENALAN EKONOMI

1.1 BIDANG KAJIAN EKONOMI

Definisi/Takrif Ilmu Ekonomi

• Merupakan satu bidang kajian sains sosial.


• Mengkaji bagaimana manusia individu dan masyarakat membuat pilihan .
• Untuk mengagihkan sumber ekonomi yang terhad bagi mengeluarkan barang dan
perkhidmatan.
• Demi memenuhi kehendak yang tidak terbatas.

MIKROEKONOMI (kecil) MAKROEKONOMI (besar)

Skop tertumpu pada masalah asas ekonomi. Skop tertumpu pada faktor penentuan
kegiatan ekonomi, masalah dan dasar
makroekonomi.

Unit-unit ekonomi

i. Isi Rumah
ii. Firma
iii. Kerajaan
iv. Sektor Luar

Unit-unit Definisi Objektif


Ekonomi
Isi Rumah Induvidu/sekumpulan induvidu yang Memaksimumkan kepuasan
membuat keputusan kewangan secara
bersama
Firma Unit ekonomi /organisasi yang Memaksimumkan
menggunakan faktor pengeluaran untuk keuntungan
mengeluarkan barang/perkhidmatn
Kerajaan Pelaku unit ekonomi yang mengawal Memaksimumkan kebajikan
aktiviti ekonomi isi rumah dan firma masyarakat
melalui undang-undang
Sektor Luar Unit ekonomi yang terlibat dengan Memaksimumkan
perdagangan antarabangsa apabila keuntungan
menjalankan kegiatan eksport dan import
Sumber Ekonomi/ Faktor pengeluaran

i. Buruh
ii. Tanah
iii. Modal
iv. Usahawan

Faktor Definisi Contoh Pulangan


pengeluaran
(BTMU)
Buruh Individu yang menawarkan Buruh mahir: Upah: Bayaran
tenaga secara fizikal dan Doktor ikut jam
mental untuk menghasilkan
output. Buruh separuh Gaji: Bayaran
mahir : secara berkala
Pembantu (bulanan)
perubatan

Buruh tak
mahir: Buruh
kasar

Tanah Sumber alam semulajadi Hasil hutan, Sewa


yang merangkumi sumber di petroleum dan gas
daratan, di lautan , dan di
dalam bumi .

Modal Barang yang dikeluarkan dan Bangunan, mesin Bunga / faedah


digunakan sebagai input bagi dan jentera
mengeluarkan barangan lain

Usahawan Induvidu yang sanggup Pengusaha batik, Untung


melakukan inovasi dan Pemborong ikan
menanggung risiko untuk dan Peruncit
menggabungkan sumber2
ekonomi supaya dapat
menghasilkan barang dan
perkhidmatan.
Kehendak Manusia

• Kehendak ialah keinginan manusia terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan yang
dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada mereka seperti kereta mewah dan
rumah mewah.
• Kehendak manusia berubah-ubah (ikut persekitaran)
• Kehendak manusia tidak sama (ikut jantina, umur dan bangsa)

Pengelasan Barang

• Barang Percuma
- Barang yang tidak mempunyai kos lepas dan terdiri dari sumber alam
• Barang Awam
- Barang yang ditawarkan kepada semua individu tanpa pengecualian.
• Barang Ekonomi
- Barangan yang penawarannya terhad dan penggunaan barangan tersebut
melibatkan kos
• Barang Perantaraan
- Merupakan input yang digunakan bagi menghasilkan barang akhir
• Barang Modal
- Barang yang digunakan oleh sesebuah firma bagi menghasilkan barang lain.
• Barang Persendirian
- Barang yang dimiliki dan dikuasai oleh individu secara mutlak.
• Barang Pengguna
- Barang yang dihasilkan oleh firma untuk tujuan penggunaan.

Masalah Ekonomi – disebbkan sumber yg terhad dan kehendak xterbatas

• Kekurangan
- samada kekurangan wang, faktor- faktor pengeluaran dan sumber negara
• Pilihan
- Barang, keluaran dan projek yang terbaik
• Kos Lepas
- Barang, keluaran, dan projek yang terbaik yg terpaksa dilepaskan utk dpt brg terbaik
- Formula kos lepas

perubahan barang y
Kos lepas barang x =
perubahan barang x
Masalah Asas Ekonomi

• Apa yang hendak dikeluarkan - (jenis barang)


• Berapa yang hendak dikeluarkan – (kuantiti barang yang hendak dikeluarkan)
• Bagaimana hendak dikeluarkan - (intensif buruh atau intensif modal)
• Untuk siapa dikeluarkan - (berdasarkan corak agihan pendapatan)

Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

KKP merupakan satu keluk yang menunjukkan had maksimum kombinasi2 dua barang yang
boleh dikeluarkan dengan menggunakan semua sumber yang sedia ada pada suatu tingkat
teknologi yang tertentu.

4 Andaian KKP

• Ekonomi mengeluarkan dua jenis barang sahaja


• Keadaan ekonomi berada dalam keadaan guna tenaga penuh (Pb4%)
• Semua input telah digunakan dengan cekap
• Tahap kemajuan teknologi adalah tetap

Kos Lepas Malar

• KKP berbentuk garis lurus yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
• Mengambarkan kos lepas adalah malar iaitu kos lepas sesuatu barang adalah tetap
walaupun pengeluaran barang lain bertambah secara terus-menerus.

CTH Keluk KKP Malar


Kos Lepas Meningkat

• Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dengan jumlah yang semakin
meningkat bagi setiap tambahan satu unit barang lain yang hendak dikeluarkan.

CTH Keluk KKP (biasa)

Sebab KKP Cembung


• Mengambarkan bahawa semakin banyak sesuatu barang yang hendak dikeluarkan
maka semakin banyak barang lain yang harus dilepaskan.
• Ini menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat.

Ketidakcekapan
• Sebarang titik yang berada di dalam/bawah KKP seperti titik X penggunaan sumber
ekonomi adalah tidak cekap.
• Pengeluaran dapat dilakukan tetapi tidak mencapai tahap maksimum kerana faktor
pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.

Ketidakupayaan
• Kombinasi pada titik Y menunjukkan kombinasi barang yang tidak dapat
dikeluarkan/capai
• Hanya dapat dicapai sekiranya:
i) faktor pengeluaran bertambah.
ii) teknologi berubah.
Perubahan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

1. Peralihan KKP berdasarkan sumber ekonomi dengan kadar yang sama


(Yang kadar xsama gi baca buku)

• Pertambahan anugerah sumber Ekonomi • Pengurangan anugerah sumber Ekonomi


disebabkan pertambahan penduduk atau disebabkan oleh kepupusan bahan galian,
kemasukan buruh asing, penemuan pengurangan tenaga kerja asing dan
sumber alam baru dan pertambahan kemerosotan pelaburan.
pelaburan.
• Ia akan menyebabkan keluk kemungkinan
• Ia akan menyebabkan keluk pengeluaran akan beralih ke kiri secara
kemungkinan pengeluaran akan beralih selari dari AB ke A’B’
ke kanan secara selari dari AB ke A’B’

2. Peralihan KKP berdasarkan daripada kesan kemajuan teknologi

• Jika berlaku perkembangan teknologi • Jika berlaku perkembangan teknologi


dalam pengeluaran barang Y sahaja, dalam pengeluaran barang X sahaja,
maka pengeluaran barang Y sahaja maka pengeluaran barang X sahaja
bertambah. bertambah.

• Keluk kemungkinan pengeluaran akan • Keluk kemungkinan pengeluaran akan


beralih ke kanan dari AB ke A’B. beralih ke kanan dari AB ke AB’.
1.3 Sistem2 Ekonomi

1. Ekonomi Pasaran Bebas/ Laissez – faire/ kapitalis


2. Ekonomi Perancangan Pusat /sosialis
3. Ekonomi Campuran
4. Ekonomi Islam

Pasaran Bebas Bebas/ Laissez-faire/ kapitalis

• Dimiliki oleh pihak swasta


• Motifnya adalah untuk mencapai keuntungan yang maksimum
• Harga ditentukan oleh mekanisma harga
• Segala keputusan dibuat oleh pihak firma dan pengeluar
• Ada persaingan antara pengeluar
• Tiada campur tangan kerajaan
• Cth: Amerika Syarikat
• Kebaikan

i. Mementingkan kebajikan pengguna


ii. Menggalakkan persaingan
iii. Menggalakkan perkembangan teknologi
• Kelemahan

i. Kegagalan dalam menyediakan barang awam


ii. Ketidakstabilan ekonomi
iii. Ketidakadilan dalam agihan pendapatan

Perancangan Pusat /sosialis

• Dimiliki oleh pihak kerajaan


• Motifnya adalah untuk menjamin kebajikan masyarakat
• Harga ditentukan oleh kerajaan
• Segala keputusan dibuat oleh kerajaan
• Tidak wujud persaingan
• Cth: Korea Utara,cuba
• Kelebihan

i. Pengagihan pendapatan adalah saksama


ii. Penggunaan sumber ekonomi yang cekap
iii. Matlamat sosial sentiasa diutamakan
• Kelemahan
i. Kehilangan kuasa untuk memiliki kekayaan
ii. Pekerja kurang motivasi dan inisiatif untuk kerja kuat.
iii. Pembaziran sumber
Campuran

• Dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta


• Motifnya adalah untuk mencapai keuntungan (swasta) dan kebajikan masyarakat yang
maksimum (kerajaan)
• Harga bgi barang kerajaan dan barang swasta ditentukan oleh makanisme pasaran.
• Keputusan dibuat oleh pihak kerajaan dan swasta tetapi kerajaaan mengawal dari segi
undang2
• Wujud persaingan bagi barang swasta sahaja
• Cth : Malaysia
• Tujuan Campur tangan kerajaan dalam Sistem Ekonomi Campuran

i. Mewujudkan kestabilan ekonomi.


ii. Menyediakan barang awam
iii. Mengelakkan amalan monopoli.
iv. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan.
v. Menghapuskan kesan luaran yang negatif.
vi. Mengawal aktiviti pengeluaran yang bertentangan dengan undang-undang.

Islam

• Sistem ekonomi yang dijalankan berlandaskan hukum syarak dengan menjadikan Al-
Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan.
• Motif adalah untuk mendapat keredhaan daripada Allah
• Harga ditentukan oleh mekanisma harga
• Keputusan dibuat oleh firma dan pengeluar bagi barang yang halal
• Hubungan Manusia dengan Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah adalah samarata
antara satu sama lain.
• Wujud persaingan yang sihat dan sah disisi islam
• Cth: Arab Saudi
PERMINTAAN

- Definisi

• Permintaan boleh didefinisikan sebagai keiinginan seorang individu terhadap sesuatu


barang dan perkhidmatan disertakan dengan kemampuan dan kesanggupan untuk
membayar pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.

- Hukum

• hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah secara songsang (negatif).
• P naik Qd turun
• P turun Qd naik

- Persamaan

• Qd = a – bp

- Punca Hubungan Negatif

• Kesan pendapatan benar


• Kesan penggantian

- Permintaan Pasaran (Firma A + Firma B)

• Keiinginan semua individu terhadap barang dan perkhidmatan disertakan dengan


kesanggupan dan kemampuan untuk membayar pada suatu tingkat harga dan jangka
masa tertentu.
- Perbezaan Permintaan Dan Permintaan Pasaran

• Keanjalan
• Jumlah pengguna
• Jumlah permintaan
• Faktor-faktor mempengaruhi

- Contoh Keluk Permintaan Dengan Permintaan Pasaran

Keluk permintaan Keluk pasaran permintaan

Faktor/penentu Yang Mempengaruhi Permintaan

• Harga barang itu sendiri


• Harga barang lain (pengganti & penggenap)
• jangkaan masa pada masa hadapan
• Musim
• Citarasa
• Jumlah penduduk
• Pendapatan
• Dasar kerajaan
PENAWARAN

- Definisi

• Kesanggupan dan kemampuan sesebuah firma untuk mengeluarkan suatu barang pada
suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu

- Hukum

• Hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah langsung (positif).


• P naik Q naik
• P turun Q turun

- Persamaan

• Qs = a + bP

- Penawaran pasaran

• Kesanggupan semua firma untuk mengeluarkan suatu barang pada suatu tingkat harga
dan jangka masa tertentu.

- Perbezaan Penawaran Dan Penawaran Pasaran

• Keanjalan
• Jumlah pengeluar
• Proses pembentukan
• Faktor-faktor yang mempengaruhi

- Contoh Keluk Penawaran Dan Penawaran Pasaran

Keluk penawaran Keluk Pasaran Penawaran


- Faktor/penentu Yang Mempengarruhi Penawaran Dan Penawaran Pasaran

• Harga barang itu sendiri


• Harga barang lain (penwaran Bersama & bersaing)
• Musim
• Penduduk
• Kos pengeluaran
• Matlamat pengeluar
• Bilangan firma
• Dasar kerajaan
• Perubahan teknologi

KESEIMBANGAN PASARAN

- Definisi

• Keseimbangan tercapai apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran


pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.

- Contoh Keluk Keseimbangan Pasaran

- Perubahan Keseimbangan

• Perubahan DD
• Perubahan SS
• Perubahan DD dan SS

NOTA NI AKU TULIS SAJE2 TUK DIRI SENDIRI!! KALAU SALAH TU PADAN
MUKA LAAA YEE PAPE RUJUK BUKU NGN CIKGU tapi kalau nak betulkan ke atau
tambah pape whsp je aku ok BYE – AFIQ

Anda mungkin juga menyukai