Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

SMK TUN ABDUL RAZAK

2019

18 JANUARI 2019
( JUMAAT )
1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah salah satu acara tahunan yang
dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut kalendar MSSPK yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak. Kejohanan ini memupuk semangat juang pada
setiap atlit yang bertanding untuk menjadi juara individu serta kerjasama berpasukan untuk
memastikan pasukan yang diwakili menjadi juara berpasukan. Setiap tahun SMK Tun Abdul
Razak telah berjaya menghasilkan pelari merentas desa yang baik dan kompetitif serta
berupaya untuk mewakili daerah Hilir Perak ke peringkat MSSPK.

2.0 MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut:-


Tarikh :18 Januari 2019
Masa :07:30AM – 12:00PM
Tempat :SMK tun Abdul Razak dan Trek Kampung Selekoh

3.0 KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

Semua warga SMK Tun Abdul Razak telah bekerjasama untuk memastikan
perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua pelajar ( kecuali yang mempunyai
masalah kesihatan ) telah turut serta berlari sepanjang laluan yang telah disediakan. Para
guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan baik
sekali. Puan Pengetua dan barisan pentadbiran sendri telah turun padang untuk
melepaskan para peserta.

4.0 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

Terdapat empat kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah ditetapkan
iaitu:-
1. Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun
2. Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun
3. Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun
4. Kategori Perempuan 15 Tahun
5.0 KEKUATAN

Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan
kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada kali ini. Pihak pentadbiran sekolah telah
bersetuju untuk memberi dana yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan. Para guru
juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Para pelajar pula begitu
bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah cirri-ciri positif yang telah menjadikan
kejohanan ini satu kejayaan.

6.0 KELEMAHAN

Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak
mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawalan lalu lintas
yang kurang teratur di mana para peserta berlari menggunakan hampir keseluruhan
permukaan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan-kenderaan lain untuk memintas
sewaktu kejohanan ini berlangsung, terdapat juga lori-lori besar yang sedang mengangkut
tanah untuk tujuaan pembinaan. Ini telah mengakibatkan habuk dan debu berterbangan ke
udara sewaktu para peserta berlari. Para petugas kecemasan juga ( PBSM ) perlu ditambah
kerana pada satu ketika bilangan mereka tidak mencukupi untuk merawat atau mengangkat
para peserta yang pengsan di garisan penamat. Walaupun begitu, mereka telah berusaha
sebaik mungkin untuk membantu para peserta yang terlibat.

7.0 KEWANGAN

Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM920 untuk


perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang-
barang serta bahan yang di perlukan seperti yang terkandung dalam kertas kerja.

8.0 PENUTUP

Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapakan agar kejohanan ini
akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh:

............................................
MOHAMAD SYAKIRUDIN BIN MAHADAT
Penolong Setiausaha Sukan
SMK Tun Abdul Razak

Disemak oleh:

............................................
ENCIK ZAIRUDIN BIN GHAZALI
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Tun Abdul Razak
LAMPIRAN

1. Kertas kerja
2. Senarai AJK
3. Surat-surat
4. Senarai pemenang
5. Gambar

Anda mungkin juga menyukai