Anda di halaman 1dari 28

30 Resepi Makan Malam Rakyat

Malaysia

 by Si Bunga

 Februari 18, 2020

in Masak Apa Hari Ini?, Resepi

24 min read

 0  0

 0

5
SHARES

3.5k
VIEWS

Share on FacebookShare on Twitter

Kadang-kadang, malas nak keluar cari makanan untuk makan malam kan.
BacaJuga

No Content Available

Jadi, apa kata jom cuba resepi makan malam dibawah, masak sendiri lagi jimat! Suami dan anak-anak
pun mesti suka. Hehehe.

Kandungan
 1. Singapore Char Kway Teow
 2. Murtabak Singapore
 3. Spagetti Aglio Olio
 4. Maggi Goreng Mamak
 5. Lempeng Pisang
 6. Nasi Goreng Kampung
 7. Nasi Goreng Thai
 8. Nasi Goreng Sardin
 9. Nasi Goreng Seafood Special
 10. Resepi Nasi Goreng Hawaii
 11. Makaroni Cheese Goreng
 12. Mee Goreng Banjir
 13. Bihun Goreng Singapore
 14. Mee Goreng Mamak
 15. Kuey Teow Ladna
 16. Kuey Teow Kungfu
 17. Nasi Goreng Pattaya
 18. Spagetti Bolognese
 19. Macaroni Carbonara
 20. Mihun Goreng Tomyam
 21. Cekodok Pisang
 22. Cucur Ikan Bilis Bawang
 23. Nasi Goreng Cina
 24. Spagetti Goreng
 25. Chicken Chop
 26. Meatball Ala Ikea
 27. Penang Char Kuey Teow
 28. Mee Sup Daging
 29. Mee Bandung
 30. Burger Prosperity Ala McDonald’s
1. Singapore Char Kway Teow

Bahan-bahan:
 450gm kuey teow

 10 ekor udang – dibersih dan dibuang kulit

 6 ulas bawang putuh – dicincang halus

 2 cawan tauge

 1 cawan kucai

 2 biji telur

 3 sudu makan minyak

Bahan Sos:
 3 sudu makan sos tiram

 1 sudu makan kicap pekat

 3 sudu makan kicap biasa

 1 sudu makan cili kering kisar

 1 sudu teh gula


 1 sudu teh garam

 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis

 1 sudu teh serbuk lada putih

Cara Memasak:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga naik bau.

3. Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,

4. Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,

5. Tuang sos dan masak selama satu minit.

6. Buat lubang di tengah-tengah, kemudian pecahkan telur.

7. Biar sebentar dan kacau rata.

8. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.


Sumber: Rasa

2. Murtabak Singapore

Bahan Kulit Murtabak:


 3 cawan tepung gandum
 1 cawan air suam

 1/2 cawan minyak

 1 sudu teh garam

 1 sudu makan minyak sapi

Bahan Inti:
 400gm daging kisar

 2 biji bawang Holland – dipotong dadu

 2 ulas bawang putih – dicincang halus

 2 sudu teh halia  – dicincang halus

 2 sudu makan daun ketumbar – dicincang halus

 1 1/2 sudu makan rempah kari daging

 1/2 cawan air

 4 biji telur

 4 sudu makan  minyak masak

 Garam dan gula secukup rasa

 1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng

Cara Memasak:
1. Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.

2. Gaul menggunakan tangan sehingga rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

4. Uli lagi selama 10 minit.

5. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.

6. Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama satu jam.

7. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.

8. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.

9. Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.

10. Perasaan dengan garam, gula secukupnya.

11. Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.

12. Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak
di atasnya.
13. Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.

14. Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak

15. Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.

16. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.

17. Gorenglah hingga kekuningan.

18. Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.
Sumber: Rasa

3. Spagetti Aglio Olio

Bahan-bahan:
 500 gram spaghetti (1 paket)

 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun

 5 ulas bawang putih, cincang halus

 1/2 biji bawang besar Holland – dpotong dadu kecil

 2 sudu besar chilli flakes

 1/2 sudu besar serbuk lada hitam

 1 ketul kiub ayam


 1 mangkuk besar udang – dibuang kulit

 4 ekor sotong – dibuang lapisan kulit

 Capsicum hijau

 Capsicum merah

 Tomato kecil – potong 2 jika suka

 Daun ketumbar/daun parsley – dihiris nipis.

Cara Memasak:
1. Rebus spaghetti dan toskan.

2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.

3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.

4. Kemudian masukkan udang dan sotong.

5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit
air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.

6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang
dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.
Sumber: Resepi Che Nom

4. Maggi Goreng Mamak


Bahan-bahan:
 3 paket Maggi perisa Kari – rebus

 2 paket perencah Maggi kari

 Sayur – karot, kobis dan sawi

 1/2 labu bawang besar – cincang

 3 ulas bawang putih – cincang

 4 keping tauhu kering

 5-6 ekor udang – rebus seketika

 2 biji telur

 2-3 tangkai cili padi – ketuk (jika suka)

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar. Tumis bawang besar dulu sehingga layu, baru masukkan bawang
putih. Setelah wangi, masukkan udang. Kacau rata.

2. Masukkan pula Maggi. Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Lalukan bawah air paip. Kacau rata.

3. Kemudian, masukkan karot dan perencah kari maggi. Masukkan pula sayur kobis dan sayur sawi serta tauhu.

4. Akhir sekali tuangkan telur dan kacau rata. Sebelum dihidang tabur cili merah hiris dan hias dengan daun ketumbar.
Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Azie kitchen
5. Lempeng Pisang

Bahan-bahan:
 125g tepung gandum, diayak

 3 biji pisang, dilenyekkan

 2 sudu besar gula

 50ml susu

 2 sudu besar mentega, dicairkan

Cara Memasak:
1. Masukkan tepung, gula dan mentega cair ke dalam sebuah mangkuk besar. Kacau rata.

2. Masukkan pisang yang dilenyekkan dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan susu sedikit demi sedikit hingga mencapai konsistensi yang diingini.

4. Panaskan kuali pada suhu sederhana besar dan minyakkan permukaan kuali. Pastikan anda tidak masukkan terlalu
banyak minyak.

5. Cedok adunan hingga 1/4 senduk dan masukkan ke dalam kuali. Terbalikkan setelah 2-3 minit ataupun selepas adunan
berhenti berbuih. Anda boleh alihkan sedikit untuk lihat sama ada adunan di bawah sudah masak.

6. Setelah masak, angkat adunan dan letak di atas pinggan. Ulang hingga semua adunan habis.
Sumber: Butter Kicap

6. Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan:
 4 cawan nasi sejuk – dileraikan

 1/2 cekak kangkung – disiang dan cuci bersih, toskan

 5 tangkai kacang panjang – dipotong kecil

 1 keping dada ayam – hiris kecil, cuci dan toskan

 1 biji telur – dipukul sedikit

 1 biji bawang besar – hiris

Bahan Tumbuk Halus:


 4 biji bawang merah

 2 ulas bawang putih

 10 biji cili padi merah Thai

 1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap

 Secubit belacan
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata.
Masak hingga isi ayam berubah warna.

2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali.

3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.

4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi.

5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.

6. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.
Sumber: Sayidah Napisah

7. Nasi Goreng Thai

Bahan-bahan:
 2 mangkuk nasi (4 cawan nasi sejuk)

 2 biji telur

 1/2 labu bawang besar – dipotong dadu

 2 sudu kecil pes tomyam/ 1 kiub pati tomyam

 1/4 cawan sayur campur/ lobak & kacang dihiris halus


 2 sudu besar cili kisar

 8 tangkai cili padi – tumbuk

 2 helai daun limau purut – hiris halus

 2 sudu besar kicap manis

 1 batang serai – dihiris halus

 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang

 10 ekor udang basah (terpulang nak letak berapa)

 Hirisan isi ayam

 Minyak masak

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.

2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.

4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.

5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.

6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.
Sumber: Sayidah Napisah
8. Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan:
 1 mangkuk besar nasi

 1 labu bawang besar dimayang

 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)

 Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)

 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)

 2 biji telur

 Sedikit kicap lemak manis

 Garam secukup rasa

 Minyak untuk menumis

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali.

3. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
4. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap untuk dhidang.
Sumber: Sayidah Napisah

9. Nasi Goreng Seafood Special

Bahan-bahan:
 2-3 mangkuk nasi putih

 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)

 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

 Sedikit sawi (dipotong)

 1 genggam isi kerang

 5-6 ekor udang (sederhana besar)

 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)

 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)

 1 sudu cili giling

 1 sudu besar sos tiram

 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)

 Sedikit minyak masak/minyak bijan


 Garam dan secukup rasa

 Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.

4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.

5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.

6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.

7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.

8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.


Sumber: Sayidah Napisah

10. Resepi Nasi Goreng Hawaii

Bahan-bahan:
 3 mangkuk nasi sejuk

 3 ulas bawang merah hiriskan


 3 ulas bawang putih

 1 biji cili capsicum potong dadu

 2 biji cili merah

 1 cawan mix-vege

 2 batang frankfurter (potong dadu)

 5 biji chicken ball (potong kecil)

 1 s/b (sudu besar) lada hitam

 2 biji telur

 2 s/b majerin

 1 pokok daun bawang (potong kecil) – untuk hiasan

Cara Memasak:
1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.

2. Masukan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.

3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.

4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.

5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.

6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.

7. Sedia untuk dimakan.


Sumber: Sayidah Napisah
11. Makaroni Cheese Goreng

Bahan-bahan:
 500gm makaroni – direbus

 2 tin sos Cheese & Herbs

 2-3 ulas bawang putih – diketuk/dihiris

 1 biji lada benggala ( merah & hijau) – hiris

 1 tin cendawan butang – hiris

 1 paket sosej ayam – hiris

 2 kiub pati ayam

 Garam secukup rasa

 Sedikit minyak masak

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.

2. Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika. Tambah sedikit minyak jika berkurangan.

3. Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.


4. Masukkan makaroni yang telah direbus. Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur
sedikit garam jika perlu.

5. Seterusnya masukkan lada benggala.

6. Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa.

7. Sedia untuk dinikmati.


Sumber: Rasa

12. Mee Goreng Banjir

Bahan-bahan:

 Bawang putih – ditumbuk

 Cili padi – ditumbuk

 Cili kering kisar

 Sos cili/tomato

 Sos tiram

 Kicap manis jalen

 Air

 Sotong(saya tak letak)


 Udang

 fishball/fishcake

 Sawi

 Tomato(nak letak blh tapi sy tak letak)

Cara Memasak:
1. Tumis bahan tumbuk bersama cili kisar,tumis hingga garing baru.

2. Masukkan sos tomato,kicap manis, dan sedikit air(ikut sukatan sendiri nk byk mana kuah).

3. Kemudian masukkan udang, sotong, fishball/fishkek, kacau seketika.

4. Masukkan mee kuningsawi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Siap untuk dihidang.


Sumber: Zaza Rozana

13. Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan A:
 3-4 ulas bawang merah

 5-6 ulas bawang putih

 1 sudu kecil lada hitam


 2 sudu makan udang kering

 2 inci halia
Nota: Kisar kesemua bahan A

Bahan Rencah:
 Udang kecil 250g (kopek kulit udang)

 Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang

 Lobak sebatang dihiris halus memanjang

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.

2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.

3. Kemudian masukkan isi udang.

4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.

5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.

6. Siap dan sedia untuk dimakan


Sumber: Facebook

14. Mee Goreng Mamak


Bahan-bahan:
 Mee kuning 1 bungkus

 Udang sederhana (buang kulit)

 Bawang Putih(hiris)

 Bawang Merah(hiris)

 Kicap cair & pekat

 Sos cili

 Sos tiram

 Cili Bo

 Tauhu(digoreng dahulu)

 Kentang(potong dadu & goreng)

 Taugeh

 Daun Kubis

 Tomato

 3 biji telur(pecah & kacau)

 Fish cake(hiris)

 Cili(hiris)

 Serbuk perasa Knorr/Maggi

Cara Memasak:
1. Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili boh sehingga naik minyak.

2. Kemudian tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan biarkan masak sekejap. Kemudian masukkan udang, fish cake,
tauhu, kentang dan daun kubis.

3. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yangg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan
mee, gaul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan tomato, taugeh dan cili. Perasakan dengan serbuk perasa dan kicap cair jika perlu.

5. Hidang bersama perahan limau kasturi dan bawang goreng.


Sumber: Suhaila
15. Kuey Teow Ladna

Bahan-bahan:
 Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar. Kemudian di goreng tanpa minyak

 15 ekor udang

 Isi ayam

 Daging

 4 ulas bawang putih – di tumbuk

 3 sudu makan sos tiram

 2 sudu makan sos ikan

 1 kiub pati ayam

 5 biji cili api – ditumbuk

 Sedikit lada hitam / putih – di tumbuk

 1 biji Lobak Merah – dihiris

 Seikat sawi – dipotong

 Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah

 Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan


Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan ayam
dan daging yang dipotong kecil.

2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan. Goreng seketika. Kemudian masukkan air.

3. Masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.

4. Masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.

5. Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air untuk memekatkan kuah.

6. Setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas.

7. Taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis.


Sumber: Resepi Masakan

16. Kuey Teow Kungfu

Bahan-bahan A:
 1 paket kuey teow

 2/3 biji telur (dipukul)

 sedikit tepung jagung

 minyak untuk goreng kuey teow


Bahan-bahan B:
 6 ekor udang (buangkan kulit)

 3/4 ekor sotong (potong kecil)

 3 ketul isi ayam (potong dadu)

 3 ulas bawang putih (cincang)

 bunga kobis (potong kecil)

 carrot (hiris halus)

 5 batang baby corn

 sedikit sawi (potong kecil)

 Sedikit minyak utk menumis

 2 s/b tepung jagung + 1 cawan air (bancuhkan)

 2 s/b sos tiram

 1 s/b lada sulah

 garam dan sedikit gula

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit hingga agak garing & Ketepikan (satu portion untuk 1
pinggan)

2. Pukul telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung (BAHAN A)

3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam .. udang dan sotong

4. Masukkan air , lada sulah , sos tiram , baby corn dan carrot

5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak berketul

6. Campurkan bunga kobis dan sawi.

7. perasakan dengan garam & gula dan kacau. Tutup api.

8. Kemudian tuang kuah ke atas mee tadi dan sedia untuk hidangkan.
Sumber: Resepi Masakan
17. Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan:
 Sepinggan nasi putih sejuk

 1 sudu besar minyak masak

 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih – dikisar

 1 mangkuk kecil isi ayam

 3 sudu besar sayur campur

 3 tangkai cili padi diketuk

 1 sudu kecil serbuk lada hitam

 1 sudu kecil kicap

 1 sudu besar sos tiram

 1 sudu besar sos cili

 2 biji telur ayam

 Garam & kiub ayam secukup rasa


Cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang dikisar hingga naik bau.

2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.

3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.

4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.

5. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Cara Membungkus Nasi dengan Telur:


1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.

2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.

3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.

4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan
bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa
yang amat singkat.

5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.

6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.

7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus
nasi secara berhati-hati
Sumber: Sayidah Napisah
18. Spagetti Bolognese

Bahan-bahan:
 1 packet pasta (rebus selama 13 minit)

 ½ biji bawang holland

 ½ packet isi daging hancur

 1 batang carrot

 1 botol sos pasta mushroom (jenama adabi)

 1 botol sos pasta asli (adabi)

 3-4 sb sos cili

 1 packet sosej (dihiris)

 Sedikit cili padi (dihiris)

 Sedikit blackpepper

 Sedikit air (ikut pekat kuah yang kita nak)

 Sedikit garam (Mengikut keperluan)


Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang.

2. Masuk daging hancur dan tunggu sehingga empuk.

3. Masukkan carrot dan tunggu sehingga empuk.

4. Masukkan sos pasta, sos cili, dan sedikit air.

5. Masukkan sosej, cili padi dan blackpepper. Tunggu sehingga sos menggelegak. Tutup api dan hidangkan bersama
pasta.
Sumber: Afrina

Anda mungkin juga menyukai