Anda di halaman 1dari 7

Resepi Chocolate Bar Bounty

Bahan-Bahan:
+ 400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
+ Kelapa kering/parut
+ susu pekat manis
Cara Membuat:
1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.
2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan
susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.
3. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

RESEPI AISKRIM GORENG


Bahan-bahannya :
10 keping roti putih biasa
5 scope aiskrim - sebarang perasa yg disukai
Plastik wrap - untuk balut roti diletakkan dalam peti sejuk
Acuan bulat utk tekap roti
Minyak masak
Cara-caranya :
1. Lembabkan roti dengan air.
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan yang bulat tu supaya roti terpotong - Pastikan roti bercantum supaya aiskrim
tidak meleleh keluar) boleh guna cawan plastik
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam petisejuk selama 3 jam atau semalaman.
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning
keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja dan pastikan minyak sudah betul2 panas.
Jika tidak aiskrim akan mencair dan meleleh bila makan.

SAMBAL KARI UDANG


Bahan-bahan:
1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
1 labu bawang besar di hiris
2 tangkai lada merah di hiris
4 sudu besar rempah kari
1 biji tomato dipotong panjang
2 kpg asam gelugor
1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
i pelepah daun kari
sedikit air
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan untuk dikisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Caranya:
1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air
untuk menggelakkan kari dari hangus.
3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
5. Gaul rata dan boleh diangkat.
6. Sedap di makan dengan nasi panas.

RESEPI KETUPAT SOTONG


Bahan-bahannya :
1 tin susu beras pulut
12 ekor sotong basah
1 biji kelapa
2 ulas bawang merah
1.2 sm halia
1 sudu teh halba
Sedikit gula
12 batang lidi kelapa dipotong anggaran 3.7 sm untuk penyemat
Cara-caranya :
1. Sotong dibuang kepala dan dibersihkan.
2. Kelapa diperah diambil santannya pekat dan cair.
3. Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair sehingga masak. Setelah itu
ambil sedikit dari pulut yang telah ditanak tadi kemudian isikan ke dalam perut sotong setelah itu
sematkan sotong dengan lidi. Buat begini hingga habis semua sekali.
4. Aturkan sotong yang telah diisi dengan pulut tadi di dalam periuk setelah itu tuangkan sedikit
santan cair dan masukkan bersama bawang merah, halia yang telah dimayang serta halba. Masak
sehingga mendidih setelah itu masukkan santan pekat, garam serta gula secukup rasa.
5. Sementara itu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel. Bila sotong sudah
masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

UDANG BERSOS PEDAS


Bahan-bahan:
500++gm udang saiz besar
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
5 biji bawang putih
11 biji cili api merah
sedikit lada putih kisar
sos tomato*
sos cili*
sos tiram*
kicap masin*
kicap manis*
Cara:
1. Siang udang, belah belakang, cuci dan toskan. Lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng udang hingga bertukar warna kulitnya. Angkat dan toskan
minyaknya.
3. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan bawang putih yang telah diketuk dan diracik halus
bersama lada putih hingga naik bau. Hati-hati sebab bawang putih mudah hangus. Api jangan
kuat.
4. Masukkan cili api yang telah dihiris 2 dan kacau sebati.
5. Bila cili api agak layu masukkan bahan-bahan bertanda * secukup rasa, sukatan ikut citarasa
tukang masak ya. Kacau lagi.
6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul secara merata dengan bahan-bahan tumis
bersos tadi. Biar seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG


Bahan-bahannya :
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam dan lada sulah
1/2 sudu Italian herbs / serbuk kari
1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak)1 sudu kecil serbuk cili
Cara-caranya :
1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.
4. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
5. Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan telor, salutkankan sotong dengan tepung.
6. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
7. Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.

RESEPI SOTONG MASAK MERAH


Bahan-bahan:
Untuk 5 ekor sotong
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
3 sudu besar cili kering (kisar)
2 sudu besar kicap manis
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak *untuk menumis
Cara menyediakan:
- panaskan minyak
- tumis bahan yang dikisar sehingga masak dan naik bau
- masukkan gula
- lepas itu masukkan sotong dan sedikit air , kacau sebati
- kemudian tutup kuali sebentar ,
- bila dah hampir kering , masukkan belacan , air asam jawa , dan garam
- akhir sekali letak kicap dan kacau
- bila dah hampir kering , tutup api dapur dan sedia untuk dihidang .

Anda mungkin juga menyukai