Anda di halaman 1dari 8

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

1.Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan
komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi


arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada
dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap


pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih

bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian
sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21

6 Ciri-ciri guru Abad ke 21


1.

Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika
guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan

Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan
muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan
memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu
berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk
membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada
golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam
menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru
abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan
elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat
pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa
kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.

3 Kemahiran yang perlu dikuasai pelajar abad ke 21


1.

Kemahiran Maklumat dan Komunikasi


Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan
media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih
dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran
berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21
dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan


Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang
sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian
masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang
positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan
sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri


Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai
semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas
yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar
mengikut aras masing-masing.

Bagaimana Mengajar Pelajar utk berfikir secara KBAT

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk
KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar itu.
Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah soalan yang menguji
kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan',
'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka
perbanyakkan lah soalan-soalan yang sebegitu.

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian


Masalah
Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan lagi aktiviti yang
melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran
menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi
menyelesaikan masalah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai