Anda di halaman 1dari 2

ISU beban tugas guru telah ditimbulkan oles Kesatuan Perkhidmatan Pergurusan Kebangsaan (NUTP) kepada YAB

TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin pada 30 Mac 2010. Sejak itu
media massa telah membahaskan perkara ini secara berterusan dalam pelbagai platform, dari perbincangan
kolumnis, forum hinggalah ke perdebatan di parlimen.
KPM mengambil langkah responsif dengan segera bertindak menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi menangani Isu
Beban Tugas Guru. Objektif penubuhan jawatankuasa ini adalah ntuk menyenaraikan tugas dan tanggungjawab
guru; mengenalpasti faktor yang menyebabkan beban tugas guru bertambah; dan mencadangkan tindakan bagi
menangani isu beban tugas guru.
SMKKB sebenarnya telah mengambil berat isu beban tugas guru ini sejak 2008, apabila pihak sekolah mengambil
pendekatan menggunakan Indeks Beban Tugas Guru (IBTG) dalam menentukan agihan tugas guru yang seimbang.
Tujuan IBTG adalah untuk melihat sejauhmanakah beratnya IBT seorang guru dan bilangan tugas guru. Di samping
itu IBTG jug aboleh dijadikan sebagai rujukan dalam memberi agihan tugas yang sama rata antara guru-guru.
Kini IBTG telah memasuki tahun ke-5 pelaksanaannya dan sekiranya tiada halangan IBTG akan diteruskan
penggunaannya dalam penetapan dan agihan tugas guru untuk sesi persekolahn 2014. Berdasarkan pelaksanaan
tahun 2013 purata guru mempunyai IBTG berjumlah 11 mata dan 7 tugas (4 daripadanya adalah tugas berkaitan Unit
Kokurikulum). IBTG dan bilangan tugas guru bagi 2013 ini agak tinggi, oleh itu pada tahun 2014 semua guru akan
dicadangkan mempunyai IBTG berjumlah 8 mata dan 5 tugas sahaja.
Pada hakikatnya semua tugas dan tanggungjawab guru dalam jawatankuasa yang diwujudkan di sekolah adalah
sama penting dan sama berat. Sama ada Unit Kurikulum, Pentadbiran, Kokurikulum mahupun Hal Ehwal Murid
semuanya adalah penting. Tiada mana-mana jawatankuasa yang sepatutnya mengatakan bahawa bidang merekalah
lebih BERAT berbanding jawatankuasa yang lain.
Unit Disiplin, Unit Peperiksaan, Ketua Panitia, Guru Tingkatan dan jawatankuasa yang lain mempunyai
tanggungjawab yang berat dalam memastikan sekolah sebagai barisan hadapan dalam melaksanakan dasar KPM
berjalan dengan lancar. Baik Pengetua, Penolong Kanan, GKMP hinggalah kepada guru-guru penolong semuanya
mempunyai peranan tersendiri dan PENTING dalam memastikan sekolah dapat difungsikan dengan cekap dan
berkesan.
Unit HEM khususnya Unit Disiplin memanglah berat kerana berperanan dalam membentuk sahsiah murid di samping
berurusan dengan ibu bapa yang mencabar, khususnya dalam menengani kes salah laku (lazimnya setiap sekolah
mempunyai kes salah laku kurang 2 peratus). Unit Kurikulum pula penting kerana tanggungjawab utama pekerjaan
kita - mengajar, menilai, dan mentaksir murid - satu tugas yang berpanjangan hingga akhir tahun dan penglibatan
100% murid.
Unit kokurikulum pula penting dalam pembinaan kebitaraan sekolah dan melaksanakan dasar-dasar KPM berkaitan
kokurikulum sukan dan permainan. Begitulah seterusnya setiap unit dan jawatankuasa yang ada di sekolah
mempunyai tanggungjawab yang sama berat. Sebab itulah kita perlu menerapkan amalan YANG BERAT SAMA DI
PIKUL YANG RINGAN SAMA DIJINJING, YANG BANYAK SAMA-SAMA DILAPAH, YANG SEDIKIT SAMA-SAMA
DICICAH, BUKIT SAMA-SAMA MENDAKI, LURAH SAMA-SAMA MENURUNI.
Pada waktu ini JK Tugas Guru dan Takwim Sekolah sedang menyiapkan kertas cadangan berhubung agihan tugas
dan jawatankuasa untuk sesi persekolahan 2014 kepada guru-guru. Oleh itu guru-guru yang mempunyai pandangan
dan cadangan bagaimana IBTG boleh dilaksanakan secara lebih adil dan tekal, bolehlah mengemukakan cadangan
penambahbaikkan tersebut kepada pihak pengurusan sekolah.
Bersama-sama ini dilampirkan IBTG dan agihan tugas guru yang telah digunakan bagi tahun 2013 untuk makluman,
rujukan dan semakkan guru. Tidak dinafikan terdapat kelemahan dalam aspek penetapan tugas menyebabkan
berlakunya keadaan sesetengah guru-guru yang mempunyai Indeks Beban Tugas dan Bilangan Tugas yang lebih

tinggi berbanding guru yang lain. Keadaan ini berlaku kerana agihan tugas yang dilakukan pada tahun 2013
tidak dibuat secara serentak antara unit pentadbiran, kurikulum dan HEM dengan unit kokurikulum. Insya Alllah bagi
tahun 2014 perkara ini akan diperbaiki demi memastikan agihan tugas yang seimbang dan lebih adil.
Berikut adalah Indeks Beban Tugas Guru yang diamalkan oleh pihak sekolah;
Indeks 3 ; untuk guru yangberperanan sebagai Setiausaha Kurikulum, SU HEM, SU kokurikulum, SU Penilaian dan
Pentaksiran, SU Sukan, SU Koperasi, Bendahari Koperasi, SU PIBG, Ketua Unit Disiplin, Ketua Panitia, Guru
Tingkatan, Penyelaras-penyelaras dan peranan lain yang difikirkan mempunyai pemberatan tugas yang sama.
Indeks 2; diberikan kepada Penolong-penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Penolong penyelaras, Ketua-ketua
Unit Beruniform, Kelab/Persatuam, Sukan dan permainan dan tugas lain yang setaraf beban tugasnya.
Indeks 1; diberikan kepada guru-guru yang berperanan sebagai ahli sahaja bagi setiap jawatankuasa.
Guru-guru yang berhasrat untuk mencuba bidang baru atau beralih angin dari tugas dalam jawatankuasa sedia ada
kepada bidang atau jawatankuasa yang lain, bolehlah mengemukakan permohonan dengan berjumpa terus kepada
Penolong Kanan, PK HEM atau PK Kokurikulum.

Anda mungkin juga menyukai