Anda di halaman 1dari 24

TUGASAN EDU 3083

1.0

PENGENALAN
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana

segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.
Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang
telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan
perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah
negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam
menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.
Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan,
maka guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran
tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia
di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.
Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan
bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah murid. Begitulah
peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni.
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah selaras dan selari
dengan perkembangan dasar negara. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh negara
akan diikuti oleh perubahan sistem pendidikan bagi memenuhi dasar negara
tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) menekankan
Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni
dari segi
Tuhan.

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada


Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai


kesejahteraan diri serta negara.
1

TUGASAN EDU 3083

Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan itu, Kurikulum Baru


Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun 1988. Kini,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan
KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para guru untuk
bekerja keras bagi merealisasikannya.
Tanggungjawab

dan

beban

kerja

guru

yang

semakin

bertambah

menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan


tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan
alat-alat mengajar, menyemak buku murid,

menanda kertas peperiksaan,

menghadiri mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas


perkeranian seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid,
akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang
banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan emosi.
Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan
kualiti pengajaran guru.
Merujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia 23 Januari 2008, mantan
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa
beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu berat. Artikel ini menjelaskan
bahawa guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas.
Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam
pembangunan sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut
beliau, pengharapan untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah
meningkatkan beban kerja guru selain tanggungjawab remeh temeh yang terpaksa
digalas mereka.

TUGASAN EDU 3083

Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan


dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun
diluar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh
diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.
Pada pandangan saya, isu ini tidak akan pernah selesai kerana walaupun isu
ini telah lama dibangkitkan, namun sehingga kini isu ini masih diperkatakan. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan masih tidak mampu
untuk menyelasaikan masalah ini. Isu ini juga tidak akan selesai kerana sistem
pendidikan yang sentiasa berubah serta keperluan pendidikan yang semakin
meningkat dan harus dipenuhi.
Beban tugas kerja guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) pula sering menjadi isu perdebatan masalah pendidikan beberapa
tahun ini. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran baru memberi penekanan kerja
guru atas sebab perubahan silibus, konsep pengajaran, jenis pentaksiran dan
bahan-bahan yang terlibat dalam tugas pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
guru merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan negara. Seorang agen
perubahan merupakan individu yang akan mempengaruhi keputusan orang lain
(murid dan rakan sekerja) untuk beranjak ke arah yang dikehendaki oleh agensi
perubahan (Akhiar, Shamsina dan Muhamad, 2012). Keadaan ini memerlukan
pengorbanan dan kesediaan guru untuk bergerak dan berubah seiring dengan
perubahan keperluan pendidikan. Perubahan memerlukan guru sentiasa peka, rajin
dan bersemangat untuk melaksanakan tugas guru di sekolah.

2.0

TUGAS-TUGAS PENGURUSAN
Tugas guru di sekolah semakin mencabar, bukan sahaja setakat mengajar,

tetapi guru juga terpaksa membuat kerja-kerja pengurusan dan perkeranian. Di


3

TUGASAN EDU 3083

samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Begitu juga dengan saya. Selain mengajar
matapelajaran Sains bagi tahun 2, 3, 5 dan 6, saya juga terlibat dalam tugas-tugas
pengurusan seperti berikut;
2.1

Guru Data
Sebagai Guru Data, tugas saya adalah merancang pengurusan data

dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian


di KPM, JPN, PPD dan sekolah serta lain-lain agensi kerajaan. Antara
bidang tugas saya adalah;
2.1.1 Bertanggungjawab

bagi

pengurusan

data

EMIS

iaitu

melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan,


pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data
dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual
yang ditetapkan berkaitan dengan:
a)

Murid seperti Enrolmen

b)

Maklumat Guru

c)

Maklumat Staf Bukan Guru

d)

Profil Sekolah termasuk Fizikal dan Maklumat Am


Sekolah

2.1.2 Mengaudit dan Mengemaskini Data EMIS/SMPP dari masa ke


semasa.
2.1.3 Menjadi setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah (JPMS).
2.1.4 Menyediakan Laporan Statistik Maklumat Asas Pendidikan
Sekolah (MAP).
4

TUGASAN EDU 3083

2.1.5 Membantu guru dan staf sokongan dalam menguruskan


penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti Sistem eOperasi,
Salah

Sistem Maklumat Murid (SMM), HRMIS, Sistem


Laku

Disiplin

Peperiksaan (SAPS),
(SISTEKS),

Murid

(SSDM),

Sistem

Analisis

APDM, Kokurikulum, Buku Teks

e-GTukar, e-Pangkat, e-gtukar, e-Nazir SKPM,

NKRA, e-Sarana dan lain-lain lagi tugas

penyelenggaraan

rangkaian komputer yang digunakan untuk pengurusan data


EMIS

2.2

Setiausaha Kurikulum
Sebagai Setiausaha, saya

ditugaskan untuk membantu Guru

Penolong Kanan 1 (PK1) dalam melaksanakan tindakan berikut;


2.2.1

Merancang mesyuarat Kurikulum sekurang-kurangnya 4 kali


setahun

2.2.2

Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat

2.2.3

Mencatat minit mesyuarat

2.2.4

Mengedar minit mesyuarat kepada guru & staf sekolah

2.2.5

Mengambil maklum/tindakan kepada keputusan mesyuarat

2.2.6

Mengumpulkan Program Tahunan Panitia yang telah di


rancang oleh setiap J/K setiap Panitia

2.2.7

Menyusun Program dalam Buku Program Tahunan Sekolah

2.2.8

Mengedarkan Program Perancangan Tahunan Sekolah


kepada semua guru

2.2.9

Mengumpulkan

Laporan

Program

Panitia

dijalankan setiap kali selepas program dijalankan


5

yang

telah

TUGASAN EDU 3083

2.2.10

2.3

Menfailkan Laporan Aktiviti Panitia

Ketua Panitia Sains


2.3.1

Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan


mata pelajaran yang kemaskini.

2.3.2

Bertanggungjawab

menyediakan

rancangan

pelajaran

tahunan, penggal dan mingguan.


2.3.3

Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan


fail panitia mata pelajaran.

2.3.4

Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke


pihak pentadbir sekolah.

2.3.5

Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata


pelajaran mengikut keperluan untuk AJK jadual waktu.

2.3.6

Menentukan

anggaran

perbelanjaan

tahunan

bagi

panitianya.
2.3.7

Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan


bahan-bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah.

2.3.8

Menentukan penggunaan alat antu mengajar, kaedahkaedah pembelajaran terkini.

2.3.9

Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian


dan pemeriksaan kertas jawapan

2.3.10

Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan


sebelum dihantar ke bilik cetak.

2.3.11

Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi


mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi
tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak
mencapai tahap yang dikehendaki.

2.3.12

Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.


6

TUGASAN EDU 3083

2.3.13

Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan


akademik yang dirancang oleh pihak sekolah.

2.3.14

Membantu

dan

sentiasa

memberi

kerjasama

dalam

mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila


diperlukan.
2.3.15

Bertanggungjawab menyediakan murid ke pertandinganpertandingan anjuran PPD, JPN, Kementerian Pendidikan


dan lain-lain.

2.3.16

Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti


persatuan

akademik.Membantu

menyediakan

data-

data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan


untuk dipamerkan di bilik gerakan.
2.3.17

Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi


mata pelajarannya.

2.3.18

Membantu

guru

kanan

mata

pelajaran

membuat

pemantauan P&P.
2.3.19

Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta


pencapaian murid bagi peperiksaan dalaman dan UPSR.

2.3.20

Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan


alat-alat antu mengajar diselenggarakan dengan baik.

2.4

Penyelaras SPSK (PK01)


2.4.1

Memastikan pihak pentadbir telah melantik AJK Kurikulum


dan Ketua Panitia bagi semua mata pelajaran;

2.4.2

Memastikan

Jawatankuasa

Kurikulum

sekolah

mengendalikan Mesyuarat JKKS sekurang-kurangnya 2 kali


setahun;
2.4.3

Memastikan setiap panitia matapelajaran telah menjalankan


mesyuarat Jawatankuasa Panitia mata pelajaran sekurangkurangnya 4 kali setahun;
7

TUGASAN EDU 3083

2.4.4

Memastikan setiap panitia melengkapkan perkara-perkara


berikut:a.

Sukatan Pelajaran dan HSP terkini;

b.

Rancangan Pelajaran Tahunan;

c.

Standard Kandungan (KSSR);

d.

Standard Pembelajaran (KSSR);

e.

Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran;

f.

Anggaran Belanja Mengurus panitia tahun semasa


berdasarkan peruntukan kewangan bagi pembelian
bahan bantu mengajar dan program / aktiviti panitia;

2.4.5

Memastikan setiap panitia menjalankan aktiviti/program yang


diputuskan

di

dalam

mesyuarat

dan menyediakan

laporan pelaksanaan program;


2.4.6

Memastikan kategori dan kandungan fail panitia berdasarkan


SPI Bil 4/89 dipatuhi;

2.5

Guru Penasihat Kelab Bola Sepak


2.5.1

Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli


Jawatankuasa.

2.5.2 Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.


2.5.3 Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
2.5.4 Memastikan

Jawatankuasa

menjalankan

tugas

terkandung dalam Perlembagaan.


2.5.5 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.

seperti

TUGASAN EDU 3083

2.5.6 Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan,


difailkan dan sesalinan diserahkan kepada Jawatankuasa
Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
2.5.7 Memastikan

aktiviti

berjalan

mengikut

jadual

yang

ditetapkan.
2.5.8 Merancang

strategi

Kelab/Persatuan/

untuk

Unit

peningkatan

Beruniform/Kelab

kecemerlangan
Sukan

dan

Permainan.
2.5.9 Memastikan

pengurusan

kewangan

dan

harta

benda/peralatan diurus dengan baik.


2.5.10 Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan
dan difailkan.
2.5.11 Mendaftarkan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Sukan
dan Permainan kepada Guru besar atau Badan Induk.
2.5.12 Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta
galakan kepada ahli-ahli.
2.5.13 Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat
sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
2.5.14 Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
2.5.15 Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian
ahli.
2.5.16 Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
2.5.17 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan
dengan unit yang diwakili.
2.5.18 Menentukan

Papan

Kenyataan

digunakan

dengan

sepenuhnya.
2.5.19 Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan
ahli.
2.5.20 Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil
Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
9

TUGASAN EDU 3083

2.5.21 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan


sesuatu program.
2.5.22 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Besar dari semasa ke semasa.

3.0

ISU-ISU YANG SERING TIMBUL DALAM MELAKSANAKAN TUGASTUGAS PENGURUSAN


3.1

ISU DALAM TUGAS GURU DATA


3.1.1 Guru-guru kurang memberikan kerjasama apabila diminta
untuk menyemak dan mengemaskini data peribadi mereka
sendiri, terutama maklumat yang mengalami perubahan seperti
alamat, nombor telefon bimbit, gaji, gred jawatan, tarikh
lantikan, tarikh naik pangkat, tarikh isytihar harta terkini, subjek
mengajar terkini dan tugas-tugas khas yang dijawat dalam
10

TUGASAN EDU 3083

tahun semasa. Mereka tidak sedar bahawa maklumat yang


tidak tepat akan memberi kesan ke atas urusan naik pangkat,
permohonan pertukaran sekolah dan lain-lain lagi.
3.1.2 Maklumbalas tentang keadaan dan pendawaian

bilik darjah

dan bilik-bilik khas yang diperlukan daripada guru-guru kelas


dan penyelaras bilik-bilik khas mengambil masa yang agak
lama untuk dikumpulkan.
3.1.3 Guru data terpaksa mendapatkan sendiri data-data mentah dan
merekodkan dalam aplikasi EMIS seperti maklumat tentang
keadaan dan keberadaan peralatan dan bekalan harta modal
sekolah, keadaan tandas, keadaan bangunan sekolah serta
segala infrastruktur yang berada di sekolah.

3.1.4 Selain daripada aplikasi sistem, masalah liputan internet yang


terhad

di

sekolah

menjadi

punca

utama

proses

mengemaskinian data dan maklumat dengan kadar segera.


Liputan internet yang lemah akan melambatkan tugas guru
untuk mengemaskini data keseluruhan sekolah mengikut jadual
yang telah ditentukan.

3.2

ISU DALAM TUGAS SETIAUSAHA KURIKULUM

11

TUGASAN EDU 3083

3.2.1 Program Tahunan Panitia yang seharusnya di rancang oleh


jawatankuasa setiap Panitia tidak diserahkan mengikut tarikh
yang ditetapkan. Perkara ini mengakibatkan Buku Program
Tahunan Sekolah yang diedarkan kepada semua guru tidak
sempurna.
3.2.2 Ketua Panitia tidak menyediakan laporan Program Panitia yang
telah

dijalankan

setiap

kali

selepas

setiap

program

dilaksanakan. Laporan hanya akan dibuat sekiranya terdapat


pemantauan dari Pegawai PPD atau JPNJ.

3.3

ISU DALAM TUGAS KETUA PANITIA SAINS


3.3.1 Guru yang bukan opsyen Sains terpaksa mengajar Sains.
Memandangkan Sains merupakan salah satu subjek kritikal, ini
akan memberi kesan kepada pencapaian matapelajaran Sains,
terutama pencapaian UPSR. Guru yang kurang mahir akan
mengakibatkan penyampaian pdp yang kurang berkesan.
3.3.2 Sebagai Ketua Panitia Sains, secara tidak langsung saya juga
berperanan

sebagai

Penyelaras

Bilik

Sains.

Urusan

kebersihan, kekemasan, keceriaan dan keselamatan bilik Sains


juga di bawah tanggungjawab saya. Guru Sains di sekolah
rendah perlu menyediakan sendiri bahan eksperimen dan
menyimpan alatan setelah selesai eksperimen dijalankan.
3.4

ISU DALAM TUGAS PENYELARAS SPSK (PK01)

12

TUGASAN EDU 3083

3.4.1 Fail Panitia tidak dilengkapkan mengikut spesifikasi yang telah


ditetapkan. Ketua Panitia matapelajaran hanya melengkapkan
fail-fail panitia apabila ada pemantauan dari pegawai PPD atau
JPN sahaja.

3.5

ISU DALAM TUGAS GURU PENASIHAT KELAB BOLA SEPAK


3.5.1 Memandangkan sekolah kekurangan guru lelaki, saya telah
dilantik sebagai pengurus Kelab Bola Sepak. Saya akui
memang saya tidak mahir dalam permainan dan pengurusan
bola sepak.

4.0

CADANGAN

PROGRAM

MENINGKATKAN

TUGAS

YANG

PERLU

PENGURUSAN

PERGURUAN
13

DILAKSANAKAN
DALAM

UNTUK

PROFESSION

TUGASAN EDU 3083

4.1

TUGAS GURU DATA


4.1.1 Latihan dalam perkhidmatan (LDP) tentang langkah pengisian
dan pengemaskinian maklumat secara online kepada semua
guru perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam
setahun.
4.1.2 Pentadbir

juga

perlu

mengambil

peranan

aktif

dalam

memastikan semua guru sentiasa memastikan data peribadi


mereka sentiasa tepat dan segala perubahan telah dikemaskini
dari masa kesemasa.
4.1.3 Guru data perlu menyampaikan keperluan kemaskini maklumat
guru menerusi hebahan nota papan kenyataan, edaran
bercetak, pengumuman lisan semasa mesyuarat rasmi guru,
atau menerusi portal dan laman sesawang sekolah. Guru data
juga sentiasa bersedia dengan senarai semak penerimaan
maklumat agar tidak berlaku sebarang keciciran. Pendek kata,
guru data perlu ada sistem rekod maklum balas yang autentik.
4.1.4 Saya mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan pakej
internet mudah alih untuk memudahkan jawatankuasa data dan
maklumat menjalankan tugas pengemaskinian data dari masa
kesemasa.
4.1.5 Saya

juga

cukup

bersetuju,

jikalau

kerajaan

Malaysia

membayar gaji dan melantik pembantu guru gred N17 bagi


membantu meringankan sedikit sebanyak beban tugas guru
14

TUGASAN EDU 3083

menjelang tahun 2015 dan seterusnya. Jikalau guru prasekolah


dan guru pendidikan khas pun ada pembantu, bila agaknya
guru

akademik

akan

menerima

pembantu

yang

bakal

melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran


pendidikan?

4.2

TUGAS SETIAUSAHA KURIKULUM


4.2.1 Sebelum menjelang cuti persekolahan akhir tahun, semua guru
diminta berkampung

mengikut panitia untuk merancang

program-program panitia utntuk tahun berikutnya supaya


penyediaan Buku Program Sekolah untuk tahun berikutnya
tidak terjejas.
4.2.2 Laksanakan
berfokus

LDP

yang

tentang

standard

format
supaya

perancangan
semua

program

panitia

dapat

menyediakan pelan program yang selaras bagi semua


matapelajaran.

4.3

TUGAS KETUA PANITIA SAINS


4.3.1 Laksanakan LDP untuk guru-guru bukan opsyen Sains yang
mengajar Sains.
15

TUGASAN EDU 3083

4.3.2 Ketua Panitia hendaklah memainkan peranan melaksanakan


perbincangan professional dengan guru yang terlibat sekerap
yang mungkin supaya segala isu dapat diselesaikan mengikut
keperluan semasa.
4.3.3 Ketua Panitia juga digalakkan membantu pdp guru yang terlibat
sebagai fungsi guru damping yang lebih fleksibel berbanding
kaedah pemantauan supaya guru yang terlibat tidak merasa
tertekan dengan kehadiran Ketua Panitia.
4.3.4 Mencadangkan Komuniti Pembelajaran Profesional

(PLC)

supaya guru mahir dalam sains dapat membantu pdp guru


berkenaan.

4.4

TUGAS PENYELARAS SPSK (PK01)

16

TUGASAN EDU 3083

4.4.1 Melaksanakan pemantauan berkala (sekurang-kurangnya dua


bulan sekali) untuk memantau dan menyemak kandungan fail
panitia setiap matapelajaran.
4.4.2 Mengadakan bengkel pengemaskinian fail PK01 supaya semua
guru dapat bekerjasama dalam melengkapkan fail panitia
matapelajaran yang diajar dengan lebih efisyen. Pembahagian
tugas dalam sesuatu panitia menjadikan tugas menjadi lebih
ringan.

4.5

TUGAS GURU PENASIHAT KELAB BOLA SEPAK


4.5.1 Menjemput

jurulatih

bola

sepak

dari

luar

yang

lebih

berpengalaman dan berpengetahuan dalam permainan bola


sepak. Dengan khidmat yang diperolehi dapat meningkatkan
pengetahuan yang lebih mendalam dalam permainan bola
sepak ini. Murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran serta teknik dalam permainan bola
sepak ini. Pengambilan jurulatih berpengalaman ini diharapkan
dapat membawa perubahan drastik terhadap mutu permainan
oleh pasukan sekolah saya.
4.5.2 Menghantar guru yang tiada kemahiran untuk berkursus dalam
bidang kejurulatihan bagi permainan bola sepak. Kursus
tersebut

sekurang-kurangnya
17

dapat

menyediakan

guru

TUGASAN EDU 3083

penasihat yang berpengetahuan dalam teknik dan peraturan


permainan bola sepak.
4.5.3 Galakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum. Ibu
bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah
supaya dapat memberi perangsang kepada murid untuk
membuktikan kebolehannya. Hubungan yang erat antara pihak
sekolah

dan

ibu

bapa

memudahkan

pengurusan

dan

pentadbiran sekolah dalam bidang sukan dan kurikulum.


4.5.4 Menganjurkan pertandingan persahabatan dengan

pasukan

sekolah yang berdekatan sebagai langkah menyediakan


pasukan

sekolah

dengan

pengalaman

dalam

suasana

pertandingan yang sebenar. Murid-murid akan memperolehi


pengalaman dan mempelajari pelbagai teknik dari pihak lawan
dan menyusun strategi untuk menandingi dan mengatasi pihak
lawan.
5.0

REFLEKSI
Dalam

melaksanakan

tugasan

EDU

3083,

Asas

Kepimpinan

dan

Perkembangan Profesional Guru ini, saya sedar bahawa seorang guru sebenarnya
memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukannya Pegawai
Pengurusan Pendidikan. Dari analisa bidang tugas yang dipertanggungjawabkan
ke atas saya, saya dapati masa tugas saya banyak dihabiskan untuk menyediakan
fail, mengakses data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh. Kalau
disenaraikan kesemua tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya,
tugas mengajar dan mendidik terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan tugastugas pengurusan di sekolah.

18

TUGASAN EDU 3083

Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru,
saya sedar mengapa seorang guru itu mereka tidak dapat menyempurnakan tugas
mereka dengan baik. Tekanan yang diberikan kepada guru oleh guru besar, PPD,
JPN dan KPM untuk mencapai sasaran pencapaian murid juga boleh menyebabkan
seseorang guru

itu mengalami stress. Ketegangan yang berpanjangan boleh

mempengaruhi psikologi seseorang guru seperti hilang keyakinan, cepat meradang,


agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang
bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik,
2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999).
Di dalam menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa setiap masalah yang
dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Contohnya pada diri saya sendiri. Saya
memegang beberapa jawatan yang sangat berat di sekolah, iaitu guru data,
setiausaha kurikulum, ketua panitia sains, penyelaras spsk pk01 dan penasihat
kelab permainan bola sepak. Walaupun kesemua jawatan itu mempunyai
kesinambungan antara satu sama lain, tetapi saya berharap agar pembahagian
tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanan tugas
tertumpu kepada seseorang guru tertentu sahaja.
Pembahagian tugas merupakan perkara yang sangat penting dalam aspek
kawalan dan pengurusan. Guru Besar dan pentadbir perlu menganalisis tugas dan
berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja
tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut. Gabungan antara tugas dan
kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991).
Tan

Sri

mencadangkan

Muhyiddin Yassin,
agar

pihak

Menteri

pentadbir

Pelajaran

sekolah

Malaysia

mengurangkan

juga

telah

bilangan

jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa
ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan,
19

TUGASAN EDU 3083

keceriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga
guru yang bukan sedikit. Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan
penggabungan dan pemansuhan beberapa jawatankuasa kecil.
Langkah

yang

paling

bijak

adalah

menyusun

semula

tugas-tugas

perkeranian di sekolah dapat meringankan beban guru di sekolah. Menteri


Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bersetuju agar guru tidak perlu
dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu
tugas utama guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha untuk melonjakkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan banyak masa untuk
merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar.
Saya sangat bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perjawatan
guru pembantu di sekolah-sekolah. Masa berkualiti antara guru dan murid tentunya
dapat dipertingkatkan bertepatan dengan usaha memperkasakan perkhidmatan
pendidikan serta memartabatkan profesion keguruan. Dengan adanya pembantu
ini,

diharapkan guru akan dapat memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti

pembelajaran murid dan perkembangan pedagogi mereka.

Menurut Hashim

Adnan, presiden NUTP dalam laporan akhbar Berita Harian 29 Jun 2009, ketika ini,
hampir 380,000 orang guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di
kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban
tambahan.
Dalam menuju misi pendidikan taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak
tidak seharusnya berpeluk tubuh dan lebih teruk lagi saling menunding jari apabila
timbulnya isu bebanan tugas guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat
sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara
lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem
pendidikan negara yang baik perlu menyediakan pendidikan berkualiti. Pendidikan
yang

berkualiti

bermula

daripada

corak

perkhidmatan

guru-guru.

Corak

perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran
20

TUGASAN EDU 3083

prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara. Oleh itu, peranan guru
pembantu ini sudah tentu memainkan peranan penting untuk membantu sekolah
khususnya guru-guru yang terkekang dengan bebanan tugasan berlebihan
sehingga membantutkan usaha mereka ke arah mencapai inspirasi negara.
Namun hakikatnya, seseorang guru perlu menguruskan masa dengan bijak.
Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam sehari.
Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantara guru yang mengeluh tidak dapat
menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari,
seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka
yang pandai menguruskan masa. Pengurusan masa yang baik dapat meringankan
tugas yang ada.
Pada pendapat saya, menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang
berkesan dan mencapai pendidikan yang cemerlang bukan sesuatu yang mustahil.
Apa yang penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru itu sendiri mengubah
paradigm, stail pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling
penting menjadi guru yang tidak mudah patah semangat. Walaupun dibebani
dengan tugas yang banyak, guru tetap tidak boleh patah semangat dan berputus
asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dengan meningkatkan
kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi dengan penuh
rasa tanggungjawab.
Saya juga sedar, sebagai seorang guru yang professional, saya harus
sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang
penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai kefahaman yang jelas dan
mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugas
saya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah semangat
dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah
merungut dengan beban tugas yang dipikul.
21

TUGASAN EDU 3083

Walaupun ramai yang

beranggapan cikgu mempunyai cuti yang banyak,

tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan
lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa
menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Dengan
ini, kebajikan dan luahan guru perlu diambil berat supaya pembangunan dan
objektif kerajaan mewujudkan Negara maju dapat dicapai dengan jaya dan
berterusan.
Kini baru saya sedar, mengapa arwah ayah saya berharap sangat agar saya
menjadi seorang guru. Begitu mulia dan berbaktinya insan bergelar guru. Guru
ibarat lilin, menerangi sesiapa sahaja sehingga membakar diri sendiri pepatah itu
cukup untuk membuktikan tentang peranan guru dalam sistem pendidikan negara.
Setiap apa yang dicurahkan bukan untuk minta dibalas, ilmu disemai untuk di
cambah. Segala pengorbanan guru adalah semata-mata untuk melahirkan insan
yang berilmu, berpengetahuan, beramal dan berbudi. Ibarat benih yang baik
dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit.
Guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan
kerana peranannya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan
cemerlang untuk membangunkan negara. Disebabkan itulah kerajaan tidak pernah
mengabai kebajikan guru dan setiap masalah yang timbul sentiasa mendapat
perhatian untuk ditangani segera. Oleh itu, dalam keadaan tertentu, guru juga perlu
membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban tanpa mengharapkan
imbuhan semata-mata. Saya percaya sebahagian besar guru di negara ini komited
dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran bagi memastikan murid
mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.

22

TUGASAN EDU 3083

BIBLIOGRAFI
Rujukan dari Buku
Kamus Dewan Edisi Baharu (1989), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Fuad Razali (2010), Beban Tugas Guru Cahaya Menanti Di Hujung
Terowong, Pendidik Jun 2010.
Muhammad Fuad Razali (2010), Tugas Rencam Bebankan Guru, Pendidik Jun
2010.
Muhammad Fuad Razali (2010), Kemahiran Pengurusan Maklmat Bantu Kurang
Beban Guru, Pendidik Jun 2010.
Muhammad Fuad Razali (2010), Susun Semula Tugas Perkeranian, Pendidik
Jun 2010.
Mok Soon Sang (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
23

TUGASAN EDU 3083

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon (2012), Asas Kepimpinan
Dan Perkembangan Profesionalisme, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Utusan Malaysia (2008), Beban Kerja Guru Kini Semakin Berat,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm
Utusan Malaysia (2012), 14 Isu Beban Guru Ditangani,
http://www.utusan.com.my/info.asp?
y=2012&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
http://gurucoolbainun.blogspot.com/2012/09/isu-keguruan-isu-beban-tugasguru.html
https://www.google.com.my/#q=beban+tugas+guru
http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/2009/11/kenapa-perlekeh-tugas-gurudata-untuk.html
http://www.beritasemasa.com.my/isu-sistem-pendidikan-sekolah-malaysia
http://shareprof.blogspot.com/2012/09/isu-beban-tugas-guru_5.html
http://putraputri30.blogspot.com/2012/09/isu-keguruan.html

24

Anda mungkin juga menyukai