Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN ISU
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah selaras dan selari dengan perkembangan

dasar negara. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh negara akan diikuti oleh perubahan sistem
pendidikan bagi memenuhi dasar negara tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK)
menekankan Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insane seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai
kesejahteraan diri serta negara.
Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula
dilaksanakan pada tahun 1988. Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi
menggantikan KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para guru untuk bekerja
keras bagi merealisasikannya.
Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan
bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan
pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan,
menghadiri mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan
buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan
kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan
emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti
pengajaran guru.
Merujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia 23 Januari 2008, mantan Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa beban kerja guru pada masa kini adalah
terlalu berat. Artikel ini menjelaskan bahawa guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar
bidang tugas. Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam
pembangunan sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut beliau, pengharapan untuk
menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah meningkatkan beban kerja guru selain
tanggungjawab remeh temeh yang terpaksa digalas mereka.
Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para
guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun diluar bilik darjah untuk menyelesaikan
kerja-kerja sekolah. beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk
menyelesaikannya.

Pada pandangan saya, isu ini tidak akan pernah selesai kerana walaupun isu ini telah lama
dibangkitkan, namun sehingga kini isu ini masih diperkatakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usahausaha yang telah dilakukan masih tidak mampu untuk menyelasaikan masalah ini. Isu ini juga tidak akan
selesai kerana sistem pendidikan yang sentiasa berubah serta keperluan pendidikan yang semakin
meningkat dan harus dipenuhi.

2.0

BEBAN TUGAS GURU


Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan serta kesihatan pelajar

seperti pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Plejar Miskin (KWAPM), Skim
Pinjaman Buku Teks dan biasiswa. Guru juga menguruskan penyelengaraan bangunan, perabot, sistem
siaraya, keceriaan sekolah, kawalan penggunaan kemudahan sekolah, pengurusan stor dan perolehan.
Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah Kecemerlangan, Program 3K, Program Sekolah
Penyayang dan Program Kecemerlangan Sukan. Selain program-program sekolah, guru turut terlibat
dengan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), kementerian lain, agensi bukan kerajaan dan pihak swasta. Antara
program itu ialah Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Sambutan Hari
Keputeraan Sultan serta majlis-majlsi rasmi kerajaan negeri.
Menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM),
walaupun sudah ada garis panduan mengenai tugas yang perlu dilaksanakan, kadangkala guru perlu
juga melaksanakan kerja lain yang diluar bidang mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan
mata murid. Katanya, tugas ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Malaysia dan
bukannya guru. beliau menegaskan lagi bahawa sekolah tidak sepatutnya dibebankan dengan aktiviti
anjuran agensi lain dan boleh menolak kerjasama dengan agensi luar melainkan kerjasama tersebut
memberi keutamaan kepada keperluan murid dan tidak membebankan guru.
Guru juga terbabit dalam pengurusan aset sekolah dan inventori sedangkan ini bukanlah tugas
utama guru, sebaliknya ini adalah bidang tugas pejabat. Walaubagaimanapun, guru perlu memikul
tanggungjawab berkenaan kerana pembantu stor yang pernah diwujudkan pada suatu ketika dahulu telah
dimansuhkan.
Tambahan lagi, guru turut melakukan tugas memasukkan data berkaitan maklumat guru dan
murid ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang
memerlukan guru mengisi maklumat profil pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi
membolehkan ibu bapa melihat prestasi anak-anak mereka.

Antara beban tugas guru yang lain ialah, mengutip yuran tambahan, menyediakan laporan kantin,
laporan aktiviti surau, mengurus Rancangan Makanan Tambahan serta mengurus Rancangan Susu
Tambahan. Kesemua senarai tugas yang diluar daripada bidang pengajaran jelas menunjukkan guru-guru
pada masa kini terbeban dengan tugas-tugas lain yang melebihi tugas utama iaitu mendidik pelajar.

3.0

PUNCA BEBAN TUGAS GURU


Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua

Sekolah Malaysia (PKPSM), berikutan jumlah kerani yang tidak mencukupi di sekolah, guru terpaksa
mengurus dan memasukkan data pelbagai jenis borang seperti Borang Pnjaman Buku Teks, Borang
Biasiswa serta profil murid. Sebagai contoh, Sekolah Menengah Sains Rembau mempunyai empat kerani
berbanding 480 orang pelajar. Bilangan ini tidak mencukupi dan perlu ditambah sekurang-kurangnya dua
orang lagi bagi membolehkan semua kerja perkeranian dapat dilakukan oleh kakitangan pejabat sekolah.
Masalah beban guru juga berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran
dan penyelarasan pada semua peringkat pentadbiran sekolah akibat ledakan maklumat. Ramai guru di
sekolah yang sama menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan akibat pengurusan masa kursus
yang tidak dijalankan dengan tersusun. Keadaan ini menyebabkan tugas yang ditinggalkan terpaksa
dipikul oleh guru lain yang masih berada di sekolah sedangkan mereka sudah mempunyai kerja yang
perlu disiapkan.
Masalah ini juga berpunca apabila ramai guru yang bercuti atas sebab-sebab tertentu seperti,
bersalin, menunaikan umrah, menjalani pembedahan serta cuti sakit. Tugas-tugas guru-guru yang bercuti
akan diberikan kepada guru-guru yang masih ada di sekolah. Maka, guru-guru ini perlu melaksanakan
tugas berganda walaupun mereka sendiri telah mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan.
Perubahan dasar kerajaan juga turut meningkatkan tugas guru. Hal ini kerana guru merupakan
badan pelaksana dasar kerajaan. Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursuskursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian Pendidikan bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap
kali kurikulum dan sistem berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.
Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan
sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan
baru yang harus dipikul oleh guru.
Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh

pihak kementerian Pendidikan bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem
berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya. Bebanan ini bertambah dalam keadaan
jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid (Harian Metro, 2005).
Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti
kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan
kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan
mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka
iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian yang dilakukan pleh Shahbudin (1986), didapati masa
sebenar guru bekerja adalah 44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam
sahaja seminggu (jumlah masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih
memerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar dan
menyemak latihan buku pelajar
Selain itu, tidak menguasai kemahiran di dalam tugas yang diberikan. Secara purata, guru-guru
mengambil masa 38 hari setahun untuk menghadiri kursus dan latihan. Ia adalah keperluan dan peluang
memperbaiki kemahiran di dalam tugas yang diberikan. Namun, ada sesetengah guru tidak mengambil
inisiatif untukmemperkembangkan kemahiran. Apabila cabaran baru datang, guru ini tidak mengikuti
perkembangan semasa dan terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk memperbaiki diri. Sebagai
contoh, kini semua maklumat murid perlu diisi secara aplikasi dalam talian, maka guru-guru perlu
mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer dan internet bagi menyempurnakan tugas ini.

4.0

CADANGAN MENGATASI
Masalah beban tugas guru ini sukar untuk diselesaikan secara sepenuhnya tetapi beberapa

tindakan boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam
aspek pendidikan. Ibu bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah bukan sebagai peserta
sahaja malahan turut menjadi pengelola program. Sebagai contoh, semasa hari sukan tahunan, ibu bapa
juga perlu melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa yang menguruskan sukan tahunan sekolah. ibu
bapa boleh membantu dalam bahagian pengurusan peserta, pelepasan peserta serta ahli jawatankuasa
keselamatan. Hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa memudahkan pengurusan dan
pentadbiran sekolah.
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi
menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan
kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas
dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar dan

pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja
tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut.
Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri oleh mereka serta
aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri
program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja. Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang
Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), apabila sekolah menjadi tuan
rumah dan pengurus acara, sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambl masa
yang lama. Maka, lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan diluar kawasan sekolah
dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu
bersusah payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.
Yang

Dipertua

Kesatuan

Guru

Bumiputera

Sarawak

(KGBS),

Ahmad

Malie

(2010)

mencadangkan format untuk sistem data murid diselaraskan. Dengan itu, semua jabatan dan bahagian
sama ada kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah boleh mengakses kepada
maklumat berkenaan dan mengambil maklumat yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Sistem
teknologi perlu berubah agar mampu memenuhi keperluan semasa.
Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan bagi memudahkan
urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan
program. Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Microsoft
Access dan Microsoft Excel. Selain itu, ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan,
kandungan pengajaran dan pembelajaran, persediaan pengajaran dan kandungan pengajaran. Hal ini
dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia pernah mencadangkan agar
pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah
yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, kecriaan dan
keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit. Pengurangan
jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu,
pembahagian tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanan tugas tertumpu
kepada guru tertentu sahaja.
Selain itu, pihak kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian pada
peringkat sekolah kerana terdapat sekolah yang mempunyai hampir 20 peperiksaan dalaman tidak
termasuk peperiksaan awam. Pengurangan peperiksaan dalaman dapat mengurangkan beban guru
untuk membina soalan dan menyemak skrip jawapan murid. Secara tidak langsung, pengurangan
bilangan peperiksaan dapat mengelakkan negara daripada menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan.
Murid perlu belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya belajar untuk menjawab peperiksaan sahaja.

Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat meringankan beban guru di sekolah.
Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju guru tidak perlu dibebankan
dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai
pendidik anak bangsa. Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
diberikan banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan
mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama
guru dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru.
Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan
pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban
kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad berkata
cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah
bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban
kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru,
sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan
membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas
teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan
beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain
dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh
menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.
Guru perlu menguruskan masa dengan baik. Setiap orang akan menerima masa yang sama
dalam sehari iaitu 24 jam sehari. Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantar guru yang mengeluh
tidak dapat menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,
sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai menguruskan masa.
Pengurusan masa yang baik dapat meringankan tugas yang ada.

5.0

PENUTUP
Menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan mencapai pendidikan yang

cemerlang bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru
sendiri mengubah paradigm, stail pemikiran dan bertindak secara profesional serta yang paling penting
menjadi guru yang tidak mudah patah semangat. Walaupun dibebani dengna tugas yang banyak, guru
tetap tidak boleh patah semangat dan berputus asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan
diri dengan meningkatkan kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi.

Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan mengamalkan tingkah
laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam,
kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu. Guru yang
berjiwa waja tidak mudah patah semangat dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik,
tidak mudah merungut dengan beban tugas yang dipikul.

Anda mungkin juga menyukai