seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu
lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka
hayat penghidapnya juga semakin pendek.
makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan
makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan
mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.
Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk
yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat
dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara
memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara
mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.
Saya merayu mana-mana doktor pakar yang sanggup membantu untuk mengurangkan
berat badan saya kerana saya tidak ingin meneruskan hidup begini selain perlu
menolong ibu saya yang tua, katanya.
Apa yang berlaku itu adalah sebahagian daripada rona kehidupan dan usaha
Kementerian Kesihatan menempatkan 300 pakar pemakanan di klinik kesihatan
kerajaan bagi memberi khidmat kaunseling kepada rakyat yang berdepan masalah
kegemukan atau obesiti adalah langkah terbaik.
Dalam merealisasikan usaha berkenaan, 51 pakar pemakanan akan ditempatkan di
klinik kesihatan terpilih, termasuk Klinik 1Malaysia tahun ini.
Ia diharap mampu mengubah cara hidup rakyat untuk menjalani kehidupan lebih sihat,
terutama mengenai cara pengambilan makanan.
Malah, penubuhan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (MCOM) membabitkan 13
pertubuhan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani masalah
kegemukan adalah langkah proaktif dalam memastikan keadaan ini mampu ditangani
dengan baik serta meningkatkan kesedaran.
MCOM juga memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan bahawa majlis itu akan
bekerja rapat dengan kerajaan dalam usaha menjayakan misi penjagaan kesihatan di
negara ini.
Pertubuhan itu buat permulaan akan menumpukan kepada empat bidang iaitu
penyelidikan dalam mencegah kegemukan dan obesiti, melobi mengenai kebimbangan
kegemukan dan obesiti dalam polisi serta undang-undang yang akan dipinda kerajaan.
Berdasarkan kajian pakar kesihatan mendapati masalah obesiti dipengaruhi pelbagai
sebab antaranya faktor genetik, pemakanan berlebihan atau melampau, kurang
bersukan, emosi dan faktor persekitaran.
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi ke generasi kerana jika ibu bapa
gemuk, mereka cenderung memiliki anak-anak yang memiliki saiz badan sama.
Mereka yang terdiri daripada golongan gemuk ini sentiasa berada dalam keadaan lapar
atau bersifat responsif terhadap makanan menyebabkan sukar untuk keluar daripada
perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi
yang kuat untuk mengurangkan berat badan.
Kurang aktif bersukan juga mampu menjadi penyumbang kepada kegemukan. Jadi,
aktiviti sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, bukan saja kerana dapat
membakar kalori, malah membantu mengatur fungsi metabolisme secara normal.
Faktor emosi memainkan peranan kerana jika terganggu, kebiasaannya keseluruhan
hidup kita akan terganggu, sekali gus mempengaruhi kadar pemakanan kerana
dianggap satu cara terbaik meredakan tekanan.
Risikonya, apabila seseorang berdepan isu kegemukan atau obesiti, mereka akan
menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit kardioviskular (berkaitan jantung), strok,
tekanan darah tinggi dan diabetes yang dianggap musuh manusia.
Bagaimanapun, mereka yang dibelenggu masalah berkenaan tidak harus cepat
berputus asa kerana banyak kaedah atau cara bersesuaian untuk menanganinya. Apa
yang penting, seseorang itu perlu menjaga kesihatan untuk menjamin kehidupan lebih
sihat. Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat lima petua
mengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makanan seimbang,
minum air secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat.
Menurutnya, pemakanan sihat penting bagi menentukan sejauh mana tahap kesihatan
sama ada pada tahap memuaskan atau sebaliknya dan pengambilan makanan
seimbang perlu diamalkan mengikut diet piramid makanan.
Jangan mengambil makanan berlemak kerana boleh menyebabkan kegemukan atau
obesiti. Ia akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung, darah tinggi dan
kencing manis.
Minum air cukup iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air kosong sehari.
Air penting untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran dalam
badan, katanya.
Beliau berkata, bersenam adalah aktiviti paling penting dalam mengekalkan kesihatan
kerana ia membuatkan kita cergas dan sihat, selain menurunkan berat badan serta
merendahkan kandungan lemak di samping mampu menguat dan menyihatkan jantung.
Selain itu, kita juga boleh melakukan aktiviti lain membabitkan pergerakan anggota
fizikal seperti berjalan kaki, mengemas rumah dan menaiki tangga menggantikan
penggunaan lif.
Elakkan merokok kerana berisiko tinggi diserang penyakit kronik seperti sakit jantung,
angin ahmar dan kanser paru-paru.
Walaupun terlalu sibuk pastikan anda mengambil rehat mencukupi dengan tidur lapan
jam sehari. Rehat yang cukup mengurangkan tekanan selain mengembalikan semula
tenaga yang hilang, katanya.
Ironinya, masalah kegemukan atau obesiti ada kaitan dengan pelbagai perkara dan
semua ini perlu ditangani dengan bijak, tetapi tegas dan berhemah.