Anda di halaman 1dari 6

2.

1 Fungsi Media Massa Sebagai Pemerhati (To Survey)

Peranan media massa sebagai pemerhati membawa gambaran tentang fungsi media
massa yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku di sekeliling masyarakat. Dalam
hal ini, media massa berperanan untuk melaporkan sesuatu topik dan isu yang dikenali
sebagai berita dan maklumat yang dianggap relevan dan signifikan sahaja kepada
masyarakat umum. Dalam situasi ini, pihak media massa akan mentakrif isu yang bakal
dijadikan berita, kemudiannya mengumpul bahan dan seterusnya menerbitkan/mencetak
melalui saluran media kepada masyarakat. Setiap laporan berita yang dilaporkan oleh
media massa menumpukan kepada dua aspek penting iaitu amaran/warning – yang
melaporkan tentang perkara yang memerlukan tindakan pantas dan segera seperti
bencana, rebut taufan, banjir besar, dan sebagainya, manakala aspek instrumental pula
hanya melaporkan peristiwa yang tidak memerlukan tindakan segera seperti rencana, dan
lain-lain liputan yang tidak memerlukan tindakan segera oleh para audiens. Melalui fungsi
tersebut, beberapa kesan baik dapat diperoleh antaranya ialah seseorang itu tidak perlu
keluar untuk mencari dan mendapatkan berita tentang apa yang berlaku kerana hamper
kesemua berita akan diperoleh daripada laporan media massa. Selain itu, kesan baik fungsi
pemerhati ini ialah setiap sifat maklumat yang didapati lebih bersifat terkini dan pantas yang
mana seseorang itu dapat membuat persiapan rapi jika sesuatu perkara yang melanda
dapat diketahui dengan segera.

2.2 Fungsi Media Massa Sebagai Pentafsir (To Interpret)

Sesuatu peristiwa atau isu yang dibincangkan berbentuk rencana, forum, analisis peristiwa
dan pengamatan penyunting terhadap perkembangan semasa banyak melibatkan peranan
dan fungsi media massa sebagai pentafsir. Ini menjelaskan tentang fungsi media massa
sebagai pentafsir adalah menjelaskan tentang media yang membantu masyarakat mentafsir
berita atau peristiwa dari bahasa asing kepada bahasa yang difahami masyarakat serta
mentafsir sesuatu kejadian atau data yang sukar difahami masyarakat. Dalam kata lain,
media massa akan melakukan pentafsiran ke atas sesuatu berita, kemudian akan
melaporkan berita tersebut berdasarkan pemahaman mereka terhadap peristiwa tersebut.

Pentafsiran berlaku ke atas sesuatu berita yang dilaporkan itu berpunca daripada pelbagai
aspek maklumat data atau fakta yang hendak disampaikan sama ada bersifat teknikal dan
baru di mata khalayak masyarakat.

Fungsi media massa sebagai pentafsir memberikan kesan baik kepada media itu sendiri
bila mana kita akan dapat memahami sesuatu laporan yang dibincangkan dengan bantuan
tafsiran media massa dengan berkesan dan akan menjadikan khalayak audiens swemakin
berilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kesan baik fungsi ini juga ialah dapat mendidik
dan membentuk pemikiran masyarakat daripada buta maklumat kepada celik maklumat.
2.3 Fungsi Media Massa Sebagai Penghubung (To Linkage)

Dalam fungsi ini, media massa berperanan dalam menghubungkan individu dengan
individu, organisasi dengan organisasi, Negara dengan Negara, ahli masyarakat dengan
ahli masyarakat lain yang mungkin terpisah sama ada terpisah kerana persaudaraan,
perpisahan mahupun disebabkan oleh masalah geografi, masyarakat peristiwa dengan
masyarakat, persekitaran dengan masyarakat mahupun sejarah silam dan budaya dengan
masyarakat semasa. Dalam kata lain, fungsi media massa bagi penghubung ini berperanan
sebagai penyatuan hubungan dari segi sosial, politik, mahupun ekonomi.
Antara kesan baik fungsi media massa sebagai penghubung ialah ianya memainkan
peranan dalam menyatukan atau menjalinkan semula hubungan antara ahli masyarakat
dengan masyarakat dalam kasih sayang, misalannya dalam program Cari Menantu terbitan
TV9. Kesan baik yang lain ialah media massa berfungsi dalam menyatukan rakyat yang
mengalami pelbagai krisis dan cabaran semasa. Misalnya isu kenaikan bayaran tol di lebuh
raya. Kita boleh melihat dan menilai sendiri bagaimana pihak media massa merancang
strategi dalam membentuk dan membina keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Selain itu,
media massa dalam menghubungkan masyarakat dengan masa lampau dari segi sejarah
mahupun budaya juga memberikan kesan baik kepada fungsi media massa sebagai
penghubung. Contoh terkini program media massa yang menjurus kepada kesan baik ini
ialah program Eksotika Malaysia terbitan TV1/RTM.

2.4 Fungsi Media Massa Sebagai Penghibur (To Entertain)

Fungsi ini merupakan satu fungsi media massa yang paling dominant kerana ianya
memberi sumber keuntungan kepada organisasi yang mengawal sesuatu media massa.
Fungsi penghibur kepada media massa ini bermaksud penghibur kepada masyarakat
melalui program-program hiburan yang bermaklumat atau sekadar sebagai hiburan kepada
masyarakat umum. Ada kalanya media massa hanya sekadar bahan hiburan untuk
didengari oleh audiens semasa berehat, atau membuat kajian mahupun sekadar memenuhi
masa lapang masyarakat sahaja.

Antara kesan baik daripada fungsi penghibur media massa ini ialah meliputi hampir
kesemua aspek hidup yang bercirikan hiburan semata-mata seperti mengetahui tentang
pelancaran album baru, fesyen terkini, anugerah bintang popular, dan sebagainya. Kesan
seterusnya ialah hiburan yang disalurkan sekadar memecah ruang kesunyian individu yang
inginkan ketenangan, menghidupkan suasana harmoni, ceria, gembira, ketawa, dan
sebagainya. Misalnya dalam program Salam Pantai Timur terbitan RTM 1, dan program Mr.
Bean siaran di TV3.

3. Analisa Fungsi Pada Keratan Akhbar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Dalam tugasan berkumpulan ini, akhbar yang digunakan untuk dianalisis fungsi-fungsi
media massanya ialah akhbar Berita Harian dan Berita Minggu untuk akhbar berbahasa
Malaysia, manakala akhbar New Straits Times dan New Sunday Times digunakan untuk
akhbar berbahasa Inggeris. Pengumpulan keratan tajuk utama akhbar-akhbar tersebut
bermula dari 06 Januari 2008 hingga 12 Januari 2008 (hari Ahad hingga Sabtu).

3.1 Analisa Keratan Tajuk Utama Akhbar Berita Minggu dan Berita Harian

3.1.1 Fungsi Media Massa pada hari Ahad (06 Januari 2008)

Fungsi media massa yang dikenal pasti pada tajuk utama akhbar hari Ahad bertajuk
“BERNAS diberi Amaran” ialah fungsi pemerhati. Secara keseluruhannya, maklumat yang
diperolehi melalui tajuk berita tersebut berkehendakkan agar pihak BERNAS dapat
memperbaiki kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi mereka.

3.1.2 Fungsi Media Massa pada hari Isnin (07 Januari 2008)

Dengan tajuk utama, “Kuota Minyak Masak Ditambah”, fungsi media massa yang dikenal
pasti ialah pemerhati. Secara amnya, artikel ini meminta rakyat tidak perlu panic kerana
bekalan minyak masak akan pulih seperti sediakala setelah kuota bekalan minyak
ditambah.

3.1.3 Fungsi Media Massa pada hari Selasa (08 Januari 2008)

Melalui keratan akhbar pada hari Selasa pula, bertajuk, “Bekalan Dijamin Pulih”, fungsi
media massa yang dikesan ialah fungsi pemerhati. Mengikut analisa yang diperoleh
daripada artikel tersebut, kuota pengeluaran minyak bersubsidi akan ditingkatkan dan pihak
kerajaan akan memperketatkan pengawasan penyeludupan.

3.1.4 Fungsi Media Massa pada hari Rabu (09 Januari 2008)

Tajuk berita,”Perhebat Banteras Jenayah”, pula menjelaskan tentang fungsi pemerhati.


Dalam perkara ini, fungsi media massa tersebut menjelaskan tentang peningkatan indeks
jenayah yang membimbangkan dan perlunya langkah-langkah untuk mengatasinya.
Antaranya ialah pemasangan CCTV pada bangunan, premis-premis perniagaan dan
sebagainya.

3.1.5 Fungsi Media Massa pada hari Khamis (10 Januari 2008)

Fungsi media massa yang dikenal pasti pada artikel utama akhbar bertarikh 10 Januari
2008 bertajuk, “Tambang Naik Bulan Depan”, ialah fungsi pemerhati. Dalam kata lain,
analisa berita tersebut menerangkan tentang pengusaha bas sekolah akan menaikkan
tambang bas kerana kos kenaikan opeerasi dan subsidi diesel yang diterima sangata
sedikit.

3.1.6 Fungsi Media Massa pada hari Jumaat (11 Januari 2008)

Berita keratan akhbar Berita Harian, “Cari Sharlinie seluruh Negara”, menjurus kepada
fungsi media massa sebagai penghubung. Dalam makluman artikel ini, seluruh rakyat
Malaysia diseru oleh pihak berkuasa dan kerajaan agar bersama-sama mencari Sharlinie
yang diculik oleh seseorang yang tidak dikenali secara besar-besaran.

3.1.7 Fungsi Media Massa pada hari Sabtu (12 Januari 2008)

Fungsi media massa yang dikenal pasti daripada artikel keratan akhbar pada hari ini ialah
fungsi pemerhati. Tajuk berita,”Hubungan erat terus terjalin”, menumpukan kepada
kerjasama serantau antara Malaysia dengan Indonesia dalam usaha menubuhkan EPG
untuk membincangkan pelbagai isu ekonomi, kebudayaan, dan agama.

3.2 Analisa Keratan Tajuk Utama Akhbar New Sunday Times dan New Straits Times

3.2.1 Fungsi Media Massa pada hari Ahad (06 Januari 2008)

Dalam keratan akhbar New Sunday Times dengan tajuk,”Go Ahead, Get Your Refund”,
fungsi media massa yang dikenal pasti ialah fungsi pemerhati. Melalui maklumat artikel
tersebut, dinyatakan bahawa adakah bayaran yuran tambahan yang dicadangkan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia membebankan pihak ibu bapa atau sebaliknya.
Sekiranya ibu bapa memikirkan tentang kemajuan anak-anak mereka, perkara bebanan ini
tidak akan timbul dan dipersoalkan oleh mereka.

3.2.2 Fungsi Media Massa pada hari Isnin (07 Januari 2008)

Fungsi yang dikenal pasti pada artikel akhbar bertajuk,”363,000 road accidents last year
5,670 deaths”, ialah fungsi pemerhati. Dijelaskan dalam maklumat tersebut bahawa
kemalangan maut dan kecederaan dalam kemalangan dapat dikurangkan sekiranya para
pemandu mengenakan tali pinggang keledar dan para penunggang motosikal memakai topi
keledar dengan betul.

3.2.3 Fungsi Media Massa pada hari Selasa (08 Januari 2008)

“Oil’s Well”, tajuk berita dalam akhbar New Straits Times pada hari ini menimbulkan fungsi
pemerhati. Secara amnya, artikel ini menjelaskan bahawa masyarakat akan mentafsirkan
bahawa sekiranya bekalan minyak masak telah pulih, maka tidak akan ada kenaikan harga
minyak dan harga barang-barang keperluan yang lain.
3.2.4 Fungsi Media Massa pada hari Rabu (09 Januari 2008)

Berita “Crime Rate Up 13.4%”, menunjukkan bahawa fungsi media massa yang dikenal
pasti ialah fungsi pemerhati. Dalam kata lain, artikel ini menerangkan akan kebimbangan
Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia akan jumlah jenayah yang meningkat setiap tahun.

3.2.5 Fungsi Media Massa pada hari Khamis (10 Januari 2008)

Pada hari ini juga, maslah jenayah di Malaysia masih dipersoalkan. Dengan tajuk akhbar,
“Let,s Do It!”, fungsi media massa yang diketahui ialah fungsi pemerhati. Dalam makluman
yang dianalisa daripada artikel ini, menerangkan tentang Perdana Menteri meminta
kerjasama pihak polis dan masyarakat menangani masalah jenayah yang semakin
meningkat secar bekerjasama.

3.2.6 Fungsi Media Massa pada hari Jumaat (11 Januari 2008)

Dengan tajuk akhbar, “Hunt For Linie”, fungsi media massa yang terdapat dalam artikel
tersebut ialah fungsi penghubung. Apa yang diharapkan melalui kenyataan dalam artikel
tersebut ialah harapan kepada seluruh masyarakat Malaysia dapat bekerjasama dan
bersama-sama dalam usaha mencari Sharlinie yang telah diculik.

3.2.7 Fungsi Media Massa pada hari Sabtu (12 Januari 2008)

Fungsi media massa yang terdapat dalam artikel akhbar dengan tajuk, “Common Ground”,
ialah fungsi pemerhati berbentuk instrumental. Ini menunjukkan tentang kerjasama antara
kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia yang akan mengadakan rundingan damai dan
persahabatan tentang pelbagai isu yang membabitkan kedua-dua negara.

4. Analisis Keseluruhan Keratan Akhbar

4.1 Fungsi Media Massa Paling Dominan

5. Kesimpulan
Dalam mempertingkatkan fungsi media massa pada masa kini, seharusnya media massa
perlu mempunyai tanggungjawab dalam memberi penekanan terhadap perkara sebenar
dan bukan mereka-reka isu untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu-isu
sebenar. Dalam perkara ini, komunikasi media massa yang berkesan diharapkan dapat
membuatkan masyarakat mempercayai sesuatu isu atau perkara itu penting dan perlu
diberi perhatian yang sewajarnya.
Ini membuktikan lagi bahawa komunikasi media massa yang menggunakan perantaraan
dalam bentuk visual seperti media cetak, media elektronik, dan media interaktif masa kini,
banyak memberi kesan yang besar kepada pembangunan Negara, kerana komunikasi
media massa sendiri memberikan peranan dalam menyebar dan menyalurkan maklumat
atau mesej dalam bentuk idea baru, teknologi moden dan berita. Selain itu, komuniksi
media massa juga berperanan sebagai sumber utama pembangunan dan pengembangan
idea serta berperanan dalam memujuk, mendorong kumpulan sasaran agar berubah sikap,
pendirian tegas, dan sebagainya melalui pendidikan formal dan tidak formal.

Secara keseluruhannya, media massa di Malaysia berfungsi dalam menyedarkan


tanggungjawab sosial setiap media kepada masyarakat majmuk dan berperanan juga
sebagai ‘pelindung’ kepada pihak yang menghadapi penindasan pihak lain. Media massa
terbuka kepada pihak tertentu dalam menyampaikan pendapat mereka selain berperanan
dalam menyokong dasar-dasar kerajaan untuk kepentingan bangsa, dan Negara.

Bibliografi

1. Abdullah Hassan, Ainon Mohd.(2005). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru.


Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2. Narimah Ismail(2007). Nota KOM 3207. Pengenalan Teori Komunikasi. Serdang :PPL
Universiti Putra Malaysia.
3. Sulaiman Masri(1983). Peranan Media Massa di Negara-negara Membangun.
Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd.
4. …http://planet.time.net.my/KLCC/azmo1/ge6433/ge6433_tugasan4_1.html.Diakses
pada 15 Februari 2006.
5….http://misay2k.tripod.com/mb2404/kdbab 1.htm. Diakses pada 15 Februari 2007.

Anda mungkin juga menyukai