Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN

Nurul Syuhaida Mohamed1, Nur Faeqah Binti Mohd Zakwan 2, Nur Anina Shuada Binti Abdul Rahman 3, Nurul
Natasha Amira Bt Othaman4, Burhanuddin Bin Yazid5
Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional,
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

ABSTRAK
Penulisan ini bertujuan untuk mengupas mengenai peranan pengetua sekolah dalam pentadbiran
sekolah. Di samping itu, kemahiran dan kompentensi pentadbiran serta kepimpinan sekolah juga
akan dikupas dengan lebih lanjut lagi. Penulisan ini dilaksanakan bagi mengetahui peranan dan
tanggungjawab Guru Besar sebagai seorang pemimpin utama di sekolah dan bagaimana seorang
Guru Besar mengetuai kepimpinan pentadbiran sekolah. Kesimpulannya, sorotan artikel ini
membantu Guru Besar atau pihak terlibat untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah dan
mengetahui kepimpinan Guru Besar dalam menguruskan pentadbiran sekolah.
Kata Kunci: Pentadbiran Sekolah, Peranan Guru Besar & Kepimpinan.
1. PENGENALAN

Guru Besar merupakan individu yang memainkan peranan yang penting dalam
mengendalikan organisasi pentadbiran di sekolah. Pendapat yang dinyatakan oleh Bity, Basri,
Ramlee & Sani (2010) bahawa pengurusan dan kepimpinan Guru Besar adalah faktor utama
yang menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Oleh itu, Guru Besar harus memiliki kompetensi
yang diperlukan agar mampu bertindak dengan cemerlang dalam mengurus dan memimpin
sekolah. Menurut Sani (2013), pentadbiran yang berkesan akan mewujudkan peranan sekolah
yang berkesan di bidang pentadbiran dan dalam semua bidang seperti pembangunan kurikulum
dan kegiatan akademik. Proses transformasi dalam organisasi dan pentadbiran sekolah haruslah
dilakukan untuk meningkatkan lagi prestasi dan sistem pendidikan agar setanding dengan negara
luar. Reformasi pendidikan merupakan sesuatu yang kerap berlaku di kebanyakan negara
bertujuan untuk menambahbaik sistem pendidikan yang sedia ada (Izham&Norziana, 2015).
Perkembangan terkini sistem pendidikan di Malaysia telah menunjukkan berlakunya reformasi

pendidikan yang amat ketara di pelbagai peringkat samada di kementerian, jabatan dan di
sekolah.
Selain itu, Sani (2013) menyatakan peranan Guru Besar dalam konteks pengurusan
sekolah adalah sebagai perancang, penggubal dan pembuat dasar manakala pengurusan
pertengahan merupakan pegawai penyelaras yang membantu tugas-tugas pengurusan dan
pentadbiran tertinggi bagi memantau dan memastikan segala perancangan serta dasar-dasar
dimantapkan, dilestarikan dan dilaksanakan oleh kumpulan akar umbi iaitu peringkat kepanitiaan
dan guru-guru mata pelajaran. Bukan itu sahaja, Guru Besar haruslah memberikan kepimpinan
yang baik terhadap pentadbiran di sekolah visi dan misi sekolah dapat dicapai. Yusri & Aziz
(2014) menyatakan bahawa pemimpin sekolah yang efektif merupakan faktor utama yang
menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Tambahan pula, kepemimpinan Guru Besar mempunyai
hubungan yang positif dengan pencapaian dan kejayaan akademik pelajar. Dapat disimpulkan
bahawa Guru Besar haruslah memimpin pentadbiran dengan efektif dan setiap peringkat
pentadbiran hendaklah memahami dan mengetahui bidang tugas masing-masing agar perjalanan
pentadbiran menjadi lancar dan pengurusan menjadi efektif kerana bidang pengurusan bergerak
melalui kerjasama kumpulan (Sani, 2013).
Kepemimpinan pengajaran sebagai aktiviti yang dilakukan oleh Guru Besar untuk
mengembangkan produktiviti dan persekitaran kerja yang memuaskan kepada guru dengan
matlamat utama untuk mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian murid (Yusri & Aziz,
2o14). Malahan, pengukuran amalan kepimpinan guru adalah penting dalam meningkatkan dan
mentransformasikan struktur organisasi sekolah dan meningkatkan sifat kepimpinan guru serta
dapat meningkatkan mutu pengajaran guru di sekolah. Menurut Asma, Asri, Rohaila & Hamidah
(2015), pengukuran amalan kepimpinan guru bertujuan memberi arah kepada penyelidikan
baharu dan dapat membangunkan model kepimpinan guru untuk menyediakan guru-guru yang
berkualiti pada masa akan datang. Tuntasnya, Guru Besar yang memiliki kompetensi sebagai
pengurus dan pemimpin sekolah akan mencapai tahap pengurusan dan kepimpinan yang tinggi
serta mampu membawa pendidikan ke tahap kualiti setaraf pendidikan dunia (Bity, Basri,
Ramlee & Sani, 2010).

2. KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN


2.1 Tanggungjawab, Tugas Dan Peranan Guru Besar
Menurut Hussein Mahmood (2005), kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada
corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu. Dalam menghadapi transformasi pendidikan,
penambahbaikan perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah selaras dengan 11 anjakan yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia(20132025). Perubahan dunia yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat dan ekonomi menuntut
perubahan di dalam bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berwawasan di masa
hadapan. Kemenjadian dan keberhasilan pencapaian pelajar dan sekolah pada masa yang akan
datang dicorakkan dengan penambahbaikan yang dilakukan pada masa sekarang.
Menurut Rahimah Haji Ahmad (2005), sekolah merupakan agen yang penting dalam
pembinaan generasi masa depan. Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang
mengetuai atau memimpin sesebuah sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya
terdapat ciri-ciri ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri Salleh (1998) pula menyatakan Guru Besar
merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan
perubahan di sekolahnya. Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkaitrapat
dengan stail kepimpinan yang dipaparkan.
Dalam usaha menggapai kecemerlangan pendidikan di sekolah, kepemimpinan Guru
Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Ini bermakna bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai
punca kejayaan atau sebaliknya sebagai punca masalah dalam pelaksanaan program
kecemerlangan sekolah. Oleh itu, Guru Besar haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani
dalammelaksanakan perubahan sejajar tuntutan arus perdana pendidikan masa kini. Semua guru
mempunyai tanggungjawab, tugas dan peranan masing-masing didalam sekolah. Begitu juga
dengan guru besar. Untuk mentadbir sekolah, guru besar perlu mengenalpasti tanggungjawab,
peranan serta tugas mereka yang perlu dilaksanakan.

2.1.1 Tanggung Jawab Dan Tugas Guru Besar


Tanggung jawab dan tugas merupakan perkara yang perlu dilakukan dan dilaksanakan
oleh guru besar di sekolah. Bidang tugas guru besar meliputi pelbagai aspek. Antaranya ialah
pengurusan pentadbiran sekolah, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, dan lain-lain
lagi. Setiap tugasan mempunyai skop tugasnya. Berikut merupakan bidang tugas guru besar:
a) Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi:
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung
dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan
bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:
i.

Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan

ii.

semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.


Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi

iii.

bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.


Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan,

iv.

persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.


Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian
kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.

b) Pengurusan Kurikulum
i. Skop tugasan guru besar di bawah pengurusan kurikulum adalah seperti
berikut: Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan
ii.

dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan.


Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang

iii.

ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.


Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum

iv.

di sekolah berjalan dengan sempurna.


Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

c) Pengurusan Kokurikulum:
Setiap sekolah perlu mempunyai aktiviti kokurikulum.

Ini bertujuan untuk

membantu dan menyokong pelajar sewaktu pelajar mahu menyambung pelajaran


pada peringkat yang lebih tinggi atau meminta pekerjaan. Selain itu ia bertujaun

untuk mengasah bakat dalam diri pelajar. Berikut merupakan skop tugasan guru
besar di bawah pengurusan kokurikulum:
i. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan
ii.

pasukan-pasukan unit pakaian seragam.


Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas,
baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai

iii.

& praktikal.
Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan
ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga
pasukan unit berunifom.

d) Pengurusan Hal Ehwal Pelajar:


Berikut merupakan skop tugasan guru besar di bawah pengurusan hal ehwal
pelajar:
i. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan
ii.

bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.


Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah

iii.

yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.


Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada
pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus

iv.

dalam akademik dan sukan.


Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undangundang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan
adil.

e) Pengurusan Kewangan
Guru besar perlu menguruskan semua kewangan di sekolah.

Mereka perlu

memantau setiap nilai keluar masuk kewangan disekolah. Berikut merupakan


skop kerja guru bagi pengurusan kewangan:
i. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus
ii.

dan perbelanjaan pembangunan.


Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain
geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke
semasa.

iii.

Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan

iv.

gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.


Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang
Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.

f) Pengurusan Pentadbiran Pejabat:


i. Urusan pentadbiran perlu dilakukan disemua tempat termasuklah
disekolah. Disekolah salah satu bidang tugas guru besar ialah melaksana
dan memantau pengurusan pentadbiran pejabat. Berikut merupakan skop
ii.

kerja bagi tugas tersebut.


Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang

iii.

teratur dan sempurna.


Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah

iv.

disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.


Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan
dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

g) Pengurusan persekitaran dan kemudahan Fizikal Sekolah:


Pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah juga merupakan tugasan
seorang guru besar. Guru besar perlu memantau dari masa ke semasa setiap
kemudahan fizikal sekolah supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini. Berikut merupakan skop kerja yang perlu dilakukan oleh guru besar di
bawah tugasan ini.
i. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya
ii.

dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.


Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan

iii.

kawasan sekolah dari semasa ke semasa.


Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan

iv.

kecil yang diadakan di sekolah.


Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti
pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan
sebagainya.

h) Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia:


Skop kerja guru besar dibawah tugasan ini adalah seperti berikut:
i. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru
dan bukan guru untuk pengayaan dirinya.

ii.

Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar,


kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk

iii.

kakitangan di sekolahnya.
Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

i) Pengurusan Perhubungan Luar:


Hubungan kesinambungan pihak sekolah dengan pihak luar perlu dalam keadaan
baik. Ini bertujuan untuk menjaga nama baik sekolah disamping menjaga
hubungn kemasyarakatan antara guru-guru dengan ibu bapa. Skop kerja yang
perlu dilaksanakan oleh guru besar adalah seperti berikut:
i. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa
ii.

segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.


Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau
jabatan-jabatan kerajaan yang lain.Bekerjasama dengan organisasi yang
mempunyai kaitan dengan sekolah.

2.1.2 Peranan Guru Besar


Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh Guru Besar itu meliputi
tiga aspek iaitu sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin. Sebagai pengurus, Guru Besar
bertanggungjawab terhadap belanjawan dan kewangan sekolah, pengagihan sumber dan
sebagainya. Sebagai pentadbir Guru Besar bertanggungjawab terhadap tugas-tugas pentadbiran
yang meliputi penilaian kerja-kerja stafnya, pengurusan ha-hal rasmi, penjadualan kerja dan
waktu belajar. Guru Besar juga harus pakar dalam pendidikan. Dia diharapkan dapat
menjalankan peranan sebagai pemimpin. Guru Besar sendiri perlu menunjukkkan contoh teladan
yang boleh diikuti dan disegani oleh para guru dan pelajar sekolahnya. Tugas ini merupakan
tugas pemimpin.
Mc Pherson dan Crowson (1987) pula menyatakan peranan seorang Guru Besar
bertindan-tindih sebagai seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun Guru Besar
tidak boleh melarikan diri daripada melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti pengajaran.
Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-dualistic.

Ini

bermaksud melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan dan
pemimpin pendidikanpengajaran.

Sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, Guru Besar

bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan sesebuah sekolah dan kemajuannya. Manakala


sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran ialah memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada
guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama Guru Besar perlu
berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan
memberansangkan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu:
(a) Peranan Pentadbiran dan pengurusan:
Dalam ketagori ini, peranan guru besar merangkumi hal-hal berkaitan
perkhidmatan kakitangan, kewangan, bangunan dan pembangunan, perhubungan
dengan pihak atasan, dan perbekalan.
(b) Peranan Profesional:
Dalam ketagori ini pula peranan guru besar merangkumi pengurusan kurikulum
dan ko-kurikulum, perkembangan staf, pembimbing dan kaunselor, perhubungan
antara sekolah dan komuniti, penyeliaan dan penilaian, pemimpin pengajaran dan
hal ehwal pelajar.
2.2 Akauntabiliti dan Kepimpinan Guru Besar
2.2.1 Akauntabiliti
Akauntabiliti ialah sifat yang perlu ada pada setiap individu umumnya. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, akauntabiliti dedifinisikan sebagai sifat bertanggungjawab
seseorang individu atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan
penjelasan atau justifikasi yang diperlukan. Ini bermakna akauntabiliti ini merujuk
kepada individu atau tindakan yang bakal dilaksanakan. Tanggungjawab di sini
bermaksud menjalankan tugas-tugas yang diarahkan mengikut peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan. Akauntabiliti ini perlu ada kepada setiap individu tanpa mengira bidang
atau latar belakang kerjaya mereka. Profesion keguruan juga mempunyai akauntabiliti
tersendiri dipanggil Akauntabiliti Keguruan yang perlu diamalkan oleh setiap guru
termasuklah Guru Besar dan Pengetua. Guru Besar merupakan individu penting dalam
organisasi sekolah untuk memastikan segala perjalanan pentadbiran, sistem pendidikan,
pencapaian sekolah dan sebagainya berjalan lancar.

Pengetua atau Guru Besar merupakan orang yang berperanan dalam menguruskan
organisasi sekolah berasaskan pengurusan sumber utama iaitu kewangan, sumber
manusia, sumber fizikal atau sebagainya. Pengurusan kewangan perlu diurus dengan
baik. Kegagalan mengurus sumber ini selalunya dikaitkan dengan kelemahaan mengurus
hal-hal kewangan dan belanjawan sekolah dengan berkesan dan bijaksana. Pengurusan
sumber manusia juga sangat penting dan bertindak sebagai pemangkin kepada
kecemerlangan sekolah sama ada dari aspek kurikulum, kokurikulum, hubungan dengan
masyarakat setempat, dan meletakkan sekolah sebagai sebuah institusi yang mulia dan
dihormati. Pengurusan sumber fizikal pula sebagai pelengkap kepada kejayaan dan
keberkesanaan sekolah. Apabila semua sumber ini dapat diurus dengan baik dan
berkesan, tidak mustahil sesebuah sekolah itu boleh berjaya dan cemerlang dari semua
aspek.
Di antara kepentingan akauntabiliti ialah:
Pengurusan Sumber Kewangan bertujuan untuk memastikan organisasi mematuhi
standard atau prosedur kewangan yang telah ditetapkan. Memang tidak dinafikan,
sesetengah sekolah telah berjaya menguruskan sumber kewangan dengan baik dan
cemerlang. Namun dengan adanya proses akauntabiliti, sekolah tersebut boleh terus
mengekalkan tanggungjawabnya. Bagi sekolah yang pengurusan kewangannya sangat
lemah, mereka harus bersedia memperbaiki kelemahan tersebut. Banyak kes sekolah
yang tidak akur dengan prosedur kewangan. Misalnya, tidak menyelenggara Akaun
Kumpulan Wang Kerajaan (SP. Kew. Bil. 5/2002); tidak mematuhi syarat pemberian
Bantuan SBT (SPI Bil. 1/2004); tidak mematuhi syarat pembelian komputer (SP
Komputer Bil. 1/1997); dan sebagainya.
Dari aspek Pengurusan Fizikal pula, ada juga pentadbir yang kurang peka
terhadap keperluan fizikal dalam membantu mencapai kecemerlangan sekolah. Mereka
berpendapat, semua ini tidak penting dan yang lebih penting ialah pencapaian akademik.
Tetapi selepas keputusan peperiksaan diumumkan, pencapaian akademik sekolah tersebut
juga belum begitu baik. Di antara pengurusan sumber fizikal ialah meliputi pengurusan
persekitaraan sekolah serta pembangunan lanskap, peralatan dan kemudahan-kemudahan
sedia ada. Menurut Fidler (1999), analisis sumber sesebuah sekolah dimulai dengan

bangunan sekolah dan pemeriksaan lokasi serta kemudahan tertentu seperti bilik darjah,
bilik khas dan kemudahan-kemudahan lain. Justeru, selaku pengurus sekolah Pengetua
atau Guru Besar perlu memainkan peranan dalam memastikan sumber fizikal sekolah
seperti bilik darjah, tandas, padang permainan dan persekitaran seperti lanskap berada
pada keadaan yang cukup baik dan kondusif. Keadaan fizikal yang kondusif boleh
membantu kepada tahap keselesaaan, keselamatan dan meningkatkan pencapaian murid.
2.2.2 Kepimpinan Guru Besar
Menurut Hussein Mahmood (2005), Guru Besar adalah berperanan dan
bertanggungjawab untuk memastikan sekolahnya berada di landasan yang betul untuk
mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan menjadi sebuah sekolah berkesan.
Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan
di sekolah itu.
Menurut Ramaiah (1999), kepimpinan di sekolah adalah satu aspek tingkahlaku
dan juga sejenis pengaruh. Kepimpinan Guru Besar bergantung kepada kedudukan
formal dalam struktur organisasi sekolah. Kepimpinan jenis ini dinamakan kepimpinan
formal. Jawatan Guru Besar diberi pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam
kedudukan organisasi sekolah sebagai ketua sekolah serta mempunyai kuasa atas segala
aspek pengurusan sekolah.
Dalam kontek kepimpinan dalam pendidikan, Guru Besar perlu melaksanakan
dasar-dasar yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Guru Besar perlu memastikan
bahawa

semua

dasar

adalah

jelas

kepada

semua

anggota

di

sekolah, dan

sebarang peraturan yang digubalnya mestilah bersesuaian atau berharmoni dengan dasar
yang sedia ada di mana dasar-dasar ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi. CiriCiri Kepimpinan Guru Besar Sekolah Cemerlang:
a) Kualiti Pemimpin Berkesan
Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang kepimpinan Guru Besar
hendaklah menunjukkan kualiti yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan
Guru Besar bergantung kepada banyak faktor. Hussein Mahmood (1993) mengatakan
antaranya termasuklah faktor keGuru Besaran sendiri, sikap dan orientasi (reaktif atau

proaktif), komitmen dan gaya kepimpinan. Guru Besar yang berkesan akan dapat
memastikan kejayaan dan perlaksanaan strategi di sesebuah sekolah cemerlang. Ainscow
(1991) menyatakan seorang Guru Besar yang berkesan harus mempunyai kualiti berikut:
i.
ii.

Mempunyai visi untuk organisasi.


Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen

iii.
iv.

staf.
Menukarkan visi kepada tindakan
Stail pengurusan terbuka tetapi tegas.

Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan kajian tentang keberkesanan


kepimpinan di sekolah. Mereka telah mengenalpasti lapan ciri yang ada pada Guru Besar
yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan. Lapan ciri itu ialah:
i.
ii.
iii.
iv.

Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah.


Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi.
Berfungsi sebagai ketua institusi.
Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain.

Kajian tentang sekolah berkesan pula banyak menyarankan tentang kepimpinan


cara demokratik yang dikatakan lebih berkesan daripada gaya kepimpinan yang
lain. Kajian-kajian lain juga menunjukkan produktiviti sesebuah firma lebih bergantung
kepada gaya kepimpinan ketuanya yang dikatakan lebih bercorak kepada gaya orientasi
tugas (task oriented) dan orientasi manusia (person oriented). Ini bermakna kedua gaya
kepimpinan iaitu gaya orientasi tugas dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut
keperluan keadaan. Pengkaji-pengkaji dalam bidang kepimpinan organisasi memang
bersetuju tentang penggunaan pelbagai gaya kepimpinan oleh pemimpin mengikut
keadaan. Hoyle (1986) menganggap seorang pemimpin berkesan bukan sahaja dinilai
dari segi perhubungan peribadi tetapi juga dari segi kepekaan tentang prestasi tugas yang
telah dilaksanakan.
Menurut Hoy & Miskel (1987) terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh
dikaitkan dengan sebuah sekolah yang cemerlang iaitu;
i.

Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknikteknik pengurusan yang cekap seperti pengurusan masa.

ii.

Aspek kemanusiaan sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk

iii.

maju kepada guru-guru dan staf sokongannya.


Aspek pendidikan Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan perlu
mempunyai kepakaran dan pengetahuan bidang profesional dan cekap
dalam mengenalpasti masalah-masalah pendidikan serta memahami

iv.

kehendak kurikulum.
Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai

v.

yang dianggap penting seperti kerajinan.


Aspek budaya - Guru Besar perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur
positif yang memberi identiti kepada sekolah.

b) Sifat Guru Besar Unggul


Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Guru
Besar bertanggungjawab kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu bapa yang
menyerah anak-anak kepadanya, kepada guru-guru yang diajak bekerjasama, kepada
murid-murid yang menyerahkan pendidikan mereka kepadanya. Justeru itu Guru Besar
wajib memiliki syarat-syarat dan sifat pemimpin yang baik (Ibrahim Mamat 1998):
i.

Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan

ii.
iii.

profesional yang sesuai.


Syarat Rohani rasa tanggungjawab terhadap tugas.
Kewibawaan - peribadi, pengetahuan, budi pekerti, pengalaman, sikap

iv.
v.

terhadap Tuhan dan sesama makhluk.


Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas.
Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran.

Seorang

Guru

Besar

juga

perlu

mewujudkan

personaliti

yang

baik, jujur, ikhlas, berprofesional, ada matlamat dan senang berinteraksi dengan orang
ramai (Mohd. Salleh Lebar 2000). Walau bagaimanapun dapatan yang menarik tentang
kepimpinan Guru Besar ialah kajian yang dijalankan oleh Dinham et. al (1995) di
Australia bertajuk School climate and leadership di tiga buah sekolah menengah. Beliau
mendapati sebenarnya tidak ada satu resepi untuk berjaya bagi seorang Guru Besar.

2.3 Kemahiran Dan Kopetensi Pentadbir Dan Pengurus Guru Besar

Pengurusan dan kepimpinan pengetua adalah faktor utama yang menentukan kejayaan
sesebuah organisasi ( abdul shukor 2004 ; Atan et al. 1991 ; Edmond 1979; Noordin dan
Sharifudin 2004; Stogdill 1974: Trump 1981). Pendapat berkenaan jelas menunjukkan bahawa
peranan pengetua merupakan kunci kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah di
dalam bidang mengurus dan memimpin sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menetapkan asas penting bagi memastikan sekolah diurus dan dipimpin oleh pengetua yang
kompeten. Antaranya dengan melantik pengetua berdasarkan senioriti dan kekananan dalam
jawatan serta mengadakan kursus-kursus pengurusan dan kepimpinan dari semasa ke semasa.
selain itu, kursus pengurusan dan kepimpinan turut diadakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pelajaran Daerah. (bity et al. 2010) bertujuan melengkapkan para guru besar atau
pengetua dengan kemahiran dan kopentensi yang sesuai di dalam pengurusan dan pentadbiran
sekolah.
Kesungguhan guru besar di dalam melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini amat
penting ini kerana perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa merupakan cabaran yang
paling besar. Oleh itu, guru besar perlu memiliki kemahiran berkebolehan yang tinggi agar
masalah tidak puas hati terhadap pengurusan dan pentadbiran sekolah tidak menjadi suatu isu
yang sangat berat. Dalam beberapa situasi, pengetua kelihatan masih kurang proaktif, kurang
kreatif, kurang inovatif, sering kali hilang fokus, dan sering kali hilag tumpuan kepada matlamat
pengurusan sebenar kerana terlalu kerap dan rencam menghadapi masalah yang sama (Azlin
Norhaini. 2006). Justeru tahap kompetensi pengetua seharusnya dikaji dengan lebih mendalam
dengan menetapkan standard-standard asas di dalam mencapai nilai profesional dan kualiti
peribadi yang di perlukan sebagai guru besar mahupun pengurus pentadbiran.
KPM menyatakan bahawa tanggungjawab guru besar dan pengetua meliputi tujuh (7)
bidang utama iaitu pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengurusan
sekolah yang merangkumi pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan, perhubungan
dengan ibu bapa dan masyarakat setempat, kemajuan sekolah, pengajaran serta kepimpinan
pengajaran dan penyelidikan pendidikan (Bahagian Sekolah. 2004) ini menunjukkan KPM amat
peka terhadap perkembangan pendidikan negara. oleh itu, kebijaksanaan pemimpin membuat
keputusan di dalam pentadbiran adalah sangat penting. Pendekatan ini perlu diusahakan kerana
dalam usaha untuk melaksanakan dasar sistem pendidikan supaya matlamat-matlamatnya

tercapai, sistem tersebut memerlukan pemimpin pendidikan yang cukup cekap, adil, beramanah,
berdedikasi, berdaya usaha, bertanggujawab, berdisiplin, berkebolehan dan berakhlak tinggi.
Setelah diteliti dan diperhalusi, kesemua standard yang dikemukakan sama ada di dalam
atau di luar negara mempunyai banyak persamaannya. Perbezaan cuma daripada segi istilah yang
digunakan, namun banyak persamaan wujud daripada segi kandungan dan tugas yang perlu
dilaksanakan oleh guru besar atau pengetua. Standard-standard ini juga adalah sama seperti
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) yang dikemukakan oleh IAB
pada tahun 2006. Dalam standard ini terdapat sembilan bidang pengurusan yang perlu dikuasai
oleh pentadbir-pentadbir sekolah (IAB 2006a) iaitu pengurusan dan kepimpinan organisasi,
pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan hal-ehwal murid, pengurusan
kewangan, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal,
pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta pengurusan perhubungan luar.
Selain daripada SKKSM, beberapa ciri lain juga adalah penting dalam proses
meningkatkan lagi pengurusan dan kepimpinan guru besar dan

pengetua di sekolah. Ini

termasuklah kualiti peribadi, pengetahuan teori, amalan pengurusan strategik, kemahiran dan
teknik menangani perubahan. Kualiti peribadi yang dimaksudkan adalah seperti komunikasi,
kepimpinan, inovasi, minat dan keyakinan. Sementara amalan pengurusan strategik pula
melibatkan pengenalpastian masalah, perancangan strategik, pelaksanaan dan penilaian strategik

4. KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru besar sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan yang amat
penting dalam menentukan keberkesanan sekolah. Keberkesanan sekolah pula diukur jikas
ekolah itu mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan menghasilkan
impak yang dihasratkan. Namun demikian, peranan guru-guru juga adalah penting kerana ia
adalah sebahagian daripada proses perubahan dan penambahbaikan sekolah. Di sinilah letaknya
kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengembeleng tenaga dan minda bersama-sama dengan
warga sekolahnya untuk mencapai apa yang disasarkan selaras dengan visi sekolah iaitu
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Pemimpin sekolah juga perlu cekap mengesan dan mengenal pasti apa yang perlu
dilakukan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan segala kekurangan atau kelemahan

yang terdapat di sekolah. Saya tidak pernah terjumpa sebuah sekolah yang baik dipimpin oleh
seorang yang tidak baik. Itu ialah persepsi Fred Hechinger, Ketua Pengarang akhbar New York
Times terhadap pentingnya sebuah sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik.
Seterusnya, ialah samaada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi
tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepimpinan
ketua jabatan panitia. Ciri ini juga menekankan samaada pemimpin sekolah sebenarnya
professional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, memantau
kemajuan perlajar serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah serta dapat
membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, dalam usaha untuk memastikan keberkesanan sekolah pemimpin perlu
melaksanakan usaha penambahbaikan melalui amalan pembangunan profesionalisma guru di
sekolah dengan memberi penekanan kepada polisi dan struktur pengurusan, analisis keperluan,
perancangan, aktiviti serrta perlaksanaan dan tindakan susulan. Kepimpinan sekolah masa kini
perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang
berterusan (Rahimah Haji Ahmad, 2004). Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik, kesan
daripada perkembangan ilmu pengetahuan yang berterusan. Oleh itu, sebagai pemimpin guru
besar harus melakukan satu perubahan untuk memajukan sekolah sejajar dengan perkembangan
pendidikan semasa khususnya dalam bidang pembangunan profesionalisma guru-guru di bilik
darjah.

5. RUJUKAN

M. Izham, M. H. & Norziana, A. (2015),

Peranan Pengetua Dalam Pengurusan

Kokurikulum Dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat, Jurnal
Pendidikan Malaysia. Vol 40 (2). 129-138 M/S.
M. Sani. I. (2013). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Dalam Mempertingkatkan
Kualiti Pengajaran Guru-guru, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1. Isu 1.
Bity. S. A ; A. Basri M. Y. ; Ramlee M. & M. Sani I. (2010). Analisis Kompetensi
Pengetua Berdasarkan Kualiti Peribadi, Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Dalam Bidang
Pengurusan Sekolah Menengah Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol 35(2). 31-41 M/S.

M. Yusri I. & Aziz A. (2014). Hubungan Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua


Dan Kompetensi Pengajaran Guru, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil 2. Isu 1.
Settaraming ; M. Anuar A. R. & Lokman M. T. (2012), Peranan Kepimpinan Pengetua
Sekolah Dalam Membina Pembelajaran Berpasukan Guru Di Sekolah Menengah Daerah
Soppeng, Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol 37 (2). 1-9 M/S.

Anda mungkin juga menyukai