Anda di halaman 1dari 21

6.2.

3 PENGURUSAN PENDIDIKAN

Kecemerlangan negara sangat bergantung kuat kepada pendidikannya yang mampu melahirkan pemikir.
Pendidikan berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara melalui beberapa aspek pendidikan seperti yang berikut:
Kepimpinan Pengurusan Bilik Darjah yang Kondusif Lanskap Maklumat

6.2.3.1 Kepimpinan
Kepimpinan: menentukan bentuk perubahan yang diperlukan serta menjadi penentu kejayaan sesuatu perubahan yang dijalankan. Ciri-ciri kepimpinan terpimpin adalah seperti yang berikut:
Pemimpin memimpin Visi yang jelas Menubuhkan jawatankuasa pelaksana Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat Mengutamakan elemen kemanusiaan

i.

Pemimpin memimpin

Pemimpin menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli. Mereka mampun memilih satu keputusan bersama-sama walaupun keputusan terakhir diputuskan oleh pemimpin itu sendiri. Ahli kumpulan berasa lebih bermotivasi menjalankan peranan masing-masing dengan berkesan dan situasi ini menjadikan sesuatu tugasan lebih berkualiti.

ii. Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan


Setiap organisasi mempunyai visi masing-masing. Seseorang pemimpin perlu jelas dengan visi dalam pengurusan perubahannya. Visi sekolah yang perlu difahami oleh seluruh warga sekolah dan dengan itu setiap warga sekolah memainkan peranan dalam memastikan visi tersebut tercapai. Seseorang ketua perlu membina gambaran yang jelas tentang apa jua yang hendak dicapai dan gambaran tersebut sepatutnya pratikal dan berkesan.

iii. Menubuhkan jawatankuasa pasukan bertindak Pemilihan AJK hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dengan mengambil kira pengalaman, keupayaan dan kebolehan serta kesungguhan setiap ahli. Kalangan Senior (berpengalaman & berkemahiran)
Memegang tugas utama yang memandu perubahan.

Kalangan Junior
Menawarkan bimbingan dan latihan kepada mereka, mengatur strategi dan pelan tindakan serta menjadi pemikir yang mencetuskan idea-idea yang bernas dan konstruktif.

iv. Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat


Seseorang pemimpin yang berkesan akan kerap bertemu dengan ahli-ahlinya untuk mengikuti perkembangan bagi setiap tindakan dan proses yang berjalan. Perjumpaan diaturkan bertujuan mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit ketika proses perubahan berlaku. Sekiranya sesuatu isu dihadapi, kemudian cepat diatasi, maka proses perubahan akan lebih lancar.

v.

Mengutamakan Elemen Kemanusiaan

Pemimpin perlu memiliki sikap memahami dan toleransi bagi memastikan perubahan akan diterima dengan senang hati oleh orang yang memimpin. Pemimpin perlu mendengar apa-apa sahaja masalah yang diluahkan oleh ahli kumpulannya lalu mencari pendekatan yang sesuai untuk mengatasinya. Kemahiran interpersonal perlu dikuasai oleh pemimpin. Pujian dan penghargaan perlu diberikan kepada ahli kumpulan yang berjaya mendorong mereka untuk terus menghasilkan kerja yang berkualiti.

6.2.3.2 Pengurusan Bilik Darjah yang Kondusif


Suasana persekitaran bilik darjah perlu diubah suai sesuai dengan kehendak pembelajaran pada masakini. Elemen penting dalam perubahan pengurusa bilik darjah adalah seperti yang berikut:
Pendekatan Berpusatkan Murid Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran

i. Pendekatan Berpusatkan Murid


Ruang pembelajaran yang kondusif ialah
murid mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman.

Maka, sesebuah bilik darjah hendaklah menyediakan keperluan dan kemudahan yang selesa dan lengkap.

Aktiviti pembelajaran perlu menyeronokkan dan membangkitkan minat murid untuk menerokai ilmu. Main iaitu suatu pendekatan yang mampu: Mendorong murid mencipta suatu pengalaman yang bermakna Mendorong murid mengenali diri sendiri dan mengenal pasti kelebihan serta bakat yang ada di dalam diri mereka. Memperkembangkan personaliti, pemupukan kemahiran intrapersonal dan interpersonal, perkembangan sosioemosi.

Guru juga perlu kerap menggunakan pembelajaran berasaskan main serta pembelajaran berasaskan budaya. Ia dapat memberikan suatu pengalaman baharu kepada murid dan mampu mendorong murid mencapai aras berfikir yang tinggi.

ii.

Kemudahan Pengajaran & Pembelajaran

Kemudahan pengajaran dan pembelajaran melibatkan sumber pembelajaran seperti buku, alat bantu belajar, komputer, serta peralatan menulis, membaca dan melukis. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan dan ditambah, malahan perlu mampu memenuhi kepelbagaian bakat dan kecerdasan murid. Proses belajar sepatutnya banyak memberikan keupayaan merancang, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, mencipta dan berjaya.

Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira pelbagai latar belakang dan sosiobudaya murid. Sumber dan kemudahan P&P sebaik-baiknya mampu mengaitkan amalan budaya serta pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dengan pengalaman baharu yang hendak dibina.

6.2.3.3 Lanskap Maklumat


Murid memerlukan maklumat dan data terkini untuk menambah pengetahuan pada peringkat global. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam memastikan landskap maklumat yang sempurna:
Pusat Sumber Peranan Guru

i. Peranan Guru
Setiap guru wajar menguasai kemahiran TMK dalam memastikan murid sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan. Maka, kurikulum latihan guru memuatkan kemahiran TMK kepada guru-guru pelatih dan juga guru-guru dalam perkhidmatan. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pusat sumber perlu berubah dalam cara bekerja. Bekerja secara kolaborasi adalah pendekatan terbaik dan ini merupakan satu perubahan yang perlu berlaku dalam kalangan guru.

Perubahan dalam lanskap maklumat ini memerlukan perancangan dan strategi yang jauh lebih mencabar.

6.2.3 TRANSFORMASI DALAM KURIKULUM

Antara strategi yang terpenting dalam memastikan pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan adalah melalui penambahbaikan kurikulum. Perubahan terhadap kurikulum adalah suatu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah.

Kepentingan Terhadap Transformasi dalam Kurikulum:


Perubahan dalam sesuatu sistem pendidikan memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang hubungkait antara semua bahagian dalam pendidikan. Strategi berpusatkan murid perlu diberi perhatian utama supaya membentuk pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih relevan dan terkini. Pihak yang membawa perubahan perlu membantu komuniti membangunkan visi mereka dalam sistem pendidikan yang ideal, mendorong stakeholder berperanan dalam berkongsi visi pendidikan serta melibatkan semua pihak agar berminat dan turut serta terhadap visi baharu yang dibawa.

Kurikulum sekolah Malaysia telah mengalami beberapa siri perubahan demi menjamin keberkesanan pendidikan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Pada tahun 1982, KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah sebagai percubaan dan mula dilaksanakan pada tahun 1983. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Pelaksanaan KBSM bermula pada tahun 1988. Transformasi kurikulum dilakukan demi menjamin kesesuaian kurikulum bagi mencapai cabaran dan perubahan semasa.

Anda mungkin juga menyukai