Anda di halaman 1dari 21

Guru Sebagai Agen Perubahan

- Mengenalpasti Peluang Perniagaan Hasil


Inovasi Dalam Pendidikan
- Mengurus Perubahan Pendidikan

Ahli Kumpulan: Winnie Wong Mei Yii (S 1)


Tan Wan Xiang
Tan Han Ni
Pengenalan Peluang Perniagaan
Hasil Inovasi Dalam Pendidikan
• Inovasi dalam Pendidikan penting bagi masa sekarang
memandangkan perubahan yang dihadapi oleh dunia.
• Kebanyakkan negara maju menjalankan urus niaga
secara atas talian yang menjimatkan masa dan kos.
• Masyarakat pada hari ini berubah atas perkembangan
disebabkan TMK, Manusia dapat saling berhubungan
hanya menggunakan internat.
Pengenalan Peluang Perniagaan Hasil
Inovasi Dalam Pendidikan
• Inovasi dalam Pendidikan perlu ditekankan dalam
memastikan bahawa murid mampu menyahut cabaran
perubahan dan tidak ketinggalan di belakang.
• Setiap murid perlu didedahkan dengan elemen kreativiti dan
reka cipta dalam memastikan negara sentiasa berdaya saing
dengan negara membangun.
• Perniagaan adalah antara bidang pekerjaan yang sentiasa
berkembang dan sentiasa beriringan dengan perubahan
teknologi.
Penjualan dan Pemasaran Produk
Pendidikan
• Setiap tahun diadakan pertandingan reka cipta dan inovasi di sekolah-
sekolah dan institusi pendidikan yang bertujuan menggalakkan
budaya inovasi dan reka cipta dalam kalangan warganya.
• Pertandingan inovasi dan reka cipta menarik penyertaan yang
menggalakkan. Hasil yang dicipta itu unik dan kreatif.
• Produk pendidikan yang inovastif itu boleh dipetenkan dan
dipasarkan, contohnya penciptaan tongkat elektronik untuk golongan
Orang kelainan Upaya(OKU).
• Tongkat tersebut boleh dipatenkan dan dipasarkan untuk kegunaan
golongan OKU.
Perniagaan Atas Talian
• Berniaga atas talian begitu mudah diuruskan apabila teknologi dicipta
untuk menguruskan urusan jual beli.
• Pendidian adab ke-21 yang mendorong guru menyesuaikan
pengajaran dengan penggunaan TMK telah melatih murid menguasai
kemahiran TMK, penggunaan peranti, pengurusan laman sesawang
dna penyebaran maklumat melalui whatsapp, internet dan facebook/
• Pelbagai bentuk perniagaan telah berlaku secara atas talian,
penjualan pelbagai jenis barang seperti pakaian, makanan dan lain-
lain dijalankan secara atas talian.
• Perniagaan atas talian hanya memerlukan kreativiti dan daya
cipta mereka bentuk laman niaga yang menarik pelanggan.
• Pendidikan yang membina kreativiti dan iovasi dalam
kalangan murid membuka peluang kepada mereka untuk
meneroka perniagaan atas talian.
• Pelbagai bahan pendidikan boleh dijual secara atas talian
seperti modul, buku, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
Perkhidmatan Urus Niaga
• Beberapa syarikat yang sudah dikenali ramai yang menyediakan
perkhidmatan urusan jual beli kepada peniaga lain.
• Contohnya, Shopify yang menawarkan perkhidmatan urus niaga
mampu membuka peluang berniaga kepada ramai peniaga baharu.
• Bidang perniagaan melalui inovasi juga luas dalam sektor
perlancongan, pertanian, kebudayaan dan hiburan.
• Pendidikan asas adalah penting untuk melahirkan pemikir inovatif
yang pasti membuka peluang perniagaan yang terbentang luas.
Mengurus perubahan pendidikan
• Pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam memastikan
matlamat organisasi berjaya dicapai, manakala pelaksanaannya
merupakan tindakan secara praktikal atau proses fizikal dalam
penghasilan dan penggunaan inovasi (Amanda Credaro, 2006)

• Perubahan dalam organisasi merupakan proses dalam merancang,


mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota
organisasi serta menggunakan sumber lain demi memenuhi matlamat
seperti yang ditetapkan (James Stoner, 1985)
Tujuan Peruban Pendidikan
• Mengurangkan konflik
• Meningkatkan daya pengeluaran
• Meningkatkan motivasi
• Memastikan segala perkhidmatan memenuhi tuntutan
semasa
• Memenuhi kepuasan stakeholder yang terdiri daripada
murid, ibu bapa dan komuniti setempat
Strategi Perubahan dalam Pendidikan

• Strategi Kekuasaan

• Strategi Pujukan

• Strategi Pendidikan Semula

• Strategi Memudah Cara


Strategi Kekuasaan
• Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal
dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti
yang dirancang
• Menggunakan ganjaran pada perubahan positif atau
hukuman dan pengukuhan pada perubahan negatif
• Contoh: Sistem kad perakam waktu
Mengetip kad perakam waktu sewaktu tiba dan keluar
pejabat
Mengenakan tindakan disiplin bagi yang mengabaikannya
Strategi Pujukan
• Memerlukan kemahiran interpersonal pada ketua atau agen
perubahan
• Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan kemahiran dalam
perubahan yang hendak disampaikan serta kelebihan
mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang
dirancang dapat diterima oleh mereka
• Contoh:
Membudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru
dan murid
Strategi Pendidikan Semula
• Penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen
perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut kepada
kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka
sendiri
• Contoh:
Guru perlu berupaya melaksanakan P&P yg mampu
melahirkan murid yg kreatif & inovatif. IPG akan
menyemak semula kurikulum latihan utk memastikan
tahap pencapaian, kekurangan dikenal pasti dan
ditambahbaikan
Strategi Memudah Cara
• Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih
mereka dan agen perubahan akan menghantar sumber yang
diperlukan kepada kumpulan sasaran
• Contoh:
Guru memilih untuk melaksanakan aktiviti P&P
berbantukan komputer untuk kemahiran mengarang.
Pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan
kemudahan teknikal tersebut
Pengurusan Pendidikan
• Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah
Negara.
• Pendidikan secara formal bermula di sekolah.
• Sekolah boleh diibaratkan sebuah kilang yang mengeluarkan produk.
• Produk yang berkualiti bergantung pada formula pengeluarannya
seteusnya menjadikan produk tersebut manfaat.
• Manakala pendidikan berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan
sesebuah Negara melalui beberapa aspek pendidikan seperti yabng
berikut.
1) Kepimpinan
• Kepimpinan di sesebuah organisasi menentukan bentuk perubahan
yang diperlukan serta menjadi penentu kejayaan sesuatu perubahan
yang dijalankan.
• Pengurusan terpimpin memainkan peranan utama dalam membentuk
sekolah berkualiti.
• Ciri-ciri kepimpinan terpimpin adalah seperti berikut.
a) Pemimpin memimpin
• Pemimpin memimpin menggunakan pendekatan perkongsian idea
yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli.
• Mereka mampu memilih suatu keputusan bersama-sama walaupun
keputusan terakhir diputuskan oelh pemimpin itu sendiri.
• Dengan cara ini, ahli kumpulan yang dipimpin akan berpuas hati
seterusnya mendorong perkembangan kemahiran ahli kumpulan.
• Ahli kumpulan berasa lebih bermotivasi menjalankan peranan masing-
masing dengan berkesan dan situasi ini dapat menjadikan susuatu
tugasan lebih berkualiti.
b) Visi yang jelas dalam pengurusan
perubahan
• Seseorang pemimpin perlu jelas dengan visi dalam pengurusan
perubahannya.
• Sebagai agen perubahan, seseorang ketua perlu membina gambaran
yang jelas tentang apa-apa jua yang hendak dicapai pada akhirnya
dan gambaran tersebut perlu praktikal dan berkesan, tidak sekadar
memenuhi permintaan dan gesaan pihak lain.
• Visi tersebut perlu dofahamkan kepada ahli kumpulan yang turut
sama terbabit dalam proses perubahan.
• Contohnya, visi sekolah yang perlu difahami oleh seluruh warga
sekolah dan boleh terpapar pada dinding bangunan pentadbiran.
2) Pengurusan Bilik darjah yang Kondusif
• Bilik darjah merupakan tempat para murid menerima pelajaran,
dibimbing dan diasuh dengan pekerti dan personality yang mulia serta
dicungkil oleh mereka.
• Guru perlu berubah dan memilih pendekatan terkini yang lebih sesuai
dengan kehendak semasa. Pengurusan bilik darjah secara tradisional
yang guru hanya berperanan menyampaikan kandungan ilmu dan
menentukan setiap aspek pembelajaran perlu dikurangkan.
• Ruang pembelajaran yang kondusif ialah ruang utama yang mana
murid berpeluang menyatakan pandangan dan pendapat, memilih
aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang
membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman.
3) Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran

• Sumber pembelajaran seperti buku, alat bantu belajar,


computer dan peralatan menulis, membaca dan melukis.
• Guru perlu keluar dari takluk lama yang hanya memfokuskan
pengajaran berpandukan buku semata-mata.
• Contohnya:buku teks dan buku kerja
• Kemudahan pdp kepada kanak-kanak berkeperluan kkas juga
tidak harus diabaikan.
• Di sinilah inovasi dalam Pendidikan yang memerlukan daya
tindak proaktif guru serta menggunakan kreativiti guru untuk
mencipta alat bantu mengajar yang sesuai.
• Sumber pdp juga perlu berkaitan dengan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baharu
yang hendak dibina.
• Alat bantu mengajar yang dicipta hasil inovasi merupakan
salah satu peluang perniagaan dalam pendidikan

Anda mungkin juga menyukai