Anda di halaman 1dari 33

ECS 3113 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tajuk: tema hari guru 1993-1998


Nurliyana Binti Ramlee 4112040491 Quratul Aini Syafiqah Binti Buman @ Herman 4112040521 Nur Hidayah Binti Mat Ibrahim 412040821 Mayzatun Syazliyana Binti Mohd Khasani 4112040551 Nabila Binti Yusri 4112040851 Fadlunisa Binti Alias 4112040581

Tema Hari Guru Tahun 1993 & 1994 : Guru Inovatif Dan Kreatif menjayakan Wawasan
Definisi Inovatif Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Definisi Guru Inovatif Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sambungan Guru boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum kebangsaan kepada pengajaran dan pembelajaran. Ciri ciri Guru Inovatif Guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata.

Sambungan. Guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Guru berinovasi mementingkan aplikasi ilmu oleh para murid sebagaimana yang dikemukakan oleh Haliya Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku bahawa mutu pendidikan dapat dibuktikan melalui kefahaman murid yang mendalam terhadap topik yang dikaji serta dapat menggunakan pilihan tersebut dalam situasi-situasi yang memerlukan.

Definisi Kreatif Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan: Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian. Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi. Ciri Ciri Guru Kreatif Memberi peluang kepada pelajar untuk memainkan peranan masing-masing. Mengalakan pelajar mencari jawapan terhadap sesuatu masalah.

Sambungan.

Menghormati dan mendengar buah fikiran dan sumbangan pelajar walaupun buah fikiran itu kurang baik.

Melibatkan pelajar membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat.
Seorang guru kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi pelajar. Guru yang kreatif juga boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Inovasi Dan Kreativiti dalam Pendidikan


Inovasi dan kreativiti menyumbang penuh di dalam dunia pendidikan. Jika tiada ciri-ciri seperti ini maka kita dianggap tidak mengikut arus kemodenan. Menurut Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baharu pada organisasi. Dalam dunia pendidikan, dewasa ini Inovasi dan kreativiti sangat penting dalam memberikan impak pembelajaran dengan lebih berkesan. Lantaran itu, guru-guru khususnya perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai langkah-langkah dan strategi penting bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar-pelajar.

Terdapat beberapa garis panduan dalam mencorak langkah-langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah. Antaranya mengambil perkara-perkara seperti: Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti
Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti

Membinasuasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti


Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif

PENGURUSAN -Perancangan - Pengetahuan -Strategi P&P -Kurikulum

PENYELESAIAN MASALAH

PEMIKIRAN -Pemikiran celik akal -Pemikiran cuba jaya - mencari makna - pembentukan konsep - membina maklumat - penaakulan deduktif -penaakulan induktif TEKNOLOGI

STRATEGI P&P

KOMUNIKASI TERBUKA KEPIMPINAN

BUDAYA

Peranan guru amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid kerana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan bersifat patriotik serta cinta akan tanah air. Guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti ke arah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi.

Para pendidik di seru agar bersama-sama berusaha membuat anjakan daripada daya upaya peralatan kepada daya upaya minda dan daripada pemudah cara kepada pencetus invensi dan inovasi.

TEMA HARI GURU TAHUN 1995


Permaufakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

Penerima Anugerah Tokoh Guru 1995

Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu

En. Anthony Reynolds Peter


Tn. Hj. Wan Din Wan Mat En.Amirbek Amir Husain

Slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan

Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang


sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Dalam membentuk perpaduan seseorang individu, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anakanak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Galakkan anak anak berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa

bahasa ibunda.
Nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna

Institusi

- institusi pendidikan perlu bertanggungjawab

menerapkan semangat bersatu padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Guru - guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar

berkomunikasi dengan pelajar - pelajar yang berlainan


kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain.

Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah


bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Tema Hari Guru Tahun 1996

Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21, usaha tersebut menjadikan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan

SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN


Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan. Ini termasuklah membaiki : Kualiti pengajaran Kualiti perkhidmatan Kualiti kurikulum Kualiti penilaian dan pensijilan Kualiti pensyarah Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti

En. Anthony Lim Peng Hwa Pn. Hjh Embun Muhamad Ali Pn. Irene Syawe Chin Chi En. Abdul Razak Ismail

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, Di Wisma Darul Iman, Terengganu (1996)

Tema Hari Guru Tahun 1997

Guru Bestari Sekolah Bestari

SEKOLAH BESTARI
DEFINISI Merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar, (kuat atau lemah, kaya atau miskin), untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Bersama Dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

TUJUAN ?? Untuk menyediakan pelajar pada zaman maklumat (ICT) (maklumat terlalu banyak dan berubah dengan pesat). CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI Aplikasi ICT dalam pendidikan. Penubuhan Multimedia Super Corridor (MSC). Era teknologi maklumat. Proses interaksi berlaku dengan dinamis. Pendemokrasian pendidikan. Rakyat yang celik ICT, kreatif dan berinovatif dihasilkan.

GURU BESTARI
PERANAN GURU ?? Menguasai kemahiran fasilitator. Menggunakan pelbagai strategi P&P yang menggunakan ICT. Memahami pelbagai pendekatan. Memahami ciri-ciri pelajar. Memahami semua kemahiran generik yang perlu dikembangkan.

PERANAN PELAJAR ?? Berkebolehan belajar secara berdikari : akses kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri. Kemahiran generik yang sesuai dan kompetensi kecerdasan emosi.

TOKOH HARI GURU PADA TAHUN 1997


Dato' Hj Jumat Dato' Hj Mohd Nor Dato' N.S. Selvamany Tn. Hj. Harun Hj. Hassan Tn. Aminuddin Muhammad

Tema Hari Guru Tahun 1998

Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

Tema Hari Guru tahun ini ialah ''Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama''. Tema ini kena pada masanya ketika kita sedang berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.

Tujuan: mendambakan masyarakat yang lebih prihatin khususnya terhadap persekitaran sosial dan keharmonian alam sekitar. masyarakat yang lebih bertanggungjawab untuk turut membantu kerajaan dalam membangunkan agenda sosial ekonomi dan politik agar negara kita lebih maju serta makmur.

Program ini paling strategik dan efektif jika dimulakan di peringkat sekolah rendah.

Maka gurulah yang kita amanahkan untuk memikul tanggungjawab tersebut. Begitu juga ketika masalah sosial kian berleluasa dan menggila di kalangan segelintir remaja, maka guru jugalah yang dibebankan dengan pelbagai agenda dan program penyelesaiannya.

guru dengan peranan, tanggungjawab dan jasanya


Gurulah pendidik - guru jugalah pemimpin, pemandu dan penyelesai masalah. Guru sebagai arkitek sosial, sekali gus penjana peradaban. guru merupakan institusi kejuruteraan sosial yang paling efektif. Guru hanya boleh mendidik, melatih dan membimbing

TOKOH HARI GURU PADA TAHUN 1998

Dato' Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid Dato' Dr. Hj. Yahya Ibrahim Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad Tn. Hj. Mohamed Ali

Anda mungkin juga menyukai