Anda di halaman 1dari 2

NAMA: QURATUL AINI SYAFIQAH BINTI BUMAN @ HERMAN NO MATRIK: 4112040521 Tujuk: Punca stress di kalangan pelajar politeknik

tuanku syed sirajuddin Junrnal: Faktor bebanan tugas, faktor rakan sebaya, faktor jadual tugas, faktor persekitaran bilik kuliah dan faktor penggunaan Bahasa Inggeris yang mempengaruhi tahap stress pelajar. Penulis: Abd. Rahman Yaacob, Ros Aini Ibrahim, Majdi @ Abd Hadi Ishak, Rashdan Rashid Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah stress di kalangan pelajar-pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Aspek yang dikaji adalah faktor bebanan tugas, faktor rakan sebaya, factor jadual tugas, faktor persekitaran bilik kuliah dan faktor penggunaan Bahasa Inggeris yang mempengaruhi tahap stress pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 358 orang pelajar PTSS yang terdiri daripada enam jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Kata kunci : Rakan, persekitaran, tugasan, jadual, bahasa. Latar belakang permasalahan Kajian mengenai penggunaan Bahasa Inggeris membawa stress kepada pelajar PTSS. Ini adalah disebabkan kurangnya sifat keyakinan yang ada dalam diri pelajar. Mereka tidak yakin dengan diri sendiri untuk berkomunikasi dan juga bertukar pendapat dengan menggunakan Bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa ibunda mereka (Johari, Nor Hasniza & Meor Ibrahim, 2006) Pernyataan Masalah Berdasarkan kajian lepas, maka jelaslah bahawa rakan sebaya, bebanan tugas, penggunaan Bahasa Inggeris, jadual waktu belajar dan persekitaran menjadi punca utama stress di kalangan pelajar. Ini dibuktikan melalui kajian Omizo, Omizo dan Suzuki (1988), Omardin (1999), Ooi (2002), Farah Asnida (2004), Nor Hashimah (2004) dan Suraini (2005). Namun begitu tiada siapa pun pasti adakah faktor-faktor terbabit benar-benar menjadi punca stress di kalangan pelajar. Selain itu, penyelidik telah menambah satu faktor iaitu penggunaan Bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering berasa disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan

supaya menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mengurangkan masalah dan stress mental yang dihadapi. Objektif Kajian Objektif kajian adalah untuk menentukan sama ada faktor-faktor yang dikaji memberi stress kepada pelajar PTSS iaitu : 1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya menjadi punca stress di kalangan pelajar. 2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor bebanan tugas menjadi punca stress di kalangan pelajar. 3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadi punca stress di kalangan pelajar Metodologi Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik yang dibuat adalah lebih mudah untuk dirumuskan serta membuat keputusan tentang kajian ini. Maklumat juga boleh diperolehi dari data sekunder pengkajian yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder adalah lebih mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain mungkin untuk kegunaan lain. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta persoalan yang ingin dikaji. Kajian dijalankan dalam bentuk deskriptif ke atas pelajar-pelajar di PTSS untuk menyelidik faktor-faktor luaran yang mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS Objektif yang terakhir ialah mengenalpasti faktor berkaitan penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Hasil dapatan dari purata min ialah 3.75 dan menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Menurut kajian Farah Asnida (2004) Kesan pengajaran dalam Bahasa Inggeris menjadi punca pelajar bertambah stress. Pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian beliau juga mendapati, kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah dalam Bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai