Anda di halaman 1dari 11

Jurnal Artikel

PERMASALAHAN JANGKA MASA DAYA TUMPUAN DAN PERHATIAN SINGKAT DALAM


KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Pelajar : Lee Yen Mei (Ketua) (012-9159728) (M20152001666)

Wong Mee Juan (014-9448713) (M20152001672)

Chuah Soo Hooi (016-5937290) (M20152001679)

Chin Hui Wan (012-5061088) (M20152001678)

Ong Siew Lu (017-9056799) (M20152001701)

Fakulti : Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Program : Psikologi Pendidikan

Kursus : Pembelajaran dan Kognisi (KPP 6074)

Pensyarah : : Prof Madya Dr Suppiah Nachiappan

1
PERMASALAHAN JANGKA MASA DAYA TUMPUAN DAN PERHATIAN SINGKAT DALAM
KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Oleh

Chin Hui Wan (M20152001678)


Chuah Soo Hooi (M20152001679)
Lee Yen Mei (M20152001666)
Ong Siew Lu (M20142001701)
Wong Mee Juan (M20152001672)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah jangka masa daya tumpuan dan
perhatian singkat dalam kalangan murid sekolah rendah. Kumpualan sasaran ialah
lima orang murid dari SJK (C) Batu Dua Belas, SJK (C) Khai Mun dan SJK (C)
Sungai Terap Selama. Data kajian tersebut dikumpul melalui soal selidik dengan
kaedah hermeneutik. Masalah yang didapati dalam mempengaruhi jangka masa
daya tumpuan dan perhatian singkat dalam kalangan murid sekolah rendah
ditekankan dalam aspek amalan hidup seharian, persekitaran pembelajaran dan
minat.
Kata Kunci: Daya tumpuan dan perhatian, amalan hidup, persekitaran
pembelajaran, minat

ABSTRAK

This study aimed to identify the problems in short span of concentration and
attention among the primary school students. Respondents of this study involved 5
students from SJK (C) Batu Dua Belas, SJK (C) Khai Mun and SJK (C) Sungai
Terap Selama. The data were gathered using questionnaire based on Method of
Hermeneutic. The findings showed aspect lifestyle, learning environment and
interest of students had influenced the problems in short span of concentration and
attention among the primary school students.
Key Words: Concentration and attention, lifestyle, learning environment, interest

Pengenalan
Malaysia sesebuah negara yang amat mementingkan pendidikan dalam kalangan rakyatnya disebabkan
generasi muda adalah penyumbang generasi pada masa hadapan. Kini, didapati ramai murid semakin kurang
tumpuan dan minat dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Berdasarkan definisi
yang dikemukakan oleh James (1980), tumpuan adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu
perkara pada satu masa. Menurut James (1980), terdapat aspek yang menunjukkan kanak-kanak kurang
tumpuan semasa guru mengajar termasuk melakukan aktiviti lain seperti membuat kerja sekolah yang tidak
disiapkan, berbual dengan rakan dan sebagainya. Menurut Reinhartz dan Beach (1998); Wiles dan Bondi
(1998), menyatakan bahawa penumpuan di dalam bilik darjah amat penting kerana sekiranya pelajar memberi
tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, maka seseorang pelajar dapat meningkatkan kecerdasan
minda supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam masayarakat masa hadapan yang kian mencabar.

Pelbagai faktor telah dikaji oleh pakar-pakar dalam bidang penyelidikan bagi mencari punca-punca
mempengaruhi daya tumpuan dan perhatian di kalangan murid dalam proses pembelajaran. Melalui kajian Tajul
Ariffin (1990), ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai
untuk anak-anak di samping membimbing mereka untuk mengamalkan cara belajar yang betul. Persekitaran

2
rumah yang baik merupakan tempat pendidikan asas bermula atau berlaku. ibu bapa juga penting menjadi
rujukan kepada anak-anak semasa berada di rumah melalui permerhatian dan peniruan kanak-kanak. Di samping
itu, mereka juga berperanan dalam membentuk sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap
pendidikan.

Antara amalan hidup yang dititikberatkan dalam kajian ini adalah aspek permakanan, tabiat tidur dan
penggunaan alat elektronik. Aspek permakanan yang tidak seimbang dan kurang zat merupakan unsur
mempengaruhi daya tumpuan seseorang individu. Tabiat tidur yang buruk bahawa tidur tidak mengikut masa,
yang akan berlaku keadaan “hutang tidur”, secara langsung menyebabkan seseorang tidak dapat memberi
tumpuan dan perhatian pada sesuatu perkara. Selain itu, sejajar dengan perkembangan teknologi secara pesat,
hampir setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah alatan eletronik. Penyelidikan terbaharu
mendapati daya tumpuan orang ramai semakin berkurangan dengan peningkatan penggunaan telefon pintar,
komputer tablet dan komputer riba (dipetik daripada Utusan, 2014).

Setiap guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid-murid untuk belajar dengan
cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Selain daripada usaha guru, sikap dan minat murid terhadap
pembelajaran penting mempengaruhi jangka masa daya tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran. Menurut
Foo (1998), menyatakan bahawa adanya minat, usaha dan semangat tinggi untuk belajar, pencapaian belajar
akan bertambah. Minat dan sikap seseorang terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar.
Terdapat beberapa aspek yang berkemungkinan besar menjadi faktor mempengaruhi minat dan sikap murid
terhadap pembelajaran, seperti kurang kemahiran asas dan pengalaman, kandungan pelajaran, pembelajaran
tidak sistematik dan gangguan emosi. Pengaruh minat yang tinggi terhadap mata pelajaran tertentu juga
mempengaruhi tahap pencapaian murid. Dalam kajian Quek (2006), juga mendapati bahawa minat mempunyai
pengaruh yang positif kepada pencapaian murid dalam mata pelajaran tertentu. Menurut Ornardin (1996), minat
merupakan suatu perkara penting sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti
pembelajaran.

TINJAUAN LITERATUR
Masalah tingkah laku murid
Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas,
tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik
oleh setiap organ. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah
laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi
fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya
berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula
merupakan tingkah laku yang tidak normal dan ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,
termasuk sekolah. Tingkah laku bermasalah juga bermaksud ketidakupayaan seseorang individu untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku
bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Di bawah
konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku murid sama ada
positif atau negatif yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
khasnya di dalam bilik darjah.
Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana
kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan
situasi dalam alam persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat
dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku.
Faktor dan punca tingkah laku bermasalah
Terdapat beberapa faktor dan punca yang menimbulkan masalah tingkah laku di kalangan murid. Faktor yang
pertama adalah faktor persekitaran seperti persekitaran rumah, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran sekolah.

3
Contohnya, seorang murid yang tidak mendapat kasih sayang atau perhatian daripada ibu bapanya akan berasa
dirinya tidak dihargai dan justeru akan menimbulkan tingkah laku yang negatif.
Faktor emosi juga merupakan faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku murid. Masalah emosi yang
dialami akan sering menganggu diri mereka dan menyebabkan emosi mereka tidak stabil (Gross, 1995). Murid
tidak dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran jika emosinya terganggu dan mungkin akan bertindak
agresif atau murung jika masalah emosinya adalah serius.
Faktor yang seterusnya adalah didikan ibu bapa. Sikap dan layanan ibu bapa terhadap murid di rumah
akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Kebanyakan ibu bapa masa kini sibuk dengan pekerjaan sendiri dan
kurang memberi perhatian terhadap anak mereka akan menyebabkan anak berasa tersisih dan ini akan
menimbulkan tingkah laku negatif yang sukar dikawal.
Selain itu, kemahiran sosial juga merupakan faktor yang utama timbulnya tingkah laku bermasalah.
Kemahiran sosial merujuk aspek pergaulan kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang bersikap pasif untuk bersosial
dan mereka lebih suka hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain serta suka bertindak
mengikut emosi mereka. Faktor ini juga akan menimbulkan masalah tingkah laku kerana kanak-kanak tersebut
tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan rakan-rakanya.
Faktor yang terakhir adalah faktor penderaan. Kanak-kanak yang menjadi mangsa dera oleh ibu bapa,
ahli keluarga, penjaga ataupun rakan sebaya akan mengalami masalah emosi dari segi fizikal dan mental.
Mereka akan mempunyai perasaan ingin balas dendam atau melakukan tingkah laku penderaan yang telah
dialami terhadap orang lain.

OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti faktor keluarga dan rakan sebaya yang mempengaruhi sikap dan minat murid-
murid terhadap pembelajaran.
ii. Mengenal pasti masalah sikap dan minat murid terhadap jangka masa perhatian murid dalam
proses pembelajaran.
iii. Mengenal pasti fator tabiat tidur, nutrisi, aktiviti riadah dan penggunaan bahan elektronik
mempengaruhi jangka masa daya tumpuan dan perhatian murid yang pendek.
iv. Meninjau faktor minat dan persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi jangka masa daya
tumpuan dan perhatian murid yang pendek.
SOALAN KAJIAN
Soalan-soalan yang diketengahkan dalam kajian ini adalah:
i. Sejauhmanakah faktor keluarga dan rakan sebaya mempengaruhi sikap dan minat murid-murid
terhadap pembelajaran?
ii. Apakah masalah sikap dan minat murid-murid terhadap jangka masa perhatian murid dalam proses
pembelajaran?
iii. Sejauhmanakah faktor tabiat tidur, nutrisi, aktiviti riadah dan penggunaan bahan elektronik
mempengaruhi jangka masa daya tumpuan dan perhatian murid yang pendek?
iv. Sejauhmanakah faktor minat dan persekitaran pembelajaran mempengaruhi jangka masa daya
tumpuan dan perhatian murid yang pendek?
KERANGKA TEORI
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori pembelajaran kognitif melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental yang berlaku secara aktif.
Pembelajaran menurut pandangan psikologi kognitif ialah perubahan dalam struktur mental yang membolehkan
pelbagai tingkah laku ditunjukkan. Perubahan dalam tingkah laku yang dimaksudkan boleh berlakukan pada
masa-masa lain. Prubahan struktur mental termasuklah kepercayaan, matlamat, jangkaan dan seumpamanya
(Eggen dan Kauchak, 2008).
Daya Tumpuan
Menurut Kahneman’s (1973) dan Sanders (1983), mengaitkan daya tumpuan dengan pemprosesan kemampuan
dan rangsangan. Maklumat tertentu dipilih akan diproses mental selanjutnya. Daya tumpuan boleh didefinikan
bahawa perhatian yang bertugas untuk memberikan tumpuan terhadap tugas mental dengan mengetepikan

4
rangsangan lain yang mengganggu. Dalam konteks ini, daya tumpuan membolehkan kesediaan individu untuk
menerima maklumat tertentu. Daya tumpuan dapat diperolehi dengan cara memfokuskan perhatian inidividu
terhadap sesuatu rangsangan. Pemilihan tumpuan berlaku berdasarkan perkara-perkara penting yang diperlukan
untuk ruang dan masa tertentu mengikut minat dan motivasi.
Berdasarkan Teori Kapasiti Penumpuan diutarakan oleh Kahneman’s (1973), menekankan bahawa
kapasiti tumpuan manusia sememangnya adalah terhad dalam ruang perkongsian utama minda yang fleksibel.
Ringkasnya, Kahneman’s menegaskan kapasiti penumpuan boleh berubah bergantung kepada keadaan yang
berkaitan rapat dengan tahap rangsangan pada individu, tugasan yang menuntut penumpuan serta keadaan yang
tidak sengaja menarik perhatian pada perkara-perkara ganjil.
Secara ringkasnya, daya tumpuan individu berbeza ditentukan rangsangan yang diterima organ deria
manusia yang membolehkan kesediaan individu untuk menerima maklumat tertentu. Namun, daya tumpuan
adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Oleh itu, kapasiti
penumpuan terganggu sekiranya terdapat gangguan atau rangsangan luaran atau lain daripada rangsangan yang
sedang diberikan tumpuan.
Minat
Hurlock (1993), menjelaskan bahawa minat adalah sumber motivasi yang mendorong seseorang untuk
melakukan apa yang ingin dilakukan ketika bebas memilih. Ketika seseorang menilai bahawa sesuatu akan
bermanfaat, maka akan menjadi minat, kemudian hal tersebut akan mendatangkan kepuasan. Ketika kepuasan
menurun maka minatnya juga akan menurun. Menurut Crow & Crow (1984), menyatakan bahawa minat dapat
menunjukkan kemampuan untuk memperhatikan seseorang. Minat dapat menjadi sebab sesuatu kegiatan dan
hasil dari turut sertanya dalam kegiatan tersebut. Lebih lajut, Crow & Crow menjelaskan bahawa minat
mempunyai hubungan erat dengan dorongan-dorongan, motif-motif dan respon-respon emosional.
Minat, menurut Chauhan (1978), pada orang dewasa menentukan aturan penting dalam perkembangan
peribadi dan perilaku mereka. Minat adalah hal penting untuk mengerti individu dan menuntun aktiviti pada
masa yang akan datang. Tambahan pula, menurut Tampubolon (1993), mengemukakan bahawa minat adalah
perpaduan antara keinginan dan kemahuan yang dapat berkembang jika ada motivasi. Menurut Ginting (2005),
mengungkapkan definisi minat sebagai kesukaan terhadap kegiatan melebihi kegiatan lainnya. Ini bererti minat
berhubungan dengan nilai-nilai yang membuat seseorang mempunyai pilihan dalam hidupnya. Selanjutnya,
minat berfungsi sebagai daua penggerak yang mengarahkan seseorang melakukan kegiatan tertentu yang
spesifik, lebih jauh lagi minat mempunyai karateristik tersendiri yang melakukan kegiatan yang dipilih sendiri
dan menyenangkan sehingga dapat membentuk suatu kebiasaan dalam diri seseorang.
Daya Ingatan (Ingatan dan Lupaan)
Vermon (1980), berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk
menjadi pengalaman pada masa depan. Menurut Bugelski (1979), ingatan manusia terbahagi kepada dua
kategori iaitu ingatan berkaitan dengan masa serta ingatan berkaitan dengan kandungan. Bagi ingatan berkaitan
dengan masa boleh terbahagi kepada tiga: ingatan ikonik, ingatan jangka masa pendek dan ingatan jangka masa
panjang.
Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat tertentu sengaja dilupai
kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang.
Lupaan juga boleh ditakrifkan kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Terdapat tiga
teori diutarakan bagi menerangkan lupaan: Teori Reputan (Decay Theory), Teori Ingat Kembali (Retrieval
Theory) dan Teori Gangguan (Interference Theory).
Secara ringkasnya, ingatan adalah kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan
sebagai maklumat yang disimpan dalam otak yang disebutkan ingatan dan akan dicungkil dan digunapakai pada
masa kelak. Konteks ‘lupaan’ bererti motif atau kegagalan mengingat semula sesuatu butir maklumat dengan
tepat.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah Hermeneutik sebagai struktur metodologi yang rasional
untuk menginterpretasi teks temu bual antara murid dengan guru. Menurut Suppiah (2015), kaedah ini adalah

5
bersifat kualitatif yang menekan pengaruh sosiobudaya dan sejarah dalam mencungkil atau mendedahkan
makna yang tersirat dalam membuat teks atau karya. Tambahan pula, Loganathan (1992) mengatakan bahawa
Hermeneutik merupakan sains yang membicarakan tingkah laku manusia melalui metodologi yang sesuai dalam
konteks dunia kini. Sains Hermeneutik dianggapkan sebagai mesej tersirat yang tersembuyi terhadap tingkah
laku manusia.
Mengikut Suppiah (2015), teori Hermeneutik berfokus kepada persoalan teori umum interpretasi
sebagai metodologi bagi ilmu-ilmu manusia yang melaluinya berfikir kembali atas apa yang dirasakan atau
difikirkan oleh penulis melalui wacana teks yang dihasilkan. Hasilan interpretasi teks dapat mendalami ilmu
pengetahuan seseorang iaitu penginterpretasi dan pembaca.
Menurut Rickman (1967), apa sahaja bentuk yang melahirkan ekspresi perasaan dan pemikiran
manusia boleh dianggap sebagai teks yang boleh dianalisis dan diinterpretasikan dalam pendekatan Pedagogi
Hermeneutik. Suppiah (2014) menyatakan teks merupakan apa jua yang dihasilkan oleh manusia dalam bentuk
lisan atau tulisan yang digunakan untuk menyalurkan sesuatu makna yang dihasratkan, iaitu perangai, perasaan
dan pemikiran manusia.
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan temu bual sebagai teks yang akan menginterpretasikan kepada
metateks. Ketika sesebuah teks dikehendaki telitikan, proses Ontopretasi akan berlaku untuk mendapat sesuatu
pemahaman daripada teks.Metateks kajian ini adalah hasil interpretasi yang dibuat terhadap soal selidik bersama
lima murid darjah 5 di lima buah sekolah rendah yang berlainan. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal
pasti aspek tabiat tidur, nutrisi, penggunaan bahan elektronik, aktiviti riadah, persekitaran pembelajaran dan
minat atau insiatif kendiri murid melalui kaedah hermeneutik.
Suatu teks dilihat (dibaca) melalui struktur luaran (tersurat). Kemudian, individu menyelami makna
melalui ayat-ayat yang dibaca untuk mencungkil makna yang tersirat dalam struktur dalaman. Proses
menghubungkan struktur dalaman ini dikenali sebagai proses Ontopretasi. Struktur luaran teks kajian ini
merujuk kepada respon soal selidik sampel kajian. Contohnya bahasa dan informasi. Manakala, struktur
dalaman merujuk kepada emosi, perasaan, pengalaman, kognisi, keinginan dan hasrat. Kedua-dua elemen ini
akan dikaji melalui proses ontopretasi.
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 5 orang murid darjah 5 di lima buah sekolah rendah di Perak dan Pahang. Sampel
kajian ini melibatkan murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang meliputi bangsa Melayu dan Cina.
Murid ini terpilih kerana mereka mewakili ciri-ciri populasi yang ingin dikaji. Lima buah sekolah ini juga
menjalankan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), lantaran itu lima responden tersebut menerima
kandungan silibus yang sama. Kajian ini tidak memerlukan sebarang kaedah persampelan kerana keseluruhan
populasi telah diambil sebagai sampel kajian.
Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik yang ditadbirkan kepada sampel kajian di sekolah berkenaan bertujuan untuk mendapat
teks mengenai aspek tabiat tidur, nutrisi, penggunaan bahan elektronik, aktiviti riadah, persekitaran
pembelajaran dan minat atau inisiatif kendiri murid. Untuk mendapatkan maklumat atau data mengenai
pemboleh ubah yang dikaji, borang soal selidik telah digunakan. Borang soal selidik ini terdiri daripada enam
bahagian iaitu Bahagian A, B, C, D, E, F dan G. Bahagian A mengandungi faktor demografi murid. Bahagian
ini memerlukan murid menandakan pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruang kosong yang disediakan.
Bahagian B ialah soalan berkaitan dengan aspek tabiat tidur, bahagian C ialah aspek nutrisi, bahagian D ialah
aspek penggunaan bahan elektronik, bahagian E ialah aspek aktiviti riadah, bahagian F ialah aspek persekitaran
pembelajaran manakala bahagian G ialah aspek minat atau inisiatif kendiri.

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Data yang dikumpul melalui soal selidik dengan menggunkan kaedah hermeneutik. Pengumpulan data
dimulakan dengan mengedarkan set borang soal selidik kepada lima orang responden iaitu murid yang telah
dipilih. Setelah borang soal selidik dilengkapkan oleh murid-murid, ia dikembalikan untuk proses analisis data
melalui kaedah Hermeneutik.

Analisis Aspek Tabiat Tidur Mempengaruhi Daya Tumpuan dan Perhatian Murid

6
Setelah menganalisis data soal selidik responden, pengkaji mendapati 4 responden dari 5 responden biasanya
tidur pada pukul 10 malam atau sebelum 10 malam. Hanya responden B tidak mempunyai masa tidur yang
tetap, namun demikian dia akan tidur di antara pukul 10 hingga 11.30 malam. Hasil dapatan bolehlah
dirumuskan semua responden mempunyai tabiat tidur awal.

Di samping itu, pengkaji telah mendapati semua responden tidur dengan ahli keluarga seperti ibu,
kakak atau adik perempuan kecuali responden D. Menurut data soal selidik responden D, biasanya dia tidur
perseorangan kerana berasa bebas apabila tidur perseorangan. Responden lain pula berasa sangat takut dan sunyi
jika mereka tidur perseorangan. Mereka tidak dapat tidur dengan nyenyak jika tiada ahli keluarga tidur bersama
dengan mereka. Ini sudah menjadi satu kebiasaan bagi mereka. Pengkaji berpendapat semua responden kecuali
responden D masih belum mengamalkan nilai berdikari dengan sepenuhnya dalam kehidupan seharian, mereka
masih memerlu temani ahli keluarganya untuk memenangkan perasaan mereka semasa waktu tidur. Meraka rasa
diri dilindungi, bebas daripada ancaman dan disayangi jikalau ahli keluarga berada di sisi mereka.

Pengkaji mendapati semua responden mengamalkan amalan yang baik setelah bangun dari tidur.
Mereka menyedarkan amalan minum air dan berehat sebentar setelah bangun dari tidur mempunyai manfaat
untuk kesihatan mereka. Sebagai kesimpulannya, meninjau dari aspek tabiat tidur, semua responden
mengamalkan tabiat tidur yang baik. Tidur awal boleh memberi tenaga yang mencukupi bagi badan,
menyegarkan badan dan otak. Secara tidak langsungnya, ia juga boleh menguatkan daya ingatan seseorang
individu.

Analisis Aspek Nutrisi Mempengaruhi Daya Tumpuan dan Perhatian Murid

Pengkaji mendapati bahawa ada dua respondan, iaitu responden D dan E hanya makan 3 kali sehari. Manakala
responden A dan B makan 4 hingga 5 kali sehari. Responden E merupakan responden satu-satunya yang makan
6 kali sehari. Bilangan pengambilan makan mempengaruhi tahap tenaga badan respondan. Respondan akan
mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah. Pengambilan makanan
yang mencukupi dapat memastikan respondan lebih menumpukan tenaga kerana mereka tidak dipengaruhi oleh
masalah kelaparan.

Mengikuti inteprestasi yang telah didapati, respoden A dan C mengambil makanan jenis bijiran sebagai
sarapan. Manakala responden yang lain makan roti, mi goreng dan mihun goreng yang merupakan jenis
makanan karbohidrat yang membekalkan tenaga yang kita perlukan. Respondan B juga akan minum susu yang
mengandungi sumber protein untuk membina sel baharu bagi pertumbuhan dan membaiki tisu yang rosak.
Pengkaji juga mendapati bahawa sarapan yang diambil oleh semua respondan lebih ringkas jika berbanding
dengan makanan yang diambil oleh responden-responden ketika makan tengah hari dan makan malam lebih.
Keadaan ini ditimbulkan kerana ibu bapa mereka sibuk untuk membuat persediaan berkerja mengikut respoden
A. Makanan yang diambil oleh responden-responden sebagai sarapan kurang cukup berkhasiat kerana makanan
yang diambil tidak merangkumi semua jenis sumber zat-zat terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.
Gangguan pencernaan, metabolisme tubuh terganggu, dehidrasi, jantung, hati, dan gagal ginjal, terganggu. Oleh
itu, makanan yang dipilih sebagai sarapan perlu dipertimbangkan supaya memastikan badan kita mendapat
nutrisi yang mencukupi untuk menampung keperluan yang diperlukan oleh badan kita.

Menurut Caroline (2005), mengambil sarapan pagi akan membantu proses kognisi murid dijalankan
dengan lancar. Suppiah Nachiappan (2015) menyarankan kognisi ialah satu proses mengetahui dan ia termasuk
penumpuan, persepsi, memori, penaakulan, pengadilan, mengimaginasi, memikir dan mengucap. Oleh itu,
murid yang bersarapan dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam memproseskan maklumat dan menyimpan
melalui proses memori supaya diaplikasikan pada kehidupan masa depan.

Pengkaji juga mendapati bahawa responden A dan B kerap makan makanan tiruan seperti ham, hotdog,
nugget dan sebagainya. Manakala reponden yang lain kurang makan makanan tiruan kerana mereka berpendapat
bahawa makanan tiruan akan menyebabkan badan responden kurang sihat dan kemungkinan besar akan
menyebabkan mereka deman selepas makan makanan tersebut. Makanan tiruan ini mudah didapati di kantin
sekolah dan kedai makanan segera seperti KFC, PizzaHut, McDonalds dan sebagainya. Murid-murid akan
membeli makanan yang digemari di sekolah dan tidak mengira aspek kesihatannya apabila tiada pengawasan
daripada ibu bapa. Menurut Delisle (2005), tabiat pemakanan seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh keluarga.
Picciano et al. (1999) pula menyarankan ibu bapa dan penjaga sangat penting dijadikan role model dengan
memilih makanan yang sihat dan seimbang untuk anak -anak mereka.

7
Aspek Minat dan Inisiatif Sendiri Mempengaruhi Daya Tumpuan dan Perhatian Murid

Secara keseluruhan, kelima-lima responden lebih cenderung kepada mata pelajaran yang bersifatan memerlukan
individu memproseskan maklumat secara logikal seperti responden B dan E gemar mata pelajaran Sains;
responden A gemar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta responden D gemar mata pelajaran
Matematik. Selain daripada responden C yang gemar mata pelajaran Seni Visual bersifat artistik dan kreatif,
responden A, B, D dan E lebih minat kepada mata pelajaran yang memerlukan pemikiran secara logikal dan
rasional. Minat pada dasarnya adalah penerimaan terhadap sesuatu hubungan antara diri sendiri dengan sesuatu
di luar diri, semakin kuat hubungan tersebut semakin besar minat. Kewujudan minat kerana daya tarik dari luar
ataupun daya inisiatif kendiri.

Kelima-lima responden terdapat satu persamaan antara satu sama lain iaitu mereka berminat aktiviti
hands-on dan menitikberatkan hasil dapatan daripada proses pembelajaran yang realistik dan konkrit. Melalui
aktiviti hands-on, wujudnya perasaan kepuasan (satisfaction) dan kejayaan sekiranya berjaya menghasilkan
sesuatu produk. Perasaan tersebut berkemungkinan memberi motivasi dan daya secara instrinsik kepada
individu yang mempengaruhi minat seseorang. Minat terhadap sesuatu mata pelajaran yang ditunjukkan oleh
responden berkemungkinan salah satu faktor mempengaruhi jangka masa tumpuan dan perhatian (concentration
and attention) terhadap salah satu subjek lebih dilanjutkan.

Menurut Sutjipto (2001), menjelaskan bahawa minat adalah kesedaran seseorang terhadap sesuatu
objek, orang, masalah, atau situasi yang mempunyai kaitan dengan dirinya. Kesedaran kelimalima responden
terhadap mata pelajaran yang digemari itu telah mendorong seseorang menaruh perhatian yang tinggi terhadap
kegiatan tertentu. Secara langsung, minat dalam mata pelajaran tertentu dapat meningkatkan kapasiti daya
tumpuan dan perhatian responden-responden. Perkara yang sering difikirkan merupakan minat yang
dimotivasikan untuk direalisasikan. Minat kelima-lima responden berlandaskan bakat atau bidang “kepakaran”,
faedah yang dapat diperolehi melalui aktiviti dilakukan serta keseronokan yang wujud dalam proses aktiviti.
Kesemua aspek yang dirujuk atas merupakan unsur-unsur yang dapat memotivasikan dan mendorong mereka
dapat memberikan perhatian semasa melakukan kegiatan tertentu. Keperluan asas seseorang mencukupi dapat
juga memenuhi dan memotivasikan seseorang ke arah berpotensi. Wujudnya motivasi untuk melakukan sesuatu
perkara dengan berkeperluan asas dari segi fizikal, kapasiti daya tumpuan dapat dilanjutkan berbanding dengan
sesuatu perkara dilakukan tanpa motivasi.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Ibu bapa memain peranan penting alam aspek tabiat tidur murid. Ibu bapa harus menetap had yang perlu iaitu
menjelas kepada anak-anak mereka apa yang boleh dan tidak boleh buat. Kanak-kanak tidak suka dipaksa dalam
menyelesaikan  masalah, oleh itu ibu bapa harus menggunakan cara yang lebih lembut supaya mengurangkan
masa bermain permainan video. Selain itu, ibu bapa harus wujud jadual tidur malam dan memastikan anak
mereka mengikutnya dengan konsisten. Ibu bapa juga boleh mewujudkan suasana yang aman dan tenteram di
bilik tidur anak mereka seperti temani mereka atau membaca cerita yang sesuai.
Faktor keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi sikap dan minat murid-murid terhadap
pembelajaran kerana murid-murid menghabiskan kebanyakkan masa di sekolah dan rumah. Kanak-kanak
mempunyai keupayaan meniru yang tinggi. Mereka akan mempelajaran segala perkara yang berlaku di
sekelilingnya. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk sikap dan minat
pembelajaran murid.
Masalah sikap dan minat murid terhadap jangka masa perhatihan murid ialah kehilangan kepuasan
yang dicapaikan dalam akedemik. Pencapaian murid pasti akan merosot kerana mereka tidak melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran disebabkan tiada minat terhadap belajar. Murid tidak akan berusaha dalam sesuatu
yang tidak diminati. Oleh itu, murid tidak akan memberi tumpuan yang banyak dalam aktiviti pembelajaran
apabila murid tidak berminat untuk belajar.
Sikap dan minat pembelajaran murid dapat disemaikan sejak kecil dan perbuatan ini akan
meningkatkan keberkesanannya. Murid sekolah rendah akan memperolehi prestasi tinggi dalam pembelajaran
jika mereka mempunyai minat yang mendalam dan sikap yang positif. Sikap yang tepat merangkumi berdisiplin
kendiri, bekerja dengan bersungguh-sungguh, dan minda terbuka.

8
Minat dapat mendorongkan murid membaca dan melibatkan sendiri dalam aktiviti pembelajaran secara
aktif. Semua maklumat yang diterima melalui pelbagai deria rangsangan dalam proses pembelajaran akan
memberi manfaat kepada murid. Murid dapat belajar sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran yang baru dalam
proses belajar. Ia akan membantu murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan menambah
pengalamannya.
Ibu bapa juga berperanan menjaga kanak-kanak dari pelbagai segi pengambilan makanan,
pembelajaran dan kesihatan. Keperluan ini amat di perlukan disebabkan murid sekolah rendah tidak mempunyai
kebolehan memtimbangrasa sesuatu perkara. Oleh itu, ibu bapa dapat menanam tabiat penggunaan masa yang
bijak pada murid itu untuk meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran. Dengan mengawas dan
membimbing murid oleh ibu bapa, murid akan dipelihara menghabiskan kerja yang berkomitmen dengan
bersungguh-sungguh dan pengaturan masa yang sistematik.
Pengkaji mendapati mendapati bahawa repsondan yang tidak mengambil sarapan pagi mengalami
masalah kurang tenaga untuk melakukan aktiviti pada pagi dan kurang cergas di dalam bilik darjah. Mereka juga
sukar menumpukan tumpuan untuk menerima pengajaran oleh guru dan mudah letih serta mengantuk di dalam
bilik darjah. Sarapan amat penting untuk semua peringkat umur tidak kira bagi kanak-kanak mahupun dewasa
bagi memastikan kesihatan tubuh badan terjamin. Ia dianggap penting untuk memastikan badan respondan
sentiasa cergas dan minda cerdas sepanjang hari.
Faktor rakan sebaya juga mempengaruhi murid dalam sikap dan minat pembelajraran di sekolah
rendah. Ismail (1992) menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktviti akan mendorong seseorang murid
meneroka dengan lebih jauh. Jika rakan sebaya tidak mempunyai minat terhadap sesuatu aktiviti pembelajaran,
mereka akan membawa kesan yang negatif kepada rakan di sekelilingnya. Ini adalah disebabkan murid yang
tidak berminat untuk belajar akan berasa bosan. Apabila mereka berasa begitu, mereka akan bercenderungan
untuk melakukan sesuatu sehingga menjejaskan murid di sekelilingnya seperti berbual-bual dan menggacau
murid. Kesan daripada ini, murid tidak dapat memberi tumpuan dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
kerana pengaruh daripada rakan sebaya.
Kita perlu mengamalkan tabiat senaman yang aktif dan tetap. Tabiat Senaman dapat membantu kita
meningkatkan tahap konsentrasi atau pertumpuan dengan memperlancarkan aliran oksigen ke otak. Pengaliran
darah akan depercepatkan semasa melakukan aktiviti senaman. Darah yang membawa oksigen dalam tubuh kita
akan diperbanyakkan. Oleh kerana itu, kanak-kanak digalakkan bercubalah untuk melakukan berbagai aktiviti
yang dapat memperlancar aliran darah. Lontarannya, senaman dapat membantu meningkatkan konsentrasi.
Dalam rangka membantu mengalirkan oksigen ke otak, kanak-kanak boleh meningkatkan konsentrasim melalui
aktiviti fizikal.
Aktiviti senaman dapat menyegarkan minda kita dan ia akan membantu memantapkan dan
meningkatkan tahap konsentrasi murid. Senaman perlu digalakkan dalam kalangan murid kerana ia dapat
mempertajamkan kecerdasan minda otak dan minda murid semasa membelajari di sekolah. Ia juga akan
membantu murid mencapai pencapai pembelajaran yang bagus dengan memoptimalkan tahap kecerdasan otak.
Menurut Ornardin (1996), minat merupakan suatu perkara penting sebagai pendorong kepada murid
untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran. Dalam erti lain, kapasiti daya tumpuan ditingkatkan atas
pengaruh minat seseorang terhadap kergiatan tertentu mendorong seseorang untuk bergiat cergas dalam aktiviti
tersebut.Keperluan asas seseorang mencukupi dapat juga memenuhi dan memotivasikan seseorang ke arah
berpotensi.bWujudnya motivasi untuk melakukan sesuatu perkara dengan berkeperluan asas dari segi fizikal,
kapasiti daya tumpuan dapat dilanjutkan berbanding dengan sesuatu perkara dilakukan tanpa motivasi.
Pengkaji berpendapat bahawa ibu yang tergila-gila dengan sitkom akan mempengaruhi anak-anaknya
secara tidak langsung. Responden menyatakan ibunya tergila dengan sitkom sehingga lupa menyediakan
hidangan kepadanya. Jikalau boleh, ibu tersebut harus mengawal masa semasa menonton televisyen supaya
mengelakkan tabiat ini dibelajari oleh anaknya. Dengan terprngaruh ibu bapa yang sering mengguna telefon
bimbit, murid telah dipengaruhi oleh mereka. Maka, murid berasa berseorangan apabila ibu bapa dia sering
berteman dengan telefon bimbit.
Selain daripada itu, pengkaji mendapati masalah tempoh penumpuan yang dihadapi adalah sifat murid
diri sendiri. Hal ini adalah kerana murid menganggapkan bahan elektronik seperti telefon bimbit berpintar, ipad
merupakan suatu alat keperluan harian. Tanpa telefon bimbit berpintar, emosi atau prasaan mereka akan
mencondong ke arah negatif seperti sedih, kecewa, bosan, marah dan sebagainya.
Menurut Candis (2003), ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak, dan ibu bapa yang
mempunyai anak-anak yang berjaya dalam akademik akan sentiasa memberi nasihat dan mengambil tahu hal

9
ehwal anak-anak. Tambahan pula, menurut Leon (1984), kanak-kanak yang berumur 6 hingga 7 tahun
mempunyai corak pemikiran moral yang berkait rapat dengan cara didikan yang mereka terima dalam keluarga.
Dengan demikian, ibu bapa haruslah bijak mengguna bahan elektronik seperti telefon bimbit berpintar atau ipad.
Selain itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa lapang dengan anak bukan berfokus pada bahan elektronik
sahaja. Dengan meluangkan masa lapang dengan anak, hubungan antara ibu bapa dengan anak akan menjadi
lebih rapat dan mesra.
Persekitaran yang di dalam kelas merupakan faktor yang mempengaruhi tahap fokus murid. Murid
memerlukan persekitaran belajar yang kondusif dari segi fizikal dan mental. Persekitaran belajar yang kondusif
dapat mendorongkan murid berminat untuk belajar. Tempoh masa murid memberi tumpuan akan
dipertingkatkan apabila perskitaran belajar yang kondusif. Perserkitaran yang kondusif seperti peredaran udara
yang baik, susunan meja kerusi yang sesuai dan beratur serta perhiasan yang sesuai akan melahirkan semangat
kekitaan dalam kalangan murid. Dengan ini, murid dapat mengekalkan tumpuan untuk jangka masa yang lama.
Cadangan
Cadangan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam proses pembelajaran yang lantasnya meningkatkan
daya tumpuan dan perhatian murid seperti berikut:
i. Memperbanyak aktiviti hands-on yang melibatkan pelbagai rangsangan deria.
ii. Menggabungjalinkan seni visual, muzik atau jasmani dalam aktiviti pembelajaran untuk mata
pelajaran teras khususnya pembelajaran bahasa.
iii. Menentukan nilai yang betul dalam kalangan murid bahawa belajar supaya dapat
diaplikasikan dalam rutin hidup seharian dan bukannya untuk peningkatan prestasi akademik.
iv. Megurangkan latih tubi dan mencorakkan kaedah atau pendekatan pengajaran guru yang
dapat menarik perhatian dan memberikan gambaran yang bermakna yang dapat disimpan
dalam ingatan jangka panjang di samping juga memberi masa rehat yang mencukupi kepada
murid-murid.
v. Peneguhan yang bersesuaian seperti pujian dan galakan diberikan kepada murid-murid,
kepuasan pembelajaran dapat diperolehi melalui proses tersebut.
vi. Pameran hasil kerja murid-murid juga sebagai satu dorongan meningkatkan minat yang lantas
meningkatkan juga daya tumpuan dan perhatian murid-murid.
BIBLIOGRAFI
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall,
Inc.
Baller, W. R dan Charles, D.C. (1986). The Psychology of Human Growth and Development. Rein Holt New
York
Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew (1996). Environmental Psychology (Fourth
Edition). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Chris M. Herdman & Jo-Anne LeFevre, Educational Psychology: 1992, Vol 84, No 1, Individual Differences in
the Efficiency of Word Recognition, USA: American Psychological Association Inc.
Dr Marimuthu Nadason. 2014. “Enam Langkah Jaminan Persaraan Selesa - Kawal Selia Tabungan Pelaburan
Pastikan Pulangan Penuhi Keperluan Harian”, Berita Harian, 23 Julai.
Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993). Cognitive Development (Third Edition). New
Jersey: Prentice-Hall Inc.
Scheiermacher, Friedrich, 1998. Hermeneutics and Criticism and Other Writings, terj. Andrew Bowie. New
York:Cambridge University Press.
Slameto. (2004). Belajar dan Faktor-faktor Yang Mempengaruhinya. Jakarta: Rineka Cipta.
Sufean Hussin (1995). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. (Edisi Kedua). Selangor: Laser Press Sdn. Bhd.
Sumaryono, 1993. Hermeneutik Sebuah Metode Filsafat. Yogyakarta: Kanisius.

10
Suppiah Nachiappan, 2014. Gaya Bahasa dan Proses Kognisi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Suppiah Nachiappan, 2015. Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Suppiah Nachiappan, 2015. Proses Kognisi dan Afeksii: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha
& Hazaliah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Suradi Salim (1987). Tinjauan Sikap Dan Tabiat Belajar Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Sembilan. Jurnal
Pendidikan.77-90
Teoh Hsien-Jin, 2003. Talking With and Advising Teenagers. Selangor: Oak Enterprise. Suppiah Nachiappan.
(2013). Proses Kognisi Dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

11

Anda mungkin juga menyukai