Anda di halaman 1dari 7

modul ke arah menangani masalah tempoh perhatian yang singkat dalam kalangan

murid sekolah rendah

Kalangan Komuniti Setempat

Komuniti dapat didefinisikan sebagai sekumpulan individu yang mendiami


satu kawasan yang sama dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain untuk
satu jangka masa yang lama yang mana melalui interaksi ini akan mewujudkan satu
ikatan atau hubungan di antara mereka. Selain itu, komuniti juga dapat diasaskan atau
daripada perasaan dan pengalaman hidup yang sama, budaya serta perasaan kekitaan.
Menurut Warburton (1998) menjelaskan bahawa komuniti adalah satu proses yang
dinamik di mana komitmen dan usaha yang dikongsi bersama menerusi tindakan
manusia yang menyedari dan komited kepada prinsip kerja bersama untuk mencapai
kehidupan yang lebih baik.

Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan
antara ibu bapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina
kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam
meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Ia juga
untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu
bapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan menyelesaikan
masalah disiplin dan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Tenaga yang
diglembeng dapat meningkatkan efisiensi dalam menyelesaikan masalah tempoh
perhatian yang singkat yang dihadapi oleh murid.

PIBG memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah


tempoh perhatian yang dihadapi oleh murid kerana ibu bapa dan guru merupakan
individu yang paling mendekati murid. PIBG digalakkan mengadakan ceramah
kesedaran kepada ibu bapa tentang kepenting aspek nutrisi dan tabiat tidur dan
menganjurkan bengkel masakan yang sihat kepada kalangan ibu bapa dengan
menjemput pakar nutrisi. Ibu bapa boleh berkerjasama dengan guru dari pihak sekolah
untuk menjaga aspek nutrisi dan tabiat tidur murid. Setelah menjalankan kajian ini,
pengkaji mendapati nutrisi dan tabiat tidur yang baik dapat membantu meningkatkan
konsentrasi murid dalam kelas. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan murid
mempunyai tidur yang berkualilti untuk menjaminkan murid mempunyai rehat yang
mencukupi. Apabila murid mendapat rehat yang cukup, maka mereka amat lebih
bersemangat untuk melakukan aktiviti yang diingini pada hari yang kemudiannya.

Antara cara yang dapat memelihara tabiat tidur yang baik ialah ibu bapa
memantau anaknya tidur pada waktu masa yang awal dan tetap. Ibu bapa berperanan
menjaga dan memastikan anaknya menyiapkan semua tugasan yang perlu dilengkapi.
Ini adalah bertujuan memastikan anak mereka menggunakan masa dengan bijak dan
mendapat rehat yang mencukupi supaya meningkatkan konsentrasinya di dalam kelas
semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Tabiat tidur yang sistematik dan bagus
kena dipupukkan dari sejak kecil supaya meningkatkan keberkesanan tabiat tersebut.

Rukun Tetangga (RT) merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk
membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program
ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United
Kingdom. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
telah ditubuhkan di seluruh negara. Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan
Malaysia pada tahun 1975 untuk pembangunan masyarakat setempat. Satu akta yang
dikenali sebagai Peraturan RukunTetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan
untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut. Peranan utama
Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang
bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar
kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-
ahli masyarakat dikawasan kejiranan tersebut.

Anggota Rukun Tetangga juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti menangani
masalah tempoh perhatian yang singkat seperti ceramah, kempen kesedaran dan
Progam Penyayang yang dianjurkan oleh sekolah. RT boleh membantu sekolah
dengan mengawalkan keadaan lalu lintas dan anggota kenderaan. RT memainkan
peranan yang penting dalam mengawal kenderaan diletakkan dengan baik dan teratur
untuk mengatasi kedatangan pelawat sekolah yang ramai semasa kempen dilancarkan
di sekolah. Keadaan lalu lintas yang lancar juga dapat menggalakkan kehadiran ahli
masyarakat setempat. Faktor-faktor tersebut walaupun bukan faktor utama
mempengaruhi kehadiran dan penglibatan ahli komuniti dalam program yang dapat
menangani masalah pertumpuan singkat di kalangan murid. Program sebegini dapat
meningkatkan kesedaran di ahli komuni setempat terutamanya ibu bapa kerana
peranan ibubapa sentiasa dianggap penting disebabkan tindakan yang diambil oleh ibu
bapa secara positif boleh membantu menangani masalah konsentrasi di kalangan
murid.

Demi menggurangkkan penggunaan alat-alat elektronik seperti telefon pintar


yang akan mempengaruhi dan menggurangkan tahap penumpuan yang ada dalam
kalangan murid. Oleh itu, masyarakat komuniti setempat perlu membantu ahli
komuniti setempat untuk menanam tabiat penggunaan alat elektronik yang betul dan
mencari penganti yang dapat menggantikan kewujudan alat-alat elektronik.
Penubuhan setempat perlu menganjurkan ceramah untuk membangkit dan
meningkatkan kesedaran ahli komuniti supaya menggurangkan kegunaan alat-alat
elektronik atau menggunakan alat-alat elektronik dengan bijak. Ini adalah kerana hasil
kajian menunjukkan penggunaan alat-alat elektronik akan menjejaskan tahap fokus
kanak-kanak. Penggunaan alat-alat yang elektronik yang melebihi atau tidak
mempunyai limitasi akan menyebabkan kanak-kanak mudah hilang tumpuan dan
mudah hilang kesabaran semasa melakukan sesuatu. Kanak-kanak tidak tahu limitasi
penggunaan alat -alat elektronik tanpa pengawasan dan bimbingan dari ibu bapa. Oleh
itu, mereka akan menggunakan alat-alat elektronik dengan tiada batasan sehingga
mempengaruhi jumlah waktu masa mereka rehat dan tidur. Ini akan menyebabkan
mereka kurang tenaga untuk melakukan aktiviti seperti aktiviti pembelajaran di
sekolah pada hari nanti. Murid yang tidak bersemangat akan mempengaruhi minat dan
fokus murid semasa aktivti pembelajaran di jalankan dalam kelas.

Penubuhan-penubuhan dan persatuan-persatuan setempat digalakkan


mengadakan kelas-kelas yang berkaitan dengan budaya tradisional supaya murid
menarik minat dan menghayati harga seni dalamnya. Dengan ini, mereka dapat
memupuk minat ahli komuniti setempat terhadap seni tradisional dan kraf tangan.
Kelas kaligrafi, kelas kraf tangan dan kelas membuat patung tepung boleh diadakan.
Kelas kaligrafi telah dibuktikan dapat meningkatkan tahap penumpuan seseorang
individu. Ahli komuniti setempat boleh mendapat kepuasan dan hiburan dalam kelas
tersebut. Semasa menjalankan aktiviti dalam kelas minat tersebut, kanak-kanak
memerlukan tumpuan yang bertahap tinggi. Dengan ini, murid tidak akan bergantung
kepada alat-alat elektronik semasa bosan. Oleh itu, masalah tempoh perhatian yang
singkat dapat diselesaikan, malah kefahaman terhadap seni tradisional juga
dipertingkatkan pada masa yang singkat.
Penubuhan-penubuhan setempat juga boleh menjemput pakar bimbingan dan
kaunseling atau pakar tentang perkembangan dan psikologi kanak-kanak untuk
menganjurkan bengkel yang berkaitan dengan perkembangan kognisi dan psikologi
kanak-kanak dan cara ibu bapa berkomunikasi dengan kanak-kanak. Dengan bengkel
tersebut, ahli komuniti setempat berpeluang memperolehi informasi tentang kanak
yang dari saluran yang betul. Bengkel yang diadakan akan membuka minda dan
mempengaruhi sifat yang negatif ada dalam ahli komuniti terutamanya golongan ibu
bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam penyelesaikan masalah
tempoh perhatian yang singkat dalam kalangan murid kerana langkah-langkah yang
diambil akan lebih berkesan jika kanak-kanak itu ditemani oleh ibu bapa dan
menangani masalah tersebut dengan bersama.

Komuniti setempat perlu berkerjasama dengan pihak kerajaan dalam


menjayakan program-program dan kempen-kempen yang dilancakan oleh pihak
kerajaan, seperti Program “Communication for Behavioural Impact” (COMBI),
Kempen Nak Sihat, Kempen Berjalan 10,000 Langkah, Program Siswa Sihat
(PROSIS), dan Program Pusat Promosi Kesihatan Komuniti. Kempen-kempen dan
program-program tersebut dapat membantu murid mengatasi masalah tempoh
perhatian yang singkat dari segi membina kesihatan dalam kalangan murid melalui
tabiat kehidupan yang sihat.

Pusat Promosi Kesihatan Komuniti merupakan satu tempat yang menyediakan


perkhidmatan promosi kesihatan  yang terancang dengan tumpuan terhadap membina
pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat (healthy lifestyle skills) di kalangan
peserta. Pusat ini akan diuruskan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu
oleh beberapa petugas sukarela yang mahir dalam bidang berkaitan. Fasilitator
Kempen Cara Hidup Sihat yang dilatih akan menjadi feeder kepada pusat ini. Pusat
ini menyediakan peluang dan memberi faedah kepada masyarakat sekitar bagi
mencapai visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Program-program yang berbentuk
latihan kemahiran dan lain-lain akan disediakan secara berjadual dan berkala, seperti
latihan kemahiran yang meliputi pengurusan masa, bertegas diri (assertiveness),
keibubapaan berkesan, kecergasan dan komunikasi. Aktiviti yang diganjurkan
merangkumi senaman aerobik, Tai Chi, regangan, masakan sihat dan sukaneka sihat
ceria. Dalam pusat tersebut, terdapat risalah poster dan perkhidmatan sesi penerangan
yang berkaitan dengan tabiat kesihatan akan diedarkan kepada ahli komuniti setempat
untuk mendapat infomasi yang tepat. Ahli-ahli komuniti setempat berperanan
menjayakan aktiviti tersebut dengan mempromosikan kepada kawan dan ahli
keluarga. Manakala persatuan dan penubuhan boleh meminjamkan kemudahan seperti
tempat, kenderaan, pejabat dan sebagainya yang bertujuan untuk memperkenalkan
dan menjayakan aktiviti kesedaran tersebut dengan menggemblengkan tenaga
komuniti setempat.

Persatuan dan penubuhan komuniti setempat memainkan peranan yang sangat


penting dalam menentukan kejayaan pembelajaran murid. Persatuan dan penubuhan
boleh melancarkan kempen Mingguan kesihatan dan menggadakan pertandingan yang
bertemakan “ Badan Sihat, Minda Cergas” sepanjang minggu itu. Pertandingan yang
dicadangkan untuk menjalankan ialah pertandingan syarahan, pertandingan melukis
poster, pertandingan melukis logo sempena Minggu Kesihatan, pertandingan menulis
sajak dan sebagainya. Peserta-peserta boleh dikategorikan mengikut umur yang boleh
melibat pelajar sekolah rendah dan menengah serta ahli-ahli komuniti golongan siswa
dan golongan muda. Dengan melibatkan semua tahap anggota komuniti setempat,
maka informasi dapat diserapkan dalam kalangan ahli komuniti setempat lalunya
objektif program dapat dicapaikan dengan mendapat penglibatan dan reaksi yang
gemuruh.

Bagi ahli-ahli yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti tokoh ternama,
usahawan dan syarikat swasta yang mempunyai keupayaan kewangan yang mantap
boleh menyumbangkan duit kepada penubuhan dan persatuan setempat yang
memerlukan sumber kewangan sebagai tabung aktiviti untuk melancarkan pelbagai
aktiviti kesedaran yang berkaitan dengan masalah tempoh perhatian yang singkat.
Selainn daripada itu, ahli komuniti setempat boleh menderma atau menyumbangkan
makanan yang sihat dan seimbang bagi murid-murid miskin yang tidak bersarapan.
Bersarapan merupakan tabiat pengambilan makanan yang penting kerana ia akan
membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian. Kajian ini juga
mendapati bahawa murid yang bersarapan pagi akan mempunyai daya fokus yang
tinggi dan tempoh perhatian yang panjang. Bagi murid yang mengatasi masalah
kewangan yang mengakibatkan mereka tidak berupaya bersarapan sebelum
bersekolah. Oleh itu, tokoh-tokoh yang berjaya yang berasal dari komuniti setempat
berperanan untuk menyumbang atau mendermakan wang supaya membekalkan
makananan sebagai sarapan bagi murid yang miskin itu demi meningkatkan tahap
konsentrasi murid.

Oleh itu, dalam menjayakan program dan kempen yang boleh menimbulkan
dan menanam kesedaran dalam komuniti setempat yang berkaitan dengan masalah
tempoh tumpuan yang singkat dalam kalangan murid, semua anggota-anggota
komunita setempat memainkan peranan yang penting dari aspek tabiat tidur, nutrisi,
aktiviti riadah, penggunaan bahan elektronik dan sebagainya. Tenaga yang
digemblengkan dapat menjayakan semua aktiviti yang telah disebut di atas yang
memanfaatkan murid.
Komuniti Setempat
- sebagai sekumpulan individu yang mendiami satu kawasan yang sama dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain
-proses yang dinamik di mana komitmen dan usaha yang dikongsi bersama menerusi tindakan untuk mencapai kehidupan yang lebih
baik

PIBG Rukun Tetangga Penubuhan dan Petugas Sukarela Usahawan dan


berkerjasama dengan melibatkan diri dalam Persatuan Pusat Promosi Syarikat swasta
pihak sekolah aktiviti program sekolah setempat Kesihatan menyumbangkan duit
mengadakan ceramah mengawal letakkan menganjurkan ceramah Komuniti sebagai tabung aktiviti
kesedaran kepada ibu bapa kenderaan dan keadaan untuk melancarkan
meningkatkan kesedaran menganjurkan aktiviti
tentang kepenting aspek lalu lintas semasa aktiviti ahli komuniti supaya pelbagai aktiviti
nutrisi dan tabiat tidur dianjukan di sekolah lazak
menggunakan alat-alat menyumbang sarapan
menganjurkan bengkel mengedarkan risaalah dan kepada murid yang miskin
elektronik dengan bijak memberi perkhidmatan
masakan yang sihat mengadakan kelas minat dan tidak bersarapan
kepada kalangan ibu bapa sesi penerangan
yang berkaitan dengan mengadakan pertandingan
budaya tradisional dan syarahan, pertandingan
kraf tangan seni melukis poster,
menganjurkan bengkel pertandingan melukis logo
perkembangan kognisi dan sempena Minggu
psikologi kanak-kanak Kesihatan

Anda mungkin juga menyukai