Anda di halaman 1dari 6

SOAL SELIDIK ANALISA PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PESARA DALAM ALAM

PERSARAAN DAN CARA MENANGANINYA.

NAMA : MUSTAFFA BIN MAMAT

JANTINA : LELAKI UMUR : 60 TAHUN

TARIKH LAHIR : 9 FEBUARI 1956 TANGGUNGAN : DUA

STATUS JAWATAN : MASIH BEKERJA / TIDAK BEKERJA

TEMPAT TINGGAL : BANDAR / LUAR BANDAR

1. ASPEK FISIOLOGI & SOSIO BUDAYA

a) Terangkan hubungan anda bersama ahli keluarga pada alam persaraan?

Sejak saya mula bersara hingga sekarang, saya banyak menghabiskan masa bersama
isteri dan anak-anak dan hubungan kami sekeluarga semakin rapat. Kami banyak
berkongsi idea masing-masing dan saya mempunyai banyak peluang untuk
memantau perkembangan anak-anak.

b) Bagaimanakah pergaulan sosial anda sebelum dan selepas bersara? Terangkan.

Sebelum bersara, pergaulan sosial saya agak terhad kerana saya terlalu sibuk dengan
kerja dan hal rumah tangga tetapi selepas bersara, pergaulan sosial saya lebih rancak
kerana saya mempunyai masa untuk berhubung dan bertemu dengan rakan sekolah
lama yang kebetulan juga bersara pada masa yang sama. Kami mempunyai lebih
banyak masa untuk saling bertukar idea sesama rakan seusia dengan saya.
c) Bersetujukah anda bahawa selepas persaraan, anda kurang berinteraksi dengan bekas
rakan sekerja? Jelaskan.

Ya, saya bersetuju atas beberapa faktor. Pertamanya kerana jarak perjalanan.
Dahulunya saya bekerja di Terengganu dan sekarang saya tinggal di Kuala Lumpur.
Itu sudah cukup membataskan interaksi saya dengan bekas rakan sekerja. Kedua
kerana komitmen terhadap keluarga. Masing-masing mempunyai keluarga sendiri
untuk diuruskan.

d) Jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti, adakah kamu
berminat untuk menyertainya? Jelaskan sebab

Ya, saya berminat untuk menyertainya untuk berbakti kepada masyarakat sementara
keadaan fizikal masih kuat lagi. Selain itu saya dapat menghabiskan masa terluang saya
dengan perkara yang berfaedah.

2. KESIHATAN

a) Adakah anda mengalami perubahan tingkah laku dan kesukaran tidur? Jelaskan.

Ya, sejak akhir-akhir saya mengalami perubahan tingkah laku seperti cepat sensitif
dan selalu berasa marah dengan hal yang remeh temeh. Saya juga mengalami
kesukaran untuk tidur dan mengakibatkan saya kurang bertenaga di waktu pagi.

b) Sejauh manakah anda menitikberatkan aspek kesihatan dalam diri anda? Adakah anda
selalu membuat temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan? Terangkan.

Pada pendapat saya, kesihatan diri sendiri amat penting dan setiap bulan saya akan
membuat temujanji dengan doktor untuk mengetahui perkembangan tahap
kesihatan saya.
c)Pada pendapat anda, perlukah kita menyediakan lebih banyak kemudahan
penjagaan kesihatan atau kawasan rekreasi di kawasan kejiranan?

Pada pendapat saya, kita perlu menyediakan lebih banyak kemudahan penjagaan
kesihatan percuma di kawasan kejiranan kerana kebanyakan warga tua tidak larat
untuk pergi ke hospital atau klinik yang agak jauh dari kawasan perumahan mereka.
Jika kemudahan ini disediakan, lebih senang untuk mereka pergi memeriksa tahap
kesihatan mereka.

d) Pada pendapat anda, berapa kerapkah senaman perlu dilakukan bagi memastikan
kualiti kesihatan terjaga?

Pada pendapat saya, senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali


seminggu bagi memastikan kualiti kesihatan terjaga dan pengambilan makanan juga
harus dikawal.

3. EMOSI

a) Bagaimanakah perasaan anda sebelum dan selepas bersara? Adakah ia membebankan


atau memberi keseronokan kepada anda?

Sebelum bersara, saya berasa seronok dan tidak sabar untuk bersara dan berehat di
rumah. Tetapi, selepas bersara ianya tidaklah seronok seperti yang dijangkakan dan
kadangkala ia agak membebankan kerana kos hidup di Kuala Lumpur ini agak tinggi.

b) Jelaskan perkara yang anda paling risau selepas persaraan?

Perkara yang paling saya risaukan selepas persaraan adalah kesihatan dan
kewangan. Jika kesihatan saya semakin teruk dan tidak dijaga dengan baik, kos
perubatannya agak tinggi dan ia meridaukan saya jika wang yang saya ada tidak
mencukupi.
c) Kini anda mempunyai masa lapang yang berlebihan, tempoh masa yang anda
harapkan, adakah anda berasa gembira ? Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
untuk kehidupan seterusnya? Terangkan.

Saya sangat gembira kerana sekarang aktiviti-aktiviti yang saya rancang dapat
dijalankan seperti bercuti bersama rakan-rakan, keluarga dan menjalankan
perniagaan yang saya idamkan sejak dulu lagi.

d) Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda selepas bersara? Jelaskan.

Saya berpuas hati dengan kehidupan saya sekarang kerana ianya tampak lebih
bermakna dari segi masa terluang dihabiskan bersama keluarga dan saya dapat
melakukan apa sahaja yang saya mahu pada masa ini.

4. EKONOMI

a) Adakah anda melabur atau menyertai “Skim Persaraan Swasta” untuk menjamin
kehidupan yang selesa selepas bersara ? Jelaskan sebab.

Saya tidak melabur dalam skim tersebut kerana saya adalah kakitangan kerajaan.
Saya mempunyai pencen untuk setiap bulan.

b) Adakah simpanan anda mencukupi untuk alam persaraan? Jelaskan.

Pada pendapat saya, simpanan saya tidak mencukupi untuk alam persaraan. Oleh
itu, saya bercadang untuk menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan
sampingan.
c) Adakah anda mempunyai anak yang masih belajar? Jika ya, bagaimanakah anda
menampung perbelanjaan anak anda serta keluarga? Terangkan.

Tidak, saya hanya perlu berfikir untuk menampung perbelanjaan isteri dan ibu
mertua saya sahaja.

d) Sejauh manakah anda merancang sumber pendapatan selepas bersara semasa anda
masih bekerja? Jelaskan.

Semasa masih bekerja, saya pastikan diri saya untuk menjelaskan semua hutang
tertunggak supaya saya tidak mempunyai hutang lagi semasa bersara. Malah duit
persaraan itu boleh digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan harian saya sahaja.

5. Persepsi

a) Pada pendapat anda, umur berapakah paling sesuai untuk bersara? Terangkan.

Pada pendapat saya, umur yang sesuai untuk bersara adalah 55 tahun kerana pada
tahap itu, sepatuntnya adalah masa untuk kita berehat dan mempersiapkan diri
dengan amal ibadat sebelum mengadap Tuhan yang Esa.

b) Apakah punca anda bersara? Adakah disebabkan oleh faktor kesihatan, umur atau
bersara awal? Terangkan.

Saya bersara atas faktor kesihatan kerana saya mempunyai penyakit darah tinggi
dan tidak boleh hidup dalam keadaan tertekan. Jadi, saya mengambil keputusan
untuk berehat sepenuhnya dan bersara.
c) Pada pendapat anda, akah peningkatan umur persaraan yang dilaksanakan telah
menutup peluang pekerjaan golongan muda? Jelaskan.

Pada pendapat, peningkatan umur persaraan mengakibatkan penutupan peluang


pekerjaan kepada golongan muda kerana sumber kekosongan yang terhad dan
sesetengah syarikat tidak mahu mengambil risiko dengan mengambil pekerja baru
dan mengekalkan pekerja lama.

d) Adakah anda berasa bahawa tempoh persaraan merupakaan saat-saat yang dinanti
untuk berehat atau beranggapan persaraan menunjukkan anda kehilangan rutin harian
anda? Jelaskan.

Pada pendapat saya, tempoh persaraan adalah saat yang dinantikan bagi saya
kerana saya sudah bekerja hampir 35 tahun dan inilah sahaja masa yang saya ada
untuk berehat sepenuhnya dan melakukan aktiviti yang saya inginkan sejak dahulu
lagi. Hidup saya kembali ceria dan saya dapat membuatkan hidup saya lebih
bermakna berbanding dahulu.

Anda mungkin juga menyukai