Anda di halaman 1dari 2

Cabaran seterusnya dalam pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini ialah murid

tidak anggap serius terhadap isi kandungan pelajaran ini, kerana tiada sebarang penilaian
yang diadakan. Melalui temubual beberapa murid, pada awalnya murid-murid memang
terlalu minat terhadap isi pelajaran ini. Ini kerana, isi pelajarannya yang baru dan dapat
menarik minat murid untuk mengikuti secara aktif. Penggunaan alat bantu mengajar oleh
guru memang menyebabkan murid melibatkan diri dengan lebih aktif dan menyeluruh.
Apabila PKJR ini tidak ada sebarang penilaian, lama-kelamaan penglibatan murid semakin
kurang aktif dan mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Sepertimana kita difahamkan
bahawa murid-murid kita lebih bersifat orentasi peperiksaan. Ini disokong oleh Cronbach
(1970), penilaian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dimana ia membantu mencapai objektif sesuatu isi
pelajaran.

Disamping itu, cabaran yang kedua dihadapi oleh murid adalah tahap penguasaan
murid yang berlainan kumpulan. Seperti mana kita sudah tahu tentang kelas kita memang
terdapat tiga jenis kumpulan murid iaitu kumpulan pandai,sederhana dan lemah. Oleh itu,
kandungan isi pelajaran PKJR ini mempunyai kosa kata yang agak tinggi tahapnya. Ada
beberapa perkataan sukar bagi memahami oleh murid yang lemah. Apatah lagi jika adanya
murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas. Maka, murid-murid yang dikatakan
kumpulan sederhana dan lemah ini memang menghadapi masalah untuk memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru tentang PKJR ini. Kenyataan ini disokong oleh
Khairul Yusri(2007), dimana perbezaan seseorang individu bermaksud ketidaksamaan dari
segi sifat emosi, kognitif, , fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek- aspek
yang lain.

Sementara itu, pelaksaaan PKJR disekolah ini tidak dapat memberi pendedahan
yang sebenar. 30 minit dalam seminggu ini hanya melibatan teori sahaja melainkan praktikal
yang boleh memberi kesan yang lebih mendalam. Guru hanya memberi penerangan tentang
tajuk isi pelajaran pada hari itu dan meminta murid untuk membuat latihan dalam buku yang
telah disediakan. Kekangan masa ini juga menjadi punca utama untuk tdak diadakan
praktikal. Teori ini kadang-kala memberi rasa bosan kepada pelajar dan ini akan
menyebabkan murid tidak gemar melibatkan diri dalam pelajarannya. Penggunaan kaedah
teori ini juga merupakan satu cabaran yng dihadadpi oleh murid. Menurut Andrew dan
Schwab penggunaan teknik, kaedah dan kemahiran yang berkesann dalam pengajaran
praktikal dapat menentukan keberkesanan yang maksima.

Masalah ketidakhadiran murid ke sekolah merupakan salah satu cabaran dalam


pelaksanaan PKJR ini. Menurut Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1849-1936) dalam buku
Mok Soon Sang (2006), beliau mengatakan rangsangan dan gerak balas mempengaruhi
pembelajaran. Sikap ketidakhadiran murid ini berpunca daripada konsep rangsangan dan
gerakbalas. Sebagai contohnya, apabila seseorang murid tidak minat sesuatu subjek atau
mata pelajaran dan mungkin guru yang tidak diminati maka murid ini akan membuat
keputusan ponteng sekolah. Sikap ini slama kelamanya akan menjadi kebiasaan jika tidak
dikawal pada peringkat awal. Jika seseorang murid tidak hadir pada hari tersebut, maka isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru itu sukar difahaminya. Setiap tema PKJR ini ada
berkesinabungan antara satu tema ke tema lain. Apabila murid yang tidak hadir pada hari
tersebut, dia juga tidak akan menyiapkan latihan dalam buku latihan yang disediakan. Maka,
bertimbunlah kerja sekolah serta ini membebani murid tersebut. Sepertimana kita
difahamkan bahawa,PKJR ini seminggu hanya sekali sahaja di adakan. Isi pelajarannya
tidak akan diulangi.

Seterusnya, masalah murid pindah sekolah merupakan cabaran yang sering


dihadapi oleh murid. Dapatan daripada temubual beberapa orang guru, ada beberapa
sekolah tidak menjalankan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini walaupun ia telah
diamanahkan oleh KPM. Apabila murid tersebut tidak didedahkan kepada pelajaran tersebut
di sekolah lama maka sekiranya sekolah baru mengajar pelajaran tersebut murid tersebut
sukar untuk mengikut pelajaran tersebut. Begitu juga kepada murid yang sekolah lamanya
telah mengajar pelajaran tersebut dan apabila bertukar ke sekolah baru pelajaran tersebut
tidak diajar. Maka murid tersebut tidak dapat mengikuti pelajaran tersebut.

Rujukan
1. Andrew, M. dan Schwab, R. L. (1995). Has reform in teacher education influenced
teacher performance? An outcome assessment of graduates of eleven teacher
education programs.Action in Teacher Education, 17, 43-53.

2. Cronbach,L.J.(1970).Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper &


Row.

3. Mok Soon Sang. (2006), Ilmu Pendidikan. Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Subang
Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai