Anda di halaman 1dari 7

NAMA DAN NO MATRIK

MOHAMAD NADI BIN NOR AZEMI


GB03007

KOD DAN NAMA KURSUS

SKPX 3103 PSIKOLOGI KESIHATAN

SESI PENGAJIAN

PBJJ TAHUN 4 SESI 1 2019/2020

TUGASAN INDIVIDU

ULASAN JURNAL BERTAJUK : KAJIAN STRESS DALAM KALANGAN


PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM ( EC110) UiTM
CAWANGAN PAHANG
Penulis Kajian : Noraida Mohd Saim , Siti Hawa Rosli, Haslin Idayu Amaruddin, Nurul
Farraheeda Abdul Rahman

Published : Ogos 2018

Pengenalan

Kajian ini dilakukan oleh pengkaji dengan bertujuan untuk menilai faktor penyebab utama stress
dalam kalangan pelajar di IPTA tersebut. Hans Seyle yang dikenali sebagai bapa stress moden
mencipta terminologi “stress”. Hans Seyle mengatakan bahawa stress adalah respon badan yang
tidak spesifik terhadap ransangan yang berbahaya. Menurut Lazarus ( 1976 ) stress akan terjadi
apabila terdapat permintaan terhadap seseorang yang memerlukan atau menggunakan sumber
seseorang itu melebihi kemampuannya.

Richard Carlson mendefinisikan stress sebagai sesuatu yang tidak lebih tetapi hanya
penyakit mental yang diterima. ,Melalui kajian yang dilakukan oleh pengkaji dapat dilihat
kepentingan pemahaman dan pencarian punca terhadap stress supaya tidak berlarutan dan
intervensi yang bersesuaian dapat diambil agar stress tersebut tidak membahayakan diri
penghidapnya. Walaupun stress dianggap sebagai salah satu karakter rutin yang berlaku dalam
kehidupan moden manusia tetapi tidak seharusnya dipandang remeh. Menurut Edward et. al (
2008 ) sekiranya stress menjadi berlanjutan dan bertambah maka kebanyakan individu akan
menunjukkan tanda bermasalah dan gejala yang akan membahayakan kesihatan diri mereka dan
mereka yang berada di sekeliling mereka dan seterusnya masyarakat.

Bahayanya stress juga dapat dilihat pada gejala yang dikaitkan dengan kehadiran stress,
stress akan menyebabkan masalah dalam respiratori. Stress yang akut seperti kematian pasangan
sebenarnya mampu menyebabkan seseorang itu mengalami serangan asma. Menurut Maton A (
2010 ) stress mampu meningkatkan kekerapan dan kelajuan pernafasan yang mana akan
menyebabkan serangan panic kepada sesetengah individu.
Metodologi Kajian

Didalam kajian ini sekumpulan penulis ini melibatkan populasi daripada pelajar tahun akhir
Diploma Kejuruteraan Awam Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang, pemilihan
itu disebabkan oleh kesukaran subjek dan jam kredit subjek kejuruteraan Awam lebih tinggi pada
tahun akhir akan memberi cabaran kepada pelajar disamping pengalaman yang telah dilalui oleh
para pelajar selama dua tahun sebelum ini di dalam pengajian mereka. 207 borang soal selidik
mewakili jumlah keseluruhan populasi (108 pelajar lelaki dan 99 pelajar perempuan)
diedarkan.

Teknik persampelan mudah digunakan dengan memilih kesemua 194 borang yang telah
dijawab dan dipulangkan untuk dianalisa. Pemilihan sampel melibatkan seramai 95 orang pelajar
lelaki dan 99 orang pelajar perempuan. Borang soal selidik tertutup merupakan instrument kajian
ini bagi mendapatkan data, Soalan dibina berdasarkan objektif kajian dengan memujuk kepada
kajian – kajian terdahulu dan disesuaikan dengan skop dan persekitaran kajian yang melibatkan
pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang. Set soal selidik ini
merangkumi empat bahagian soalan. Bahagian A berkisar tentang demografik, latar belakang
responden seperti jantina, jumlah jam kredit yang diambil dan pencapaian akademik. Bahagian
B dan C, terdiri daripada 20 soalan dan setiap bahagian mempunyai 10 soalan berkaitan punca
stres melalui aspek akademik dan peribadi. 10 soalan ditetapkan didalam bahagian D dengan
soalan bagaimana untuk menangani stress. Soalan pada bahagian B, C dan D menggunakan
Skala Likert yang memerlukan responden untuk menandakan jawapan mereka berkenaan
sesuatu kenyataan yang terdiri daripada jawapan Sangat Tidak Setuju ( 1 ) , Tidak Setuju ( 2 ),
Tidak Pasti ( 3 ). Setuju ( 4 ), Sangat Setuju ( 5 ).

Keputusan Kajian

Didalam kajian yang dijalankan ini sejumlah data telah berjaya dikumpulkan kemudian
dianalisa mengunakan perisian tambahan Analysis Toolpak Microsoft Excel 2013. Analisa
secara deskriptif digunakan iaitu skor min, sisihan piawai dan peratusan akan digunakan serta
analisa inferensi yang digunakan ialah ujian – t. Seramai 95 orang adalah responden lelaki
manakala 99 yang lain adalah responden perempuan.
Didalam kajian ini penulis menjelaskan bahawa punca yang menyebabkan berlakunya
stress dalam kalangan pelajar adalah disebabkan dua faktor iaitu faktor akademik dan faktor
peribadi. Berdasarkan 10 persoalan punca stres dari aspek akademik responden bersetuju
bahawa masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan laporan makmal terhad, soalan ujian
berbentuk aplikasi kejuruteraan dan topik yang banyak untuk diulang kaji antara punca utama
pelajar mengalami stress. Selain itu, berdasarkan kajian ini kebanyakan pelajar mengalami stress
disebabkan sikap mereka sendiri yang suka menangguhkan kerja dan melaksanakan kerja di saat
– saat akhir. Punca stress ini adalah yang paling rendah bagi pelajar golongan pelajar yang stress
kerana tidak mendapat kerjasama daripada pensyarah yang terlibat dalam maklumbalas tugasan
yang disediakan oleh pelajar. Penulis kajian berpendapat bahawa faktor akademik adalah punca
utama bagi masalah stress dalam kalangan pelajar dan beberapa kajian lepas turut menyokong
kenyataan penulis.

Hasil dapatan kajian berdasarkan 10 soalan dalam faktor peribadi mendapati bahawa
ianya bukanlah punca utama stress pelajar. Walaubagaimanapun, penulis mengatakan bahawa
konflik dengan rakan permasalahan dalam hubungan interpersonal boleh mendatangkan stress
pada golongan pelajar perempuan. Hal ini dipersetujui dengan kajian lepas yang telah dijalankan
pada sebelumnya oleh pengkaji yang lain. Malahan ada kajian lain yang mendapati bahawa
hubungan interpersonal menjadi faktor utama stress dalam kalangan pelajar. Ini menunjukkan
pelajar perempuan lebih sensitif dalam hubungan interpersonal sehingga mampu mencorakkan
bentuk pembelajaran. Kekurangan wang saku merupakan skor min 3.44 untuk pelajar lelaki bagi
penyebab stress. Namun pelajar perempuan juga mendapati kekurangan wang boleh
mendatangkan stres dengan skor min 3.25.

Kesimpulan keputusan kajian mendapati bahawa terdapat dua faktor stress yang berjaya
dikesan iaitu faktor akademik dan faktor peribadi yang mempunyai tahap stress yang sama dalam
kalangan pelajar. Namun begitu, setelah dianalisis faktor akademik dinyatakan sebagai
penyebab utama stress yang memberi kesan paling tinggi dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan.

Limitasi dan cadangan


Limitasi kajian yang dapat dinyatakan adalah kesukaran untuk mendapatkan sampel kajian yang
cukup dengan sukarela kerana bukan semua pelajar mahu menjawab soalan kaji selidik tanpa
diberi imbuhan terlebih dahulu. Seterusnya kesukaran dalam memastikan responden menjawab
soalan kaji selidik yang diberikan dengan sempurna, jujur dan tidak bersahaja. Keperluan dari
segi masa yang diperlukan untuk menyiapkan kajian ini disamping pembahagian komitmen yang
telah sedia ada untuk menyiapkan kajian.

Antara cadangan daripada penulis yang boleh dilakukan oleh pihak fakulti untuk
mengatasi masalah stres pelajar adalah pengurangan jumlah jam kredit bagi setiap semester.
Pengurangan ini akan dapat memberi ruang ketenangan bagi para pelajar seterusnya dapat
mengurangkan topik yang perlu diulangkaji oleh pelajar. Cadangan seterusnya adalah jadual
peperiksaan yang diatur dengan mengambil kira tempoh terbaik bagi pelajar untuk bertenang dan
mengulangkaji setiap sela kertas peperiksaan. Perkara ini juga dapat memberikan pelajar waktu
yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran. Pensyarah juga dapat memainkan peranan
mereka sebagai penasihat akademik dengan mengadakan pertemuan dan berbincang mengenai
masalah berkaitan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Pensyarah juga dapat memberi
nasihat dan pendedahan awal kepada mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling awal
sekiranya perkara itu melibatkan faktor peribadi yang memberi kesan buruk kepada pemikiran
mereka

Pendapat Pelajar

Pada pendapat saya stress bukanlah suatu keadaan yang boleh dipandang remeh, ini
adalah kerana stress boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Menurut G. Kinman ( 2005 )
stress adalah salah satu subjek penting dalam kajian kesihatan mental dan salah satu ruang
bidang yang kompleks dalam psikologi dan sosiologi pada zaman sekarang dan stress juga
dianggap sebagai ancaman utama terhadap kesihatan. Seterus saya berpendapat penyelidik boleh
menambahkan faktor keagamaan dalam kajian yang mungkin boleh menimbulkan perhubungan
antara kepercayaan tinggi dalam keagamaan dengan kemampuan mengendalikan stress pada
peringkat awal.
faktor luaran yang lain seperti faktor persekitaran dan juga simptom stress yang dialami
oleh pelajar perlu dititikberatkan dalam kajian agar kajian ini lebih meluas dan terperinci. Kajian
juga boleh dikembangkan lagi dengan melihat kesan langsung stress terhadap pencapaian
akademik dan kualiti kehidupan pelajar. Pemilihan sampel responden juga boleh divariasikan
dari kalangan pelajar pelbagai semester. Maka tahap stres boleh dinilai dengan lebih spesifik
berdasarkan tahun pengajian yang berbeza. Lebih menarik sekiranya kajian itu dapat dikaitkan
dengan kesan stress yang dialami pelajar. Menurut Sallis et. al ( 2013 ) stress yang kronik akan
menyebabkan otot mengecut untuk masa yang lama dan ini akan menyebabkan reaksi fizikal
yang lain ataupun penyakit yang berkait dengan stress seperti migraine, sakit kepala, sakit kepala
jenis tekanan, dan juga masalah musculoskeletal.

Penyelidik perlu menggunakan instrument kajian yang disahkan dapat menilai tahap
stress seseorang sebagai contoh ujian DASS mungkin sesuai untuk digunakan. Perlu diambil kira
juga tahap ketahanan individu terhadap stress juga tidak sama, terdapat perbezaan ketahanan
mental dan emosi antara individu, hal ini perlu diambil kira sekiranya responden yang menjawab
soalan kajian itu mungkin terdiri daripada kalangan individu yang kurang daya tahan mental
maka hal ini mungkin memberi keputusan yang berbeza kepada kajian.

Secara keseluruhan kajian ini memberi kesan yang baik dan seharusnya diteruskan
dengan menambahkan lagi pembolehubah yang bersesuaian. Keadaan stress ini bukan lagi suatu
perkara yang boleh dipandang remeh oleh rakyat Malaysia kerana stress mampu mendatangkan
kesan yang lebih buruk sekiranya penghidapnya tidak diberi intervensi yang bersesuaian samada
dengan menghadiri sesi kaunseling secara perseorangan ataupun berkumpulan.
Rujukan

Edwards JA, Webster S, Vanlaar D, Eastoln S. Psychometric analysis of the UK Health and
Safety Executive’s Management Standard work – related stress Indicator Tool. Work Stress.
2008;22:96-107

Kinman G, Jones F. Lay representations of workplace stress: What do people really mean when
they say they are stressed? Work and Stress. 2005: 19(2) : 84 – 102

Maton A, Hopkins S, Johnson CW, McLaughlin M, Warner D, Lahart J. Human Biology and
Health. Englewood Cliffs:Prentice Hall:2010.p. 108 -15

Sallis R. Examination skills of the musculoskeletal system: Self – study. Washington, DC, USA :
American Academy of family Physicians; 2013

Anda mungkin juga menyukai