Anda di halaman 1dari 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/326838594

Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (MPKP) di Universiti Teknologi


MARA: Visi dan Realiti

Conference Paper · November 2005

CITATIONS READS

0 576

2 authors, including:

Fairus muhamad darus


Universiti Teknologi MARA
31 PUBLICATIONS   119 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Fairus muhamad darus on 06 August 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (MPKP)
di Universiti Teknologi MARA: Visi dan Realiti

Oleh:
1 2 3
Fairus Muhamad Darus , Norzalaihan Ahmad dan Syed Yusainee Syed Yahya
Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar
Universiti Teknologi MARA

1.0 Pendahuluan

Universiti merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi tinggi yang berperanan


sebagai pemangkin kepada proses penjanaan ilmu. Selain itu universiti juga
mempunyai tugas menghasilkan sumber tenaga manusia yang berkelayakan dan
berketrampilan bagi memenuhi keperluan dan asprirasi negara sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan 2020.

Dalam alaf baru ini, peranan universiti semakin mencabar. Universiti dituntut
memenuhi tanggungjawab melahirkan sumber tenaga kerja iaitu penjanaan
mahasiswa yang cemerlang dan berketrampilan mengikut keperluan negara dan
pasaran global. Universiti tidak lagi boleh dilihat sebagai menara gading yang gah
dengan status elit lantas terpisah dengan keadaan masyarakat sekeliling. Tuntutan
untuk memasyarakatkan universiti bermakna graduan yang dihasilkan perlu
mempunyai cukup kemahiran untuk menyumbang kepada masyarakat.
Pembentukan individu yang seimbang dari kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan
emosi (EQ) dan oleh disokong kecerdasan Spritual (ES) serta sahsiah peribadi
unggul adalah elemen-elemen utama yang harus diterapkan pada semua mahasiswa
untuk menjadi seorang individu yang dinamik dan pragmatik.

Mahasiswa bukan sekadar mendapatkan ilmu dan meningkatkan keupayaan


intelektual sahaja malah seharusnya mempunyai kebolehan berinteraksi dan
mempimpin masyarakat ke arah kecemerlangan bangsa dan negara. Justeru itu,
suatu perancangan yang tersusun harus dibentuk bagi memberi peluang secara
meluas kepada mahasiswa untuk meningkatkan potensi diri mereka.

1
Pengetua Kolej Zon 2, UiTM Shah Alam
2
Timbalan Pendaftar, Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar UiTM
3
Pengetua Kolej Zon 1, UiTM Shah Alam

1
Menyedari hal ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengambil
langkah proaktif dengan menyediakan Program Modul Pembangunan dan
Kepimpinan (MPKP) yang tersusun dan berterusan yang akan dilalui oleh setiap
mahasiswa UiTM sepanjang tempoh pengajian mereka.

2.0 Latar Belakang Program Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar

Idea untuk merangka dan membentuk satu modul latihan pembangunan


secara tersusun dan berterusan tercetus hasil daripada Pelan Strategi Pengurusan
Universiti Teknologi MARA menjelang abad 21 yang telah dilancarkan oleh Prof.
Dato Seri Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor semasa penstrukturan UiTM pada
tahun 2001. Pelan strategi tersebut merangka pelbagai aspek pengurusan universiti
bagi tempoh sepuluh tahun iaitu dari 2001 hingga 2010. Antara kandungan pelan
strategi yang berkaitan dengan pembangunan pelajar ialah penjelasan ciri-ciri Model
Graduan yang ingin dilahirkan oleh UiTM (Rajah 1).

MODEL GRADUAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1. Berpengetahuan dan Berkemahiran

2. Kreatif, Konstruktif, Saintifik, Progresif, Inovatif, Kritikal, Global dan


Analitikal

3. Rasional, Terbuka, Berpandangan Jauh, Berketerampilan, Bebas dan


Yakin

4. Berdikari dan Berdaya Saing serta Mempunyai Ciri-Ciri Kepimpinan,


Keusahawanan dan Kemahiran Pengurusan yang Tinggi

5. Mempunyai kecerdasan dan ketahanan mental dan fizikal yang


berpanjangan.

6. Mempunyai Sifat Jati Diri, Patriotik, Berterima Kasih Dan Bersyukur

7. Bertakwa, Beretika dan Berakhlak Mulia serta Mempunyai Ciri-Ciri


Personaliti yang Seimbang, Harmonis dan Holistik

Rajah 1: Model Graduan Universiti Teknologi MARA

Usaha merangka dan mengubal Program Modul Pembangunan dan


Kepimpinan (MPKP) Pelajar telah bermula pada tahun 2003 apabila satu
jawatankuasa khusus dibentuk untuk melaksanakan tugas tersebut. Jawatankuasa
ini diletakkan di bawah seliaan Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (PPKP)

2
yang dibentuk hasil daripada penstrukturan semula Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni UiTM. Rajah 2 menunjukkan struktur organisasi yang Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni dan Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar.

BAHAGIAN
HAL EHWAL PELAJAR
& ALUMNI

Pusat Kerjaya, Pusat Pusat Pusat Sukan


Kauseling dan Pembangunan Kebudayaan
Alumni dan
Kepimpinan
Pelajar

Unit Unit Unit Unit


Pembangunan Latihan Tatatertib Kemudahan
Pelajar Pelajar & NR

Unit
Aktiviti Pelajar

Unit
Ko-Kurikulum

Rajah 2: Carta organisasi Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UiTM

Draf akhir Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar berjaya disiapkan pada
awal tahun 2004 dan kemudiaannya dilaksanakan secara peringkat mengikut modul
di seluruh kampus UiTM pada Jun 2004. Pada peringkat awal ini bertanggungjawab
sepenuhnya di dalam menyelaras dan juga melatih kakitangan UiTM yang terlibat
dalam pelaksanaan Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar.

3.0 Keperluan Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar

Kandungan Program Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar adalah selari


dengan apa yang dihasrat oleh universiti dan negara. Secara lengkapnya kandungan

3
modul ini telah mengambil kira semua aspek kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan
emosi (EQ) dan oleh disokong kecerdasan Spritual (ES) ini terrmasuk kemahiran
akademik, kepimpinan, jati diri, keusahawanan, kerohanian dan kerjaya.

3.1 Keperluan Universiti

Dengan saiznya organisasi yang besar hasrat UiTM untuk mencapai status universiti
bertaraf dunia mengikut acuannya menjelang tahun 2006 merupakan satu cabaran
besar yang bukan sahaja kepada pengurusan UiTM tetapi juga kepada kakitangan
dan mahasiswanya. Pihak pengurusan universiti telah mengambil inisiatif penting
dalam merealisasikan hasrat menjadikan universiti bertaraf antarabangsa dengan
menghasilkan Buku Model Graduan UiTM. Buku ini merupakan panduan lengkap
tentang ciri-ciri graduan bertaraf dunia. Dalam konteks UiTM, buku ini menerangkan
secara jelas ciri-ciri graduan yang harus ada pada setiap mahasiswa UiTM dan
diedarkan kepada seluruh mahasiswa dan kakitangan.

Model Graduan UiTM adalah bukti kesungguhan pengurusan UiTM


memastikan kualiti graduan yang dihasilkan berada pada tahap tertinggi dengan
meletakkan pembangunan modal insan yang holistik sebagai agenda penting
universiti seperti yang termaktub dalam Dasar Pembangunan Sahsiah Pelajar UiTM.
Demi merealisasikan hasrat ini, Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar
menjadi program wajib bagi setiap mahasiswa UiTM sepanjang tempoh pengajian.

Dasar Pembangunan Sahsiah Pelajar UiTM

Membina sahsiah pelajar dengan nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Model
Graduan UiTM berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam Hadhari dan Pelan Intergriti
Nasional (PIN) ke arah melahirkan mahasiswa yang mempunyai personaliti unggul

3.2 Keperluan Negara

Perubahan pucuk pimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir Mohammed kepada


Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membawa satu dimensi baru ke arah hala
tuju pemantapan pembangunan daripada aspek infrastuktur fizikal kepada

4
pembangunan insan. Ini digambarkan dengan jelas daripada pelbagai agenda dan
dasar yang berkaitan dengan pemantapan pembangunan insan yang diperkenalkan
kepada seluruh rakyat Malaysia oleh Datuk Seri Abdullah sendiri.

…Seperti kata Tun Dr. Mahathir, “Saya minta maaf. Saya tak dapat buat apa lagi dah
dengan orang melayu ini; tak boleh nak ubah fikiran mereka, tak boleh ubah sikap”

… “Saya bertanya diri saya, mungkin itulah ruang yang saya perlu penuhi sebab pada
fikiran dia (Tun Dr. Mahathir) itu adalah aspek yang paling penting sekiranya orang Melayu
hendak maju ke hadapan, dengan semangat Malaysia boleh, Melayu boleh…

Petikan ucapan,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
25 September 2004

Towering personality atau peribadi unggul merupakan cetusan ilham Datuk


Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin melihat rakyat Malaysia menjadi warga yang
cemerlang, gemilang dan terbilang iaitu berjaya dari pelbagai aspek dan mendapat
mengiktirafan dan pengakuan daripada seluruh negara.

“Dalam erti kata, dia manusia yang berhemah tinggi. Ilmu pengetahuannya tinggi.
Pencapaiannya tinggi. Ketokohannya tinggi. Daripada segi keintelektualan dia pun tinggi.
Satu kejayaan dan orang hormati.”

Temubual Perdana Menteri Bersama


Dengan Bernama Sempenan Sambutan Maal Hijrah 1426,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
10 Februari 2005

Sejajar dengan pendidikan islam yang menjadi asas pendidikan beliau, Dato
Seri Abdullah Ahmad Badawi tampil dengan memberi satu pendekatan baru di dalam
membangunkan negara berlandaskan prinsip-prinsip Islam yang disebut sebagai
Islam Hadhari yang di dalamnya mengandungi sepuluh prinsip-prinsip utama. Pada
masa yang sama juga Pelan Intergriti Nasional turut diperkenalkan bagi
memantapkan peranan sektor awam dalam memberi khidmat kepada masyarakat di
Malaysia.

5
Agenda baru diperkenalkan ini adalah selari dengan perancangan pihak
pengurusan universiti sebagai contohnya idea model graduan UiTM iaitu ingin
melahirkan graduan bersifat personaliti unggul telah dibincang dan
didokumentasikan terlebih awal. Ini disusuli dengan perancangan dan pelaksanaan
Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar yang isi kandungannya merangkumi
ciri-ciri Islam Hadhari dan Pelan Intergriti Nasional serta topik-topik yang berkaitan
dengan akademik dan kerjaya.

4.0 Kandungan Modul

Pada peringkat permulaan kandungan Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar


adalah bertujuan untuk mencapai hasrat melahirkan model graduan cemerlang
mengikut acuan UiTM. Namun kemudian kandungannya ditambah dan
diubahsuaikan untuk diselarikan dengan agenda dan dasar baru yang diperkenalkan
oleh kerajaan. Selain daripada itu, kandungan modul ini turut mengadaptasikan
Modul Kepimpinan tahap III dan IV yang disediakan oleh Majlis Latihan dan
Kepimpinan Mahasiswa (MAKLUM) seperti yang dicadangkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi. Modul Kepimpinan ini terkandung dalam modul peringkat Diploma
iaitu modul tiga dan modul empat.

Modul ini dibagikan kepada dua kategori iaitu modul untuk mahasiswa
peringkat Diploma (Jadual 1) dan mahasiswa diperingkat Ijazah Sarjana Muda
(Jadual 2). Kandungan modul pula dibahagikan kepada beberapa tajuk modul.
Setiap tajuk modul dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut semester
pengajian. Sebagai contohnya, Modul Satu dilaksanakan ke atas mahasiswa yang
berada di semester satu, Modul Dua di semester dua dan begitulah yang seterusnya.
Setiap tajuk modul dibahagikan pula kepada beberapa fasa yang bergantung kepada
isi kandungan modul tersebut. Manakala disetiap fasa diperincikan dengan beberapa
unit (Jadual 3).

6
Jadual 1.0: Tajuk Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar Peringkat Diploma

TAJUK MODUL Bilangan Bilangan


Fasa Unit
MODUL 1 - PEMBANGUNAN DIRI 3 12
MODUL 2 - PERKEMBANGAN DIRI 2 6
MODUL 3 - PENGURUSAN ORGANISASI 2 8
MODUL 4 - PENGUKUHAN JATI DIRI 1 1
MODUL 5 - PERANCANGAN KERJAYA 5 6
MODUL 6 - PENEMPATAN PEKERJAAN 1 6
Jumlah 14 39

Jadual 2.0: Tajuk Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar


peringkat Ijazah Sarjana Muda

TAJUK MODUL Bilangan Bilangan


Fasa Unit
MODUL 1 - PEMBENTUKAN INSAN 3 7
MODUL 2 - KE ARAH KECEMERLANGAN 3 10
BUMIPUTERA
MODUL 3 - KEMAHIRAN SURVIVAL 3 8
BUMIPUTRA
MODUL 4 - PERANCANGAN KERJAYA 5 6
MODUL 5 - PENEMPATAN PEKERJAAN 1 6
Jumlah 15 37

Kandungan modul ini mengambil kira semua aspek kecerdasan intelektual


(IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan oleh disokong kecerdasan Spritual (ES) ianya juga
merangkumi pembangunan mahasiswa bermula dengan kemahiran yang berkaitan
dengan akademik, pembangunan diri, sahsiah dan rohani, keusahawanan,
pengurusan organisasi dan diakhiri dengan aspek persediaan kerjaya. Matlamat
menyediaan modul yang merangkumi pelbagai bidang dan kemahiran ini adalah
bertujuan untuk melahirkan graduan cemerlang bersifat holistik bertaraf dunia yang
mengikut acuan iaitu memenuhi visi dan misi UiTM.

7
Jadual 3: Contoh kandungan terperinci bagi Modul Satu peringkat Diploma
Fasa Kandungan

Fasa1: Unit 1: Mengenal Diri, Sahsiah & Akhlak


Pembangunan Diri dan Unit 2: Konsep Islam Hadhari
Sikap Unit 3: Intergriti & Akautabiliti
Unit 4:Peranan, Tanggungjawab & Pengurusan
Kewangan

Fasa 2: Unit 1: Budaya Ilmu


Nilai dan Etika Pelajar Unit 2: Menghayati Falsafah Kewujudan UiTM
Unit 3: Pembaziran dan Vandalisme
Unit 4: Bersyukur dan Berterima kasih

Fasa 3: Unit 1: Kemahiran mengambil nota


Kemahiran Belajar Unit 2: Gaya Pembelajaran
Unit 3: Sistem Penilaian
Unit 4: Kemahiran Maklumat

5.0 Pelaksanaan Modul

Pelaksanaan Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar bermula dengan bengkel


dan latihan kepada pensyarah dan Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) UiTM
untuk menjadi fasilitator bagi setiap modul-modul tersebut. Latihan ini dibuat secara
bersiri dan berperingkat mengikut zon. Pembahagiannya merangkumi zon utara,
tengah, selatan dan Sabah/Sarawak. Langkah ini dilakukan kerana program ini
melibatkan kampus UiTM di seluruh Malaysia. Latihan susulan turut dilaksanakan
mengikut keperluan dan permintaan dari masa ke semasa.

Selain daripada itu, mahasiswa turut dilatih khususnya mereka diperingkat


Ijazah Sarjana Muda untuk menjadi fasilitator bagi modul peringkat Diploma. Sebagai
kumpulan perintis seramai 100 orang mahasiswa di kampus Shah Alam telah diberi
latihan intensif dan sebuah kelab ditubuh untuk kumpulan ini dikenali sebagai Kelab
Bina Insan.

8
Pelaksanaan modul peringkat Diploma dilaksanakan di setiap kolej kediaman.
Ini disebabkan majoriti mahasiswa peringkat Diploma mendapat penempatan di kolej
kediaman. Manakala pelaksanaan modul peringkat Ijazah Sarjana Muda dilakukan di
fakulti. Namun begitu, pelaksanaan sebegini hanya berlaku di kampus induk Shah
Alam sahaja kerana bilangan mahasiswanya yang ramai. Bagi kampus-kampus
negeri bentuk pelaksanaanya berbeza dan bergantung kepada persekitaran dan
jumlah mahasiswanya.

Bentuk pelaksanaan modul secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua


bentuk aktiviti iaitu ceramah dan aktiviti dalam kumpulan. Bagi sesetengah topik
modul yang memerlukan maklumat yang bersifat teknikal ianya akan disampaikan
dalam bentuk ceramah dan disusuli dengan aktiviti dalam kumpulan sebagai
pengukuhannya. Justeru itu, pelaksanaan modul ini melibat penceramah yang
memberi ceramah dan juga fasilitator yang mengendalikan aktiviti dalam kumpulan.

Dari aspek pengurusan pelaksanaan modul di Kampus Shah Alam ianya


melibatkan dua entiti iaitu Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar bagi
menyelaraskan modul peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Unit Latihan bagi modul
peringkat Diploma. Manakala di Kampus-kampus negeri yang dilain ianya
dikendalikan terus oleh Pejabat Timbalan Pengarah Kampus (Bahagian Hal Ehwal
Pelajar & Alumni). Pegawai-pegawai yang terlibat secara terus dalam melaksanaan
modul ini diketuai oleh Pengetua di setiap kolej kediaman, Timbalan Dekan (Sumber
dan Hal Ehwal Pelajar) atau Penyelaras Hal Ehwal Pelajar di setiap fakulti dan
Timbalan Pengarah Kampus (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) di kampus-kampus
negeri. Rajah 3 menunjukkan struktur pengurusan pelaksanaan Modul
Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar di UiTM, Shah Alam.

9
Pelaksanaan Modul Pembangunan Dan Kepimpinan Pelajar

A. Kampus Shah Alam

Unit Latihan Pusat Pembangunan &


Kepimpinan Pelajar
(Modul peringkat Diploma) (Modul peringkat Ijazah Sarjana Muda)

Kolej-kolej kediaman Fakulti-fakulti pengajian

B. Kampus Negeri

Pejabat Timbalan Pengarah Kampus


(Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

(Modul peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda)

Kolej kediaman dan Program Pengajian

Rajah 3: Struktur pelaksanaan Modul Pembangunan dan Kepimpinan


Pelajar di UiTM Kampus Shah Alam dan Kampus negeri

6.0 Isu dan cabaran

Pelaksanaan Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar di UiTM masih baru.


Modul peringkat Diploma mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2004 dan
modul peringkat Ijazah Sarjana Muda pula dilaksanakan pada pertengahan tahun
2005. Dalam melaksanakan modul ini pelbagai isu dan cabaran dihadapi dan perlu
ditangani oleh semua pihak yang terlibat demi memastikan matlamat dan objektif
modul dapat dicapai dengan jayanya.

6.1 Tenaga Pengerak (Penceramah dan Fasilitator)

Tenaga pengerak utama di dalam pelaksanaan modul-modul Pembangunan dan


Kepimpinan Pelajar ini merupakan kakitangan akademik iaitu pensyarah. Bilangan

10
pensyarah yang memberi komitmen sepenuhnya adalah terhad. Ini disebabkan
beban tugas hakiki pensyarah (syarahan dan penyelidikan) yang sedia ada
menyebabkan tugas dan tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti pembangunan
pelajar dipandang sepi. Di samping itu juga pelaksanaan program modul yang
dilaksanakan pada hujung minggu (sabtu dan ahad) turut menjadi faktor yang
mempengaruhi mereka khususnya yang tinggal jauh daripada kampus. Bagi
mengatasi atau mengurangkan cabaran ini, mahasiswa di peringkat Ijazah Sarjana
Muda telah dilibatkan dengan memberi latihan intensif untuk membantu di dalam
pelaksanaan modul diperingkat Diploma.

Selain itu juga cabaran yang dihadapi yang berkaitan dengan tenaga
pengerak ialah kemahiran menjadi fasilitator yang berkesan. Kekurangan fasilitator
yang terlatih menyebabkan tugas dan tanggungjawab untuk melaksanakan program
modul tertumpu kepada sebahagian pensyarah sahaja. Latihan yang diberikan
kepada pensyarah tidak menyeluruh disebabkan faktor bilangan pensyarah yang
ramai dan faktor kesesuaian masa serta tempoh masa yang terhad untuk memberi
latihan yang secukupnya. Hal ini dapat diatasi dengan melaksanakan program
latihan secara berterusan kepada setiap pensyarah yang terlibat dan ini akan
mengambil masa.

6.2 Penglibatan Peserta (Mahasiswa)

Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar merupakan program wajib kepada


semua mahasiswa UiTM. Kegagalan mereka untuk tidak terlibat dalam program ini
akan dikenakan tindakan tatatertib. Proses ini melibatkan tugas pemantauan,
tindakan susulan, perbicaraan dan juga kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan
proses tindakan tatatertib. Bagi mengurangkan kes-kes tatatertib berkaitan dengan
pelaksanaan modul ini, maka pihak pengurusan UiTM telah menekankan kaedah
hebahan yang intensif melalui pelbagai media seperti kain rentang (banner), edaran
risalah (pamphlet), poster dan buku panduan sebagai medium hebahan.

Disamping itu juga penglibatan mahasiswa turut dipengaruhi oleh faktor


pemilihan tarikh pelaksanaan modul. Perbezaan kaedah pengajian antara fakulti-
fakulti yang berbeza menyebabkan jadual aktiviti pelajar sukar untuk diselaraskan. Ini
jelas dilihat dalam kontek UiTM yang menawarkan kursus-kursus yang berbagai

11
’budaya’. Perlaksanaan modul ini dirancang untuk dijalankan pada hujung minggu,
tetapi pada waktu itu ada program pengajian yang juga merancang untuk
mengadakan kerja lapangan yang seterusnya menyukarkan perlaksanaan modul ini.
Bagi mengatasi masalah ini, koordinasi dan perbincangan dengan pegawai-pegawai
yang bertanggungjawab di setiap peringkat dilaksanakan.

6.3 Pelaksanaan Modul

Kandungan modul yang merangkumi pelbagai aspek dan bidang menyebabkan


pelaksanaanya mengambil satu tempoh yang agak panjang. Sesetengah modul yang
dilaksanakan memerlukan tempoh masa dua atau tiga hari penuh untuk
disempurnakan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan modul oleh pihak yang terlibat
diberi kebebasan darisegi tempoh masa selagi ianya masih melaksanakan
kandungan bagi modul tersebut. Ini disesuaikan dengan bentuk pelaksanaan sama
ada dalam bentuk ceramah atau aktiviti dalam kumpulan.

Darisegi penganjurannya pula, pihak yang terlibat tidak membuat


perancangan yang lebih awal. Ini menyebabkan kebanyakkan mereka melaksanakan
modul di penghujung semester. Perkara ini berlaku kerana sebahagian besarnya
daripada mereka tidak mempunyai pengalaman dalam penganjuran program modul
ini. Terdapat juga, sesetengah fakulti atau kampus negeri yang tidak melaksanakan
program modul.

6.4 Lokasi dan logistik

Dengan sumber dana yang terhad dan terbatas, hampir semua modul dilaksanakan
di dalam kampus. Pada masa yang tertentu, berlaku persaingan untuk mendapatkan
tempat untuk melaksanakan program. Bagi sesetangah kolej, fakulti atau kampus
negeri kemudahan yang sedia ada kurang sesuai untuk mengadakan ceramah atau
latihan dalam kumpulan. Masalah ini hanya dapat diatasi apabila kemudahan
ditempat-tempat tersebut dinaik-tarafkan pada masa akan datang.

Selain itu juga, kekangan kewangan membataskan penggunaan pelbagai


peralatan dalam melaksanakan latihan dalam kumpulan. Pada masa ini, hanya

12
peralatan asas seperti ’marker pen’, kertas manjung dan pita pelekat serta beberapa
bahan yang lain yang mampu disediakan oleh pihak penganjur.

7.0 Penutup

Modul Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar merupakan agenda penting UiTM di


dalam memastikan mahasiswanya memenuhi ciri-ciri holistik merangkumi
kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan oleh disokong kecerdasan
Spritual (ES) serta sahsiah peribadi unggul yang mencerminkan graduan bertaraf
dunia. Justeru itu, pelaksanaan dan penilaian madul ini secara berterusan perlu
dilaksanakan demi memastikan misi dan visi serta matlamat UiTM tercapai.

Rujukan:

Rancangan Malaysia Ke-9 Pembangunan Pelajar (Bahagian Hal Ehwal Pelajar):


2006-2010. Universiti Teknologi MARA.

Penstrukturan Universiti Teknologi MARA: 2001 – 2010.

Model Graduan Universiti Teknologi MARA. 2005. Pusat Pembangunan dan


Kepimpinan Pelajar, UiTM.

13

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai