Anda di halaman 1dari 10

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN


UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

BMW3032
WACANA AKADEMIK BAHASA
MELAYU

Kepentingan Penerapan dan Pembinaan Kemahiran Insaniah dalam


Kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


SITI NOR HALIMA BINTI PADDIH D20191087223
KUMPULAN KULIAH KUMPULAN F
NAMA PENGAJAR DR. MOHD FAIZ BIN IDRIS

PENERANGAN MARKAH
KERANGKA /12
FORMAT /9
BAHASA /5
PENYUNTINGAN /4
JUMLAH KESELURUHAN /30
1.0 Pengenalan

Kemahiran insaniah merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri pelajar untuk

memulakan kerjaya pada masa hadapan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2015),

kemahiran insaniah merupakan set kemahiran yang diperulukan untuk melengkapkan

pembentukan insan supaya seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal.

Kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berkomunikasi, berfikiran kritis,

kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan, kemahiran keusahawanan, moral

dan etika professional, dan kemahiran kepimpinan haruslah dipelajari dan dipraktikkan

sejak awal lagi sebagai persiapan diri mahasiswa dan mahasiswi sebelum memulakan

pekerjaan. Menurut Zamri Ibrahim (2012), melalui kajiannya beliau menyatakan

bahawa penguasaan kemahiran insaniah yang baik selain daripada pencapaian akademik

yang cemerlang akan dapat mencerahkan lagi harapan pelajar untuk menonjolkan diri

mereka sebagai calon modal insan yang berkaliber dan fleksibel.

2.0 Perenggan Isi

Terdapat beberapa kepentingan penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah (soft

skill) dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di institut pengajian tinggi iaitu:

2.1 Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis.

Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah (soft skill) dalam kalangan mahasiswa

dan mahasiswi di institut pengajian tinggi penting untuk meningkatkan kemahiran

menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran

umum dan nilai tambah yang diperlukan untuk pemantapan diri mahasiswa dan

mahasiswi. Hal ini dikatakan demikian kerana, kemahiran insaniah mampu membantu

mahasiswa dan mahasiswi untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan. Menurut Pua Poh Keong (2014), kemampuan berfikir kritikal
perlu sentiasa dipertingkatkan untuk membantu dalam menyelesaikan sebarang

permasalahan yang dihadapi seperti dalam keadaan yang kompleks, cemas, formulasi,

analisis, kategori, cadangan penyelesaian dan mendapatkan alternatif pada seseorang

yang berilmu dan berkemahiran sedemikian. Oleh hal demikian, jelaslah bahawa

kemahiran insaniah amat penting untuk diterapkan oleh mahasiswa dan mahasiswi di

institusi pengajian tinggi agar mereka mampu untuk berfikir secara kritis dalam

menyelesaikan masalah dengan bijak dan menentukan keputusan yang tepat.

2.2 Membentuk graduan yang berkualiti.

Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa di institut

pengajian tinggi juga dapat membentuk graduan yang berkualiti. Graduan yang

berkualiti bukan sahaja mempunyai nilai yang tinggi dari segi akademik dan sahsiah diri

tetapi juga kemahiran insaniah . Kemahiran insaniah dapat menghasilkan graduan yang

bersifat serba boleh dan mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi yang dihadapi.

Kesedaran penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar perlu dipupuk sejak

awal lagi kerana pentingnya bagi melahirkan bakal graduan yang berketerampilan dan

persediaan diri untuk dipasarkan kepada dunia pekerjaan yang serba mencabar pada

masa akan datang (Pua Poh Keong, 2014). Oleh itu, mahasiswa dan mahasiswi perlulah

memupuk kemahiran insaniah yang terdiri daripada kemahiran berkomunikasi,

pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan,

pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika

dan moral profesional, dan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka untuk menjadi

seorang graduan yang berkualiti tinggi.


2.3 Menjadi nilai tambah dalam menempuh alam pekerjaan

Selain itu, penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah merupakan nilai tambah bagi

mahasiswa dan mahasiswi dalam menempuh alam pekerjaan. Graduan yang memiliki

kemahiran insaniah akan lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan kerana majikan

akan memilih graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam pencapaian akademik,

malahan cemerlang secara holistik dan seimbang dalam pelbagai aspek. Menurut Mohd

Zamri bin Ibrahim (2012), penguasaan kemahiran insaniah yang baik selain daripada

pencapaian akademik yang cemerlang akan dapat mencerahkan lagi harapan pelajar

untuk menonjolkan diri mereka sebagai calon modal insan yang berkaliber dan

fleksibel, ia juga merupakan salah satu nilai tambah yang diperhatikan oleh bakal

majikan. Justeru, mahasiswa dan mahasiswi mestilah mempelajari dan mengamalkan

kemahiran insaniah sejak awal lagi sebagai persiapan diri untuk memasuki alam

pekerjaan yang sengit dan sukar.


2.4 Membangunkan kemahiran kepimpinan

Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah penting kerana ia mampu

membangunkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di

institut pengajian tinggi. Kemampuan membimbing dan mempengaruhi individu

haruslah diterapkan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang akan menjadi

pewaris kepada kepimpinan negara. Menurut Rorlinda Yusof (2014) komponen

kepimpinan perlulah disertakan dalam subjek-subjek pengintegrasian ciri dan

kemahiran kepimpinan pada setiap mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum menerusi

pendekatan kepimpinan merentas kurikulum. Hal ini bertujuan untuk memupuk sifat

kepemimpinan dalam kalangan siswa. Hal ini turut disokong oleh Nik Safiah Nik

Abdullah, Selamah Maamor, Norazlina Abd Wahab (2015), yang berpendapat bahawa

warga belia seharusnya bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk menyumbang idea,

masa dan tenaga ke arah pembangunan belia. Sesungguhnya, pembangunan belia

merupakan persiapan yang amat penting agar kepimpinan negara dapat dilanjutkan

dengan baik pada masa hadapan oleh peneraju yang seterusnya iaitu dalam kalangan

mahasiswa dan mahasiswi ini sendiri. Oleh hal demikian, mahasiswa dan mahasiswi

haruslah mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai program kepimpinan

yang dianjurkan oleh pihak universiti untuk mengasah nilai kepimpinan dalam diri

mereka.
3.0 Rumusan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan penerapan dan pembinaan kemahiran

insaniah (soft skill) dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di institut pengajian

tinggi. Kemahiran insaniah dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

dan berfikiran kritis, membentuk graduan yang berkualiti, menjadi nilai tambah dalam

menempuh alam pekerjaan, dan membangunkan kemahiran kepimpinan. Mahasiswa

dan mahasiswi mestilah menguasai tujuh elemen dalam kemahiran insaniah, iaitu

kemahiran berkomunikasi, kemahiran dalam menyelesaikan masalah, kemahiran kerja

berpasukan, kemahiran pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan

moral professional, dan kemahiran kepimpinan. Mahasiswa dan mahasiswi yang

memiliki ketujuh-tujuh elemen kemahiran insaniah tersebut sememangnya mampu

menyelesaikan sebarang masalah dengan cara yang terbaik kerana mereka mempunyai

daya pemikiran yang tinggi. Di samping itu, kemahiran insaniah membantu mereka

untuk berurusan dengan pelbagai pihak dan mengadaptasikan diri dengan pelbagai

situasi. Menurut Ghani Hamzah & Abdullah (2009), kunci utama dalam kejayaan

pengajian dan kerjaya seseorang adalah berdasarkan kepada kualiti pengetahuan,

keupayaan dan kemahiran umum yang dimilikinya. Oleh itu, jelaslah bahawa

penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa dan

mahasiswi di institut pengajian tinggi amat penting sebagai panduan untuk mereka

menempuh masa hadapan.


Rujukan

Ghani Hamzah, M.S., dan Abdullah, S.K. (2009). Generic Skills Needed to Produce
Human Capital with “First Class Mentality”. European Journal of Social
Sciences, 10(1), 102. Diperoleh daripada
https://www.scribd.com/document/51466180/ejss-10-1-11

Hajah Noresah Baharom. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zamri Bin Ibrahim. (2012). Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah dalam
Kalangan Pelajar Tahun Akhir Di Kolej Antarabangsa IKIP. Ijazah Sarjana
Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik), Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Diperoleh daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4230/1/MOHD_ZAMRI_BIN_IBRAHIM.p
df

Nik Safiah Nik Abdullah, Selamah Maamor, Norazlina Abd Wahab. (2015).
Pembangunan Belia Dari Perspektif Pengurusan Islam (Youth Development
From Islamic Management Perspective). Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship (GBSE), 1(2), 61-76. Diperoleh dariapda
http://gbse.com.my/isi16/GBSE%201(2),%2061-76%20(2015).pdf

Pua Poh Keong. (2014). Tahap Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar
Kejuruteraan Tahun Akhir Di Politeknik Kpm. Sarjana Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Diperoleh daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5359/1/PUA_POH_KEONG.pdf.

Rorlinda Yusof. (2014). Ciri-Ciri Kepimpinan Pelajar Pintar dan Berbakat: Implikasi
Ke atas Kepimpinan Remaja Islam (Leadership Characteristic of the Gifted and
Talented Student: Implication on Islamic Youth Leadership), International
Journal of Islamic Thought, 6, 57-70. Diperoleh daripada
https://pdfs.semanticscholar.org/0d91/9b098c64c36c5362ea17357bd6f58238ac9
0.pdf
Lampiran

Lampiran 1: Jurnal atas talian

Lampiran 2: Jurnal atas talian


Lampiran 3: Jurnal atas talian

Lampiran 4: Tesis/Disertasi atas talian


Lampiran 5: Tesis/Disertasi atas talian

Lampiran 6: Buku bercetak

Anda mungkin juga menyukai