Anda di halaman 1dari 3

merujuk kepada keyakinan diri atau kepercayaan terhadap diri sendiri iaitu

kemampuan dan keupayaan untuk menghadapi cabaran (Nazirmuddin Ahmad,


2005).  Dalam hal ini, semua profesion menekankan aspek keterampilan diri sebagai
salah satu aspek yang penting.  Dalam konteks profesion keguruan, keterampilan
guru pakar dapat dilihat menerusi personaliti dan keperibadian mereka. Perkara
tersebut dilihat menerusi cara berpakaian, akauntabiliti, kemahiran komunikasi positif
dan sebagainya (Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon, 2010).
Menerusi keterampilan yang ditunjukkan, guru dapat menjaga imej profesion
keguruan. Perkara tersebut secara tidak langsung mengangkat martabat profesion
keguruan  itu sendiri. Dalam hal ini, guru seharusnya menunjukkan contoh yang baik
kepada kepada masyarakat umum. Untuk meningkatkan keterampilan diri, guru
pakar boleh mengikuti pelbagai kursus berkenaan dengan penampilan diri yang
dianjurkan oleh badan tertentu. Namun demikian, terdapat dalam kalangan guru
yang tidak menjaga personaliti mereka dengan baik iaitu dengan tidak mematuhi
etika pemakaian yang telah ditetapkan. Tegasnya, guru pakar perlulah
meningkatkan keterampilan diri mereka untuk menjaga imej profesion keguruan.

Pada peringkat guru pakar, guru telah memperoleh kepakaran khusus dan
berkebolehan untuk mengurus perubahan secara cekap dan berkesan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016). Menurut Mok Soon Sang (2007), guru pakar
merupakan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Guru
pakar merujuk kepada usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
mengiktiraf guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang dalam
opsyen masing-masing. Untuk meningkatkan pembangunan kerjaya pada peringkat
ini, guru pakar perlulah mengikuti kursus yang dapat meningkatkan kepakaran guru
tersebut. Dalam hal ini, guru pakar boleh mengikuti kursus yang dianjurkan oleh
pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia terutamanya kursus yang melibatkan
perubahan kurikulum. Penyertaan guru pakar terhadap kursus sedemikian
membantu guru tersebut memperoleh input baharu yang sesuai dengan keperluan
semasa bidang pendidikan. Berdasarkan situasi tersebut, guru pakar menjadi
sumber rujukan bagi guru yang lain dalam bidang kepakaran tertentu. Cabaran yang
dihadapi oleh guru pakar untuk meningkatkan pembangunan kerjaya adalah
terdapat beberapa guru pakar yang tidak memberikan sumbangan signifikan
terhadap sekolah (Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, 2010).
Perkara ini menyebabkan kepakaran guru tersebut tidak dapat diaplikasikan untuk
meningkatkan prestasi sekolah. Jelaslah, guru pakar perlu mengikuti kursus yang
dapat meningkatkan kepakaran guru tersebut untuk meningkatkan martabat
profesion keguruan.
Secara holistik, peningkatan profesionalisme guru sama ada dari aspek
pembangunan kendiri ataupun pembangunan kerjaya amatlah penting dalam
meningkatkan profesionalisme keguruan. Peningkatan profesionalisme guru amatlah
penting ke arah merealisasikan aspirasi sistem pendidikan negara. Dalam hal ini,
guru sebagai individu yang memainkan peranan penting sebagai pelaksana dasar
kurikulum pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya menguasai pelbagai
kemahiran yang dianggap relevan dengan keperluan semasa. Profesionalisme yang
dimiliki oleh guru amatlah penting dalam usaha untuk melahirkan murid yang mampu
memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara ke arah pembentuk masyarakat
berminda kelas pertama. Profesionalisme dalam kalangan guru juga membolehkan
guru melaksanakan peranannya dengan lebih efektif. Oleh yang demikian, guru
sewajarnya melaksanakan aktiviti yang menjurus ke arah peningkatan
pembangunan diri dan juga kerjaya.

Ulasan

1.

Malay14 Mei 2020 12:55 PG

MANTAP CIKGU AFZAN

BALAS

Catat Komen

Catatan popular daripada blog ini


Langkah-langkah untuk Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya
- Mei 02, 2017
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menetapkan akses


sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara (Goay Teck Chong, Wong
Yew Hong dan Suraini Basir, 2013). Berdasarkan pernyataan tersebut, akses yang
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
menekankan aspek kesamarataan pendidikan dalam kalangan murid untuk
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Singnifikan dengan
kesamarataan peluang pendidikan terhadap setiap murid, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) juga turut menekankan aspek perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah. Perkara tersebut dapat dicapai menerusi interaksi dalam
kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Penekanan yang
diberikan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam
konteks perpaduan kaum adalah untuk mewujudkan identiti nasional dalam
kalangan murid. Identiti nasional tersebut dapat dicapai sekiranya murid m…
BACA LAGI
Laporan Temu Bual Mengenai Aspek, Kesan dan Implikasi
Kepelbagaian Sosiobudaya di Malaysia
- April 30, 2018
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Pada 16 Mac 2017, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan salah
seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, Sabah. Tujuan saya
melakukan sesi temu bual tersebut adalah untuk mengetahui berkenaan dengan
aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Perkara tersebut
b

Anda mungkin juga menyukai