Dipetik daripada :
http://reformasimindaguru.blogspot.com/2011/01/integriti-
guru.html
INTEGRITI GURU
Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata
masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata
masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti.
Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk
sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke
semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak
mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh
sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-
anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah
anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan
pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang
peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru melalui
tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan.
Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini
seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang
mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara
sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran apabila peperiksaan
semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.
Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di
samping tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan
sahsiah pelajar tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar
ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata
tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar
tersebut berada.
Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana
tugasan mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan
mereka mendidik sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai
kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah
pelajar.
Pepatah “Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari” perlulah difahami
maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah
tersebut iaitu sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri
tidak kira di mana sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun
dibelakang mereka.
Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-
guru. Jika sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait
dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu
merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana
sahaja.
Posted by Zulfadzli Haron at 1:51 PM
****************************************************************
Dipetik daripada :
http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?
file=/2008/5/16/KOLUM/Pendapat/Integriti_dan_autoriti_profesion_guru_tang
gungjawab_bersama&sec=mstar_kolum
Integriti dan autoriti profesion guru tanggungjawab bersama
Dipetik daripada :
http://diskusimatematik.blogspot.com/2012/03/nilai-bitara_17.html
Integriti
Artikel 1 : Nilai Bitara
Baru-baru ni ada kawan saya balik dari kursus Induksi. Dia dok cerita tentang
INTEGRITI. Kami pakat dengar saja lah. Semangat bukan main dia dok cerita.
Maklumlah orang baru balik induksi. Tak dengar dia kata kami tak integriti
pula. Kadang-kadang saya senyum saja bila dia dok cerita bab integriti tu. Tak
pa la. Setidak-tidaknya dia dah mula faham tentang integriti.
Sebenarnya, integriti itu apa? Integriti yang pernah saya dengar dalam kursus-
kursus yang saya pernah hadiri, banyak penceramah memberi makna menjurus
kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu yang
berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral
tinggi. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, seperti kita guru-guru ni dilihat
sebagai satu tugas berat, amanah besar dan memikul tanggungjawab besar
untuk melahirkan modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia
tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan sebagai landasan untuk mencari
kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri bukan organisasi,
menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah ( kalau dah jadi
cikgu, kita kena fahamlah..bukan saja mengajar di dalam kelas, banyak lagi
tugas yang kita kena buat. Jadi guru kokurikulum la, menganggotai
jawatankuasa itu la..ini la, dan macam-macam lagi..Kalau tidak jangan jadi
cikgu...pesan kat anak-anak no!!!) dan macam-macam lagi lah. Setiap guru
mesti bekerja dengan jujur, tekun dan rajin serta berdedikasi di samping
melayan murid-murid dengan penuh berertika dan berhemah. Pendek cerita,
seorang guru itu kena jadi seperti sepohon pokok. Pokok memberi khidmat dan
manfaat kepada semua. Contohnya, :
1. Pokok berbunga dan berbuah - dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan
2. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan
biji benihnya
3. Unggas, haiwan bertenggek selesa di dahannya yang selamat
4. Akarnya membantu menyimpan air dan hakisan tanah
5. Rimbunan dedaunnya menjadi tempat berteduh
Begitulah pokok. Bertarung dengan angin, sang ribut yang semberono, tetapi
angin dan ribut itu hilang dan kecewa dengan keutuhan pokok (umpama datang
godaan, kita masih tak lut...). Pokok tetap berdiri teguh siang dan malam.
Pokok tak pernah merungut. So, begitu teruk pun kerja kita, kita janganlah
merungut. Buatlah kerja itu dengan ikhlas dan jujur. SIBUK? Semua orang sibuk.
Jangan dok anggap kita saja yang sibuk. Apa yang penting pengurusan masa
harian kita. Dah tua? atau dah lama buat sesuatu kerja yang diberikan? Tak
mau buat kerja/tugasan yang diberikan? Lu fikirla sendiri...(pinjam sat kata-
kata Si Nabil Raja Lawak tu..) Selagi tak pencen, selagi bergelar guru dan selagi
kita masih dok makan gaji, makanye kita...kena buat kerja macam orang lain
juga la. Macam guru-guru lain juga, tak kira guru tua (maaf guru lama) atau
guru muda. Sama saja. Kalau "fed-up" jadi guru letak jawatan. Abis cerita. Tak
menyusahkan orang lain.Kita dah matang. Fikirlah...itu adalah kerja buat kita.
Kita yang pilih jadi guru. Jangan salahkan orang lain. Bidang inilah merupakan
tapak yang kita pilih untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal buat anak
isteri/suami/keluarga kita. Terimalah hakikatnya....So, janganlah dok
merungut dan marilah sama-sama kita menjadi seorang guru yang
BERINTEGRITI. "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...SELAMAT HARI GURU!!!!!!!
http://eyesnews.wordpress.com/2012/04/11/penilaian-integriti-pendidik-berterusan-
metro/
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia
(IIM), Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar
Mahmud dan Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, proses pemantapan integriti memerlukan
pembabitan dan usaha bersungguh-sungguh semua peringkat pengurusan pendidikan.
“Justeru, strategi dan pelan tindakan berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif
untuk memastikan tahap integriti warga pendidik sentiasa tinggi.
“Saya yakin kerjasama pintar sedia terjalin antara Institut Pendidikan Guru dan IIM
dikembangkan lagi untuk menyemarakkan amalan serta budaya integriti di kalangan
warga pendidik di negara kita,” katanya.
Beliau berkata, krisis ekonomi di Barat dan kemunculan kembali pemikiran menekankan
kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat menjadi peringatan semua
pihak tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan.
************************************************************
Dipetik daripada :
http://n9kini.com/jangan-pandang-ringan-soal-integriti-guru/
Jangan pandang ringan soal integriti guru
May 14, 2010 by admin
Filed under Berita Nasional
Warga pendidik digesa supaya tidak melihat isu integriti sebagai sesuatu yang remeh sebaliknya
konsep itu perlu perluaskan dalam amalan seharian terutamanya di sekolah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, dalam
usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling
berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.
Justeru, katanya, konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan
penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan
kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka.
“Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha kita untuk
mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu
memberi kesan yang mendalam kepada guru-guru.
“Kita yakin dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh integriti,
kita mampu melonjakkan tahap pendidikan negara,’’ katanya.
Hassan berkata demikian pada Majlis Penutup Seminar Integriti Warga Pendidik Peringkat
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah di Sekolah Menengah Teknik Juasseh di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah, Mat Rohani Kamar.
Hassan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah turut menyerahkan cek tajaan akhbar Utusan
Malaysia bernilai RM10,170 kepada 36 sekolah di daerah ini.
Cek itu kemudiannya diserahkan kepada Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 4, Kumpulan Utusan,
Zailani Md. Ali.
Hassan turut menjelaskan, tugas menyemarakkan integriti dalam masyarakat perlu dipikul oleh
semua pihak terutamanya warga pendidik.
“Kita mahu melihat supaya sekolah dijadikan sebagai tempat lahirnya golongan berintegriti
hasil didikan guru-guru. Kita yakin sekiranya komitmen ini diberikan usaha ini akan mencapai
matlamatnya,” katanya.