Anda di halaman 1dari 5

FAKTOR PRENATAL (SEBELUM KELAHIRAN)

Faktor prenatal adalah proses utama dan juga yang paling penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan seseorang anak semasa dalam kandungan ibu.
Faktor prenatal ialah faktor yang akan dilalui sebelum kelahiran seseorang anak.
Faktor ini berlaku baik sahaja pensenyawan antara sperma dengan ovum
sehinggalah kelahiran bayi tersebut dan tempoh ini berlangsung selama 38 minggu.
Proses ini dibahagikan kepada tiga peringkat utama, iaitu geminan, embrio, dan
fetus. Pada tahap ini, proses pembahagian semasa pembentukan organ-organ
dalaman dan fizikal adalah amat aktif. Oleh itu, dalam tempoh masa ini, kelakuan
dan amalan ibu yang mengandung perlu dijaga kerana ia mempengaruhi
pembentukan bayi dalam rahim.

Peringkat pertama yang dikatakan fasa geminan merupakan proses pembentukan


awal bagi otak dan organ utama. Peringkat ini adalah peringkat pembentukan zigot
yang mengambil masa selama dua minggu. Penyerapan zat-zat makanan akan
berlaku semasa pembentukan awal bagi otak dan organ utama. Ibu mengandung
digalakkan mengambil makanan berkhasiat yang mengandungi protein,
karbohidrat, calsium, iron, zat galian dan sayuran supaya proses pembentukan
organ ini akan berlaku dengan lancar. Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya
adalah disebabkan oleh faktor makanan yang kurang diberi perhatian kerana
tumbesaran seseorang bayi dipengaruhi oleh pemakanan ibu semasa mengandung.
Tanpa pengawalan serta penjagaan pemakanan yang seimbang, perkembangan
bayi dalam kendungan akan terjejas. Maka, ibu mengandung harus berhati-hati
dalam pemakanannya, kerana pengabaian boleh mengakibatkan bayi dalam
kandungan mengalami kecacatan.

Kefungsian jantung bayi dalam kandungan iaitu fasa embrio bermula pada minggu
keempat. Manakala, fasa fetus pula bermula pada bulan ketiga hingga anak dalam
kandungan itu dilahirkan dan organ utama serta jari tangan dan kaki juga akan
terbentuk sepenuhnya. Pada masa ini, seseorang ibu yang mengandung haruslah
menjaga keselamatan dan tingkah lakunya bagi mengelakkan kelahiran anak yang
mempunyai kecacatan terutamanya dari segi fizikal. Selain itu, seseorang bayi
dalam kandungan sekurang-kurangnya memerlukan dua jenis perlindungan, iaitu
cecair Amniotik dan sempadan plasenta yang dihasilkan oleh saluran darah yang
memisahkan sistem peredaran ibu dan janin. Kedua-dua perlindungan ini akan
membantu melindungi fetus daripada mengalami kecederaan fizikal serta
melindungi fetus daripada dimasuki benda asing yang menyebabkan kecacatan
pada bentuk janin mahupun tingkah laku dan kecerdasan otak. Walau
bagaimanapun, perlindungan-perlindungan tersebut tidak dapat melindungi janin
sepenuhnya semasa perkembangan bayi dalam kandungan daripada virus atau
bakteria tertentu, misalnya virus HIV/AIDS dan virus Rubela.

FAKTOR PERINATAL (SEMASA KELAHIRAN)

Faktor perinatal adalah dikatakan sebagai proses semasa kelahiran bayi iaitu pada
waktu bersalin. Selepas lebih kurang 38 minggu dalam kandungan ibu, bayi sudah
sempurna anggota tubuhnya serta bersedia ke alam baru iaitu dari rahim ibu ke
dunia. Proses kelahiran ini dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu pembukaan
serviks, kelahiran bayi, dan pengeluaran plasenta selepas kelahiran. Tahap proses
pertama adalah pembukaan serviks yang merupakan tahap yang paling lama iaitu
mengambil masa selama 10 hingga16 jam. Dalam tahap ini, wanita yang
mengandung akan merasai kontraksi secara berhenti-henti atau kadang-kadang
sepanjang dua bulan terakhir kehamilan. Tahap yang paling sukar dan paling sakit
sekali dalam proses melahirkan bayi adalah bahagian terakhir dan tahap ini
dipanggil transition. Pada masa ini, pihak hospital akan membekalkan ubat
pemenang bagi mengurangkan kesakitan tetapi ia sebenarnya memberi kesan
terhadap bayi terutama pada aspek kecerdasan otak.

Seterusnya, tahap kedua bermula apabila serviks sudah membuka sepenuhnya dan
berakhir dengan kelahiran bayi. Pada tahap ini, selain menggunakan tenaga
fizikalnya untuk mengeluarkan bayi, wanita juga perlu memberikan komitmen yang
tinggi kepada doktor dan jururawat yang bertugas. Hal ini kerana, proses kelahiran
akan menjadi lambat sekiranya mereka gagal dalam memberi komitmen.
Kebanyakan kes sebeginilah yang menyebabkan kesan negatif kepada bayi dari
fizikal dan mental.

Tambahan pula, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil segera sekiranya


bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan
kecederaan bayi. Ini adalah kerana, salah satu faktor anak dilahirkan dengan
kecacatan adalah disebabkan oleh faktor kelahiran tidak cukup bulan kerana
pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut semakin lambat berbanding dengan
bayi yang lahir normal.

FAKTOR POSNATAL (SELEPAS KELAHIRAN)

Faktor posnatal pula berlaku selepas kelahiran anak iaitu bermula pada saat
kehidupan selepas ke dunia sampai pada dua tahun atau lima tahun kehidupan
seseorang anak. Proses ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti gizi
pemakanan, penyakit, keadaan sosial dan ekonomi, musim, dan lain-lain lagi.

Tahap ini merupakan tahap awal pertubuhan dan perkembangan seseorang kanakkanak. Oleh itu, gizi pemakanan perlu diamalkan pada masa ini. Hal ini membantu
serta memudahkan perkembangan anak yang sempurna dari segi fizikal dan
mental. Kanak-kanak harus mengambil makanan yang dikatakan kualitatif seperti

makanan yang mengandungi protein, karbohidat, lemak, mineral, dan vitamin.


Contohnya, kanak-kanak memerlukan susu sejak kecil. Susu bukan sahaja
mempunyai khasiat nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan
otak kanak-kanak, susu juga mempunyai kalsium yang diperlukan oleh kanak-kanak
untuk pembesaran serta menguatkan tulang dan gigi.

Di samping itu, penyakit seperti demam kuning selepas kelahiran yang semakin
menular juga merupakan salah satu faktor menyebabkan kecacatan pada diri
kanak-kanak. Penyakit sebegini tidak menunjukkan kesan pada masa tersebut
tetapi akan memberi kesan pada masa akan datang. Hal ini menyebabkan
kebanyakan anak kurang upaya tidak dapat dibantu kerana sudah terlambat untuk
mendapatkan rawatan.

FAKTOR-FAKTOR YANG LAIN

FAKTOR ENDOGEN

Faktor endogen adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan


perkembangan dalam diri inidividu atau dikatakan sebagai faktor baka. Contohcontoh faktor endogen adalah seperti baka, pemakanan, kesihatan ibu,
pengambilan dadah dan alkohol, tabiat merokok, faktor Rh darah, kesan X-ray,
emosi ibu, umur ibu, kehadiran teratogen dan sebagainya.

Menurut Bluss dan Pidmin (1997), faktor baka atau genetik dari segi fizikal akan
diwarisi oleh anak yang dilahirkannya. Sekiranya, ibu bapa atau ahli keluarga yang
terdekat mengalami kecacatan dari segi fizikal mahupun mental, kemungkinan
besar anak yang dilahirkan alan mengalami kecacatan tersebut. Selain itu,
komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat juga merupakan salah satu faktor
endogen yang membawa kecacatan kepada anak. Berdasarkan kajian pakar-pakar
perubatan, ibu-ibu yang mengandung pada usia yang sangat lewat, iaitu 40 tahun
ke atas berisiko untuk melahirkan bayi Sindrom Down atau terencat akal.

Tambahan pula, wanita hamil yang mengambil dadah, alkohol dan merokok akan
melahirkan anak yang cacat dan terencat akal. Tiada jumlah selamat banyak mana
alkohol boleh diminum semasa mengandung. Pengambilan alkohol akan
menyebabkan kecacatan mental, kecacatan jantung, anggota badan, dan sendi.
Selain itu, sekiranya ibu yang mengandung merokok, bayi akan mengalami

kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut dan ini boleh menyebabkan
kecacatan otak kepada anak.

Seterusnya, kesan X-ray semasa mengandung juga menyebabkan kecacatan akal,


tempurung kepala, buta, dan sebagainya. Kehadiran teratogen juga adalah amat
bahaya kepada janin dalam kandungan kerana ia boleh membantutkan
pertumbuhan organ utama. Dari segi tekanan psikologi, pengeluaran hormon
adrenalin berlebihan yang memasuki saluran darah janin akibat tekanan psikologi
yang dialami oleh ibu-ibu yang mengandung boleh menjejaskan pertumbuhan janin
dalam kandungan.

FAKTOR EKSOGEN

Faktor eksogen adalah berkaitan dengan luar diri individu iaitu faktor persekitaran.
Faktor ini termasuklah yang merangkumi faktor pemakanan, keluarga, tempat
tinggal, dan sebagainya.

Faktor keluarga memainkan peranan yang penting dalam kelahiran seorang anak ke
dunia ini. Bagi mengelakkan sebarang gangguan sama ada dalam pertumbuhan
fizikal mahupun mental, pemerhatian dan kasih sayang ahli keluarga semasa
pembesaran dan perkembangan anak amat diperlukan. Manakala, tempat tinggal
juga harus selesa, kondusif, serta selamat. Gangguan seperti pencemaran air,
udara, bunyi, dan sebagainya akan membawa kesan negatif yang akan
menyebabkan kecacatan pada pertumbuhan anak.

Penyebab Gangguan genetik


Penyakit genetik pada manusia yang disebabkan karena kelainan pada gen atau
kromosom. Kerusakan tersebut dapat disebabkan oleh mekanisme berikut:

Mutasi: Ini adalah perubahan diwariskan mendadak dalam urutan


nukleotida gen.
Aneuploidi: Aneuploidi disebabkan ketika ada jumlah abnormal
kromosom pada organisme. Hal ini bisa disebabkan oleh hilangnya
kromosom (monosomi) atau adanya salinan tambahan dari kromosom
(trisomi, tetrasomy, dll)
Delesi: Hilangnya bagian dari kromosom seperti dalam kasus sindrom
Jacobsen.

Duplikasi: Duplikasi dari bagian kromosom yang menghasilkan jumlah


ekstra materi genetik.
Inversi: Pembalikan dari urutan nukleotida karena sebagian kromosom
telah patah, sempat terbalik dan disambungkan di lokasi asli kromosom.
Translokasi: Ketika ada bagian dari kromosom telah mendapat
ditransfer ke beberapa kromosom lainnya. Terkadang translokasi dapat
terjadi antara dua kromosom, dalam hal ini mereka pertukaran segmen
kromosom. Namun, dalam beberapa kasus sebagian dari kromosom
mungkin hanya bisa melekat pada kromosom lain.

Jenis Gangguan genetik

Gangguan genetik dominan Autosomal: Gangguan ini disebabkan


ketika seorang individu telah mewarisi gen cacat dari orang tua tunggal.
Gen ini rusak milik autosom. Seperti warisan yang juga dikenal sebagai pola
dominan autosomal dari warisan.
Gangguan genetik Autosomal resesif: gangguan tersebut
memanifestasikan hanya ketika seseorang telah mendapat dua alel rusak
dari gen yang sama, satu dari setiap orangtua. Kelainan genetik ini
diwariskan melalui pola resesif autosomal dari warisan.
Gangguan Sex-Linked: Ini adalah gangguan yang berhubungan dengan
kromosom seks atau gen di dalamnya.
Gangguan genetik Multi-faktorial: Gangguan tersebut adalah hasil dari
faktor genetik serta lingkungan.

Anda mungkin juga menyukai