Anda di halaman 1dari 20

ISU PROFESIONALISME GURU: ARTIKEL YANG DIULAS

Ulasan artikel-profesionalisme guru

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan
tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan
tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan
tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan,
pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan
Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya
Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain – lain lagi yang bertujuan
ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah
diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion.

Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang :
Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan, menyatakan sistem
pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang
berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik
dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion
keguruan.  

Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan pemartabatan


profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya guru yang diiktiraf
sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang mendapat perhatian masyarakat
berikutan ledakan kemajuan negara ketika itu menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang
berasaskan kemajuan infrastruktur, teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan.
Namun kini, telah berubah apabila kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar
lepasan SPM. Pada setiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat.
Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Hal ini
ekoran kesukaran para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan
mereka. Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul
dan dijamin kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan dan
mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu sesuai
dengan arus globalisasi.

Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk
membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012)
menyatakan, menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas.
Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion
haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama, mereka golongan profesional yang
pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu
tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan
penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang
menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.
Kemudian mereka golongan  pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa
autonomi semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan
serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran
kewangan semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli
satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal
mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod
etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan
bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.

Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996)  merumuskan secara ringkas
konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah pasti bahawa
kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang
menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.

            Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada
zahirnya, tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk diketahui
dan difahami. Pertama konsep perguruan dan kosep keguruan. menurut Kamus Dewan
(1989), konsep perguruan diertikan sebagai pengajaran, misalnya kepada guru pelatih, pelajar
dan sebagainya. Konsep keguruan adalah perkara yang berkaitan dengan guru seperti
peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Kemudian, konsep profesion keguruan dan konsep
profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan (1989) juga, konsep profesion keguruan adalah
pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
Manakala, konsep profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang tnggi dan latihan khas.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang
profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran
yang diajarnya. Ciri seterusnya, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang
bermutu tinggi. Ciri ketiga, ialah terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan
membimbing murid. 
Perkembangan

            Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif
yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan
perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan
profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan
meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk
menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada
fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan
cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon Guru
Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan
berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti
pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan
cara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal
perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi
temuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu
yangmempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik,
perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut
juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen perguruan
sebagai pilihan terakhir mereka.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah


memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah
permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang
terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran
merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis
panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu
dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang
diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu
sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu
sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan
sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak
akan berlangsungdengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti
kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang
diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang Muhyiddin,
beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion keguruan ialah
program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya menjelang 2015, kita akan
mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah.
Menurut Noriati et al. (2010) KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan
pelbagai program pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang dikendalikan
oleh KPM adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program ini
memsiswazahkan guru-guru sekolah menengah dan merupakan program khas KPM yang
telah dimulakan pada tahun 1999. Program ini melibatkan kerjasama antara IPTA (Institut
Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut Pendidikan Guru). Namun begitu, PKPG telah
ditamatkan ambilannya pada tahun 2006 setelah Keputusan Jemaah menteri yang berkaitan
Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan ambilan terakhir
pelatih seramai 1500 orang dalam PKPG penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun
2006. Kedua, Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini khsusus ditawarkan
kepada guru-guru sekolah rendah untuk memberikan peluang kepada mereka menyambung
pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). Program ini bermula
dengan ambilan November 2008. Program yang menggunakan mod Kursus Dalam Cuti
(KDC) adalah tempoh pengajiannya selama 4 tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang
mengikuti program PGSR akan mengikuti pengajian hanya pada waktu cuti sekolah dan pada
hari-hari lain mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa. Seterusnya Program Khas
Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki dalam
memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah. Program yang dijalankan secara
kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim ini merupakan program
pengajian selama 3 tahun.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion
keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan untuk
perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor perkhidmatan yang lain.
Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa
guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga
keputusan kerajaan mewujudkan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal
memegang gred tertingi dalam perkhidmatan awam. Semua ini sepatutnya boleh dilihat
sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion
keguruan.

            Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem


pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sistem ini
adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem
pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan
Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara tujuan SKPM adalah satu inisiatif yang
memberikan fokus kepada pemantapan profesionalisme tenaga pendidik di sekolah yang
dapat meningkatkan standard kualiti pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan. Seterusnya ia
sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap kecemerlangan pada sekolah dapat dilakukan.
Sistem ini juga bertujuan supaya peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan
sekolah yang bermatlamat akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid.
            Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang yang
dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan
adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan
peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat kepada sistem latihan
perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat
perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf maktab perguruan menjadi
Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang selama ini melatih guru di peringkat
Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah berubah apabila guru-guru lepasan Institut
Pendidikan Guru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai
bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada
tahun 2006. Menurut Noriah et al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru
siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan
pogram ijazah.

Implikasi

            Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan  yang
jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan
perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sanagat perlu,
berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang
mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara.
golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal
insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan
memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga
adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.  
            Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat membuatkan
kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai telah dilengkapi
dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru.  Guru yang profesional
mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai
integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau
pelajar yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan
merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid
untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan
murid yang berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik.
            Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada masyarakat.
Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi
guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam masyarakat.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu
pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap
masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu
pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian
mereka. 

Cadangan

            Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara, maka
penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk melaksanakan
penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik dan bernas. Terdapat
banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang boleh diambil. Antaranya,
pertama kursus peningkatan profesionalisme. Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini
hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, misalnya Kursus Dalam
Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

            Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan
meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting untuk
membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik membawa
konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri
sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika
seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi
profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme
guru.

            Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Guru
harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan
pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam
bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas
seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mereka dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian
kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
(Mok Soon Sang, 1996)

            Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang
memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji.
Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat
pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar,
rajin lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam
etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama
diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang
guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga
harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui
cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan
yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah


perkembangan kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development and
Learning (1974) dalam Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada
persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang dipegang oleh seseorang individu
tentang dirinya. Maka, konsep ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seorang
individu dalam alam sekitar sedikit sebanyak mencerminkan konsep dirinya.

Cadangan seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab ini
dikendalikan oleh semua golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan professional
guru-guru temasuklah guru-guru pelatih yang menjalani latihan  dalam sesebuah kawasan.
Menerusi badan ini bolehlah dikelolakan seminar dan bengkel tentang pengajaran dan
perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan. Guru-guru juga boleh mendapat saluran untuk
berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang mereka sama-sama alami,
seperti pengajaran untuk KBSM. Dengan wujudnya kelab ini khususnya guru pelatih, maka
dapatlah mereka sokongan dan bimbingan daripada rakan-rakan sejawat atau yang
berpengalaman dalam perkara-perkara tertentu. Seandainya segala usaha tersebut
dilaksanakan, maka ia dengan sendirinya akan menggalakkan perubahan yang besar dalam
sistem pendidikan kita. Ia meminta guru-guru memikirkan bersama-sama dengan pembuat
dasar di Kementerian Pelajaran cara-cara untuk merubah dan meningkatkan mutu pengajaran
di sekolah-sekolah.(Robiah Sidin , 1994).

Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan kepakaran
dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat yang sama dengan
pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan. Guru
yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan dengan aman dan harmoni kerana
mereka boleh berkerja bersama, saling bantu membantu dan sebagainya dalam meningkatkan
kecemerlangan sekolah dan warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan
dan kesanggupan guru berkongsi  kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti
dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya. Menurut mereka lagi,
untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai kesedaran diri yang tinggi dan
bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti persekitarannya.
Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program Dalam Latihan atau juga
dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian kepakaran bukan sahaja boleh
dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi dengan komuniti pendidikan yang
lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri
sebagai fasilitator atau penceramah dalam kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru
berkongsi kepakarannya bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan Ahmad,
2012).

Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya refektif
perlu lebih diperkukuh.  Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul
tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan reflektif adalah sangat penting dalam
pembentukan profesionalisme keguruan. amalan ini akan bertindak serta mempunyai
hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta membentuk peribadi professional
dalam diri setiap guru. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan pendedahan amalan
reflektif kepada murid supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang analitikal, kritis,
dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.
                             

Rumusan
           
Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting
kerana ia memberi kesan positif  atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang
berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan.  Dapat dilihat,
semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan
profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya
sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang
dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik
yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang
adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru
yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion
keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana
kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan

1.0 Pendahuluan
Falsafah pendidikan negara ialah salah satu daripada elemen yang menjadi asas kepada seorang
guru atau pendidik menjalankan aktiviti pembelajarannya. Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang
mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal
daripada bahasa Arab ‘‫ ’فلسفة‬yang juga berasal daripada perkataan yunan yang bermaksud "cinta
kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

 Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas


 Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Namun demikian, menurut Syed Ismail Syed Mustafa dalam bukunya yang


berjudul Pengantar Pendidikan, falsafah secara amnya boleh dijelaskan sebagai
pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau
pandangan ini dihasilkan dalam daripada usaha kajian ahli falsafah dalam satu
kajian yang saintifik, logikal dan sistematik. Tujuan falsafah ialah untuk mencari serta
membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-
perkara penting dalam kehidupan.

Falsafah pendidikan kebangsaan dijadikan asas oleh seorang pendidik


menjalankan apa jua jenis aktivit pendidikan di dalam Malaysia. Seorang guru,
menurut Kamus Dewan (1970), membawa maksud pendidik,pengajar, dan
pengasuh menjalankan aktivit pembelajarannya samada di dalam atau di luar kelas,
formal atau tidak formal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

Pengajar ialah seorang yang akan menjadi petunjuk kepada orang


lain,manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan
mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan
bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat
belajar, pengajaran dam pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat berkait rapat dengan profesion


perguruan. Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang
amat mancabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka
dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengolahan sumber,
pengurusan dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid , 1995).
Justeru, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan, sudah pasti
menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar.

Tidak dinafikan terdapat banyak tanggapan umum masyarakat yang lazimnya


berpaksikan fakta dan analisis yang salah mengenai profesionj perguruan ini.
Tanggapan masyarakat yang klise menjelaskan beban dan tanggungjawab seorang
guru masakini sudah tidak mencabar dan menarik bagi golongan muda
menceburkan diri dalam bidang ini. Malah tidak dinafikan ada yang melihat sekolah
sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada
kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak
diduga (Abdul Shukor , 1996).
Di samping itu , guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap
yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti
kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan
seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu
termasuklan kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak
serta teori penyampaian pelajaran. Selain itu, guru harus mengetahui cara dan
kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat
memahami apa yang disampaikan olehnya.

Guru yang baik bukan saja berkesan dalam bilik darjah, malah
bertanggungjawab sebagai pengganti kepada ibubapa, menjadi penasihat dan
kaunselor kepada murid seterusnya menjadi role model yang baik kepada
masyarakat.

2.0 DEFINISI KONSEP


Rajah 14; Model Konseptual Pendidikan Guru. ‘m/s42, Pengantar Pendidikan Jun 2011’

Rajah 14 diatas ialah menunjukkan Model Konseptual Pendidikan Guru dan ia


dirangka berlandaskan dasar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Model ini
bertujuan untuk mendidik, menghasilkan dan meneruskan legasi guru yang
mempunyai sifat dan akauntibilit di bawah tiga dimensi utama iaitu,

 Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan


kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama

 Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen


perubahan.

 Kendiri : Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya


ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini
merangkumi tiga aspek asas iaitu :

 pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan


dalam kehidupan.

 kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan


pelajaran denga tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

 Nilai yang merujuk kepada amalan nilia-nilai murni, perlakuan guru yang penyanyang,
berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika
profesion keguruan.

Dengan berlandaskan model-model ini, ketiga aspek ini disepadukan dalam


semua disiplin dan program perguruan yang telah dan akan dirancangkan dari masa
ke semasa. Disamping itu juga, model ini turut memberi perhatian kepada
perkembangan guru secara seimbang dari aspek rohani, emosi dan jasmani serta
juga selaras dengan matlamat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Model Falsafah Pendidikan Guru ini ialah tunjang yang kuat yang disusun
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang secara akarnya boleh
dikonklusikan sebagai satu misi membentuk guru dibawah objektif yang berikut;

 menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social, dan amalan
tingkah laku

 menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan.

 berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan


Pendidikan dalam abad ke-21.

3.0 LITERATURE REVIEW (RUJUKAN LALU)


Secara umumnya pendidikan merupakan sebarang jenis aktiviti yang berkaitan
dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,kerohanian dan jasmani
manusia. Namun demikian, penafsiran pendidikan ialah subjektif dan berbeza bagi
setiap individu. Ia berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugas.

Menurut Kamus Dewan ‘profesian’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang


memerlukan pendidikan dan kecekapan yang tinggi dan latihan yang khas. Bidang
perguruan boleh diklasifikasikan sebagai profesion sebaris dengan bidan pekerjaan
bertaraf tinggi seperti bidang perundangan dan perubatan. Mok Soon Sang
menjelaskan secara ringkas konsep profesionalisme berdasarkan ciri-ciri perkataan
itu sendiri yang berbunyi,’ suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur,
dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggim, mempunyai autonomi ketika
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.’

Plato (427-347 SM) merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka pada
zaman Yunani mengutarakan pendapat bahawa pendidikan ialah suatu proses untuk
membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat gurunya
Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan
yang baik. Jadi, proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta
setia dan mematuhi undang-undang negara. Confucius, seorang tokoh pendidik dan
ahli falsafah menegaskan bahawa pendidikan adalah proses untuk kesempurnaan
tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku. Ia penting
untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.Pelajarnya
perlu menghafal Buku Syair, Buku Sejarah, Buku Elemen, Buku Upacara dan Buku
Annals. Murid diajar mengikut kebolehannya.

Abdul Shukor (1996) menyatakan bahawa terdapat pelbagai tanggapan dan


dakwaan berhubungan denga profession keguruan dewasa ini. Sesetengah ahli
masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang
tidak mewujudkan profesion keguruan yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang
melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan
tugas dan adakalanya tugas ini bukan yang terancang tetapi muncul dari situasi
yang tidak diduga.

Jean Jacques Rousseau (1712-1778), seorang pendidik di negara Eropah,


pula berpandangan bahawa pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan
bermula dari kanak-kanak kecil. Dalam proses ini, segala kebolehan semula jadi
lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi.

Wang Shouren (1472-1528) berpendapat bahawa pelajar perlu menggunakan ilmu


intuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam
sekitar. Beliau menentang menghukum kanak-kanak dengan mengurung dan
mendera sebagai pendekatan pengajaran.

Menurut Lieberman (1956).Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu


bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan
ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati
autonomi individu dan kumpulan ,mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai
tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.

Selain itu, Ibrahim Ahmad Bajunid,(1995), berpendapat profesion keguruan


merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar.Tenaga pengajar
dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam
proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat
pendidikan.

Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh yang cenderung ke arah pendidikan di atas, kita


dapat menjelaskan mengapa ialah hampir mustahil untuk menjelaskan definisi yang
kunklusif berkaitan dengan istilah perguruan ini. Kamus Dewan (1970) memberikan
maksud guru yang bererti pendidik,pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan
lebih mendalam lagi,pendidik bermksud orang yang memelihara dan melatih .
Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara,menjaga dan mendidik.
Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang
menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar,
pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan
dengan guru.

Berdasarkan pentafsir-pentafsir pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli


pendidikan, kita dapat merumuskan konsep pendidikan seperti di bawah :

“Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan
fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran,
kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman mereka supaya dapat member
kegembiraan, faedah, dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan
mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bage faedah diri serta
masyarakat, bangsa, dan negaranya.”

AKAUNTABILITI GURU DALAM


MEREALISASIKAN TIGA DIMENSI
Kamus dewan dwibahasa memberikan maksud bagi perkataan ‘akauntibilit’ sebagai
tanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab melakukan sesuatu.
Maka, jika dipandang dari sudut pandangan kajian, akauntibiliti bolehdirumuskan
sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Model konseptual pendidikan guru ini mengutamakan akauntabaliti guru kepada tiga dimensi utama
iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program
yang dirancang seperti berikut:

 Ketuhanan - menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan


yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

 Kemasyarakatan - Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen


perubahan kepada masyarakat dan juga Negara

 Kendiri - Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan


budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Akauntabiliti guru boleh dihuraikan dalam beberapa bidang tugas termasuk diri
yang dikenal pasti seperti berikut:

1. Bidang pekerjaan

Sebagai seorang pendidik, guru bertabggubgjawab terhadap pekerjaannya,


iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk
melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum sekolah secara
mendalam supaya dapat melaksanakannya dengan sempurna tanpa
sebarang kesilapan. Pendek kata, kerja pengajaran mengikut kurikulum yang
ditugaskan ialah salah satu akauntabiliti guru terhadap bedang pekerjaannya.

2. Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbir sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar di dalam kelas, guru juga dekehendaki menjalankan tugas-tugas
yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiausaha peperiksaan,
pengerusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik
oleh pihak pentadbiran sekolah.
3. Tingkah laku kendiri

Tingkah laku guru merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu,
guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan
kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa
berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa,
sentiasa menepati masa, rajin, dan mempunya sikap positif terhadap tugas-
tugas yang diamanahkan. Pendek kata, bertindak seperti guru dan bertutur
seperti guru.

4. Murid

Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya
terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja,
tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Hal ini meliputi
pelbagai aspek perkembangan potensi dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani supaya murid-murid menjadi insane yang berilmu pengetahuan,
bermoral tinggi, harmonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai
akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid
diajarnya.

5. Profesion

Sebagai seorang professional, guru pula mempunyai akauntabiliti terhadap


profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion
keguruan dengan member perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti
mengajar murid-murid dengan cekap dan dedikasi sepaya setiap murid yang
diajar akan berjaya mencapai keputusan akademik yang diharapkan. Dengan
hal ini, guru hendaklah senantiasa berazam menambah ilmu pengetahuan
dan memahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan
tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu
usaha untuk menepati akauntabilinya terhadap profesionalisme keguruan.

Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan


tanggungjawab mereka mengikut cita dan matlamat sekolah, murid, ibu bapa,
masyarakat, dan negara. Adalah diharap agar kaum guru dapat menjalankan tugas
masing-masing dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras
dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang, sekolah, tingkah laku, murid, dan
profesion keguruan.

Berikut merupakan huraian-huraian ringkas mengenai akauntabiliti guru


terhadap negara, pendidikan, pelajar, dan ibu bapa serta diri sendiri.

Akauntabiliti Guru terhadap Negara

1. Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat Falsafah Pendidikan


Negara dan Rukun Negara dengan jelas
2. Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna

3. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan


mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat

4. Mengeratkan persefahaman dan bekerjasama dengan ikhlas dalam kalangan


guru serta ibu bapa muridnya

5. Member sumbangan secara sukarela kepada masyarakat dan negara

6. Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi
mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara

Akauntabiliti Guru terhadap Program Pendidikan

1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran


yang diajar

2. Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan


dengan mata pelajaran yang diajar

3. Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan


untuk meningkatkan prestasinya dalam aktiviti pengajaran

4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya


mencapai objektif pelajaran secara maksimum

5. Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat belajar dengan
tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul

Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Hal ini
termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan

2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan, dan keselamatan murid-murid daripada


hal yang lain

3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor


jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan, atau agama

4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa membina


hadiah atau bayaran

5. Member contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa,
dan bersopan santun semasa bertugas
Akauntabiliti Guru terhadap Diri Sendiri

1. Mengawal kesihatan badan diri sendiri sepaya dapat menjalankan tugas


dengan sempurna

2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa

3. Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana sepaya pendapatannya adalah


seimbang dengan perbelanjaan harian

4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas.


Hal ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks

5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa


yang berlaku di sekeliling melalui surat khabar, radio, dan televisyen serta
internet

6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan
mengisi masa lapang yang berfaedah

4.0 IMPLIKASI TERHADAP KERJAYA GURU

Falsafah Pendidikan Guru yang dibincangkan dalam tajuk lepas akan menentukan
arah haluan, asas dan bertindak sebagai sumber inspirasi kepada matlamat dan
pendidikan guru:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjungjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif, dan berdisplin.”

1. Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan khas khususnya dalam


matapelajaran KBSR serta pengetahuan ikhtisas perguruan.

Seseorang guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan


pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan tugas
seseorang guru dalam menyempurnakan misi mereka di dalam bilik darjah.
Sebagaiman yang kita ketahui, matlamat KBSR itu sendiri dibentuk berlandaskan
konsep pendidikan umun, iaitu pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsip-
prinsip dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru KBSR juga perlu
mensimulasikan aktiviti-aktiviti yang akan menyebabkan murid-murid memperolehi
kemahiran berfikir, mengajar murid-murid mencari maklumat sendiri, dan cara-cara
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang akan membantu mereka untuk
menghadapi dunia sebenarnya.
2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Flasafah
Pendidikan Guru,

Kehendak lain yang perlu dihayati adalah dengan mengamalkan pengajaran dan
pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya
mengembangkan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa,
menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi
kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan
yang elok dan seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat. Di dalam sebuah
masyarakat yang membangun, guru juga diharapkan menjadi agen pembaruan bagi
masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu
pengetahuan kepada generasi baru kearah yang ingin dibentuk oleh masyarakat.

3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri
dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

Berikutnya, menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan
kepada diri dan pelajar. Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab
guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah
sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-
bagai aspek perkembangan dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani supaya
murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis
dan seimbang. Oleh yang demikian, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-
kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk
kemajuan negara pada masa depan.

4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai guru yang sentiasa


mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan
pendidikan dan masa depan.

Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang


sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan
pendidikan dan masa depan. Dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh
dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Oleh
yang demikian, akauntabiliti guru boleh dihuraikan dalam beberapa bidang tugas
seperti bidang kerajaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesionnya. Bagi
memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan pula, seseorang guru
haruslah sentiasa mencari ilmu dan mengaplikasikanya untuk tujuan yang positif
kepada anak muridnya. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan
berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional antaranya: guru
harus mempunyai sifat ingin tahu kerana ia akan mendorong mereka berusaha
menambahkan pengetahuannya. Guru ini akan selalu mempelajari dan
menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering berubah-ubah, baik daripada
kurikulum mahupun kaedah mengajar, demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru
yang bersifat profesional.

5. Menggunakan seluruh ilmu untuk merangsang perkembangan pelajar.


Akhir sekali, guru juga perlu menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai
keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar. Guru adalah pendidik dan
pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu
pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Peranan yang dimainkan
oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya. Selain menyebar ilmu,
segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh
yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional
dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi
akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai keguruan
yang boleh merangsang seseorang murid adalah dengan mempunyai sifat dan
kualiti peribadi seperti baik hati. Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru
amat dihargai oleh murid-murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang
tenteram, yakin dan senang hati. Selain itu, sifat jenaka juga dapat mengubah
suasana di dalam bilik darjah. Hal ini akan membawa suasana riang gembira kepada
murid-murid. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh
muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini adalah
merupakan kondusif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat
jenakanya, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan lebih menarik dan
berkesan.

6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, untuk menjadi seorang guru yang professional, seseorang itu
haruslah berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan
mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi
pelajar. Di samping itu, seorang guru yang baik sentiasa mengamalkan nilai-nilai
keguruan dan etika profesion keguruan.

Seorang guru yang baik juga haruslah mempunyai sikap terbuka dan sedia
berubah demi untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat, sanggup menerima
kritikan dan tidak mudah naik angin jika ditegur oleh sesiapa sahaja walaupun murid
sendiri. seorang guru yang baik tidak akan mudah melenting dan sedia untuk
berbahasa jika mendapat kritikan yang berlawanan dengan fahaman dan
pengalaman diri. Seorang guru yang baik dapat mengubah dan mengawal situasi
dalam masa yang terpantas. Di dalam kelas, guru yang baik dapat menguasai
kemahiran momunikasi dan interpersonal. Selain itu, seseorang itu harus cekap
melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. Maka,
seseorang itu mempunyai ciri-ciri guru yang professional.

Sebagai kesimpulan, guru memainkan peranan yang proaktif bagi memdidik


generasi yang akan datang agar generasi muda dapat menerajui kepimpinan negara
pada masa yang akan datang. Oleh hal yang demikian, guru ibarat lilin yang
membakar diri dan menerangkan orang lain. Guru mencorakkan generasi yang
berkain putih dengan pelbagai nilai murni. Jadi, dengan adanya benteng moral yang
ampuh, maka, mereka dapat menjauhi diri daripada melibatkan diri dalam gejala
sosial yang semakin berleluasa di dalam negara kita
Guru perlu mendidik murid-muridnya supaya menjawab soalan dengan amanah dan berhati-hati ketika
menduduki kertas peperiksaan, tanpa boleh meniru jawapan orang lain atau mengambil sumber maklumat
daripada bahan-bahan bacaan yang tidak dibenarkan. Ini akan dapat membiasakan mereka melakukan
sesuatu tanpa bantuan orang lain. Petunjuk yang ketiga ialah Akauntabiliti, Mengikut Kamus Dwibahasa ,
perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab
terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak
untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil. 

(KamusDwibahasa) Akauntabiliti bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru
terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di
atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,
dan profesion keguruan amnya. Ia juga bermaksud perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh
pengetua atau guru besar mengikut masa yang telah ditetapkan. Contohnya program yang perlu dijalankan
adalah selama sebulan, guru perlu menyediakan kertas cadangan, merancang aktiviti bersama
Jawatankuasa yang dilantik, menjalankan mesyuarat bersama guru besar atau pengetua membuat
perbincangan dan seterusnya memastikan program yang telah dirancang dapat dijalankan mengikut jadual
yang telah disusun.

Jika sesuatu program tidak dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya mengikut perancangan, guru tidak
boleh menyalahkan pihak lain atas perkara yang berlaku, kerana setiap permasalahan yang melanda pasti
ada sebab musababnya. Oleh yang demikian, seharusnya sebagai seorang guru perlu ada sikap
akauntabiliti. Kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya. 

Guru perlu muhasabah diri sendiri dan cuba memperbetulkan kesilapan diri sendiri. Seorang guru haruslah
menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu
serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga
haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira
bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. 

Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran
atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya
untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik
dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan
supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di
hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka
tidak dibenci,di pandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya.

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai
pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri
dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah
bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini
adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang
boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.

Guru digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang
yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

Petunjuk yang terakhir ialah telus iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan telus,
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut apa yang telah diamanahkan. Sekolah ialah
tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan
oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai sifat telus terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,
setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah. 

PENUTUP

Harus diingat bahawa, pelakuan seharian kita sebagai seorang guru sentiasa diperhatikan dan seringkali
ditiru oleh pelajar. Seorang guru harus menunjukkan contoh yang terbaik supaya kita menjadi role model
kepada setiap pelajar kita. Jadi, sebagai seorang guru, kita seharusnya memperbetulkan dan
merperindahkan dulu budi pekerti dan kemoralan diri kita sebelum menasihat atau menegur pelajar supaya
pelajar menyanjung dan memartabatkan kita sebagai role model terbaik untuk dirinya. Zaman telah
berubah, peningkatan intelek, akademik, persekitaran dan arus kemodenan telah banyak mengubah
masyarakat moden kini yang lebih berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas. Oleh yang demikian
guru-guru perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersama-sama berganding bahu dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana
Menteri kita dalam membuat transformasi sepertimana tema Hari Guru pada tahun 2011.

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini
walaupun Hari Guru akan disambut lebih dalm tempoh 2 bulan lagi, temanya dahpun diketahui iaitu Guru
Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan
jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan
negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.
Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar
perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini
dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai