Anda di halaman 1dari 10

ULASAN KRITIKAL BAGI JURNAL DAN ARTIKEL

1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,


saya memilih tiga jurnal dan artikel yang berkaitan dengan mengajar sebagai satu
profesion, ciri-ciri guru sebagai seorang profesional dan isu-isu etika dengan
merujuk kepada kod Etika Keguruan Malaysia sebagai panduan kepada guru.
Berikut adalah ulasan kritikal mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.

1.1 Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun.


Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan
visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi.
Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti
aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah
kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini
dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak
dan lain lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa
ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru
diiktiraf sebagai satu profesion.

Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang :
Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan, menyatakan
sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal
insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara
bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan
memartabatkan profesion keguruan.

Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan pemartabatan


profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya guru yang diiktiraf
sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang mendapat perhatian
masyarakat berikutan ledakan kemajuan negara ketika itu menjadikan penjanaan peluang
pekerjaan yang berasaskan kemajuan infrastruktur, teknologi maklumat, perindustrian dan
perkilangan. Namun kini, telah berubah apabila kerjaya guru menjadi rebutan khususnya
pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada setiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin
meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan Ahmad,
2012). Hal ini ekoran kesukaran para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang sesuai
dengan kelulusan mereka. Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di
landasan yang betul dan dijamin kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai
kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran
baharu sesuai dengan arus globalisasi.

Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk
membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012)
menyatakan, menurut Kamus Dewan, profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas.
Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion
haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama, mereka golongan profesional yang
pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu
tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan
penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan
yang menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi
perkhidmatan. Kemudian mereka golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan
mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan
mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan
pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam
kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-
nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli.
Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi
profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan
keputusan yang dibuat olehnya.

Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas
konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur,
dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah
pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya
guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.
Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada
zahirnya, tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk diketahui
dan difahami. Pertama konsep perguruan dan kosep keguruan. menurut Kamus Dewan
(1989), konsep perguruan diertikan sebagai pengajaran, misalnya kepada guru pelatih,
pelajar dan sebagainya. Konsep keguruan adalah perkara yang berkaitan dengan guru
seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Kemudian, konsep profesion keguruan
dan konsep profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan (1989) juga, konsep profesion
keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan
kualiti guru. Manakala, konsep profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang
memerlukan pelajaran yang tnggi dan latihan khas.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang
profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran
yang diajarnya. Ciri seterusnya, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang
bermutu tinggi. Ciri ketiga, ialah terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan
membimbing murid.

Perkembangan

Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan


positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan
perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan
profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru
dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat
untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah
yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan
kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru
dengan cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan
Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan
berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti
pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan
cara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal
perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi
temuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu
yangmempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan
baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan
tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen
perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah


memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah
permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain
yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah
pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu
garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar
perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang
diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu
sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu
sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan
menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap
dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh
persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial
dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang Muhyiddin,
beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion keguruan ialah
program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya menjelang 2015, kita akan
mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah
menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah
mengadakan pelbagai program pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang
dikendalikan oleh KPM adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program ini
memsiswazahkan guru-guru sekolah menengah dan merupakan program khas KPM yang
telah dimulakan pada tahun 1999. Program ini melibatkan kerjasama antara IPTA (Institut
Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut Pendidikan Guru). Namun begitu, PKPG telah
ditamatkan ambilannya pada tahun 2006 setelah Keputusan Jemaah menteri yang berkaitan
Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan ambilan terakhir
pelatih seramai 1500 orang dalam PKPG penempatan di sekolah menengah adalah pada
tahun 2006. Kedua, Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini khsusus
ditawarkan kepada guru-guru sekolah rendah untuk memberikan peluang kepada mereka
menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). Program ini
bermula dengan ambilan November 2008. Program yang menggunakan mod Kursus Dalam
Cuti (KDC) adalah tempoh pengajiannya selama 4 tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang
mengikuti program PGSR akan mengikuti pengajian hanya pada waktu cuti sekolah dan
pada hari-hari lain mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa. Seterusnya
Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut
Aminuddin Baki dalam memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah. Program
yang dijalankan secara kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim
ini merupakan program pengajian selama 3 tahun.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion
keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan untuk
perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor perkhidmatan yang lain.
Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa
guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga
keputusan kerajaan mewujudkan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal
memegang gred tertingi dalam perkhidmatan awam. Semua ini sepatutnya boleh dilihat
sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion
keguruan.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem


pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sistem ini
adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem
pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan
Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara tujuan SKPM adalah satu inisiatif yang
memberikan fokus kepada pemantapan profesionalisme tenaga pendidik di sekolah yang
dapat meningkatkan standard kualiti pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan. Seterusnya
ia sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap kecemerlangan pada sekolah dapat dilakukan.
Sistem ini juga bertujuan supaya peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan
sekolah yang bermatlamat akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid.

Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang
yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi
keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat kepada
sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf maktab
perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang selama ini
melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah berubah apabila
guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Program
pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et al. (2010) aspirasi
KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila IPG
mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah.

Implikasi

Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan yang
jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan
perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sanagat perlu,
berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru
yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi
negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-
modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang
akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan
ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat membuatkan
kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai telah dilengkapi
dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru. Guru yang profesional
mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai
integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar
yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan
merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid
untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan
murid yang berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik.
Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada
masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam
sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa
perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen
perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada
masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup
masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan
diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka.

Cadangan
Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara, maka
penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk melaksanakan
penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik dan bernas. Terdapat
banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang boleh diambil. Antaranya,
pertama kursus peningkatan profesionalisme. Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini
hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan
dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, misalnya Kursus Dalam
Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan


meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting untuk
membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik membawa
konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada
diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu
diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan
mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi
profesionalisme guru.

Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang berkesan.
Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan
pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam
bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah
asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai
kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 1996)

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang
memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji.
Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat
pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar,
rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam
etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama
diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan
seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.
Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri
yang baik melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu
memiliki tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah


perkembangan kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development and
Learning (1974) dalam Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada
persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang dipegang oleh seseorang individu
tentang dirinya. Maka, konsep ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku
seorang individu dalam alam sekitar sedikit sebanyak mencerminkan konsep dirinya.

Cadangan seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab ini
dikendalikan oleh semua golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan
professional guru-guru temasuklah guru-guru pelatih yang menjalani latihan dalam
sesebuah kawasan. Menerusi badan ini bolehlah dikelolakan seminar dan bengkel tentang
pengajaran dan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan. Guru-guru juga boleh
mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang
mereka sama-sama alami, seperti pengajaran untuk KBSM. Dengan wujudnya kelab ini
khususnya guru pelatih, maka dapatlah mereka sokongan dan bimbingan daripada rakan-
rakan sejawat atau yang berpengalaman dalam perkara-perkara tertentu. Seandainya
segala usaha tersebut dilaksanakan, maka ia dengan sendirinya akan menggalakkan
perubahan yang besar dalam sistem pendidikan kita. Ia meminta guru-guru memikirkan
bersama-sama dengan pembuat dasar di Kementerian Pelajaran cara-cara untuk merubah
dan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah-sekolah.(Robiah Sidin , 1994).

Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan kepakaran
dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat yang sama
dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan
berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan dengan aman dan
harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu membantu dan sebagainya
dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan warganya. Menurut Syed Ismail dan
Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan pengetahuan
bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan
potensi dirinya. Menurut mereka lagi, untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai
kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya
bersama komuniti persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui
Program Dalam Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf.
Perkongsian kepakaran bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu
dikongsi dengan komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh
berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah
dalam kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru berkongsi kepakarannya
bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan Ahmad, 2012).

Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya refektif
perlu lebih diperkukuh. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul
tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan reflektif adalah sangat penting dalam
pembentukan profesionalisme keguruan. amalan ini akan bertindak serta mempunyai
hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta membentuk peribadi professional
dalam diri setiap guru. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan pendedahan amalan
reflektif kepada murid supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang analitikal, kritis,
dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.

Rumusan

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting
kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang
berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat,
semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan
profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan
pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-
penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini.
Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan
yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri
profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan
sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan
negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia
pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai