Anda di halaman 1dari 3

ebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami

gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan
sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak
menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak
sekolah adalah seperti berikut:

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik


Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi
dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan
murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan
menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau
mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid
berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan


Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu
sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan
untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi
buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid
untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka
diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang
terpendam dalam diri mereka.

3. Menggunakan Percakapan Yang Sesuai


Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan
interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak
langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal,
percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak
balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian.
Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.
Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian. Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya
terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru
seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya.
Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid
yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-
murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah
tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.

4. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling


Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang
berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program
ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan
pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal
tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.
5. Murid bersifat self-efficacy
Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar daripada
kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi
menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid
belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling
berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-murid yang mengalami gangguan
emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat
bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah.
Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada
ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu
diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk
menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain daripada itu, ibubapa juga
membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan
menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan
beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini
seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang
untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk
memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut
wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan
memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.
Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya.

Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif. Langkah-langkah
diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan
emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan membantu seseorang individu
yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara
berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

6. Berfikiran positif
Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau
membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir
secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan
menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan.
manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini
bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress
masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan harus berfikir secara
positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu
menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan
bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti
kehidupan.
7. Sentiasa Mengingati Tuhan
Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress.
hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia.
Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian
yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar
lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.

8. Sedia berkongsi masalah


Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu
mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan
perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih
tenang dan lega. akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan
telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh
dipercayai.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri


Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit
kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang
diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri.
Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan
cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah
bersebab.

10. Ketawa dan berseronoklah


Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan
mahupun orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati.
Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi
meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi
cas positif dalam diri kita kerana
kita tidak akan merasakan tertekan.

11. Senyum
Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan
turut tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk
komunikasi tanpa suara setiap individu dengan individu yang lain.

12. Bergaul dengan individu yang positif


Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini
kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada
kita.Persekitaran kita juga turut positif.

Anda mungkin juga menyukai