Anda di halaman 1dari 9

Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan kita mempunyai
masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan
tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.
Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti
mengambilnya, stres pasti akan kembali.
Rehat Seketika
Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk meminimumkan
tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali
untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.
Kurangkan Gangguan
Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan
bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat
mencari anda.
Makan Makanan yang menyihatkan
Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang
untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang
menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.
Lakukan Meditasi
Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dalam-
dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Jangan lupa juga untuk
mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.
Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal Ketakutan
Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan
katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari. Jangan buang masa
dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat diubah atau dicapai.
Dapatkan Nasihat
Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak
sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang untuk
menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.
Belajar Katakan TIDAK
Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek
atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah
dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja.
Dapatkan Tidur yang Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 8 jam sehari. Walau bagaimanapun seseorang akan
mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja
yang bertimbun.
Lakukan Senaman
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Cara ini akan merembeskan
endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi. Teknik pengurusan tekanan
paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan
meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.
Share this:

Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai kemahiran
pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke
atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga
mereka berasa tugas mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu,
kemahiran pengurusan masa dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-
kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang
guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang
secukupnya untuk kegunaan diri. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat
beban kerja boleh mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan
reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi
seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan
perlahan-lahan yang boleh menangani stres. Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut
mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dengan bersenam, makan makanan
yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan
yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang
seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti
rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap
kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk
menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan,
maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di samping
itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini dapatlah seseorang
guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu,
sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya
agar dapat berkongsi masalah yang dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru
berkenaan sepatutnya menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah
dihadapi olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk
mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan. Seseorang guru yang mempunyai tujuan
hidup biasanya dapat mengendali tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri
dalam hal-hal keagamaan juga merupakan salah satu cara bagi seseorang guru untuk
menangani masalah tekanan stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau
menjadi pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk
guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia dapat
memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini,
penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut
juga akan lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam
kehidupan. Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan
memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu pengetahuan
mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi memartabatkan lagi profesion
keguruan. Beliau juga seharusnya dapat memahami kekuatan dan kelemahan dirinya.
Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai dalam kalangan guru agar mereka dapat
bersiap sedia menghadapi sebarang masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi
sebarang perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan.

Bukan sahaja begitu, seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan memahami
akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan
profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang terbaik ketika bekerja
terutamanya menjalankan peranannya untuk menyampai ilmu pengetahuan dan merancang
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid-murid dapat mencapai objektif
yang optimum. Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru
dalam menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar akan
kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari semasa ke semasa dan mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah tersebut. Contohnya, pihak
pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti guru-guru yang mempunyai potensi
mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan
kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran Daerah dan di Jabatan Pelajaran
Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk membantu guru yang berkenaan untuk
memahami dirinya dan orang lain, seterusnya mendapatkan alternatif terbaik yang boleh
dilakukan dalam menangani sebarang isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan.
Cara Mengatasi Tekanan

Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang
demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk
mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan
di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan
baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik.
Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

(a) Riadah

Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan
menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita
beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan
kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan
stress.

(b)Ganjaran Diri

Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk
kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang
memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa
kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak
cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

(c) Percakapan diri yang membina


Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan
komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan
tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat
melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini
dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita
daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang.
Percakapan diri boleh membantu diri kita.

(d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan

Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain.
Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus
stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina
kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu
kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di
dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat
membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

(e) Penulisan

Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-
badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan
sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan
aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk
penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik.
Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan
potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.

(f)Berjenaka

Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka.
Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang
suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai
masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana
masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.

(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )

Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari.
Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah
tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati
dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah... ... ..'.
Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma
masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di
dalam diri.

(h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik

Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress
sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain.
Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan
meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian
seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih
bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan
ketenangan tentang pentingnya bersyukur.

Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita


adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan
bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana
kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi
peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.
Namun begitu, masalah tekanan mental boleh diatasi melalui amalan gaya hidup
yang sihat. Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan
hidup. Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu
mengelakkan pertelingkahan. Pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula
dapat mengurangkan beban kerja. Individu boleh bersenam dan berekrasi agar melepaskan
tekanan mental. Dari segi penjagaan pemakanan seharian pula, kita perlu mengelakkan
makanan berlemak dan berkanji tetapi menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan
buah-buahan. Jadi, amalan gaya hidup yang sihat adalah berkesan untul mengelakkan
masalah tekanan mental yang berat.

Langkah mengatasi tekanan mental boleh dilakukan dengan bimbingan kaunseling


dan perkhidmatan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi merupakan sejenis rawatan
gangguan mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling mampu membantu individu yang
bermasalah agar mengurangkan konflik hidup mereka. Perkhidmatan kaunseling dan
psikoterapi berperanan menyediakan ruang untuk mangsa tekanan mental meluahkan isi
hati mereka. Setelah pendengaran masalah, pihak kaunseling memberikan nasihat agar
membantu individu tersebut menyelesaikan masalahnya. Kaunseling juga diberikan kepada
keluarga penyakit mental supaya mengurangkan tekanan mereka yang terpaksa menjaga
pesakit. Dengan itu, jelaslah bahawa kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi merupakan
satu langkah yang penting dalam mengelakkan tekanan mental.

Di samping itu, pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah
tekanan mental. Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri
kemanusiaan yang mulia. Ibu bapa harus member pendidikan agama kepada anak-anak
mereka sejak kecil lagi kerana anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya.
Individu yang mempunyai asas nilai-nilai murni mampu menguasai nafsu mereka.
Pendidikan moral dan agama boleh mengatasi masalah jiwa kosong dan memberikan
kesedaran melawan nafsu yang keterlaluan. Dengan kesedaran tersebut, seseorang akan
sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Pendidikan agama atau moral dapat
mengurangkan tekanan mental melalui kawalan keinginan.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, tekanan mental tidak
akan memudaratkan seseorang sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks.
Analogi mudah bagi tekanan mental ialah pengambilan vitamin. Pada prinsipnya, tekanan
mental sama seperti pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan
meningkatkan sistem immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang
berlebihan pula akan mendatangkan kesan sebaliknya! Begitu jugalah dengan tekanan
mental kerana tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan
mental yang terlampau akan membebankan dirinya.

Apa sahaja masalah insya Allah ada jalan penyelesaiannya. Antara beberapa kaedah
mengurus tekanan diri yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan antaranya
ialah :

8.0 KESIMPULAN
Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas
antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya
mewujudkan stres kepada guru-guru. Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang
yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan
kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga
melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja
yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi
dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif. Boleh dikatakan stres dapat
dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk
menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi
memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion
keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu
pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.
Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban kerja kerana
globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan tanggungjawab guru semakin
mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini telah menyebabkan para guru
menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak dapat tekanan kerja dengan
sebaik mungkin sehingga menjejaskan kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi
memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi
pendidikan terutamanya dalam kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh
membawa kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej
organisasi.Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu
mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja
guru. Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam
dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan
menjejaskan karier diri sebagai seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai