Anda di halaman 1dari 1

angguan emosi dalam kalangan murid berpunca daipada pelbagai faktor.

Menurut Terri
Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait rapat dengan gangguan emosi dalam
kalangan murid, antaranya ialahpersekitaran sekolah, peristiwa dalam
keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru, dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak
kondusif, sebagai contoh gangguan emosi tersebut mungkin berpunca daripada masalah
kesesakan di dalam kelas.
Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran
yang tidak kondusif dan menganggu emosi mereka.

Ini disebabkan oleh keadaan sekolah yang sesak yang membawa kepada fizikal kelas
menjadi padat sekaligus menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan
ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dan secara langsung menganggu murid yang ingin belajar seterusnya akan
menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga menjadi punca murid mengalami gangguan emosi.
Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan besar dan penyesuaian dalam
kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif yang
melibatkan diri sendiri atau orang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif
seperti penderaan, penceraian, kematian, dan lain-lain manakala peristiwa hidup yang positif
seperti perkahwinan, kenaikan pangkat, yang memberi kesan kepada emosi seseorang
murid. Peristiwa sedemikian menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya
menunjukkan tindak balas fizikal, emosi, dan juga tingkah laku. Dari segi emosi pula, murid
akan berasa susah hati, murung, sedih, dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, pengaruh keluarga juga memberikan kesan dan menjadi punca gangguan
emosi terhadap murid tersebut. Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh, dan kurang
mesra, bercerai akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak
yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan
di antara satu dengan yang lain seperti ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan
emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra
antara satu sama lain, demokratik, dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak
akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya
diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan, dan
ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Di samping itu, pada peringkat sekolah rendah, emosi murid juga melibatkan pengaruh
rakan sebaya. Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit
jika dibandingkan dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Minat
mereka lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai