Anda di halaman 1dari 2

Punca Stress/burnout

Punca stress/burnout di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca
profesional dan punca peribadi:-

Punca professional

1. Persekitaran kerja

Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan
guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan
ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi
untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

2. Perubahan

Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah
yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru
itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan
boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu.
Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Malaysia pada hari
ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik
ini kurang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Melayu. Oleh itu, hal ini memberikan
tekanan kepada guru Bahasa Melayu untuk memenuhi kurikulum pendidikan.

Punca peribadi

1. Kesihatan

Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam
kalangan keluarga.

2. Perhubungan

Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar
jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan
rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress
terhadap guru tersebut.

3. Kewangan

Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan
taraf hidup seseorang guru.

4. Taraf hidup

Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup
yang baik bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar
terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

5. Aktiviti riadah

Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga
Punca Gangguan Emosi Guru
Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia.
Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada
peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan
psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung
kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu
sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini,
tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan
terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada
dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan
kebimbangan.

Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran
seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan.
Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah
masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikan.

Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang telah


dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada
tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-
pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini
membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti
yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

Anda mungkin juga menyukai