Anda di halaman 1dari 1

FORUM 1

NAMA : Nur Afiqah Akmal binti Kamarul Baharin (L20222013555)

Profesion membawa maksud suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan


pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya perundangan,
perubatan, perguruan dan lain-lain. Profesion dalam bidang perguruan itu boleh dilihat apabila
seorang guru mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur,
dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Terdapat banyak cara yang boleh dilaksanakan
bagi memartabatkan profesion guru di Malaysia.

Pada pandangan saya, cara yang pertama adalah dengan memantapkan latihan perguruan.
Pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kalangan yang memiliki kecemerlangan
akademik dan sahsiah, malah guru perlu juga memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh
ingin menjadi guru, bangga dengan profesionnya dan yakin dengan kebolehannya untuk
memikul amanah serta memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa
lain. Kriteria pemilihan seorang guru itu wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan
data penilaian taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan
awam. Contoh tindakan yang boleh dibuat adalah dengan mewujudkan maklumat profil guru
yang lengkap untuk perancangan dan pembangunan laluan kerjaya.

Langkah kedua adalah dengan memantapkan kualiti semua guru iaitu pemantapan dari
segi kandungan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Pihak yang bertanggungjawab perlulah
merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti peningkatan pengetahuan dan pemahaman
kandungan kurikulum, memantapkan pedagogi dan pentaksiran dalam pengajaran dan
pembelajaran, memenuhi latihan 7 hari berkursus, dan penarafan profesionalisme kendiri secara
online. Melalui tindakan ini, bilangan guru yang cemerlang dalam profesion perguruan akan
meningkat.

Langkah seterusnya, memastikan kebajikan guru-guru di Malaysia sentiasa diberikan


perhatian yang sewajarnya. Hal ini kerana masih terdapat beberapa hal kebajikan guru di
Malaysia yang belum diberikan perhatian sepenuhnya. Pihak kerajaan haruslah memastikan
maklumat tentang kemudahan dan keistimewaan guru disebarluaskan, memberi pengiktirafan
atas perkhidmatan guru dan menyediakan prasarana yang mencukupi dan lengkap.

Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang


berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion
keguruan. Oleh itu, sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran
serta menjaga etika profesion keguruan.

Anda mungkin juga menyukai