Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 3

Elemen-elemen Profesionalisme Guru dalam Melaksanakan Transformasi


PPPM

3.0 PENGENALAN

Pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan Malaysia(PPPM)


memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian pendidikan dalam mempersiapkan
kemenjadian murid ke arah generasi muda mengikut acuan abad ke-21. Murid
bukan sahaja belajar bidang akademik tetapi juga dapat menguasai pelbagai
pengalaman belajar berfikir aras tinggi dan bersifat lestari global. Enam ciri utama
yang menjadikan mereka berupaya bersaing di peringkat global adalah berilmu
pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran
dwibahasa, beretika kerohanian dan memiliki identiti nasional. Bagi mencapai hasrat
tersebut guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk kemenjadian
muri-murid tersebut. Hal ini kerana profesionalisme guru menghadapi cabaran
pendidikan masih banyak terjadi seperti sistem yang berubah-ubah (Aziz Shofi
Nurdiansyah, 2011). Oleh itu, elemen profesionalisme guru mestilah seiring dengan
dengan PPPM bagi melaksanakan transformasi PPPM.
3.1 Elemen-elemen Profesionalisme Guru dalam Melaksanakan Transformasi
PPPM

Antara elemen profesinalisme yang perlu ada pada guru ialah guru yang
berpengetahuan. Hal ini sejajar dengan ciri utama murid yang menjadikan mereka
berupaya bersaing di peringkat global iaitu berilmu pengetahuan. Profesion
perguruan merupakan tugas yang berasaskan pengetahuan dan memerlukan guru-
guru yang berpengetahuan tinggi bagi menjamin kualiti pendidikan dan
mencorakkan pendidikan negara. Guru berpengetahuan ialah guru yang
berketerampilan, berdaya maju, berhemah, berdedikasi, serba boleh dari segi
pengajaran, professional dan mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat
(Abd. Rahim Abd.Rashid, 2007). Elemen tersebut akan menjadikan murid-murid
mengambil guru mereka sebagai suri teladan dalam menuntut ilmu. Guru seperti ini
mempunyai kredibiliti untuk menyampakan ilmu yang diajar secara berkesan. Guru
yang berpengetahuan ini amat penting untuk menghasilkan murid yang
berpengetahuan dan berkemahiran berfikir kerana murid akan menerima ilmu
daripada guru mereka dan mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam kemahiran
berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Seterusnya, elemen profesionalisme guru yang perlu untuk melaksanakan


transformasi PPPM ialah guru perlu mempunyai kemahiran mengesan
perkembangan murid dan menyokong mereka. Guru seharusnya peka terhadap
keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada
pada diri mereka. Kepimpinan yang perlu ada pada murid-murid ialah
keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran berkomunikasi
dengan berkesan. Guru perlulah berperanan sebagai pembimbing kepada murid-
murid dengan memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk
melatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak
langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau
semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan (Rom, 2013). Hal ini boleh dilaksanakan
dengan menyediakan pelbagai aktiviti untuk murid belajar mengikut kecenderungan
dan keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab, berfikir secara kreatif dan
kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu, modul aktiviti mengikut aras
perlu disediakan bagi mencungkil bakat kepimpinan murid.
Selain itu, PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada
satu bahasa. Hal ini kerana murid yang mampu berdaya saing di peringkat global
mestilah mahir dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu maka
disini elemen yang diperlukan ialah guru bertindak sebagai fasilitator pembelajaran
murid. Guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua
bahasa tersebut. kemahiran dwibahasa ini dapat dipupuk oleh guru dengan
mendedahkan pelajar dengan dengan kemahiran ini melalui kegiatan
sastera,lakonan ,nyayian, muzik dan sebagainya (Abdullah Hassan & Zainal Borhan
2016). Guru bertindak sebagai fasilitator dan motivator untuk menggalakkan pelajar
terlibat dalam memartabatkan bahasa melayu dan memperkasakan bahasa inggeris.
Tugas guru bukan memperbetul bahasa tetapi menggalakkan mereka bercakap dan
cuba memperkayakan perbendaharaan kata melalui aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, elemen yang perlu ada guru ialah guru yang menghayati nilai murni
yang hendak diajar. Hal ini kerana PPPM ingin menghasilkan murid yang beretika
kerohanian maka guru hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai
murni hendak diajar (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan
Rahil Hj. Mahyuddin, 1996). Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai
mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai murni merupakan matlamat utama dalam
pembangunan pendidikan dan pelaksanaan kurikulum. Justeru, tanggungjawab guru
sebagai model penerapan nilai murni, iaitu guru perlu menjadi model dan mentor,
mencipta komuniti moral, mengamal disiplin moral, mengajar nilai merentas
kurikulum, memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas dan membina budaya
moral yang positif di sekolah perlu dipraktikkan. Oleh hal yang demikian rohani
murid-murid hendaklah dilengkapi dengan nila-nilai murni supaya dapat bersaing
secara sihat dalam peringkat global.

Pendidikan juga seharusnya menyemai semangat setia dan bangga


kepada negara dalam kalangan murid. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan
hanya dengan belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga
menghayati kepelbagaian (Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2014).Oleh itu
elemen profesionalisme yang perlu ada pada guru ialah penghayatan nasional.
Guru yang cinta akan negaranya sentiasa menghormati kepelbagaian kaum dan
tahu kepentingan perpaduan. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan
cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu
oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan berjuang bagi mendapatkan
kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu
(Ahmad Sanusi, 2011). Justeru guru berperanan sebagai agen perpaduan dan
integrasi nasional dalam kalangan murid. Menerusi keimpinan dan kewibawaan,
guru berupaya membina suasan sosial yang sihat. Hal ini kerana dapat
meningkatkan interaksi nasional antara murid berbilang kaum, latar belakang,
dan budaya bagi mewujudkan identiti nasinal yang unggul.

3.2 PENUTUP

Konklusinya, sistem pendidikan perlu seiring dengan perkembangan semasa


agar modal insan yang terhasil adalah berkualiti serta mampu berfungsi secara
holistik selain berpegang teguh kepada agama. Hal ini adalah seperti yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM, 2013). Guru perlu menerapkan elemen-
elemen profesionalisme seperti elemen intelektual, elemen kepimpinan dan
kewibawaan. Selanjutnya, guru perlu mahir dan pakar dalam bidang Information
Technology (IT), mengetahui tentang karakteristik pelajar serta elemen terpenting
iaitu tanggungjawab.
Rashid, A. R. (2007). Profesionalisme keguruan: prospek dan cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan, A., & Borhan, Z. A. (2016). Kami bantah DLP. Kuala Lumpur, Malaysia:
Rumah GAPENA.

Sabri, A. Z., & Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. (2014). Raksa raya
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Sanusi, A. (2011). 1 Malaysia. Kuala Lumpur: Sabunai Media.

Anda mungkin juga menyukai