Anda di halaman 1dari 46

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan bidang yang amat diutamakan dalam sesebuah kerajaan di merantau
negara termasuk negara kita.Hal ini bagi membina sesebuah negara yang unggul dan mampu
bersaing di peringkat globalisasi.Justeru itu, kerajaan Malaysia berusaha bagi meningkatkan
pencapaian dari segi akademik dan kemahiran berfikir yang tinggi.Fenomena ini dapat
dilakukan dengan bantuaninovasi dalam pendidikan. Sebanyak sejumlah RM 56 bilion atau 20.5
peratus daripada keseluruhan peruntukan bajet 2015 diperuntukan untuk bidang pendidikan di
negara kita (Bajet 2015).

Pelaksanaan ini menunjukkan kerajaan terus berusaha untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang boleh mencapai pelbagai kemajuan seiring dengan kemahiran pendidikan abad ke-21 bagi
melahirkan rakyat yang mempunyai pemikiran inovatif dan kreatif.Kepemimpinan sekolah dan
peranan guru memainkan peranan pentingbagi merealisasikan impian ini di sesebuah organisasi
(Molly, 2015).Oleh itu, keupayaan mereka dalam menghadapi senario seperti memerlukan
pelbagai alternatif yang boleh membawa perubahan yang efektif dalam sistem pendidikan pada
masa kini dan juga masa akan datang.
Institut Aminuddin Baki, menyatakan bahawa kepimpinan di sesebuah organisasi yang
cemerlang bertunjangkan kepada pengurusan yang bersistematik. Seseorang pemimpin
transformasi akan bertindak balas secara berbeza dari segi menyelesaikan masalah dengan
pemikiran yang kreatif dan inovatif. Melaluikepemimpin tranformasi secara tidak langsung dapat
membimbing dan membantu pengikutnya berfikir secara kreatif dan dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Domin ini membentukkan pemikiran yang baru dalam menyediakan subordinat
bertindak terhadap sebarang permasalahan. Pemimpin transformasi menjadikan subordinat dapat
mengenalpasti cabaran dan menjadikan diri mereka berani menghadapinya penguasaan ilmu,
kemahiran dan kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaranmereka .(Abdullah & Ainon,
2007).

Guru mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas melalui ilmu


pengetahuan yang dipelajarai semasa melalui latihan di institusi perguruan dan juga di pengajian
tinggi. Dalam situasi ini, pendekatan dan teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa
sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru lain di dalam bilik darjah (Yahya, 2012).Pendapat
Yahya lagi, minat murid terhadap pelajaran tidak begitu memberangsangkan. Murid tidak diberi
ruang atau peluang untuk melahirkan sebarang pemikiran kreativiti semasa di bilik darjah.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2015), percambahan idea dan
dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dalam kalangan murid dan juga para guru
amat digalakkan.

Ini adalah disebabkan murid yang kreatif mampu berfikir, ingin mencipta sesuatu yang
baru dan yakin pada diri sendiri.Guru perlu memainkan perana yang penting sebagai agen
pembaharuan dan transformasi (Mohsin & Nasarudin, 2013)bagi melahirkan murid yang kreatif
dan mampu bersaing di peringkat global Hakikatnya, guru perlu melakukan transfomasi dengan
memberikan tumpuan kepada inovasi dalam pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran di
dalam dan diluar bilik darjah. Ini selaras dengan pendapat Nurkholis (dalam Jauhary, 2012),
bahawa para guru di sekolah harus peka dan teliti dengan perkembangan inovasi dan juga
teknologi terbaru dalam semasa pembelajaran dan pengajaran demi menyumbangkan idea yang
bernas dan mempunyai sikap yang kreatif supaya dapat melahirkan generasi yang dapat
bertanding dengan perubahan global. Kerajaan Malaysia telah bercadang dan mengambil inisiatif
untuk mengisytiharkan tahun 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi. Langkah yang diambil
ini memfokuskan ilmu sebagai asas yang penting bagi semua dan sumber kreativiti untuk
mengecapi kemajuan pada masa akan datang (Lilia, 2012). Justeru, sistem pendidikan negara
perlu menerapkan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dari peringkat pendidikan rendah lagi agar sifat
ini menjadi satu budaya yang penting di kalangan guru-guru dan murid-murid dalam pendidikan
negara (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Bagi mencapai matlamat ini, para guru mestilah
menerapkan dan menekankanciri-ciri kreativiti dan pemikiran inovatif dalam proses
pembelajaran dan pengajaran bermula dari peringkat sekolah rendah lagi.Walaubagaimanapun,
menurut Alston (2012), dalam usaha meningkatkan pemikiran kreativiti di kalangan guru dalam
menjalankan pembelajaran dan pengajaran memerlukan mekanisme tertentu.

Pihak pemimpin terutamanya guru besar dan pengetua perlulah merangsangkan para guru
di bawah pentadbirannya dengan idea-idea bernas dan baharu bagi para guru melakukan
perubahan dan melaksanakan ciri-ciri kreativiti dalam PdPc abad ke-21 di dalam bilik
darjah.Menurut Norlia dan Jamil (2013), para guru besar di sekolah bertanggungjawab bagi
mencetuskan budaya pemikiran kreativiti dalam kalangan pemimpin, para guru, murid-murid dan
juga ibu bapa.Keadaan ini menggalakkan percambahan idea baru dan dapatan baru yang
melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru di negara kita.Dalam hal ini,
kepimpinan transformasi menjadi mekanisme yang penting dan terbaik dalam menggerakkan
pemikiran kreativiti dalam kalangan guru (Malarvily, 2012).

Kepimpinan transformasi merupakan satu gaya kepimpinan yang dapat merangsangkan


para pekerja yang berugas di bawahnya sehingga dapat berkembang dan mencapai prestasi pada
tahap yang lebih tinggi (Munawaroh, 2012). Tambahan pula, kepemimpinan transformasi juga
merupakan salah satu agen perubahan yang berupaya menggerakkan perubahan dalam
organisasinya atau sekolah secara khusus dan sistematik. Dimensi stimulasi intelek dirujuk
sebagai sesuatu sifat yang kreatif yang diamalkan oleh guru dalam menyelesaikan isu-isu yang
wujud dalam sesebuah kelas.Guru besar juga merangsang pengikutnya yang bersifat inovatif
dan sentiasa menggunakan pendekatan baru dan terkini malah bukanya tradisional dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan dan mengendalikan sesuatu situasi.Hal ini dapat
mencetuskan perkembangan kreativiti dan invasi dalam kalangan guru.

1.2 Latar Belakang Kajian

1.2.1 Senario Di Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dikategorikan kepada dua, iaitu sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan.Sekolah kerajaan merupakan sekolah yang memiliki tanah, prasarana
dan juga bangunan sendiri.Manakala sekolah bantuan kerajaan pula merupakan sekolah yang
mempunyai bangunan dan tanah sekolah tersebut bukan milik sekolah atau kerajaan tetapi
menjadi milik persendirian terutamanya majikan ladang.Hampir 85 peratus daripada SJKT
terletak di kawasan ladang. Namun begitu, SJKT mengikuti kurikulum kebangssan yang sama
dengan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Walaupun menggunakan
kurikulum kebangsaan yang sama namun bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar utama di
SJKT.

Menurut Dhanapal (2014), berbanding dengan pencapaian prestasi dalam kalangan


sekolah-sekolah rendah aliran yang lain, didapati SJKT menunjukkan kualiti yang kurang
memuaskan dalam pencapaian prestasi.Antara punca kelemahan ini adalah kelemahan
profesionalisme guru dan juga pentadbiran para guru besar SJKT.Oleh itu, bagi mengatasi
kelemahan ini, kepimpinan guru besar dan juga pemikiran inovasipara guru memainkan peranan
penting dalam mencapai prestasi sekolah.Peranan guru besar atau pengetua sebagai seorang
pemimpin di sekolah memerlukan komitmen yang tinggi kerana fungsi sekolah pada hari ini
adalah amat besar dan mencabar dalam sistem pendidikan.Dalam organisasi sekolah, guru besar
ataupun pengetua dilihat sebagai personaliti yang bertanggungjawab untuk melahirkan kemajuan
dan diharapkan mampu untuk membawa pelbagai perubahan dalam kecemerlangan sekolah. Di
setiap sekolah, masalah yang sering dihadapi oleh guru besar atau pengetua adalah dalam
memberikan kepuasan kepada guru-guru dalam pelbagai aspek, melengkapkan hasrat dan juga
dalam menjaga kebajikan guru-guru.

Pengetua atau guru besar memainkan peranan sebagai pemimpin yang menguruskan dan
mentadbir sekolah agar dapat menyususn tindakan dengan sistematik berdasarkan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN), Wawasan Pendidikandan seterusnya selari dengan strategi yang ada
di dalam cabaran Wawasan 2020. Menurut Serina Jaafar (2013) setiap sekolah memerlukan guru
besar atau pengetua yang berpengetahuan dan berpengalaman tentang pentadbiran dan
pengurusan sekolah dan dapat bertindak dengan fleksibel terhadap semua cabaran dan juga
situasi semasa dengan tenang. Guru besardan pengetua selaku pemimpin sekolah, seharusnya
berusaha demi memberikan tumpuan yang sewajarnya terhadap pelbagai perkara terutamanya
yang melibatkan aspek pemikiran kreatif dan inovatif para guru kerana faktor ini penting untuk
mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan dan juga kejayaan sekolah (Amin, 2010).

Menurut Rashima (2012), guru besar dan pengetua sepatutnya memberikan yang terbaik
kepada orang bawahannya terutamanya para guru. Gaya kepimpinan guru besar yang berhubung
kait dengan pemikiran inovasi para guru yang perlu dikaji supaya dapat menghasilkan beberapa
tindakan susulan mengenai keberkesanan kepimpinan merekadi sekolah. Ini kerana,
kecemerlangan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada kurikulum ataupun kokurikulum banyak
bergantung kepada faktor pemikiran inovasi para guru. Kepimpinan guru besar yang cemerlang
dan juga pengetua sangat diperlukan dalam pentadbiran sekolah yang cemerlang.Tugas beliau
bukan sahaja bertanggungjawab terhadap pentadbiran sekolah malah kepada para guru dan juga
para pelajar. Keberkesanan sesebuah sekolah amat bergantung kepada tahap dan gaya
kepimpinan pengetua atau guru besar yang diamalkan di setiap sekolah. Kepimpinan
transformasi yang diamalkan oleh guru besar dan pengetua mendorong guru-guru mengubah
pemikiran mereka supaya mempunyai komitmen dan bertanggungjawab terhadap visi dan misi
pendidikan (Trnova, 2014).
1.2.2 Teori yang digunakan

Teori kepimpinan transformasi berasaskan sekolah yang digunakan sebagai teras kajian ini
adalah diadaptasikan daripada teori kepimpinan transformasi Bass (1985).Teori kepimpinan
transformasi Bass mengandungi empat dimensi utama.Dimensi-dimensi tersebut terdiri daripada
dimensi karismatik, dimensi pertimbangan individu, dimensi stimulasi intelek dan dimensi
motivasi inspirasi.

Menurut Esquivel (2012 dalam Mohamad Mohsin 2015), mengklasifikasikan tingkah


laku guru kepada teknik-teknik yang dilaksanakan oleh guru dan juga interaksi antara guru
dengan murid serta fahaman dan pendekatan-pendekatan lebih global yang diamalkan oleh para
guru sebagai titik rujukan dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang
dapat membantu memupuk inovasi dalam kalangan guru dan murid dalam bilik darjah.l
Penggunaan tinovasi ini amat berfungs kepada sistem pendidikan bagi melahirkan model insane
yang sempurna dari segi pemikiran kreatif dan inovasi.Penerapan aplikasi inovasi dalam
pendidikan mampu melahirkan murid yang berdaya saing diperingkat antarabangsa (Shuhada,
2010)

1.3 Pernyataan Masalah


Kementerian Pendidikan Malaysia telah banyak melakukan pembaharuan dalam sistem
pendidikan negara.Salah satu pembaharuan yang diperkenalkan dalam Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ialah menjadikannya lebih mesra inovasi berbanding dengan Kurikulum Lama Sekolah
Rendah. Ini termasuk aspek pembaharuan dalam gaya pengajaran para guru iaitu pembelajaran
dan pengajaran abad ke-21. Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang diperkenalkan mulai
tahun 2011 juga menekankan aspek inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran menerusi
elemen merentasi kurikulum. Menurut Haryanti (dalam Lilia Elany, 2012), konsep pendidikan di
Malaysia berfokus dari segi proses pembelajaran dan pengajaran oleh para guru tanpa dididik
untuk mengeksplorasi keadaan sekeliling pengajaran. Keadaan ini menunjukkan bahawa guru
tidak mengembangkan pemikiran kreativiti dalam proses PdP. Selain itu, Mohamad Mohsin
(2014), juga berpendapat bahawa sebahagian besar guru di negara kita tidak berusaha untuk
memupuk pemikiran kreativiti dalam kalangan pelajar. Ini mungkin disebabkan oleh para guru
sendiri tidak memiliki pemikiran kreativiti dan kebanyakkan tidak mengambil inisiatif untuk
mengembangkan pemikiran kreativiti.

Tema Hari Guru pada tahun 2014 ialah ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.’
Tema yang diperkenalkan ini amat bertepatan dengan dunia pendidikan masa ini. Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Khair dalam perutusan Hari Guru 2014 (KPM, 2014)
menyarankan agar guru-giri sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan pemikiran kreativiti,
menerapkan elemen kreativiti, dan sentiasa berfikir secata kritis dan kreatif untuk
membudayakan elemen kreativiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Saranan beliau
menunjukkan bahawa para guru masih kurang menerapkan aspek kreativiti dalam PdP di dalam
bilik darjah.

Menurut Hishamudin (2013), kepemimpinan guru besar yang sentiasa merujuk kepada
model birokratik menyebabkan para guru kurang menjanakan pengetahuan baru. Bagi
mewujudkan budaya pemikiran kreativiti para guru maka kepimpinan sekolah harus memberi
penekanan kepada kepimpinan transformasi. Menurut Tafri Mohd Amin (2012), tingkah laku
kreatif dan inovatif merupakan sebahagian daripada ciri-ciri kepimpinan transformasi.
Kepimpinan transformasi mampu membimbing perubahan dan mengutamakan
pembaharuan.Selain itu, kepimpinan transformasi juga lebih mengutamakan hubungan dua hala
dan komunikasi terbuka. Gaya kepimpinan transformasi guru besar dan juga pengetua berhubung
dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru
besar atau pengetua perlulah berupaya untuk mempengaruhi semua guru dalam melaksanakan
program di peringkat sekolah dan sebaliknya.

Situasi ini dapat dibendung jikalau guru besar atau pengetua yang mempunyai sifat gaya
kepimpinan yang dapat mempengaruhi pemikiran kreativiti dalam kalangan guru. Berdasarkan
latar belakang kajian yang dikemukakan wujudlah beberapa ranjau dalam hubungan antara gaya
kepimpinan guru besar dengan pemikiran inovasi para guru. Dalam kajian ini isu utama yang
difokus adalah pendapat guru-guru mengenai gaya kepimpinan transformasi guru besar ataupun
pengetua yang mempengaruhi pemikiran kreativiti para guru di Sekolah Jenis Kebangsaan tamil
di Daerah Kuala Kangsar. Kepimpinan transformasi guru besar memainkan peranan yang amat
besar dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya adalah sebagai pemimpin utama di
sekolah, guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program dan
juga mempertingkatkan kerjaya mereka.

Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat
mempengaruhi pemikiran inovasi guru-guru. Berdasarkan latar belakang kajian yang
dikemukakan wujud beberapa masalah hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan
pemikiran kreativiti para guru. Dalam kajian ini, isu utama yang hendak dilihat adalah persepsi
guru-guru mengenai gaya kepimpinan transformasi guru besar yang mempengaruhi pemikiran
kreativiti para guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Daerah Kuala Kangsar.

1.4 Ojektif Kajian


Bagi mengenal pasti keadaan sebenar kepimpinan transformasi dan inovasi guru di sekolah,
maka pengkaji memilih tajuk kajian ini untuk dikaji secara terperinci.

Objektif kajian ini adalah untuk:-


 Mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap kepimpinan transformasi Guru Besar secara
keseluruhan dan mengikut dimensi karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan
motivasi inspirasi di SJKT Daerah Kuala Kangsar.
 Mengkaji tahap inovasi guru SJKT Daerah Kuala Kangsar
 Mengkaji perbezaan perilaku inovasi guru SJKT Daerah Kuala Kangsar berdasarkan kategori
perkhidmatan, gred sekolah, umur dan pengalaman bekerja.
 Mengkaji hubungan antara kepimpinan transformasi Guru Besar dan dimensi-dimensinya
dengan perilaku inovasi guru SJKT Daerah Kuala Kangsar.
 Mengkaji pengaruh setiap dimensi kepimpinan transformasi Guru Besar terhadap perilaku
inovasi guru SJKT Daerah Kuala Kangsar.

1.5 Soalan Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mencapai objekif kajian dan menjawab soalan-soalan kajian
seperti berikut:
1. Apakah tahap kepimpinan transformasi Guru Besar secara keseluruhan dan mengikut
keempat-empat dimensi kepimpinan menurut persepsi guru?
2. Apakah tahap perilaku inovasi guru ?
3. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap perilaku kinovasi guru berdasarkan
kategori perkhidmatan, gred sekolah, umur dan pengalaman bekerja?
4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi Guru Besar dan
dimensi-dimensi i) karismatik; ii) pertimbangan individu; iii) stimulasi intelek; iv) motivasi
inspirasi dengan perilaku inovasi guru?
5. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan antara dimensi-dimensi kepimpinan transformasi
Guru Besar terhadap perilaku inovasi guru?

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan soalan kajian di atas, berikut dinyatakan hipotesis kajian dalam bentuk
Hipotesis Nol (Ho) untuk diuji kebenarannya. Aras signifikan yang digunakan untuk menguji
hipotesis kajian ini adalah pada aras keertian 0.05.
Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi Guru Besar
dengan perilaku inovasi guru.
Ho 2
: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara dimensi-dimensi kepimpinan
transformasi Guru Besar terhadap perilaku inovasi guru

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan kepimpinan transformasi terhadap perilaku
inovasi guru. Kajian ini dapat menyumbang cadangan-cadangan untuk membantu pihak
pengurusan terutamanya Guru Besar dalam mentadbir pengurusan sekolah dengan berkesan
dengan mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian. Gaya kepimpinan yang dimaksudkan
di sini adalah gaya kepimpinan transformasi. Kajian ini juga dapat memberi input kepada pihak
pentadbiran tentang pengaruh dan hubungan kepimpinan transformasi dengan perilaku kreativiti
guru. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu Guru Besar atau pengetua
untuk mempertingkatkan pengurusan sekolah dan seterusnya mewujudkan keyakinan dalam
kalangan para guru di bawah pentadbirannya terhadap pengurusan dan pentadbiran sekolah yang
dapat mencernakan idea-idea yang baru.

Selain itu, kajian ini juga dapat membantu untuk meningkatkan mutu pengajaran guru
seperti mana yang dikehendaki oleh KPM dengan menerapkan elemen inovasi dalam PdP.
Penerapan elemen kreativiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran oleh guru dapat
menghasilkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan daya fikir pelajar
dan seterusnya menghasilkan pelajar yang mampu bersaing dalam era globalisasi yang
mementingkan unsur kreativiti.

Seterusnya, dapatan kajian ini diharap dapat membantu para Guru Besar SJKT
memahami keperluan dan harapan bagi meningkatkan mutu pencapaian SJKT setanding dengan
sekolah-sekolah aliran yang lain. Selain itu, para guru SJKT juga dapat menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam penggunaan idea-idea baharu dan melakukan perubahan dalam aktiviti PdP.
Dapatan kajian ini juga diharap dapat membantu Guru Besar SJKT melakukan penambahbaikan
terhadap amalan kepimpinan mereka untuk mencapai matlamat sekolah.

Keputusan kajian dapat member manfaat di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
KPM dan Institut Aminudin Baki dalam merangka serta merancang program-program latihan
kepimpinan dalam kalangan Guru Besar dan para guru SJKT yang berkaitan dengan kreativiti
dan inovasi pendidikan.

1.8 Batasan Kajian

Terdapat beberapa model kepimpinan transformasi.Namun, kajian ini dibataskan kepada model
kepimpinan transformasi Bass (1985).Model ini terdiri daripada empat dimensi utama.Empat
dimensi ini terdiri daripada karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan juga
motivasi inspirasi.Dimensi-dimensi ini dapat merangsang perubahan dalam kalangan
pengikutnya atau dalam konteks kajian ini dalam kalangan guru-guru.Model ini telah dijadikan
asas dalam merungkai faktor-faktor yang membentuk kepimpinan transformasi.Namun
demikian, dimensi-dimensi kepimpinan transformasi dijelaskan secara lebih sistematik dan
sesuai dengan situasi kepimpinan sekolah pada masa kini (Malarvily, 2012).

Dari segi kekangan masa dan kos, kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru yang
mengajar di SJKT Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak sahaja. Daerah Kuala Kangsar
merupakan antara daerah mempunyai bilangan SJKT yang banyak iaitu sebanyak 12 buah
sekolah.Kajian ini dibataskan kepada satu daerah sahaja disebabkan terdapat banyak sekolah
SJKT di daerah ini.

Responden kajian ini dibataskan kepada guru tetap yang berkhidmat tidak kurang
daripada satu tahun di sekolah-sekolah kajian.Ini adalah disebabkan guru yang berkhidmat
kurang dari satu tahun tidak dapat mengenali kepimpinan transformasi Guru Besar dengan lebih
terperinci.Guru yang berkhidmat lebih dari satu tahun dapat menilai kepimpinan Guru Besar
dengan lebih terperinci.Selain itu, responden kajian juga dibataskan kepada guru-guru akademik
biasa yang tidak memegang jawatan sebagai pentadbir sekolah seperti Guru Besar atau guru
penolong kanan.Sekiranya guru penolong kanan diambil sebagai responden, besar kemungkinan
dapatan atau hasil kajian menjadi kurang tepat disebabkan penolong kanan selalu ada hubungan
yang lebih rapat dengan Guru Besar dan terlibat dalam pengurusan sekolah. Justeru, mungkin
wujud bias dalam penilaian yang dibuat terhadap Guru Besar.

1.9 Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kerangka kajian yang merangkumi variabel bebas dan variabel
bersandar. Variabel bebas terdiri daripada kepimpinan transformasi dan dimensi-dimensinya
serta faktor demografi yang terdiri daripada kategori perkhidmatan, gred sekolah, umur dan
pengalaman bekerja.Seterusnya, variabel bersandar adalah perilaku kreativiti guru dan aspek-
aspeknya Dalam kajian ini, gaya kepemimpinan transformasi secara holistik sangat
mempengaruhi perilaku inovasi para guru. Elemen yang membentuk kepemimpinan transformasi
ialah karismatik, pertimbangan individu, rangsangan intelektual dan motivasi inspirasi.Elemen
karismatik sangat penting dalam kepemimpinan transformasi bagi tujuan meyakinkan orang
bawahan dengan sifat yang dimiliki oleh pemimpin supaya membantu meningkatkan pemikiran
kreatif para guru (Rasid, 2007).
Gaya ini dapat merealisasikan segala perubahan yang dilontarkan dengan relevan.Begitu
juga, Leithwood (2004) menyatakan bahawa teras bagi sebahagian besar kepada definisi
berkaitan dengan kepemimpinan adalah secara umumnya berkait dengan dua fungsi dan
dianggap amat diperlukan bagi maksudnya iaitu menetapkan arah tuju dan membina
pengaruh.Bagi elemen pertimbangan individu adalah merujuk kepada bagaimana pemimpin
melihat perbezaaan yang ada pada setiap individu.Untuk elemen rangsangan intelek pula ialah
bagaimana pemimpin menggunakan teknik dan perdekatan berasaskan ilmu bagi mendorong
pekerja supaya dapat berusaha meningkatkan ilmu, mengaplikasikan strategi dan pendekatan
yang terkini dan berusaha memiliki pemikiran yang kreatif dan inovatif.Elemen bagi motivasi
inspirasi pula ialah bagaiamana pemimpin dapat menanam pengaruh di kalangan guru melalui
penghormatan terhadap usaha yang dicurahkan oleh mereka. Hubungan silaturahin yang erat
anatara pengikut menjadikan pemimpin sentiasa disenangi oleh pengikutnya (Rasid, 2007).Rajah
1.9 menunjukkan hubungan tentang kepimpinan trasformasi guru besar dengan perilaku inovasi
guru.

Perilaku Inovasi Guru

Kepimpinan Transformasi Guru Besar  Aspek Intrinsik


 Aspek Ekstrinsik
 Dimensi Karismatik  Aspek Persekitaran
 Dimensi Inspirasi Motivasi
 Dimensi Pertimbangan Individu
 Dimensi Rangsangan Intelek

Variabel Bebas
Faktor Demografi

 Kategori
Perkhidmatan
 Gred Sekolah
 Umur
Rajah 9.1 Kerangka Konseptual Kajian

1.9.1 Definisi operasional

Definisi operasional dalam kajian ini adalah meliputi definisi terhadap variabel yang digunakan
untuk memberi pemahaman tentang makna yang secara khususnya digunakan dalam kajian
ini.Definisi dan istilah operasional berikut adalah dirujuk sepanjang kajian ini.

1.9.2 Kepimpinan transformasi

Dalam kajian ini, kepimpinan transformasi merujuk dari segi definisi yang diberi oleh Bass
(1985) yang dikemukakan oleh Bernard M. Bass. Menurut Bass, kepimpinan transformasi adalah
kebolehan pemimpin mengubah tingkah laku pengikut, menyemarakkan keingginan pengikut
untuk berjaya dan melatih pengikut agar lebih mementingkan kepentingan organisasi.
Kepimpinan transformasi dalam kajian ini dirujuk sebagai agen perubahan yang dapat
merangsangkan dan membimbing para guru untuk menjana idea-idea baru bagi menggalakkan
budaya inovasi di sekolah. Bass member definisi bahawa pemimpin mempengaruhi pengikut
dalam sesebuah organisasi dengan cara mengamalkan empat dimensi kepimpinan transformasi,
iaitu dimensi iaitu karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi motivasi.

1.9.3 Karismatik

Karismatik merujuk kepada pemimpin transformasi yang menjimpan harapan terhadap pengikut
lalu berperanan dalam memberi sokongan dan panduan agar subordinat dapat mencapai tahap
pencapaian yang diinginkan.Pemimpin yang bersifat karismatik sanggup berkorban demi
kepentingan organisasi bagi mencapai visi dan misi yang ingin dicapai demi meningkatkan
kualiti pendidikan sekolah dan juga negara.
1.9.4 Pertimbangan Individu

Pemimpin bertindak sebagai penasihat dan sering peka terhadap keperluan pengikutnya bagi
member ruang untuk mereka mengalami peningkatan potensi kendiri mereka. Maka sebagai
penasihat dan pembimbing, setiap arahan pemimpin dijadikan sebagai perangsangan dan juga
dorongan oleh pengikut supaya menggalakkan mereka bekerja dengan lebih baik. Pemimpin juga
sering meluangkan masa dalam membimbing pengikut dan membina kekuatan dan membaiki
kelemahan pengikut dengan memberikan ganjaran dan juga motovasi.Pemimpin transformasi
perlumembangunkan pengikut atau pekerja dengan memberi perhatian iaitu memenuhi keperluan
dan kehendak seseorang individu. Menurut Ayman (2003), Pemimpin transformasi juga
menghormati setiap pengikut atau pekerja.Pemimpin transformasi juga membantu dalam
mewujudkan keadaan yang selesa dan memberi galakan dan sokongan kepada pengikut dan
pekerja

1.9.5 Stimulasi Intelek

Dimensi stimulasi intelek dirujuk sebagai sesuatu sifat yang kreatif yang diamalkan oleh
pemimpin dalam penyelesaian masalah yang wujud dalam sesebuah organisasi.Pemimpin juga
mecungkil pengikutnya untuk bersifat inovatif dan sentiasa menggunakan pendekatan baru dan
terkini malah bukanya tradisional dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan dan
mengendalikan sesuatu situasi. Selain itu, pemimpin juga menggunakan pendekatan komunikasi
semasa memahami permasalahan pengikut dan mencetuskan pengikut berasa dihargai seterusnya
meningkatkan komitmen dalam kalangan mereka.

1.9.6 Motivasi Inspirasi

Pemimpin menampilkan penampilan yang teguh dan mampu berkomunikasi secara efektif
dengan pengikutnya dalam mengongsikan visi dan misi sesebuah organisasi.Pemimpin juga
bersifat terbuka dan menggalakkan semangat berpasukan bagi membolehkan pengikutnya
mencapai sesuatu visi dan misi pada tahap yang lebih baik dan efektif.Selain itu, pemimpin juga
bersemangat dan memberikan inspirasi dalam usaha mencapai misi dan visi organisasi serta
menggalakkan pengikutnya juga tidak diabaikan dan dimotivasikan bersama.

1.9.7 Perilaku Inovasi Guru

Menurut Chuma dan Molly (2014 dalam Sternberg, 2015), mendefinisikan inovasi sebagai suatu
kemampuan untuk menghasilkan suatu idea yang bernas mengandungi unsur kebaruan. Kreativiti
merangkumi proses penjanaan idea-idea baru danmemanfaatkan diri, individu lain dan juga
persekitaran. Pandangan sarjana lain mengaitkan inovasi dengan perkataan seperti baru, luar
biasa, idea lain daripada biasa, terbuka, menarik dan sesuatu yang dapat menyumbangkan kepada
perubahan demi mencapai kemajuan.

1.9.7 Intrinsik

Intrinsik dalam kajian ini dirujuk sebagai dorongan dalaman.Dorongan dalaman merupakan
kesediaan dan kesanggupan seseorang guru melakukan sesuatu tugas dengan baik dan berkesan
tanpa menginginkan ganjaran dan pujian. Tugasan yang disukai dan diminati oleh guru akan
menyebabkan guru berasa seronok berugas dan berpuas hati dengan tugas yang mereka
melaksanakan. Ini menyebabkan para guru menyumbangkan idea yang kreatif dan inovatif untuk
meningkatkan prestasi sekolah dan dapat betanding dengan sekolah-sekolah lain dalam semua
aspek. Pemikiran guru yang inovatif dapat mengubah suasana proses pembelajaran dan
pengajaran dan juga dapat melahirkan generasi yang bijak dan cerdik pada masa akan datang.
1.9.9 Ekstrinsik

Ekstrinsik dalam kajian ini merujuk kepada dorongan luaran di mana kesanggupan seseorang
guru melakukan sesuatu tugas disebabkan adanya ganjaran-ganjaran luaran ataupun disebabkan
guru itu tidak mahu dihukum dibawah peraturan. Insentif yang diperolehi, pujian, perhatian dan
dorongan pihak lain yang menyebabkan para guru melakukan tugas yang terkandung dalam
aspek ekstrinsik ini.

1.10 Persekitaran

Aspek persekitaran dalam kajian ini dirujuk sebagai suasana bekerja, tempat bekerja dan rakan
sekerja yang menyumbang kepada pemikiran kreativiti para guru. Menurut Junaidah Mohamad
(2014 dalam Nik Rosila Nik Yaacob, 2013), persekitaran sosial pekerjaan menggalakkan proses
pemikiran inovasi dalam kalangan guru. Keadaan ini merujuk kepada guru akan berinteraksi
dengan pihak pentadbir bagi mewujudkan suasana yang menggalakkan proses pemikiran inovasi
berlaku dengan baik dan sistematik.

Rumusan

Kemampuan para guru besar dalam melakukan perubahan di sekolah dapat mempengaruhi para
guru dalam semua aspek di bawah pentadbirannya.Dengan adanya pengaruh yang kuat, maka
para guru pasti melakukan perubahan dari segi perilaku inovasi mereka. Secara keseluruhannya,
bab ini telah membincangkan tentang senario yang wujud di sekolah dan tujuan kajian ini
dijalankan. Kepentingan amalan kepimpinan transformasi Guru Besar dan dimensi-dimensinya
serta perilaku inovasi guru dan aspek-aspeknya telah dibincangkan dalam bab ini.
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan definsi istilah, teori kepimpinan transformasi dan perilaku inovasi guru
serta menyorot kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh para pengkaji lepas tentang
kepimpinan transformasi dan inovasi guru.Bab ini juga membincangkan kerangka konseptual
kajian yang digunakan.

2.2 Definisi Istilah

Definisi istilah dalam kajian ini meliputi variabel bebas iaitu kepimpinan transformasi dan
variabel bersandar iaitu perilaku inovasi guru.

2.2.1 Kepimpinan Transformasi

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2013), transformasi membawa maksud suatu kebiasaan
dalam amalan kepimpinan yang sedia ada dan dibuat perubahan kepada amalan kepimpinan yang
baharu.Halinger (2014) menyatakan maksud kepimpinan transformasi didefinisikan sebagai
kepimpinan yang dikongsi bersama dengan ahli-ahli lain.Menurut Halinger lagi, amalan
kepimpinan ini dapat mencetuskan suasana yang baru di mana para guru terlibat dalam proses
pembelajaran dan pengajaran yang berterusan dan para guru juga saling berkongsi pengetahuan
sesama mereka.

Abdullah dan Ainon (2015) mendefinisikan bahawa kepimpinan transformasi sebagai


kepimpinan yang mendorong orang mengubah nilai dan sikap mereka supaya mempunyai
tanggungjawab terhadap matlamat sesebuah organisasi dan perjuangan. Seterusnya pemimpin
transformasi bukan sahaja mempunyai kebolehan untuk meningkatkan minat pekerjadalam
pekerjaan tetapi juga berkebolehan membangunkan minat yang terpendam dalam diri seseorang
pekerja tersebut.
Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa kepimpinan transformasi
mencakupi perubahan terhadap ahli-ahli bawahan untuk melaksanakan tugasan yang diberi
dengan lebih baik.Dalam konteks kajian ini, kepimpinan transformasi dapat merangsang
perubahan terhadap kreativiti para guru dengan harapan meningkatkan kreativiti dalam setiap
individ

2.2.2 Perilaku Inovasi Guru

Menurut kamus dewan (2002), kreativiti dirmaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan
mencipta sesuatu yang baharu. Menurut Mohd Azhar (2013), kreativiti adalah suatu potensi dan
kebolehan asasi yang dimiliki dan terpendam dalam diri seseorang. Yayasan Inovasi Malaysia
(2010) mentafsirkan inovasi sebagai penghasilan idea yang bernas dan baru..Keupayaan
seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah dikatakan sebagai
kebolehan pemikiran secara kreatif. Kreativiti dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan
‘create’ yang membawa maksud dicipta atau dihasilkan.

Guru merupakan warga pendidik yang menyumbangkan khidmat bakti dalam semua
bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan
kualiti pendidikan negara. Manakala kreativiti didefinisikan sebagai pembentukkan idea baru,
kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam mencetuskan idea baru
dan berdaya kreatif serta inovatif.

Perilaku merupakan hasil daripada segala jenis pengalaman serta interaksi manusia
dengan lingkungan yang wujud dalam bentuk pengetahuan, sikap dan tindakan (Sarwono, 2015).
Dengan kata lain, perilaku merupakan tindak balas seorang individu terhadap stimulasi yang
berasal dari luar mahupun dari dalam diri seseorang. Respon yang dimaksudkan bukan hanya
berupa tindakan fizikal, malahhancara berfikir juga dikategorikan dalamhal ini.Perilaku aktif
dapat dilihat manakala perilaku pasif pula tidak dapat dilihat seperti pengetahuan, persepsi atau
motivasi.Menurut Sarwono lagi, terdapat ahli yang menyatakan bentuk-bentuk perilaku ke dalam
tiga aspek yang utama iaitu pengetahuan, sikap dan juga tindakan atau sering kita dengar dengan
istilah ’knowledge, attitude and practice.’

Berdasarkan definisi-definisi yang dijelaskan di atas, dapat diringkaskan bahawa perilaku


inovasi guru adalah kemampuanseseorang guru untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
sama ada satu penemuan baru ataupun sesuatu yang telah diubahsuai berdasarkan sesuatu yang
sediaada dan menghasilkan sesuatu yang baru. Perilaku inovasi guru biasanya dapat dilihat
melalui ciri-ciri inovasi yang ditunjukkan oleh seseorang guru semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk menghasilkan sesuatu idea baru dan bernas.

2.3 Konsep Kepimpinan Transformasi

Konsep awal tentang kepimpinan transformasi telah diperkenalkan oleh Burns (1979). Burns
telahmenjelaskan bahawa kepimpinan transformasi merupakan satu proses di mana pemimpin
dan pengikutnya saling membantu antara satu sama lain untuk meningkatkan tahap motivasi dan
nilai moral ketahap yang lebih tinggi (Wagner, 2010 dalam Yusnita Yusof, 2012). Dalam
pengertian lain, Burns menjelaskan bahawa pemimpin transformasi berusaha untuk
membangunkan kesedaran dalam kalangan para pengikut bawahannya dengan meningkatkan
nilai moral dan juga tahap motivasi yang tinggi bagi menentukan kejayaan sesebuah organisasi
ke tahap yang cemerlang. Konsep kepimpinan transformasi Burns ini telah dikategorikan kepada
empat kategori utama iaitu pemimpin intelek, pemimpin pembaharuan, pemimpin revolusi dan
juga pemimpin transformasi berkarisma.

Idea Burns telah dikembangkan oleh Bass (1985) yang mengenal pasti amalan
kepimpinan transformasi berdasarkan cara pemimpin mempengaruhi pengikutnya bagi
membolehkan diri mereka dipercayai, dikagumi dan dihormati oleh pemimpin (Khairil Annas,
2012). Kepimpinan transformasi diukur dari tingkat kepercayaan, kepatuhan, kekaguman,
kesetiaan dan rasa hormat pada para pengikutnya.Para pengikut pula selalu diberikan motivasi
untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan lebih baik untuk mencapai sasaran sesebuah
organisasi.Keadaan ini lebih menjurus kepada kaedah dua hala antara pemimpin dengan
pengikutnya.

Lanjutan daripada kajian yang dilakukan oleh Bass (1985), kebanyakan kajianempirical
tentang kepimpinan transformasi merujuk kepada empat dimensi utama seperti yang dinyatakan
diatas.Howell dan Avolio (2013) menganggap pemimpin-pemimpin transformasi lebih
menumpukan usaha-usaha mereka kepada matlamat jangka masa yang panjang, menekankan
nilai-nilai dan juga penekanan kepada pembangunan dan menginspirasikan para subordinatnya
untuk memenuhi visi dan misi sesebuah organisasi. Pemimpin melatih subordinatnya untuk
mengambil alih tanggungjawab terhadap pembangunan diri mereka sendiri dan juga orang lain.

Jelas sekali konsep utama teori transformasi dan model kepimpinan transformasi ialah
berlaku perubahan dalam peranan kepimpinan.Perubahan peranan kepimpinan ini mampu
memberikan arah tuju dan melaksanakan perubahan bagi memastikan organisasi sentiasa cekap
dan berupaya menangani sebarang masalah dan ketidaktentuan.

2.4 Teori Kepimpinan Transformasi

Teori kepimpinan transformasi telah diteroka secara lanjut oleh dua orang pakar iaitu teori
kepimpinan transformasi Burns (1978) dan teori kepimpinan transformasi Bass (1985). Teori
transformasi Burns (1978) menyatakan kepimpinan transformasi ialah keadaan dimana
pemimpin dan pengikutnya membentuk hubungan interpersonal yang boleh meningkatkan tahap
motivasi dan komunikasi antara pengikut dengan pemimpin, membantu pemimpin memenuhi
keperluan pengikut, membantu pengikut mencapai potensi diri mereka yang sebenar dan
membawa perubahan nilai moral kepada pengikutnya.
Teori yang dikemukakan oleh Bass memberikan lebih perhatian kepada pengikut
berbanding dengan pemimpin.Bass memfokuskan teorinya kepada peningkatan kesedaran
mengenai isu-isu kepimpinan dalam kalangan pengikut.Bass menyatakan bahawa pengikut
memerlukan pemimpin yang berwawasan, berkeyakinan diri tinggi dan mempunyai kekuatan
memperjuangkan kebenaran. Teori transformasi Bass (1985), mengetengahkan tiga cara
pemimpin mengubah pengikutnya. Pertama, peningkatan keprihatinan pengikut terhadap
kepentingan tugas dan keperluan memahami nilai murni.Kedua, pengikut perlu memberikan
keutamaan terhadap pencapaian matlamat organisasi berbanding dengan kepentingan
paribadi.Ketiga ialah pemimpin menyemarakkan keinginan pengikut keperingkat yang lebih
tinggi.Menurut Bass terdapat empat dimensi amalan kepimpinan transformasi yang perlu
dimiliki oleh seseorang pemimpin transformasi.Empat dimensi tersebut ialah dimensi karismatik,
dimensi motivasi inspirasi, dimensi stimulasi intelek dan dimensi pertimbangan individu.

2.4.1 Kerangka Teoritikal

Dimensi Pemimpin Subordinat

Pengaruh yang  Menjadi teladan  Patuh dan taat


ideal/karismatik  Mempunyai visi dan misi  Mengagumi dan
 Berani menghadapi risiko menyanjungi
pemimpin

 Mampu mengembang daya


Rangsangan fikir dan paradigm?  Inovatif
Intelek  Kritis dan menggalakkan  Paradigma berubah
pembaharuan status quo Berfikr di luar kora
 Boleh menyahut
cabaran
 Menaikkan semangat juang
Motivasi  Tingkah laku yang  Percaya kepada
Berinspirasi memotivasikan kebolehan sendiri
 Memberi sokongan moral  Komitmen tinggi
 Menjadi mentor

 Sanggup memberi perhatian


Pertimbangan secara individu  Rasa dihargai
Individu  Sedia membantu subordinat  Rasa diperlukan
memperbaiki diri
 Memberi nasihat apabila
diperlukan
Iklim organisasi yang kondusif
Peningkatan moral dan paradigma subordinat
Kerjasama dan komitman kerja yang tinggi
Budaya kerja berpasukan

Rajah 2.1.4Kerangka teori kepimpinan transformasional

Dimensi karismatik mengutamakan pemimpin menjadi suri teladan. Pemimpin perlu menjadi
suri teladan dengan menunjukkan moral dan etika yang tinggi kepada subordinat dalam
menjalankan proses kerja dan mengikuti peraturan yang ditetapkan. Pemimpin sebagai seorang
ketua harus meletakkan keperluan pengikutnya mengatasi keperluan sendiri.Selain itu, pemimpin
juga mesti mempunyai visi dan misi yang jelas untuk meningkatkan prestasi organisasi supaya
pengikut bersama-sama menjayakan visi dan misi organisasi.

Dimensi motivasi inspirasi mengutamakan pemimpin menunjukkan semangat dalam


memberikan inspirasi dan motivasi kepada pengikut dengan berkongsi visi dan misi organisasi
bagi mencapai matlamat organisasi.Dengan adanya motivasi yang tinggi, para pengikut dapat
bekerjasama secara individu dan berpasukan untukmencapai visi dan misi organisasi.

Dimensi rangsangan intelek pula mengutamakan pemimpin yang mampu menunjukkan


sifat inovatif dan kreatif. Dengan adanya sifat-sifat ini, subordinat dapat terdorong untuk berfikir
cara-cara baru dan lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu proses kerja. Pemimpin yang
menunjukkan sifat kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu isu boleh merangsang subordinat agar
mereka berasa dihargai dan seterusnya berusaha untuk meningkatkan pembinaan idea-idea yang
lebih bersifat kreatif.
Dimensi pertimbangan individu memberi penumpuan yang spesifik terhadap setiap
kehendak dan keperluan individu demi peningkatan pencapaian subordinat.Pemimpin
mengutamakan kehendak pengikut. Pemimpin bertindak sebagai mentor dan tunjuk ajar.
Pengikut melihat arahan pemimpin sebagai kata-kata perangsang dan dorongan untuk menjadi
lebih baik.Kebanyakan kajian empirikal tentang kepimpinan transformasi adalah merujuk kepada
keempat-empat dimensi sepertimana yang dikemukakan oleh Bass (1985).Kesemua dimensi
yang dinyatakan di atas memberi penekanan kepada pembangunan dan peningkatan pengikut
untuk merealisasikan visi dan misi sesuatu organisasi. Keempat-empat dimensi kepimpinan
transformasi ini seharusnya diamalkan pada tahap yang tinggi oleh guru besar sekolah. Dengan
itu, guru besar akanmempunyai tahap kepimpinan yang tinggi. Seterusnya, dapat meningkatkan
pembangunan diri dan juga pengikutnya.

Menurut Avolio (2004), terdapat empat dimensi utama dalam pembolehubah gaya
kepimpinan transformasi iaitu karismatik, motivasi, pertimbangan individu dan rangsangan
intelek. Pemimpin yang karismatik akan mampu membentukkan pemikiran yang terbuka dan
kreatif dalam kalangan para anggota sesebuah organisasi, mendorong mereka untuk
mengemukakan pendapat dan pandangan mereka secara bebas serta mampu mengarahkan
perhatian mereka ke arah visi dan misi yang menjadi tunjang kepada kejayaan organisasi pada
masa akan datang. Seterusnya, pemimpin yang memiliki intelektual yang mengajak para anggota
organisasi untuk berfikir secara rasional serta menggunakan data dan fakta dalam
mewujudkanpelbagai persoalan yang dihadapi oleh mereka. Para petugas bahawan juga didorong
untuk berfikir dengan cara mereka tersendiri, menghadapi tentangan, dan mempertimbangkan
cara-cara yang kreatif untuk mengembangkan diri mereka sendiri dan juga sesebuah organisasi.

Dimensi yang seterunya adalah pertimbangan individu. Pemimpin sering berikan


perhatian perhatian terhadap persoalan yang dihadapi oleh para anggota organisasi serta
membantu memecahkan persoalan dan berusaha memenuhi persoalan tersebut. Pekerja dilayan
secara adil dengan dasar perhatian satu demi satu.Bukan sahaja kesilapan mereka dikenali dan
perspektif mereka ditingkatkan, tetapi pemimpin juga menyediakan sarana untuk mencapai
tujuan secara lebih efektif dan pekerjaan yang menantang juga diberikan kepada
bawahan.Dengan perhatian individual, tugas-tugas yang diberikan kepada bawahan untuk
memberikan kesempatan mereka belajar berterusan untuk meningkatkan pengetahuan dalam
bidang mereka.Dimensi yang keempat ialah motivasi.Motivasi adalah daya pendorong yang
mengakibatkan seorang anggota organisasi rela untuk menunjukkan keterampilan dan
menyumbangkan pemikiran kreatif untuk menyelenggarakan berbagai kegiatan yang menjadi
tanggungjawab dalam merangka kejayaan organisasi.

2.5 Teori Kreativiti

Teori kreativiti Stenberg (1995) telah meletakkan enam pemboleh ubah utama sebagai syarat
pemikiran kreativiti iaitu kepintaran, pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi dan
persekitaran.Pembolehubah kepintaran dibahagikan kepada tiga jenisiaitu kepintaran sintetikal,
kepintaran analitikal dan praktikal. Kepintaran sintetikal merujuk kepada kebolehan untuk
menggabungkan maklumat yang sedia ada dengan pendekatan baru.Kepintaran analitikal
merujuk kepada kebolehan membezakan idea baru yang berpotensi untuk dibangunkan dengan
idea baru yang sukar dan kurang bernilai untuk dibangunkan.Kepintaran praktikal pula merujuk
kepada kebolehan untuk menjual dan memasarkan idea baru.Kepintaran ini boleh dikaitkan
dengan K-ekonomi.K-ekonomi adalah satu pemprosesan yang menggunakan ilmu baru yang
berterusan dan tiada penamatnya. Sekiranya mana-mana golongan yang tidak mepelajari secara
berterusan, ia akan ketinggalan zaman dan akan pupus ditelan zaman. Aplikasi ke atas ilmu baru
yang dipelajari itu dengan baik dan berkesan dan berterusan. Dalam K-ekonomi, setelah
mempelajari ilmu baru, hendaklah diaplikasikan supaya konsep inovasi, persepaduan kuantiti
dan kualiti dalam pengeluaran dapat ditingkatkan lagi. Menurut Stenberg (2012), pengetahuan
dapat memberikan kelebihan yang positif kepada individu agar menjadi lebih kreatif untuk
mengenalpasti idea-idea yang asli dan juga baru serta bernas. Pengetahuan juga boleh membantu
dan menyekat kreativiti seseorang. Hal ini wujud kerana pengetahuan akan membataskan
pembangunan idea baru dan menggalakkan individu berfikir secara statik dan rigid.

Menurut Stenberg (2012), gaya berfikir seseorang sering mempersoalkan perkara-perkara


yang bersifatkan konvensional dan fleksibel dengan persekitaran dan input luaran dan dalaman.
Selain itu, gaya berfikir juga merujuk kepada kebolehan seseorang individu menggunakan
kelebihan yang mereka miliki. Pembolehubah seterusnya ialah keperibadian( personality).
Personaliti ialah individu yang terbuka dan menerima kritikan, sedar akankewujudan risiko dan
keadilan seseorang itu menerima rangsangan yang dihadapinya. Seorang pemimpin diharapkan
dapat memperoleh pengakuan dari orang lain dan sekaligus sebagai penentu keberhasilan.
Kemampuannya dapat diyakini, kepemimpinan yang efektif dalam memelihara hubungan yang
baik dalam sesebuah organisasi pada umumnya adalah mereka yang memiliki sifat-sifat
keperibadian yang sedemikian.Keperibadian pemimpin yang baik membantu para guru berfikir
secara kreatif, inovatif dan mengeluarkan idea-idea yang baru serta bernas.Pemimipin
diharapkan dapat memahami, memikirkan, merumuskan dan mentransformasikan segala bentuk
tujuan kepada guru agar mereka bekerja secara terarah dan sistematik.

Pembolehubah motivasi dan persekitaran merujuk kepada intrinsik, ekstrinsik dan


keadaan persekitaran.Motivasi ialah dorongan dalaman dan luaran untuk merangsang individu
agar lebih berusaha dengan gigih dan tidak takut menghadapi kesukaran serta inginkan
perubahan yang ketara. Motivasi intrinsik membolehkan individu berfikir lebih inovatif,
mempunyai matlamat yang lebih jelas dan minat yang lebih mendalam dengan apa yang
dilakukan. Motivasi ekstrinsik adalah faktor luaran individu seperti ganjaran, kenaikan pangkat,
penghargaan dan pujian yang memberikan inspirasi untuk berfikir lebih inovatif.Keadaan
persekitaran mempengaruhi pemikiran inovasi seseorang individu secara langsung dan tidak
langsung.Persekitaran yang baik, fleksibel, dan demokratikboleh menggalakkan aktiviti-aktiviti
berunsurkan kreativiti. Manakala persekitaran yang ketat dengan peraturan dan undang-undang
serta birokratik akan menghalang aktiviti kreativiti dan juga menyekat pemikiran inovasi
seseorang.

Teori kreativiti Amabile (1999) meletakkan tiga komponen utama untuk membina
individu yang inovasi iaitu kepakaran, kemahiran berfikir kreatif dan juga motivasi (Yahya &
Noor Sharliana, 2014).Kepakaran merujuk kepada penguasaan yang dikuasai oleh seseorang
individu dalam sesuatu bidang. Setiap individu mempunyai kepakaran dalam bidangnya yang
menjadikan individu tersebut berbeza dengan individu yang lain. Kemahiran berfikir secara
inovatif pula boleh menentukan sejauh manakah seseorang individu itu berhadapan dengan
seseuatu persoalan dan situasi.Manakala motivasi pula ialah dorongan dalaman dan luaran untuk
merangsang seseorang individu supaya berusaha dengan gigih dan tidak takut untuk menghadapi
kesukaran, cabaran serta inginkan perubahan yang ketara.

2.6 Sorotan Kajian Lepas

Soroton kajian ini membincangkan kajian-kajian lepas tentang kepimpinan transformasi yang
merangkumi dimensi karismatik, inspirasi motivasi, stimulasi intelek dan pertimbangan
individu.Selain itu, sorotan kajian ini juga membincangkan kajian-kajian lepas tentang kreativiti.

2.6.1 Kepimpinan Transformasi

Mohd Rizal (2015) telah mengkaji hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan
kepuasan kerja guru dengan menggunakan seramai 90 orang responden.Responden kajian Mohd
Rizal terdiri daripada guru-guru dari tujuh buah sekolah kurang murid di daerah
Segamat.Keempat-empat dimensi kepimpinan transformasi digunakan dalam kajian Mohd Rizal.
Hasil kajian Mohd Rizal menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi guru
besar berada pada tahap yang sederhana sahaja (min = 3.56, SP = .8). Dimensi pertimbangan
individu didapati dan diamalkan pada tahap yang lebih tinggi (min = 3.70, SP = .74) tetapi
dimensi karismatik (min = 3.53, SP = .84), rangsangan intelek (min = 3.59, SP = .78) dan
motivasi inspirasi (min = 3.42, SP = .86) berada pada tahap sederhana. Namun, penilaian
terhadap kepuasan kerja guru keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi (min = 3.75, SP = .
57). Kajian Mohd Rizal juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara kempat-
empat dimensi kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru pada aras signifikan .01.
Kesemua dimensi menunjukkan korelasi yang sederhana dan kuat (.57 < r < .66).
Kajian tentang kepimpinan transformasi pengetua ke atas tingkah laku kerja guru-guru
telah dilaksanakan oleh Ishak (2013). Dapatan kajian Ishak menunjukkanbahawa impak tingkah
laku kepimpinan transformasi pengetua bagi dimensi karismatik kepada kepuasan kerja
memperolehi nilai Beta 0.542 dan bersignifikan pada aras keyakinan 0.05. Manakala impak
dimensi tingkah laku kepimpinan transformasi lain terhadap kepuasan kerja memperolehi nilai
Beta yang tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05. Nilai Beta bagi dimensi pertimbangan
individu ialah -0.007, dimensi merangsang intelek ialah -0.032 dan dimensi inspirasi motivasi
ialah 0.145.

Habib Ismail (2012) telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk mengkaji amalan
kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru.Seramai 87
orang guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Hulu Langat, Selangor
telah menjadi responden kajian ini. Dapatan kajian Habib Ismail menunjukkan kempat-empat
dimensi transformasi berada pada tahap lebih tinggi. Dari kesemua dimensi tersebut, dimensi
karismatik menunjukkan skor min yang paling tinggi (min = 4.13, SP = .66).Ini diikuti dengan
dimensi motivasi inspirasi (min = 3.97, SP = .62), dimensi stimulasi intelek (min = 3.86, SP = .
60) dan dimensi pertimbangan individu (min = 3.73, SP = .71). Dapatan kajian Habib juga
menunjukkan tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi (min = 3.88, SP = .52).
Walaupun dapatan kajian ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan pada aras signifikan .01, namun nilai r = .28 menunjukkan hubungan yang rendah.

Raihana (2013) telah menjalankan kajian untuk mengkaji tahap kepimpinan transformasi
Pengarah dengan kepuasan kerja tenaga pengajar.Raihana menjalankan kajian di tiga buah
Institut Pendidikan MARA (IPMa) di negeri Melaka.Seramai 124 orang tenaga pengajar MARA
menjadi responden dalamkajian ini.Dapatan kajian Raihana menunjukkan bahawa kesemua
dimensi kepimpinan transformasi pengarah berada pada tahap yang sederhana tinggi.Skor min
bagi setiap dimensi juga tiada perbezaan yang ketara. Dimensi karismatik (min = (min = 3.32),
dimensi motivasi inspirasi (min = 3.40), dimensi stimulasi intelek (min = 3.43) dan dimensi
pertimbangan individu (min = 3.12) merupakan skor min yang diperolehi hasil daripada kajain
Raihana. Namun tahap kepuasan kerja tenaga pengajar pula berada pada tahap tinggi dengan
skor min = 4.04. Dapatan kajian Raihana menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan
pada aras signifikan .01 bagi dimensi karismatik (r = -.20) dan dimensi motivasi inspirasi (r =
-.29). Namun dimensi stimulasi intelek (r = .68) dan dimensi perhatian individu (r = .04)
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan pada aras signifikan .01.

Kajian yang dijalankan oleh Aniza (2014), bertujuan untuk mengenalpasti samaada
terdapat hubungan antara kepimpinan transformasi ketua jabatan dengan kepuasan kerja
pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Seramai 150 orang pensyarah telah menjadi
responden dalam kajian ini. Dapatan kajian Aniza menunjukkan kesemua dimensi kepimpinan
transformasi mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan kerja pada aras signifikan .01.
Dimensi pertimbangan individu (r = -.13), dimensi karismatik (r = -.33), dimensi stimulasi
intelek (r = .62) dan dimensi motivasi inspirasi (r = .72) menunjukkan pelbagai tahap hubungan.
Dimensi motivasi inspirasi mempunyai hubungan yang signifikan, positif dan sangat kuat
berbanding dengan dimensi yang lain.

Hasil kajiannya menunjukkan pengerusi program telah mengamalkan keempat-empat


dimensi kepimpinan transformasi. Kajian Yusnita mendapati hanya dimensi rangsangan intelek
(β=0.275, p<0.00) yang berjaya menjadi peramal yang signifikanterhadap komitmen organisasi.
Dimensi-dimensi lain iaitu pertimbangan individu, motivasi inspirasi dan pertimbangan individu
tidak menyumbang kepada komitmen organisasi dalam kalangan peserta program homestay.
Dalam pada itu, kajian Yusnita juga menunjukkanbahawa tidak terdapat perbezaan min yang
signifikan antara faktor umur, status perkahwinan dan jantina terhadap komitmen
organisasi.Kajian Yusnita menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi juga diamalkan dalam
bidang pelancongan.

Menurut Andhika Putra Kresnandito (2014) dalam kajiannya mengenai pengaruh


persepsi kepimpinan transformasi terhadap perilaku inovatif penyiar radio, seramai 52 orang
penyiar radio menjadi responden kajian ini.Kajian Andhikadijalankan di Surabaya, Jawa Timur.
Dapatan kajian Andhika menunjukkan pengaruh yang signifikan antara persepsi kepimpinan
transformasi terhadap perilaku inovatif penyiar radio (F=10.891, p = 0.002, p<0.05). Kajian
Andhika ini menunjukkan pemimpin transformasi dapat menstimulasikan dan menggalakkan
pengikutnya untuk menjana idea-idea baru serta bernas dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Antara kelemahan utama adalah gaya kepimpinan pengetua yang sentiasa merujuk
kepada model birokratik menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin
yang perlu menjana pemikiran guru kearah kejayaan sekolah. Dalam hal ini juga, Azlin Norhaini
Mansor (2013) dan Foo Say Fooi (2014) menyuarakan kebimbangan mereka kerana masih
terdapat lebih ramai pengetua dan guru besar yang masih menggunakan model pengurusan klasik
sebagai model terbaik untuk mengurus dan mentadbir sekolah. Akibatnya, mereka cenderung
kepada gaya kepimpinan autokratik menerusi peraturan formal, mengabaikan kehendak dan
kebajikan para guru, terlalu mengutamakan pencapaian akademik muri-murid dan mengetepikan
peranan sebagai pemimpin yang dapat menjana modal insan yang berkualiti untuk tujuan
pembangunan pendidikan Negara kini dan masa akan dating (Chan Yuen Fook, 2012; Herbert,
2014)

2.6.2 Inovasi

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohamad Mohsin (2015) menerangkan tentang inovasi
pengajaran guru-guru sekolah rendah Malaysia, didapati bahawa min keseluruhan bagi skala
indeks tingkah laku pemupukan pemikiran kreativiti para guru adalah 4.45.Seramai 250 orang
guru mengambil bahagian dalam kajian Mohamad Mohsin. Skor min keseluruhan kajian
Mohamad Mohsin menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian Mohamad Mohsin
memiliki gaya pengajaran yang membantu ke arah pemupukan inovasi dalam bilik darjah.
Sebanyak sembilan subskala digunakan dalam kajian ini. Subskala integrasi menunjukkan skor
min tertinggi (min = 4.84, SP=0.75), diikuti dengan kekecewaan, motivasi, peluang, soalan,
kebebasan, kefleksibelan, penilaian dan pertimbangan. Implikasi kajian Mohamad Mohsin
menunjukkan bahawa para guru memiliki gaya pengajaran berpusatkan pelajar yang dapat
membantu dalam pemupukan inovasi para pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Kajian Rizal dan Rehan (2010) adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang memberi
motivasi kepada pemikiran kreativiti para guru dalam matapelajaran Kemahiran Hidup.Rizal dan
Rehan telah menumpukan kepada tiga factor iaitu faktor intrinsik, ekstrinsik dan juga
persekitaran.Hasil kajian Rizal dan Rehan menunjukkan faktor intrinsik dengan nilai skor min
tertinggi iaitu 3.71 merupakan faktor yang paling mempengaruhi dalam memberikan motivasi
kepada pemikiran kreativiti guru.

Faktor intrinsik ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu
sendiri yang menyebabkannya mereka berasa seronok dan puas hati. Terdapat dua faktor lain
yang memberi motivasi kepada pemikiran kreativiti guru dalam pengajaran matapelajaran
kemahiran hidup adalah faktor ekstrinsik dengan nilai skor min 3.69 dan faktor persekitaran
dengan nilai skor min 3.63. Faktor ekstrinsik merupakan faktor penggerak luaran seperti insentif
yang diperolehi, pujian dan dorongan daripada pihak lain. Faktor persekitaran seperti rakan
sekerja, tempat bekerja dan suasana bekerja memberi motivasi kepada seseorang untuk
berkreativiti dan megeluarkan idea-idea yang baru.Menerusi kajian Rizal dan Rehan, para guru
dapat menyedari kepentingan mengaplikasikan unsur kreativiti dalam pembelajaran dan
pengajaran abad ke-21 dan seterusnya menjanakan kreativiti dalam kalangan murid bagi
mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan manusia yang kreatif dan
inovatif bagi bertanding secara peringkat global.

Guru yang kreatif dan inovatif seringkali dikaitkan dengan keberkesanan pengurusan,
pentadbiran dan kepimpinan sesebuah organisasi (Meyer & Allen, 2013).Teori kepimpinan
transformasi menyatakan bahawa keberkesanan gaya kepimpinan berkait rapat dengan kaedah
pengurusan fungsi sumber manusia dan guru. Pemimpin yang berupaya memahami tindak balas
dan tingkah laku, serta dapat menjangkakan reaksi orang lain terhadap sesuatu situasi, lazimnya
lebih berjaya dalam membina serta memperkukuhkan hubungan dan persekitaran yang positif
(Bloom, 2010), serta boleh mempengaruhi kakitangan untuk bersikap optimis, komited kepada
organisasi, dan saling bekerjasama (Mumford, 2010). Guru pemikiran kreatif dan inovatif akan
memberi sepenuh tenaga dan perhatian mereka terhadapkejayaan sesebuah organisasi,
mempunyai motivasi dan kepuasan untuk bekerja yang tinggi serta lebih produktif (Pfeffer,
2012).

Dapatan kajian terdahulu menunjukkan bahawa perilaku kreativiti dan inovasi guru
adalah berbeza mengikut gaya kepimipinan guru besar dan pengetua (Perryer & Jordan, 2011).
Dalam konteks institusi guruan, kajian-kajian juga mendapati bahawa gaya kepimpinan yang
diamalkan khususnya kepimpinan transformasional mempunyai impak penting terhadap
kejayaan institusi, fleksibiliti tugas dan prestasi serta merupakan penyumbang signifikan kepada
perilaku kreativiti guru terhadap institusi (Abdul Ghani, 2005; Castiglia, 2006; Gabbidon, 2005).
Dapatan ini selari dengan pandangan (Mumford, 2002) yang menegaskan bahawa pemimpin
yang menggunakan gaya kepimpinan transformasional untuk berinteraksi dengan ahli-ahlinya,
boleh mempengaruhi pemikiran kreatif dan inovatif guru kepada organisasi.

Penyumbangan pemikiran guru yang kreatif dan inovatif kepada institusi bergantung
kepada keberkesanan kepimpinan serta sokongan yang diberikan oleh pemimpin (Cheng, 2005).
Gaya kepimpinan transformasi yang dipamerkan oleh pengetua membolehkan guru
menggunakan kebolehan dan kemahiran mereka bagi menjayakan matlamat yang ingin dicapai
oleh institusi dan seterusnya memperkukuhkan komitmen mereka. Justeru itu, pemimpin perlu
memahami dengan jelas serta mengambil kira kesan gaya serta kredibiliti pengurusan dan
kepimpinan mereka terhadap tahap pemikiran guru.

Ringkasnya, kejayaan sekolah dalam persekitaran yang kompetetif bergantung pada


kepimpinan yang dapat mengarah modal insan kepada prestasi optima, peningkatan produktiviti,
inovasi yang kreatif serta tenaga kerja yang komited dan bertanggungjawab. Realiti baru ini
memerlukan pengetua untuk memberi tumpuan kepada gaya kepimpinan transformasi bagi
persekitaran yang berasaskan pelanggan (consumer-driven environment) (Wergin 2004).
2.7 Rumusan

Peranan guru besar dan pengetua penting dalam membudayakan elemen inovasi agar menjadi
organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baharu,
membudayakan ilmu saintifik dan teknologi termasuk menggunakan tenaga sumber secara
maksimum.Barisan pentadbir sekolah haruslah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya
kreativiti dan inovasi.Bagi mewujudkan suasana inovatif, sekolah perlu mengurangkan kerenah
birokrasi dalam pengurusan demi memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya.Oleh itu,
pihak pengurusan perlu menjadikan iklim sekolah sentiasa ceria, bersih, kemas dan
bermaklumat. Pengurusan sekolah perlulah memastikan komunikasi dua hala, pengaliran
maklumat lebih demokratik, gaya kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang
harmoni bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Metodologi kajian membincangkan prosedur dan tatacara untuk menjalankan kajian. Tatacara
pelaksanaan kajian memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan dapatan kajian yang
boleh dipercayai dan menjawab soalan-soalan kajian yang tertera dalam bab 1. Secara
keseluruhannya, bab ini membincangkan secara terperinci tentang reka bentuk kajian, lokasi
kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah pengumpulan data dan
juga kaedah penganalisisan data bagi tajuk hubungan kepimpinan transformasi guru besar
terhadap perilaku inovasi guru.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah kajian jenis kuantitatif dengan kaedah tinjauan untuk
memperolehi data daripada responden.Reka bentuk tinjauan dipilih kerana didapati sesuai untuk
membuat kenyataan secara umum berdasarkan sesuatu populasi mengikut kriteria umum melalui
sampel yang telah dipilh (Azhar Harun & Nawi Abdullah, 2012). Menurut Cresswell (2009),
kaedah tinjauan mampu memberikan penjelasan secara kuantitatif ke atas sesuatu populasi
dengan hanya mengkaji sampel daripada populasi berkenaan sahaja. Menurut Chua Yan Piaw
(2014), kaedah tinjauan menerangkan sesuatu kajian secara menyeluruh mengenai sesuatu isu
atau masalah, kutipan data yang cepat dan tepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat
dikutip secara berterusan daripada responden dalam masa yang singkat.

Dalam kajian ini, persepsi responden kajian mengenai variabel-variabel yang ditentukan
adalah diperolehi menerusi soal selidik.Tujuan utama kaedah soal selidik digunakan adalah
untuk menjimatkan masa dan tenaga pengkaji serta tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.
Selain itu, proses pengumpulan data dapat dilakukan dengan cepat dan pemprosesan data yang
efektif kerana melibatkan soal selidik yang sama. Seterusnya, menurut Mohamad Najib (2009),
responden telahpun biasa dengan penggunaan kaedah soal selidik untuk membuat pemilihan
respon yang paling sesuai dengan mudah dan tepat.
3.3 Lokasi Kajian

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Perak mentadbir sekolah-sekolah di lapan daerah iaitu
daerah Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Batang Padang, Hilir
Perak, Larut Matang dan Selama. Kajian ini hanya dijalankan di Daerah Kuala Kangsar sahaja.
Pengkaji memilih sekolah-sekolah SJKT di Daerah Kuala Kangsar kerana berdekatan dengan
tempat tinggal pengkaji iaitu di Sungai Siput.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi ialah keseluruhan objek ataupun individu yang terlibat secara langsung dalam sesuatu
kajian yang dijalankan (Noraini 2010).Kajian ini melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,
Perak.Terdapat sebanyak 12 buah SJKT di daerah ini.Disebabkan kajian ini melibatkan
kepimpinan guru besar SJKT maka guru-guru SJKT dipilih sebagai populasi kajian
ini.Memandangkan terdapat banyak SJKT di daerah ini, maka pengkaji memilih sampel secara
rawak dan tertumpu kepada sekolah gred ‘A’ dan ‘B’ sahaja di daerah Kuala Kangsar.

Populasi kajian ini adalah seramai 486 orang guru (Pejabat Pendidikan Daerah Kinta
utara, 2017).Daripada populasi ini, seramai 30 orang yang menjadi responden kajian rintis
Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 196 orang.Sampel ini dipilih mengikut jadual saiz
sampel yang dicadangkan oleh R.V. Krejcie dan Morgan (dalam Gay, 2013).Pemilihan sampel
dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan rawak mudah.Oleh itu, pengkaji
memutuskan untuk memilih 12 buah SJKT sebagai sampel.Pengkaji memilih soal selidik guru
sekolah berkenaan sebagai sampel kajian berdasarkan jumlah guru yang telah ditetapkan pada
Jadual 3.1.

Jadual 3.1 Populasi dan Sampel Kajian bagi Guru SJK Tamil

Sekolah Populasi Sampel


1 34 30
2 33 25
3 31 20
4 30 20
5 26 20
6 24 20
7 20 11
8 20 10
9 19 10
10 15 10
Jumlah 252 196

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik.Menurut
R.Kuberan (2012) soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data bagi menguji
dan mengkaji hipotesis-hipotesis kajian ynag dijalankan. Pemilihan kaedah soal selidik oleh
pengkaji adalah disebabkan oleh maklumat seperti mana dalam reka bentuk kajian yang
menerangkan pemerolehan data yang lebih cepat dan tepat, maklum balas daripada responden
yang lebih cepat, penjimatan masa dan tenaga serta masa untuk mendapatkan data yang
dikumpulkan bagi sesuatu kajian

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama
iaitu Bahagian A (Maklumat Demografi), Bahagian B (Amalan Kepimpinan Transformasi Guru
Besar) dan Bahagian C (Perilaku Inovasi Guru).

3.5.1 Bahagian A: Maklumat Demografi

Bahagian A dalam soal selidik terdiri daripada lima item yang merangkumi maklumat demografi
responden seperti jantina, umur, pengalaman mengajar, kategori perkhidmatan dan gred sekolah.
Responden diminta menandakan (√) pada ruangan yang berkenaan.
3.5.2 Bahagian B: Kepimpinan Transformasi Guru Besar

Bahagian B dalam soal selidik mengandungi item-item berkaitan dengan tahap amalan
kepimpinan transformasi Guru Besar yang dibahagikan kepada empat dimensi. Dimensi-dimensi
yang dikaji adalah seperti karismatik, motivasi inspirasi, stimulasi intelek dan pertimbangan
individu. Item-item yang digunakan untuk mengukur amalan kepimpinan transformasi Guru
Besar ini pada asalnya adalah daripada borang soal selidik Multifactor Leadership Questionnaire
(MLQ) yang telah diadaptasi Raihana (2012).

Jadual 3.2 Taburan Item Mengikut Dimensi Amalan Kepimpinan Transformasi

Dimensi Nombor Item Bil. Item


Karismatik 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 12
Inspirasi Motivasi 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 10
Stimulasi Intelek 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 8
Pertimbangan Individu 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22 10
Jumlah 40

Jadual 3.2 menunjukkan pembahagian dimensi kepimpinan transformasi guru besar mengikut
nombor item dan bilangan item.Bagi mengukur dimensi karismatik, sebanyak 12 item
digunakan, dimensi motivasi inspirasi pula sebanyak 10 item.Ini diikuti pula dengan dimensi
stimulasi intelek sebanyak 8 item dan dimensi pertimbangan individu pula sebanyak 10
item.Maka bahagian B ini mempunyai 40 item secara keseluruhannya.Setiap item dalam
bahagian B ini diukur dengan menggunakan skala dan diberikan kod untuk memudahkan analisis
data.Responden diminta memilih salah satu skala iaitu dari skala 1 hingga 4. Skala soal selidik
adalah seperti berikut: 1 (Sangat tidak bersetuju), 2 (Tidak bersetuju), 3 (Tidak Pasti), 4
(Bersetuju) dan 5 (Sangat Bersetuju).

3.5.3 Bahagian C: Perilaku Inovasi Guru


Bahagian C mengandungi item berkaitan dengan perilaku inovasi guru.Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada instrumen yang digunakan oleh Rizal
(2008). Item-item dalam bahagian C ini adalah seperti yang tertera pada Jadual 3.3:

Jadual.3.3 Taburan Item Mengikut Perilaku Inovasi Guru

Aspek No item Bil Item


Intrinsik 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17 17
Ekstrinsik 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27 10
Persekitaran 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 13
Jumlah 40

Jadual 3.3 menunjukkan terdapat 40 item bagi mengukur tahap perilaku inovasi
guru.Bagi aspek intrinsik terdapat 17 item, aspek ekstrinsik 10 item dan aspek persekitaran
mempunyai 13 item. Pilihan respon Bahagian C ini adalah sama seperti di Bahagian B iaitu
dengan menggunakan skala Likert 5 mata.

3.6 Kajian Rintis

Bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian ini, kajian rintis memainkan
peranan yang amat penting. Menurut Cresswell (2011), kajian rintis adalah kajian yang
dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan oleh pengkaji. Tujuan kajian rintis dijalankan
adalah untuk memastikan responden dalam kajian sebenar memahami dengan betul setiap item
yang dikemukakan dalam borang soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian. Dengan
menjalankan kajian rintis, pengkaji dapat mengetahui tahap kesesuaian item sama ada soal
selidik yang dikemukakan kepada responden perlu dibuat penambahbaikan dari segi penggunaan
istilah ataupun struktur ayat yang betul dan tidak menekankan isu-isu keagamaan dan juga
politik.
3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian

Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrument


dalam sesuatu kajian (Fraenkel Jack dalam Kamarul, 2012).Kesahan bertujuan bagi memastikan
instrument (soal selidik) yang diubah suai daripada sumber kajian terdahulu menepati dan
memenuhi kehendak dan keperluan kajian.Dalam kajian ini, pengkaji terlebih dahulu meminta
pandangan penyelia yang pakar dalam bidang pengurusan dan pentadbiran dengan pengalaman
melebihi sepuluh tahun untuk menyemak kandungan soal selidik dan seterusnya mengesahkan
kandungan berkenaan untuk mengelakkan kesalahan penggunaan bahasa, struktur ayat isu-isu
keagamaan dan juga unsur-unsur politik.

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Kebolehpercayaan instrumen penting dalam kajian tinjauan bagi mempertahankan kejituan


instrument yang digunakan dalam sesuatu kajian (Fraenkel Jack dalam Kamarul, 2012). Menurut
Azizi Ahmad (2010), kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan
pentaksiran instrumen. Bagi memastikan kajian ini tidak terdedah kepada kecacatan, maka
pengkaji menjalankan kajian rintis di salah sebuah SJK Tamil di Daerah Kuala Kangsar dengan
menggunakan sampel seramai 30 orang guru. Walaupun Mohd Najib (2010) menyatakan saiz
sampel kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai 10 hingga 20 orang, namun bagi
memastikan kejituan instrumen maka pengkaji menggunakan sampel kajian rintis seramai 30
orang dan kesemua responden ini mempunyai ciri yang sama dengan populasi kajian sebenar.
Responden seramai 30 orang ini telah dikeluarkan daripada populasi kajian sebenar.

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan ujian statistik ‘Cronbach’s Alpha’ melalui
perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’ (SPSS) versi 21 untuk menguji skala
kebolehpercayaan instrumen kajian. Ujian statistik dijalankan untuk menentukan pekali
kebolehpercayaan instrumen berdasarkan Cronbach’s Alpha.(Jadual 3.4). Semakin hampir nilai
alpha kepada angka 1, maka semakin tinggi kebolehpercayaan dalaman.Manakala nilai alpha
kurang daripada 0.6 dianggap lemah.Jadual 3.4 menunjukkan nilai alpha dan penetapan tahap
kebolehpercayaan instrumen kajian.

Jadual 3.4Nilai 'Cronbach's Alpha' dan Tahap Kebolehpercayaan Instrumen

Nilai ‘Cronbach’s Alpha’ Tahap Kebolehpercayaan


< 0.6 Lemah
0.6 – 0.8 Boleh diterima
>0.8 Baik
Sumber: Hair and Hult (2014)

Nilai kebolehpercayaan hasil kajian rintis yang dijalankan ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 3.5
di bawah:

Jadual3.5Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Variabel Jumlah Item Nilai Alpha


Dimensi Karismatik 12 0.978
Dimensi Pertimbangan Individu 10 0.982
Dimensi Stimulasi Intelek 8 0.961
Dimensi Inspirasi Motivasi 10 0.955
Intrinsik 17 0.965
Ekstrinsik 10 0.894
Persekitaran 13 0.924
Kepimpinan Transformasi 40 0.939
Perilaku Inovasi Guru 40 0.605

Berdasarkan hasil kajian rintis pada Jadual 3.5, didapati nilai ‘Cronbach’s Alpha’ bagi
kepimpinan transformasi guru besar ialah 0.939 dan perilaku inovasi guru ialah 0.605.Nilai
Cronbach’s alpha bagi kepimpinan transformasi dan dimensi-dimensinya menunjukkan nilai
melebihi 0.33.Sementara itu, nilai Cronbach’s alpha perilaku inovasi guru berada pada tahap
boleh diterima.Ini menunjukkan instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini boleh
diterima.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data


Menurut Tian (2014), instrumen pengumpulan data adalah alat bantu dan pengukur yang dipilih
dan digunakan oleh peneliti dalam aktiviti pengumpulan data agar aktiviti tersebut menjadi
sistematik dan dipermudahkan oleh pengkaji.

Pengkaji pergi ke sekolah-sekolah kajian dengan membawa bersama borang soal selidik,
memohon kebenaran menjalankan kajian daripada para Guru Besar sekolah kajian. Kemudian
pengkaji memberikan penjelasan kepada Penolong Kanan Pentadbiran mengenai responden yang
dibenarkan untuk menyertai dalam kajian ini dan tempoh masa yang diberikan kepada responden
untuk menjawab item dalam soal selidik.Selepas itu, pengkaji meminta jasa baik Penolong
Kanan Pentadbiran untuk membantu mengedarkan dan mengumpulkan semula borang soal
selidik daripada para guru di sekolah masing-masing.

Selepas borang soal selidik diedarkan kepada responden, responden diberi masa selama
seminggu untuk menjawab soal selidik tersebut.Pada minggu yang berikut, pengkaji melawat
sekolah-sekolah berkenaan untuk mengutip kembali soal selidik yang telah diedarkan. Jika
responden tidak mengembalikan borang soal selidik dalam tempoh masa yang ditetapkan,
tindakan susulan pertama diambil iaitu menghantar surat peringatan pertama kepada responden.
Jika borang soal selidik masih tidak diterima, maka tindakan susulan kedua iaitu surat peringatan
kedua bersama-sama dengan borang soal selidik yang baru dihantar ke sekolah yang terlibat.
Tindakan susulan dihentikan sekiranya pengkaji berjaya mengumpul 90 peratus daripada soal
selidik yang diedarkan kepada respoden.

3.8 Kaedah Menganalisis Data

Pengkaji menjalankan penganalisisan data dengan menggunakan perisian SPSS versi 21 untuk
mengkaji hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar terhadap perilaku inovasi
guru.Terlebih dahulu, data-data dimasukkan satu demi satu dalam SPPS.Seterusnya
penganalisisan data dilakukan.Beberapa langkah analisis telah dijalankan untuk menganalisis
data seperti perbandingan min dan sisihan piawai, analisis korelasi Pearson..
Pengkaji menggunakan analisis statistik deskriptif taburan frekuensi, tahap skor min dan
sisihan piawai dalam mengukur tahap persepsi guru terhadap amalan kepimpinan transformasi
Guru Besar serta kempat-empat dimensinya dan tahap perilaku inovasi guru.Rujukan skor min
yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan jadual skor min yang dikemukakan oleh
Creswell (2014).Jadual rujukan skor min ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.6 di
bawah.

Jadual 3.6Rujukan Skor Min dan Tahap

Selang Skor Min Tahap


4.01 – 5.00 Tinggi
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
1.00 – 2.00 Rendah
Sumber : Creswell ( 2014).

Seterusnya, pengkaji menggunakan ujian-t bebas untuk perbandingan min bagi mengesan
sama ada terdapat perbezaan perilaku kreativiti guru berdasarkan kategori perkhidmatan dan
gred sekolah. Menurut Teven (2008) ujian ANOVA sehala digunakan bagi mengesan perbezaan
perilaku kreativiti guru berdasarkan umur dan pengalaman bekerja. Ujian ANOVA satu hala
adalah kaedah statistik yang digunakan untuk menentukan kesan satu variabel bebas yang terdiri
daripada tiga atau lebih kumpulan bebas terhadap satu variabel bersandar.Kaedah statistik
korelasi Pearson digunakan untuk mengukur tahap kekuatan hubungan antara kepimpinan
transformasi guru besar dan setiap dimensinya dengan perilaku kreativiti guru (Bhasah Abu
Bakar, 2007; Majid Konting, 2000; Airisian dan Gay, 2003).Kekuatan hubungan antara dua
variabel dapat ditafsirkan dalam Jadual 3.7.

Jadual 3.7Kekuatan Hubungan Dalam Kaedah Analisis Korelasi Pearson


Pekali Korelasi Kekuatan Hubungan
0.01 – 0.09 Amat Lemah
0.10 – 0.29 Lemah
0.30 – 0.49 Sederhana Kuat
0.50 – 0.69 Kuat
0.70 – 1.00 Sangat Kuat
Sumber : Cohen, Manion dan Marrison (2011)

Dari Jadual 3.7 di atas, korelasi boleh didapati dalam nilai positif atau negatif iaitu -1.00
≤ r ≥ +1.00. Tanda koefisien ( +, - ) bermaksud arah hubungannya boleh menjadi positif atau
negatif. Korelasi positif menunjukkan hubungan satu variabel adalah berkadar terus dengan satu
variabel yang lain. Manakala korelasi negatif menunjukkan hubungannya adalah berkadar
songsang iaitu nilai satu variabel meningkat dan nilai satu variabel yang lain menurun.

Jadual 3.8Ringkasan Analisis Statistik

Soalan Kajian Kaedah Penganalisisan Data


Apakah tahap kepimpinan transformasi guru besar Skor Min dan Sisihan Piawai
secara keseluruhan dan mengikut keempat-empat
dimensi kepimpinan menurut persepsi guru?

Apakah tahap inovasi guru dari segi intrinsik, Skor Min dan Sisihan Piawai
ekstrinsik dan persekitaran?

Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan Ujian-t bebas


terhadap perilaku inovasi guru berdasarkan kategori ANOVA Sehala
perkhidmatan, gred sekolah, umur dan tahun
pengalaman?

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara Korelasi ‘Pearson’


kepimpinan transformasi guru besar dan setiap
dimensi dengan perilaku inovasi guru?

Adakah terdapat pengaruh yang signifikan antara Regresi Berganda Kaedah Enter
kepimpinan transformasi guru besar terhadap
perilaku inovasi guru?
3.9 Rumusan

Bab ini membincangkan metodologi kajian dengan huraian yang jelas mengenai reka bentuk
kajian, lokasi kajian, populasi kajain, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah
pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan
terhadap 198 orang guru tetap yang dipilih secara rawak dari Sekolah Jenis Kebangsaam Tamil
(SJKT) di daerah Kuala Kangsar. Satu kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang guru tetap yang
diplih secara rawak dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang berdekatan
dengan tempat kerja pengkaji bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan pada instrumen
yang digunakan dalam kajian ini

Anda mungkin juga menyukai