Anda di halaman 1dari 9

KEPIMPINAN DISTRIBUTIF PENGETUA SEKOLAH LUAR BANDAR TERHADAP

PENGURUSAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK-21) DI DAERAH BENTONG

PENGENALAN
Pada abad ke 21, seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara yang
sedang membangun telah dijangka akan mengalami perkembangan pesat dalam bidang
ekonomi, politik dan juga sosial. Alvin Toffler iaitu merupakan seorang penulis terkenal ada
menyatakan bahawa ‘the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but
those that cannot learn, unlearn and relearn’. Menurutnya pendidikan di abad ke 21 ini lebih
mencabar.
Dalam abad ke-21 ini juga, pengurusan di setiap sekolah adalah lebih rumit di mana
lebih banyak cabaran yang akan dialami oleh pihak pengurusan sekolah samada guru mahupun
kakitangan sekolah yang lain. Hal ini disebabkan perkembangan teknologi yang semakin pesat
dan seterusnya meningkatkan lagi cabaran pendidikan pada abad ke 21. Oleh itu, pemimpin
sekolah perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran baharu agar guru
dan murid pascamerdeka kini suka kepada pengajaran guru dengan keadaan suasana sekolah.
Secara umum dapat dikatakan bahawa kecemerlangan dan kejayaan sesebuah negara
ialah melalui pendidikan di sekolah yang amat bergantung kepada pengurusan berkualiti yang
perlu disertakan dengan kepimpinan pengetua yang dapat menjana modal insan. Kepimpinan
distributif adalah amalan perkongsian antara pemimpin, pengikut dan situasi dalam organisasi
mereka. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari
bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah
perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah
kehadapan. Pemimpin sekolah dan Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat
pula mengurus perubahan dengan cekap serta berkesan agar pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid PAK-21.
Kesimpulannya, pemimpin sekolah merupakan individu yang berperanan sebagai
pemacu utama dalam membuat usaha penambahbaikan terhadap sekolah dan seterusnya
melestarikannya (Abdul Ghafar Mahmood, 2011). Namun demikian, peranan kepimpinan yang
seringkali diabaikan tetapi memberi impak yang besar terhadap pembangunan organisasi
sekolah dalam melaksanakan pengurusan yang berkualiti untuk proses Pembelajaran Abad Ke-
21.
PENYATAAN MASALAH

Sistem pendidikan semakin kompleks dan mengalami perubahan dari masa ke masa.
Perubahan ini memberikan kesan terhadap kepimpinan dan situasi kerja dalam organisasi.
Maka, pengetua perlu bekerja bersama guru dan staf sokongan agar dapat melaksanakan
pengurusan Pembelajaran Abab ke-21. Kepimpinan perlu sesuai dengan perubahan agar dapat
diterima oleh semua pekerja dalam organisasi. Menurut Harris & Spillance (2008), keperluan
dan tuntutan sistem pendidikan kini memerlukan kepimpinan yang mantap. Pemimpin
organisasi pendidikan perlu bekerja dalam perubahan iklim yang tidak menentu dan tidak dapat
diramalkan (Harris, 2012).
Oleh itu, peranan pengetua adalah menyeluruh, iaitu perlu bersesuaian dengan
perubahan, keperluan, tuntutan dan iklim dalam organisasi. Kepimpinan yang mantap adalah
bergantung kepada pemimpin dan pekerja dalam organisasi. Perubahan yang berlaku dalam
sekolah luar bandar memerlukan kepimpinan yang mantap dan efektif untuk melaksanakan
pengurusan bagi proses pembelajaran Abad ke-21. Kepimpinan distributif adalah antara
kepimpinan yang bersesuaian dengan pelaksanaan perubahan. Kepimpinan distributif adalah
perkembangan daripada pengurusan merujuk konsep perwakilan. Ia adalah
kebertanggungjawaban diwakilkan kepada pekerja oleh seseorang ketua dalam melaksanakan
bidang tugasnya (Dinham, 2006).
Kepimpinan distributif bersifat fleksibel yang membenarkan perubahan dan
meningkatkan peranan pekerja dalam organisasi (Belhiah, 2007; Williams, 2011). Kepimpinan
distributif adalah relevan dan sesuai dengan pelaksanaan perubahan dalam organisasi. Oleh
itu, pengetua sekolah luar bandar dapat melaksanakan perubahan dalam semua aspek
pengurusan organisasi dengan sokongan dan penyertaan pekerja bagi memudahkan
perjalanan proses PAK-21
Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pengetua perlu kreatif untuk menggunakan
sumber yang ada, ataupun yang boleh diperolehi melalui kerjasama pelbagai pihak bagi
mengoptimumkan Pengurusan Proses Pembelajaran Abad 21. Murid yang hadir ke sekolah
pada zaman ini bukan lagi umpama ‘tong kosong’ yang perlu dipenuhkan dengan ilmu
pengetahuan. Murid pada abad ke-21 ini pergi ke sekolah berbekalkan pengetahuan yang
diperolehi daripada pelbagai sumber dari luar bilik darjah daripada ibu bapa, rakan sebaya,
komuniti setempat dan daripada dunia luar melalui internet.
LATAR BELAKANG / SOROTAN LITERATUR
Pendidikan Abad ke-21
Tahun 2000 menandakan bermulanya abad ke-21 (Yuslaini Yunus, 2012). Dengan
bermulanya abad ke-21, maka menandakan masyarakat dunia beralih ke satu lagi fasa
penganjakan paradigma kehidupan dalam semua bidang seperti ekonomi, teknologi, sosial,
komunikasi, dan termasuklah bidang pendidikan. Oleh demikan, pendidikan abad ke-21 kini
berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk
menyediakan pembelajaran yang menjurus kepada kemahiran berfikir pada aras yang tinggi,
dan juga ruang pembelajaran yang dinamik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).
Oleh demikian, Proses pembelajaran abad ke-21 yang mencakupi penggunaan ICT,
pentaksiran, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), pembelajaran secara kolaboratif, dan
pembelajaran berasaskan projek perlu diberi perhatian (Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
MS ISO 9001:2008 Bil 1/2015, 2015). Kajian Abdul Jamir Md Saad, Ab. Halim Tamuri, dan
A’dawiyah Ismail (2012); Jamil Ahmad dan Norlia Goomally (2008); Salehudin Sabar dan Mohd
Ismail Mustari (2012); Yuslaini Yunus (2012) menjelaskan isu serta cabaran yang perlu
ditempohi pada abad ini.

Kepimpinan distributif pengetua


Majoriti penyelidikan dijalankan berkenaan kesan kepimpinan pendidikan terhadap
keberkesanan amalan kepimpinan melalui peranan pengetua. Macbeath, Odouro, dan
Waterhaouse (2004) menerbitkan laporan mengenai kepimpinan distributif di mana mereka
menggambarkan kepimpinan distributif sebagai model untuk mengekal dan membangunkan
kepimpinan. Kepimpinan distributif adalah salah satu bentuk kepimpinan yang penting dalam
wacana pendidikan semasa (Eilis 2010).
Kepimpinan distributif adalah satu interaksi dan hubungan yang menyumbang kepada
kesatuan kepakaran dalam kalangan organisasi dan ini membantu mengurangkan konflik
(Gronn 2002). Dalam hal ini, McNulty, Waters & Marzano (2005) menyifatkan tugas pengetua di
sekolah tidak terhad hanya kepada tanggungjawab pentadbiran malah beliau perlu
menggerakkan segala bentuk sumber di bawah jagaannya terutamanya guru supaya
berkhidmat dengan komited dan efektif.
Kepimpinan merupakan suatu keperluan penting dalam proses pengurusan perubahan
bagi menggerakkan organisasi mencipta idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk
kecemerlangan organisasi (Hargreaves et al. 2010; Kotter 2012; Lunenberg 2010). Tanpa
kepimpinan yang mantap, perubahan organisasi yang efektif tidak akan berlaku (Sidra et al.
2012). Merujuk kepada Hallinger (2003) menyatakan tanggungjawab memimpin telah
berkembang dari seorang pengetua diturunkan kepada guru yang diistilahkan sebagai
perkongsian kepimpinan melalui kepimpinan distributif dan kepimpinan guru.
Kajian literatur penambahbaikan sekolah mendapati bahawa kepimpinan distributif pengetua
dan kepimpinan guru mempunyai kesan positif terhadap perubahan dalam organisasi di sekolah
seterusnya membolehkan guru-guru bekerja secara berkumpulan (Leithwood, Seashore,
Anderson & Wahlstrom, 2004). Kebanyakan kajian mengenai kepimpinan distributif dalam
kalangan pengetua adalah sangat terhad.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengetua sekolah luar bandar menggunakan
kemahiran kepimpinan distributif yang telah dipelajari untuk menyelesaikan pengurusan proses
pembelajaran abad ke 21 disekolah mereka. Selain itu, cabaran utama seorang pengetua
adalah mengenai cara penyediaan guru PAK-21 dan kelengkapan infrastrukutur sekolah bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diterjemahkan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PAK-21 bukannya satu matlamat,
tetapi salah satu cara untuk kita mencapai apa yang dihasratkan oleh FPK, bagi
membangunkan insan yang seimbang dan sejahtera.
Objektif kajian

Objektif am

Kajian ini bertujuan meninjau sejauhmana pengetua sekolah luar bandar menggunakan
kepimpinan distributif untuk proses pengurusan PAK-21 di Daerah Bentong.

Objektif khusus

i. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif pengetua sekolah luar bandar.

ii. Mengenal pasti cabaran sekolah mengamalkan PAK-21.

iii. Mengenalpasti pengurusan pentadbiran sekolah dalam menyediakan guru dan infrastruktur
PAK-21.

Kerangka kerja konseptual

Kepimpinan
Distributif

-Menyokong -Guru
Teori
-Menggalak -Pelajar
-memperkasa -Staf sokongan

Pengurusan PAK-21

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini secara dasarnya akan menyediakan suatu kefahaman yang menyeluruh mengenai
pengetua sekolah luar bandar yang mengamalkan kepimpinan distributif untuk merealisasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) bagi menyediakan guru dan infrastruktur
disekolah PAK-21. Oleh yang demikian, kajian ini dilihat sangat signifikan untuk dilaksanakan
atas beberapa faktor, antaranya :

a) Untuk memperkukuh dan memperluaskan ilmu kepimpinan distributif di sekolah luar


bandar bagi meningkatkan sistem pembelajaran yang terbaik disekolah.
b) Melihat masalah yang timbul di sekolah berpunca daripada kesibukan pengetua dan
kelemahan kepimpinan yang kurang menyumbang kepada pencapaian matlamat
sekolah dan pada abad 21.
c) Mewujudkan lebih banyak aktiviti yang dapat memupuk keharmonian sekolah dalam
proses Pak-21 seperti kegiatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan
masyarakat setempat
d) Membuka peluang kepada pengetua untuk mengentahui cara penyediaan yang
bersesuaian bagi pengurusan PAK-21 untuk guru berkaitan kaedah pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada pernyataan masalah di atas, terdapat beberapa persoalan yang boleh
dibangkitkan, antaranya :

a) Apakah perlunya kepimpinan distributif dalam kalangan pengetua


b) Apakah usaha yang dilakukan oleh kepimpinan sekolah untuk menyediakan
segala jenis maklumat dan infrastruktur yang membolehkan PAK-21
dijalankan.
c) Apakah pihak pentabiran masih menggunakan “chalk” and “talk” kerana isu
kepimpinan tradisional diamalkan disekolah?
d) Sejauhmanakah amalan kepimpinan distributif ini dapat membantu
organisasi menguruskan perlaksanaan PAK-21?
e) Apakah cadangan-cadangan untuk menangani cabaran kepimpinan
distributif pada peringkat sekolah?
METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melalui temu bual mendalam. Menurut
Seidman (1998) kaedah temu bual merupakan kaedah yang paling konsisten dengan
keupayaan manusia untuk memberi makna dalam bentuk pengucapan bahasa dan pengkaji
mampu memperoleh data dan maklumat secara langsung (Noraini, 2010; Robson, 2002). Temu
bual menyediakan capaian dan cara untuk penyelidik memahami maksud tingkah laku manusia
bagi mendapatkan data kualitatif. Pengkaji mampu mencungkil pemikiran seseorang seperti
pengetahuan, nilai, kecenderungan, sikap dan kepercayaan serta cara berfikir dengan
menggunakan kaedah temu bual (Cohen & Manion, 1989; Gay & Airasian, 2003).

Justifikasi Reka Bentuk Kajian

Kajian ini melibatkan informan yang terdiri daripada lima orang pengetua yang berada di
sekolah luar bandar yang berbeza latar belakang sekolah mereka. Setiap pengetua yang dipilih
sebagai sampel mewakili sekolah luar bandar yang mungkin melakukan proses pengurusan
PAK-21 atau tidak melakukan akibat kekuruangan sumber atau sebagainya. Selain itu,
responden tambahan yang terdiri daripada dua orang guru, dua org pelajar atau dua orang staf
sokongan

Prosedur Pengumpulan Data Kajian

Janskowski & Wester (1991) menegaskan bahawa salah satu pendekatan kaedah kualitatif
dalam proses pengumpulan maklumat melalui kaedah analisis dokumen. Analisis dokumen
merupakan kaedah penyelidikan deskriptif yang bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu
fenomena yang sedang berlaku berpandukan kepada dokumen-dokumen yang berkaitan
dengan fenomena tersebut (Mohd. Majid Konting, 2009). Data akan dikumpul mengikut

1.Lokasi Kajian
2.Pemilihan Sampel
3.Pengumpulan Data dan informan akan ditanya berkenaan soalan-soalan yang sama.
Prosedur Analisis Data Kajian
Semua data yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan kaedah perbandingan
malar seperti yang disarankan oleh Glaser & Strauss (1967) dan Glaser & Corbin (1990). Data
akan dikumpul dan menganalisis serentak pada masa yang sama. Pengumpulan data,
pensampelan, pengkategorian dan pengekodan, penemuan model serta penulisan akan
dimasukkan pada masa yang sama sepanjang kajian itu. Transkrip akan diperiksa, diteliti dan
pembacaan berulang kembali dilakukan bagi mengelakkkan kekeliruan dan kesilapan proses
transkripsi. Data kajian ini dianalisis menggunakan kaedah analisis tema, frasa, pengekodan
dan rangkaian yang dibantu oleh perisian komputer ATLAS. Perisian ATLAS telah dibangunkan
khusus untuk penyelidikan berasaskan pendekatan Groudned Theory (Silverman, 2000).
ATLAS mempunyai ciri-ciri tambahan untuk pembangunan teori seperti kebolehannya membina
gambarajah konsepetual yang menunjukkan perkaitan antara idea.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Data Kajian


Verifikasi dijalankan untuk memastikan rumusan kajian mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan kerana gagasan-gagasan yang mendokongnya mengalami proses
penganalisisan yang khusus (Roselan Baki, 2001). Sehubungan itu, keabsahan dan
kebolehpercayaan data kajian dalam penyelidikan ini dipastikan melalui teknik penentuan
ketepatan rujukan (Miles & Huberman, 1984), pemeriksaan rakan sekerja (Peer Examination),
ketekunan pengamatan dan deskripsi rinci (Moleong, 2000).
Rujukan

Abdul Salam Yusof (2010) Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali dan Konfucius, Penerbit
UKM

Azhar Harun, Ramli Basri, Zaidatol Akmaliah, Lope Pihie & Soaib Asimiran (2016). Hubungan
antara Amalan Kepimpinan Distributif Pengetua dan Kepimpinan Guru di Sekolah
Menengah, International Journal of Education and Training (InjET) 2(2) November: 1- 13
(2016)

Azhar Hj Wahid , Zawawi Jahya (2009) Pendidikan Pembangunan Modal Insan, Penerbit UPSI

Berg, B. L. (2001). Qualitative Research Methods for the Social Sciences. Boston: Allyn and
Bacon.

Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2015) Guru Dan Cabaran Semasa ,
Penerbit, Sasbadi cetakan

Hayati Ismail,(2018) Pembelajaran abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran,


http://www.utusan.com.my/profile/utusan.author.Dr._Hayati_Ismail

Ernst, S. (2009). Using Qualitative Content Analysis of Popular Literature for Uncovering Long-
Term Social Processes: The Case of Gender Relations in Germany. Historical Social
Research, 34(1): 252-269.

Hsieh, H.-F., & Shannon, S. E. (2005). Three Aproaches to Qualitative Content Analysis.
Qualitative Health Research, 15(9), 1277-1288.

Kamarul Azmi Jasmi, (2016). Penyelidikan Kualitatif Dalam Sains Sosial. Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia

James Ang Jit Eng, Balasandran Ramiah (2009) Kepimpinan instruksional Satu Panduan
Praktikal, Penerbit PTS Profesional

Kaori Okano, Motonori Tsuchiya, Faridah Mohamed (Peterjemah) (2004) , Pendidikan Jepun
Ketaksamaan Dan Kepelbagaian, Terbitan Institut Terjemahan Negara

Mohd. Affandi Hassan (2008). Menghadapi Cabaran Kreatif Abad 21. Dlm. Mohd. Affandi
Hassan, Ungku Maimunah Mohd. Tahir & Mohd. Zariat Abdul Rani. Gagasan Persuratan
Baru: Pengenalan dan Penerapan. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Fahmi Bin Mohd Yusof. (2016). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Mengamalkan
Pengajaran Abad Ke -21). [Atas Talian]. Dimuat turun pada April 2018

Mohd. Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Edisi Kelapan.

Anda mungkin juga menyukai